Anda di halaman 1dari 20

PRAKATA

Terlebih dahulu saya berasa amat bersyukur kerana akhirnya kumpulan kami dapat menyiapkan
tugasan kursus yang diamanahkan oleh pensyarah kami, Dr. Mohd Daud bin Awang agar
memberi penilaian ke atas kerja kursus kami dalam subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia
(TITAS).
Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, kami telah memperoleh pelbagai pengalaman
yang amat berharga dan bermakna dalam hidup kami sebagai seorang pelajar. Misalnya, kami
dapat meluaskan ilmu pengetahuan dan memantapkan ilmu yang berkaitan dengan Tamadun
Islam dan Tamadun Asia.
Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya pensyarah dan ahli keluarga kami.
Kami turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kami kerana telah banyak
menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini
dengan jayanya. Bantuan dan dorongan dari kalian telah menjadi tulang belakang kepada kami
dalam memberi sokongan dan motivasi kepada kami agar tidak mudah berputus asa dan sentiasa
berusaha bersungguh-sungguh pasti tugasan ini dapat disempurnakan dalam waktu yang
ditetapkan.
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan
tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda
hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak
dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Semoga dengan penghasilan blog ini dapat membuka minda anda semua bukan sahaja
mengenai isu-isu ketamadunan, peradaban sejarah , nilai-nilai dan sumbangan - sumbangan
tamadun islam tetapi juga mengenai tamadun asia dan seterusnya membina satu generasi
Malaysia yang berpengetahuan dan peka terhadap ketamadunan dan isu semasa pada masa kini.
Sekian, terima kasih.

BAB 1

1.0 PENGENALAN
Tamadun boleh ditakrifkan sebagai pencapaian dan pembangunan dalam segala
perlakuan, pemikiran dan kemajuan yang tinggi, luhur, baik, halus dan sopan. Tamadun berasal
daripada perkataan maddana dalam bahasa Arab yang merujuk kepada perbuatan membuka
bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti. Penulis yang paling awal mengupas
dan mengetengahkan idea pengajian tamadun ialah Ibn Khaldun yang menggunakan istilah
umran bagi menjelaskan makna tamadun yang merangkumi organisasi sosial dan budaya.
Perkataan yang memberi maksud tamadun ialah civilization yang berasal daripada perkataan
civitas dalam bahasa Latin yang bermakna bandar atau kota. Satu kajian tentang inovasi
teknologi dalam pemprosesan coklat melalui pembangunan tamadun akan dijalankan. Untuk
mengkaji aspek kemajuan dalam pembangunan tamadun dari segi sains dan teknologi, kilang
coklat Beryl's dipilih sebagai tempat kajian.
1.1 PEMASALAH KAJIAN
1.

Kefahaman pelajar Universiti Putra Malaysia tentang isi kandungan dan kandungan

nutrisi coklat.
2.

Ilmu-ilmu pemprosesan coklat dan sejarah coklat sejak tamadun dahulu kurang diketahui

oleh pelajar Universiti Putra Malaysia.


1.2 OBJEKTIF
1.

Mengenal pasti teknologi moden yang digunakan oleh pengusaha penghasilan coklat.

2.

Mengkaji kebaikan coklat kepada kesihatan pelajar Universiti Putra Malaysia yang

dihasilkan oleh pengusaha dan faktor-faktor pelajar Universiti Putra Malaysia pada masa kini
suka makan coklat.
1.3 METHODOLOGI
Selepas perbincangan, kilang coklat Beryls telah dipilih sebagai tempat kajian. Video
mengenai sejarah coklat dan pembuatan coklat telah ditayangkan semasa lawatan ke kilang
tersebut. Selepas itu, seorang kakitangan Beryls telah memperkenalkan cara pembuatan coklat
pada zaman dahulu sehingga masa kini dan cara menuai dan mengeringkan biji-biji buah koko
dengan cara tradisional. Gambar-gambar telah diambil untuk menunjukkan inovasi teknologi dari
dulu sehingga zaman modenisasi ini. Segala proses dan informasi mengenai pemprosesan coklat
telah dirakam dan dicatat oleh ahli-ahli kumpulan.

BAB 2

2.1 Asal Istilah Dan Definisi Coklat


Istilah coklat dalam bahasa suku Aztec berasal dari kata xocolatl, yang
minuman

pahit.

Pada

awalnya

coklat

bererti

dikenali sebagai minuman yang dibuat berbuih,

kadang-kadang ditaburi lada merah, vanilla, madu atau rempah-rempah lain. Rasanya pahit,
sepat dan

berlemak.

Pada

akhirnya

penggunaan

rempah-rempah dihilangkan dan mulai

ditambahkan gula, susu dll. Orang-oarang Indian Mexico menyebutnya

chocolate yang

berasal dari kata chocoyang berarti busa (foam) dan atl yang berarti air.
Coklat ialah nama sebuah makanan yang diolah daripada biji koko. Coklat umumnya
diberikan sebagai hadiah atau pemberian pada hari-hari istimewa. Dengan bentuk, corak, dan
rasa yang unik, coklat sering digunakan sebagai ungkapan terima kasih, simpati, atau prihatin
sehinggalah juga kepada pernyataan cinta. Pada pendahuluannya, coklat tidak bermula sebagai
makanan (kecil), tetapi minuman dengan rasa yang istimewa.
Coklat dihasilkan daripada koko (Theobroma cacao) yang mula-mula tumbuh di daerah
Amazon utara melunjur ke Amerika Tengah yang berkemungkinan hingga ke Chiapas, bahagian
paling selatan Mexico. Orang-orang Olmec memanfaatkan pokok tersebut dan, mungkin juga,
membuat coklat di sepanjang pantai teluk di selatan Mexico sekitar 1000 tahun SM. Peradaban
pertama yang mendiami daerah Meso-Amerika itu mula mengenal pokokkakawa yang
buahnya digunakan sebagai minuman.
2.2 Negara-Negara Yang Menghasilkan Koko Dan Jenis Koko
Koko dihasilkan di negara-negara antara 10Utara dan 10Selatan garisan Khatulistiwa di
mana iklimnya sesuai untuk menanam pokok koko. 75% daripada koko dunia ditanam di Afrika
Barat. Pengeluar koko yang terbesar di dunia ialah Ivory Coast dan Ghana merupakan pengeluar
kedua terbesar.
Senarai di bawah ini adalah negara-negara pengeluar koko mengikut peratus pengeluaran
(2005/2006):
Ivory Coast: 38%

Ghana: 21%
Indonesia: 13%
Cameroon: 5%
Nigeria: 5%
Brazil: 4%
Ecuador: 3%
Malaysia: 1%
Negara-negara lain: 10%
Sebahagian besar koko dunia ditanam di kebun-kebun kecil, bukan ladang-ladang besar.
Lebih kurang 90% daripada koko dunia datang dari pemilikan kecil yang dimiliki oleh individu
atau keluarga dan biasanya saiz kawasan tanaman ialah 5 hektar atau 12.25 ekar.
Koko terdapat 3 jenis utama, iaitu Criollo, Forastero dan Trinitario. Criollo juga dikenali
sebagai Putera Koko kerana ia merupakan sejenis koko yang berkualiti tinggi dengan
mempunyai rasa dan aroma tersendiri. Koko Criollo kurang pahit dan lebih aromatic berbanding
dengan kacang lain. Koko jenis Criollo sukar untuk tumbuh dan mudah dijangkiti penyakit dan
ini merupakan salah satu sebab ia hanya menyumbang kepada 5% daripada pengeluaran dunia
hari ini. Koko jenis Criollo ditanam terutama di Amerika Tengah, Caribbean dan Indonesia.
Forastero adalah jenis pohon yang kuat dan lebih senang ditanam dan mengeluarkan hasil
yang lebih banyak. Lebih kurang 80% daripada coklat dibuat dengan menggunakan biji daripada
kumpulan Forastero. Koko daripada kacang Forastero sering disebut koko massa kerana ia
memberikan aroma coklat yang asas dan yang biasa dikenali. Hampir semua pokok koko yang
ditanam di Ivory Coast dan Ghana adalah jenis Forastero.
Trinitario adalah kacukan Criollo dan Forastero dan mempunyai ciri dari kedua-duanya :
mempunyai aroma yang lebih kuat tetapi halus dan sangat mudah untuk ditanami. Penanaman
koko Trinitario bermula di Trinidad dan kemudian menyebar ke Venezuela lalu ditanam di

Ecuador, Cameroon, Jawa, Sri Lanka dan Papua New Guinea. Koko Trinitario mewakili 10-15%
daripada jumlah koko dunia dan menghasilkan coklat yang sangat halus.
2.3 Jenis Coklat
Terdapat pelbagai jenis coklat dengan rasa coklat dan cara penyediaan yang berbeza.
Pasaran international banyak memperkenalkan jenis coklat kerana skop pasaran dan pemintaan
yang tinggi seluruh dunia. Tetapi di Malaysia hanya beberapa jenis sahaja yang di pasarkan
mengikut selera dan permintaan masyarakat tempatan. Antara jenis coklat yang paling biasa
ialah coklat susu, coklat putih dan coklat hitam.
2.3.1 Coklat Susu
Coklat susu sesuai digunakan untuk coklat buatan tangan atau homemade coklat. Ini
adalah jenis coklat yang tidak sesuai digunakan dalam masakan. Coklat jenis ini sering digemari
oleh kanak-kanak kerana manis dan kandungan susu menjadikan rasa lebih lembut. Coklat susu
mudah hangus bila dicairkan kerana kandungan coklat nya sedikit relatif. Coklat susu
mempunyai warna lebih terang dan rasa coklat kurang menonjol. Selain mengandungi mentega
koko dan massa koko, coklat susu juga mengandungi baik susu kental (kebanyakan coklat
Eropah) atau pepejal kering susu (susu tepung). Coklat susu mesti mengandungi sekurangkurangnya 10% massa koko (di Amerika Syarikat), 3.39% mentega koko dan 12% pepejal susu.

Contoh Resipi Coklat Susu

2.3.2 Coklat Putih


Coklat putih sesuai digunakan untuk coklat buatan tangan tetapi coklat putih hanya
digunakan untuk dekorasi dan hiasan. Produk coklat akan lebih berseri dengan perbezaan warna
coklat putih berbanding warna coklat lain. Jenis coklat ini perlu dicairkan dengan berhati-hati
kerana ia mengandungi lemak coklat yang sedikit. Warna putih terhasil kerana coklat ini tidak
mempunyai likor koko, itulah bezanya dengan coklat susu. Pada umumnya rasa coklat putih
adalah seperti vanilla atau perasa tambahan yang lain. Secara undang-undang, coklat putih harus
mengandungi 20% mentega koko, 14% pepejal susu dan maksimum 55% gula.

Contoh Resipi Coklat Putih


2.3.3 Coklat Hitam
Coklat hitam mempunyai perisa coklat yang sangat sedap dan sesuai digunakan dalam
masakan. Coklat hitam mengandungi massa koko, gula, mentega koko, vanilla dan lesitin
(pengemulsi). Tidak ada pepejal susu ditambah dalam coklat hitam. Jumlah kandungan koko
dalam coklat hitam boleh berbeza dari 30% (gelap manis) kepada 70-80% untuk coklat hitam

yang sangat gelap. Coklat bittersweet dan coklat semi-sweet juga jatuh ke dalam kategori
coklat hitam.

Contoh Resipi Coklat Hitam


2.4 Perkembangaan Coklat Dari 1900 Hingga Hari Ini
Sepanjang bahagian awal abad ke-20, coklat menjadi semakin popular kerana ciptaan
mesin-mesin baru, pembukaan lebih banyak tanah baru untuk penanaman coklat, bahkan keduadua perang dunia juga telah membantu dalam perkembangan coklat.
Selepas Perang Dunia Pertama, coklat telah memperoleh status baru di Eropah dan
Amerika Syarikat. Coklat berubah dari makanan eksklusif kepada suatu bahan makanan rakyat
jelata. Dari Perang Dunia Kedua sehingga ke hari ini, perbezaan jumlah komsumsi coklat antara
kelas pekerja dan kumpulan yang berpendapatan lebih tinggi hampir menghilang. Meskipun
terlihat bahawa para pekerja lebih suka coklat tablet dan bar, sedangkan kumpulan
berpendapatan tinggi lebih tergoda oleh pralines dan bonbons.
Coklat bar menjadi sangat popular selepas Perang Dunia Pertama. Di Eropah, coklat bar
lebih kurang 150g telah menjadi betul-betul laris pada tahun 1920an. Belgium adalah negara

pertama mengurangkan saiz coklat bar kepada 30g dan 45g. Coklat bar kemudian menjadi
makanan ringan yang popular dan mampu dinikmati oleh setiap individu.
Sejak tahun 1990an, pengguna telah menunjukkan sikap yang lebih serius terhadap
makanan. Kesihatan menjadi sangat erat kaitannya dengan apa yang kita makan. Penggunapengguna bukan lagi inginkan coklat bar tradisional seperti coklat susu, coklat hitam dan coklatcoklat bar yang mempunyai kacang, buah-buahan dan coklat bar berperisa dan berisi.
Sebaliknya, pengguna-pengguna lebih suka coklat bar yang tulen dan mengandungi 70% koko
atau lebih. Galler mandakwa yang pertama menjual coklat bar dengan 70% koko di Belgium
pada tahun 1993. Pada tahun 1997, Cadbury meningkatkan kandungan koko daripada 64%
hingga 76%. Lindt memperkenalkan coklat bar 99% koko pada tahun 2001. Terdapat juga minat
terhadap coklat organik sejak 1990an apabila Green & Blacks memperkenalkan coklat organik
pertama di United Kingdom pada tahun 1991.
Koko juga digunakan dalam bidang kosmetik dan ubat-ubatan. Selama bertahun-tahun,
coklat bukan sahaja merupakan sejenis makanan tetapi juga berbantu dari segi kesihatan dan
kecantikan juga. Theobromine, sejenis bahan kimia yang ditemui dalam coklat, boleh
membesarkan saluran darah dan digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi. Selain itu
mentega koko digunakan dalam kosmetik dan produk penjagaan kulit.
Coklat masih memainkan peranan penting dalam perayaan-perayaan terutamanya
perayaan-perayaan yang berkaitan dengan keagamaan. Kebanyakan orang akan makan coklat
semasa perayaan-perayaan seperti Krismas, hari Paska dan Hanukkah. Di Mexico, khususnya,
coklat digunakan sebagai pemberian dalam perayaan Hari untuk yang Mati, satu masa untuk
mengingati orang-orang terkasih yang telah meninggal dunia.
Hari ini, walaupun penanaman koko tidak banyak berubah, perkilangan coklat telah
menjadi campuran seni dan sains. Coklat tetap popular dan bagi berjuta-juta orang, coklat
memberikan perasaan puas dan kenikmatan yang tertinggi dan dianggap sihat apabila dimakan
secara sederhana.

BAB 3
HASIL KAJIAN
Data 1 : Hasil soal selidik
Berdasarkan soal selidik yang diperoleh, data telah dianalisis secara deskriptif menggunakan
peratusan.
Pilihan responden

Bilangan

Peratusan ( % )

Ya

19

63.33

Tidak

11

36.67

Rajah menujukkan reaksi responden terhadap kebaikan cokelat kepada kesihatan pelajar UPM
dan faktor-faktor pelajar UPM suka makan cokelat.

Berdasarkan Rajah di atas, daripada 30 orang responden, seramai 19 orang responden bersamaan
dengan 63.33% setuju(Ya) dengan kebaikan cokelat kepada kesihatan pelajar UPM dan faktorfaktor pelajar UPM suka makan cokelat. Sementara itu, 11 orang responden bersamaan 36.67%
tidak setuju(Tidak) terhadap itu.

Borang Soal Selidik


Kebaikan cokelat kepada kesihatan pelajar UPM dan faktor-faktor pelajar UPM suka makan
cokelat.
Arahan: Sila jawab soalan/pernyataan dan tandakan () pada satu jawapan sahaja iaitu ya atau
tidak bagi setiap soalan / pernyataan tersebut.
Bil.
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12

Soalan/Pernyataan
Mengurangkan kadar serangan strok.
Meningkatkan kadar kesihatan jantung.
Cokelat dapat melawan diabetes.
Cokelat dapat memperbaiki peraliran darah.
Mencegah kanser.
Mengurangkan kolestrol yang tidak baik untuk kesihatan.
Dapat mengurangkan stres.
Merupakan penahan sakit yang efektif.
Mampu mengurangkan tekanan darah.
Berasa bertenaga selepas makan cokelat.
Menjadikan seseorang lebih gembira.
Kepelbagaian rasa cokelat dapat memenuhi keperluan

13
14
15
16
17
18
19
20

pengguna.
Melegakan perasaan yang tidak menyenangkan.
Menyukai rasa cokelat yang enak.
Berasa segar apabila makan cokelat semasa mengantuk.
Menyukai cara cokelat mencair dalam mulut.
Baik untuk kulit anda.
Mengandungi antioksidan yang baik untuk kesihatan.
Mengurangkan risiko kelumpuhan jantung.
Membantu dalam kebatukan sebab mampu menahan daya
batuk.

Ya

Tidak

Data 2 : Hasil temu bual


Kami diberikan peluang untuk menemubual Cik Sarah Adzi yang memegang jawatan Pegawai
Kawalan Kualiti(QC) daripada Kilang Beryls Serdang. Beliau telah berkecimpung dalam bidang
penghasilan coklat selama hampir 8 tahun.
Berdasarkan pandangan beliau, pada asalnya coklat adalah makanan bagi golongan yang berada
suatu ketika dahulu kerana rasanya yang eksotik dan sering dijadikan minuman. Apabila waktu
beralih, tamadun manusia sedari coklat mampu bertahan dengan lebih lama jika dijadikan dalam
bentuk bar dan disejuk beku.
Penanaman koko bermula apabila berlaku perkembangan pesat industri koko pada akhir 1970an
dan awal 1980an telah mencetus kesedaran untuk menyelaras dan mengintegrasi pelbagai aktiviti
industri ke bawah satu organisasi paying untuk memastikan satu perkembangan yang sihat. Oleh
itu, Lembaga Koko Malaysia (LKM) diwujudkan. Akta penubuhan LKM diluluskan oleh
parlimen pada Julai 1988 dan digazetkan sebagai Akta 343 pada 8 September 1988. LKM mula
beroperasi secara rasmi pada 18 Julai 1989.

Industri koko di negara ini masih lagi relevan dan akan terus berkembang dengan permintaan
yang semakin meningkat, demikian jawapan Cik Sarah Adzi kepada kami.

Beliau berkata, perkembangan industri koko negara masa ini boleh dianggap baik dan positif
daripada beberapa sudut dengan perubahan ketara berbanding satu masa dahulu.
Jika dahulu sekitar 1980-an, Malaysia merupakan pengeluar bahan mentah biji koko, tetapi kini
negara kita antara negara pengisar koko utama di Asia dan turut mengeksport produk berasaskan
koko.
Pada peringkat hiliran pula, selain pengukuhan pengisaran koko, tumpuan turut diberikan dalam
meningkatkan pengeluaran produk berasaskan koko agar Malaysia menjadi pengeluar produk
utama coklat di Asia, katanya.

Cik Sarah Adzi berkata, setiap tahun Malaysia perlu mengisar 360,000 tan biji koko bagi
memenuhi permintaan pasaran, tetapi malangnya buat masa ini negara hanya mampu mengisar
antara 250,000 hingga 300,000 tan biji koko sahaja.
Pada 2013, kita mengisar sebanyak 285,608 tan biji koko berbanding 244,423 pada tahun
sebelumnya disebabkan faktor seperti kekurangan permintaan dunia dan pertumbuhan ekonomi
dunia yang menurun.
Untuk tahun ini Lembaga Koko Malaysia memaklumkan kepada pihak kilang Beryls bahawa
LKM menjangkakan pengisaran biji koko negara akan meningkat kepada 290,000 dengan
keadaan pasaran dijangka baik berbanding tahun lalu, katanya.
Peningkatan jumlah dan permintaan ini adalah kerana rakyat Malaysia telah sedar coklat
merupakan satu makanan atau hidangan yang boleh dibuat sendiri dengan mudah dan dijadikan
sebagai perniagaan sampingan menjana pendapatan isi rumah, katanya.
Pasaran Koko Malaysia terdiri daripada pasaran dalam negeri dan juga pasaran luar negara.
Hampir 70% daripada biji koko yang dikeluarkan diproses di dalam negara bagi menghasilkan
lemak koko, serbuk koko dan produk-produk lain berasaskan koko. Sehingga hari ini terdapat 10
buah kilang pengisaran di Malaysia dan 30 buah syarikat pembuatan coklat dan konfeksioneri
coklat.
Pasaran luar negara pula meliputi eksport biji koko dan produk-produk koko ke pasaran di
seluruh dunia. Kilang kami menerima stok koko daripada Maldives, tepung susu dan produk
susu daripada New Zealand, dan pengilangan dijalankan di Malaysia.
Pasaran bagi biji koko didapati telah menunjukkan arah peralihan daripada pasaran-pasaran
tradisional di negara-negara Eropah Barat dan Amerika Syarikat ke negara-negara di wilayah
Asia Timur. Pada tahun 1996, Republik Rakyat China menjadi destinasi eksport biji koko yang
utama diikuti oleh Singapora dan Thailand. Australia dan Singapura merupakan destinasi eksport
utama bagi likur koko tanpa nyah lemak sementara Amerika Syarikat dan Belanda merupakan
destinasi eksport yang utama bagi likur koko dinyah lemak.

Eksport lemak koko masih tertumpu di pasaran-pasaran tradisional Amerika Syarikat dan Eropah
Barat. Manakala pasaran bagi serbuk koko telah menunujukkan peningkatan yang
menggalakkan. Pada tahun 1996, serbuk koko telah dipasarkan ke 45 buah negara dan Australia
dan Singapura menjadi destinasi eksport yang utama.
Industri pembuatan coklat juga telah menunjukkan perkembangan yang pesat. Pada tahun 1996,
eksport coklat dari Malaysia telah meliputi 49 buah pasaran.Pasaran coklat yang utama pada
tahun 1996 ialah Jepun dan diikuti oleh Singapura dan Hong Kong.

Data 3 : Pemerhatian
Video

KESIMPULAN
Kesimpulannya, dari sepanjang lawatan kami ke kilang coklat yang berjenama beryls chocolate,
kami dapati bahawa kesemuanya coklat yang dibuat adalah dengan menggunakan mesin and
teknologi yang canggih. Disebabkan menggunakan mesin dan teknologi dalam memproses
coklat, ia dapat menpercepatkan hasil coklat dalam sehari dan lebih banyak coklat akan dapat
dihasilkan berbanding dengan coklat diperbuat dari tenaga tangan. Menggunakan mesin dalam
prosess coklat dapat juga meningkatkan kuantiti malah juga kualitinya. Selain itu, dari segi
kebersihan juga dapat ditingkatkan lagi dengan mesin dan teknologi yang mempunyai fungsi
yang dapat meningkatkan kebersihan dan keselamatan coklat supaya dapat menghasilkan coklat
yang selamat dan terjamin. Oleh itu, inovasi teknologi telah membantu banyak dari segi
memprosess makanan yang lebih efisien dan juga keselamatan makanan dapat dijamin selamat
dimakan.

CADANGAN
1. Kurangkan import koko dari luar negara dan menanam lebih banyak pokok dan menghasilkan
koko sendiri supaya dapat meningkatkan ekonomi negara.
2. Membukakan lebih banyak kilang beryls coklat supaya dapat meningkatkan lagi kuantiti
coklat dan juga menpercepatkan hasilan coklat.
3. Membuat lebih banyak iklan tentang beryls coklat supaya orang Malaysia dapat mengetahui
tentang produk ini.

PORTFOLIO

POSTER

PRODUK

Anda mungkin juga menyukai