Anda di halaman 1dari 2

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, guru-guru bukan opsyen dapat mengemukakan cadangancadangan penyelesaian kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan dan keputusan. Setelah mendapat kata sepakat dan dipersetujui oleh pihak pengurusan, mereka akan melaksanakan keputusan tersebut. Daripada langkah serta metod yang digunakan untuk menguji guru bukan opsyen dengan menggunakan kaedah Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK), didapati ia merupakan suatu usaha yang amat baik yang dapat dilakukan terhadap pelajar serta dapat meningkatkan keyakinan guru bukan opsyen. Hal ini kerana sekiranya ia dilakukan dengan melalui proses-proses yang telah ditetapkan, ia akan mendatangkan hasil yang sangat yang baik. Selain daripada itu guru-guru bukan opsyen serta guru opsyen dapat bekerjasama dalam satu pasukan dan tidak tertekan dengan tugasan yang diberikan oleh pihak pengurusan atau pentadbiran. Peranan ketua kumpulan dan sokongan ketua jabatan sangat diperlukan dalam merealisasikan pencapaian dan kecemerlangan KMK di peringkat jabatan atau sekolah. Dengan adanya KMK segala perancangan yang ingin dibuat juga akan lebih teratur dan tersusun. Segala kekurangan juga mudah untuk dicari penyelesaiannya. dimana ia selaras dengan falsafah KMK, yang memberi maksud pengurusan yang mementingkan manusia dan perasaan mereka. Hal ini kerana manusia adalah aset paling penting dalam sesebuah jabatan atau pejabat. Pengertian pengurusan secara penyertaan pula adalah, setiap pekerja yang mana tidak mengira kedudukannya dalam organisasi diberi peluang untuk memberikan sumbangan yang bermakna kepada

jabatan atau pejabat. KMK merupakan satu mekanisme di mana para pekerja boleh turut menyertai sewaktu proses penyelesaian masalah. Ianya bagi meningkatkan lagi kualiti dan produktiviti sesebuah jabatan atau pejabat masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai