Anda di halaman 1dari 3

TAJUK FORUM: ROKOK – SETIAP SEDUTAN MEMBAWA PADAH

TINDAKAN ALASAN
PENGERUSI Bismillahhirahmannirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Warga dewan sekalian, bertemu kita lagi dalam gelanggang Forum Remaja.
Topik kita pada hari ini ”ROKOK-Setiap Sedutan Membawa Padah”. Bersama
saya adalah 3 orang ahli panel yang tidak asing lagi. Baiklah di sebelah kanan
saya, ahli panel pertama,saudari (nama). Selamat datang saudari. Seterusnya
ahli panel kedua, (nama). Selamat datang ________. Dan di hujung sana,
nampak pemalu tapi bijak berkata-kata, (nama). Selamat datang juga
buat_____. Baiklah sebelum saya menyimpang lebih jauh , soalan saya pada
panel pertama, apakah kandungan yang boleh kita dapati di dalam rokok?

PANEL PERTAMA Terima kasih kepada saudari pengerusi, Setiap batang rokok yang dinyalakan
akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan
boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan
maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif dan
bahan-bahan yang digunakan di dalam cat , pencuci lantai dan banyak lagi.
Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon
Monoksida.

PENGERUSI Terima kasih kembali kepada panel pertama kita. Sebentar tadi panel pertama
ada menyatakan bahawa teradapat 3 racun yang paling penting di dalam rokok
iaitu tar, nikotin, dan karbon monoksida. Bolehkah ______ panel kedua
menerangkan kenapa tiga bahan ini dianggap paling berbahaya?

PANEL KEDUA Soalan yang amat menarik saya akan menerangkan satu persatu. Tar
mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi
penyebab kanser . Manakala Nikotin bertindak balas di dalam otak dan
menyebabkan ketagihan. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah
terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk
selamanya.Dan yang terakhir Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang
biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan
oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat.

PENGERUSI Terima kasih kepada panel kedua kita, sekarang sudah terang lagi bersuluh
bahawa rokok itu sendiri boleh membawa kemudaratan terhadap diri.saya
ingin meminta panel ketiga kita untuk menghuraikan apakah kesan yang boleh
disebabkan oleh asap rokok pada perokok dan orang sekeliling?
PANEL KETIGA Antara kesan asap rokok kepada perokok dan orang sekeliling ialah kanser
paru-paru, trakea, bronkus, mulut dan esofagus (saluran pemakanan), di mana
90 peratus penyakit kanser paru-paru berpunca daripada tabiat
merokok.Kajian saintifik juga menunjukkan bahawa terdapat lebih empat ribu
bahan-bahan kimia yang terdapat pada asap rokok sebagai menyebabkan
kanser. Perokok pasif ialah orang yang tidak merokok namun diistilahkan
sebagai perokok kerana mereka menyedut asap rokok daripada perokok di

1
sekeliling. Percaya atau tidak, risiko penyakit yang dihadapi perokok pasif
berkali ganda lebih daripada perokok.

PENGERUSI Panel kita yang ketiga tadi menerangkan impak asap rokok pada perokok dan
orang sekeliling daripada sudut kesihatan. Soalan saya kembali kepada panel
pertama, bolehkan saudari jelaskan impak asap rokok atau rokok itu sendiri
dari sudut ekonomi dan personaliti.

PANEL PERTAMA Daripada segi ekonomi, secara purata, perokok membelanjakan wang lebih
kurang RM1,000 setiap tahun untuk merokok. Ini bermakna perokok
membazirkan wang mereka dengan banyak sepanjang hidup mereka. Oleh itu
perbuatan merokok samalah seperti membakar duit sendiri. Kemudian
daripada sudut personaliti, asap rokok meninggalkan bau pada rambut, baju,
bibir kering, gigi berwarna kekuningan, manakala pernafasan yang berbau pula
menjejaskan hubungan sosial.

PENGERUSI Kepada panel kedua bolehkah saudari jelaskan tentang kaedah yang betul
untuk berhenti daripada tabiat merokok?

PANEL KEDUA Terima kasih saudari pengerusi, di antara Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti
Merokok ialah pertama tetapkan tarikh untuk berhenti merokok. Anda juga
mesti mengatakan pada diri anda bahawa "Aku bukan perokok". Selain itu
anda mesti menumpukan apa sahaja yang anda lakukan untuk melupakan
tabiat merokok. Sentiasa berfikiran positif juga penting. Anda juga perlu
mendapatkan sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan.Yang paling
penting adalah melawan keinginan untuk merokok.

PENGERUSI Terima kasih saudari. Jika panel kedua kita tadi menyebutkan tentang kaedah
berhenti merokok, saya pasti memang ramai yang tertanya-tanya tentang
apakah pula faedahnya kepada seseorang individu walaupun saya rasa
jawapannya sudah berlegar-legar di minda para penonton. Untuk mengusaikan
kekusutan ini saya minta panel kita yang ketiga untuk menjelaskan faedah
berhenti merokok.

PANEL KETIGA Diantara Faedah Berhenti Merokok ialah kita insyaallah akan hidup lebih lama
selain itu kita juga dapat menghindari racun.Kemudian kita juga dapat
melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok.Keupayaan
deria rasa dan bau kita juga akan meningkat, gigi lebih putih dan nafas lebih
segar dan terakhir dapat mengelakkan budaya membazir dengan
menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan
bermanfaat.

PENGERUSI Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita kerana sudi hadir
dan sudi menyuakan pendapat masing-masing. Moga apa yang kita dapat hari
ini tidak sekadar ” masuk telinga kanan, keluar telinga kiri”. Nampaknya masa
amat mencemburui kita.Kesimpulannya tabiat merokok perlu dihentikan
kerana ia bukan sahaja menjejaskan kesihatan diri kita tetapi juga orang lain.

2
”pengayuh sudah ditangan perahu sudah di air ” fikir-fikirkan dan jangan sekali
berhenti berfikir!! Usah menepuk dada menanya selera tetapi tepuklah dahi,
bukalah minda, dan fikir-fikirkanlah!!rokok setiap sedutan membawa padah!!!

Wabillah hitaufiq Walhidayah Assalamualaikum


Warahmatullahhiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai