Anda di halaman 1dari 6

FAKULTI INSTITUT PENGAJIAN KEPENGETUAAN KAMPUS KOTA UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

Kod Kertas Pensyarah Tajuk Nama peserta No. Matrik Pendahuluan

TUGASAN 2 YXGA 6107 : Pengurusan Sumber Manusia Profesor Dato Dr. Hussein bin Hj Ahmad Analisis Dimanika Seorang Pengetua Zarapi bin Mat Yacob YGA 090019

Sekolah merupakan sebuah organisasi sosial yang berfungsi untuk mendidik generasi muda ke arah kehidupan yang sempurna pada masa depan. Seperti mana organisasi lain, sekolah perlu diurus dengan baik bagi memastikan matlamat penubuhannya tercapai. Sebagai pengurus, pengetua bertanggungjawab mengendalikan segala urusan harian sekolah serta memastikan urusan harian institusi itu berjalan lancar dan berkesan. Pengetua juga bertanggungjawab menjadi penggerak kepada guru-guru di sekolahnya agar bersama-sama berusaha melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan sebaik mungkin. Oleh sebab itu, pengetua perlu memiliki ciri-ciri tertentu, seperti berilmu pengetahuan, berkemahiran, berwawasan dan mempunyai komitmen untuk melaksanakan peranan mereka dengan baik dan berkesan. Soal Selidik Dinamika Pengurusan Sumber Manusia di Sekolah Menengah Soal selidik dinamika pengurusan sumber manusia ini berkesan untuk mengetahui pendekatan pengurusan seseorang pemimpin sekolah iaitu pengetua. Terdapat dua ciri pengurusan pengetua yang diselidiki berdasarkan jumlah skor yang dikumpulkan. Ciri yang pertama menjelaskan ciri pengurusan pengetua sekolah saya mengikut pandangan saya pada masa sekarang. Manakala ciri yang kedua menjelaskan ciri pengetua sekolah saya seperti yang saya inginkan. Hasil soal selidik ini dapat memberikan gambaran secara menyeluruh tentang gaya pengurusan yang diamalkan oleh pengetua dalam melaksanakan tugas sebagai pengurus sekolah. Analisis soal selidik ini mampu menjadi garis panduan kepada saya 1

apabila dilantik sebagai seorang pengetua nanti. Saya amat yakin gelagat kepemimpinan yang diamalkan oleh pengetua akan mempengaruhi budaya dan iklim sesebuah organisasi seterusnya menentukan kecemerlangan sesebuah sekolah. Keputusan Soal Selidik Dinamika Pengurusan Sumber Manusia Setelah menjalankan soal selidik ini, saya mendapati jumlah skor ciri-ciri fungsional pengetua yang diperhatikan ialah sebanyak 165. Manakala jumlah skor untuk ciri-ciri pengurusan pengetua yang diinginkan ialah sebanyak 209. Perbezaan amalan kepemimpinan yang diharapkan adalah sebanyak 44. Berdasarkan jumlah perbezaaan ini, saya dapat membuat rumusan bahawa tidak terdapat jurang yang tinggi antara amalan kepemimpinan pengetua saya sekarang dengan ciri-ciri kepemimpinan yang saya inginkan. Saya mendapati kebanyakan item tidak menunjukkan perbezaan antara amalan kepemimpinan pengetua yang diperhatikan dengan amalan kepemimpinan yang saya impikan iaitu mewakili skor 5 (sangat baik). Hal ini bermakna hanya ada sedikit sahaja kelompongan atau kekurangan yang perlu ditambahbaik oleh pengetua saya untuk memantapkan lagi kepemimpinan beliau dalam memimpin dan menguruskan sekolah. Berdasarkan soal selidik ini, terdapat beberapa item yang tidak selari dengan keperluan kepemimpinan yang saya kehendaki dengan gelagat kepemimpinan pengetua saya sekarang. Item-item tersebut adalah seperti mana yang ditunjukkan di bawah ; BIDANG Kepemimpinan Membentuk Teamwork Refleksi Pengurusan Profesionalisme Pengendalian Mesyuarat Kepemimpinan Sumber Kewangan Penilaian Pencerapan ITEM 3 4 5 14 19 24 28 38 47 KETERANGAN ITEM Memberi kebebasan menentukan secara terperinci bagaimana melaksanakan sesuatu tugas Membina satu pasukan yang sepadu dan kukuh di bawah pengurusannya Menggalakkan staf memberi maklum balas mengenai prestasi pengurusannya Mendapat kerjasama daripada rakan sejawatnya apabila diperlukan Segala keputusan dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh pengetua dilaksanakan sepenuhnya Pengetua sekolah melibatkan semua staf dalam masalahmasalah penting di sekolah Pengetua mendapatkan sumber dan bantuan yang diperlukan dengan mudah untuk sekolah anda Pengetua dapat menggunakan sistem penilaian yang sistematik untuk menjamin pencapaian matlamat yang telah ditetapkan Pengetua dapat melakukan pencerapan terhadap pengajaran guru di bilik darjah secara tidak formal

Analisis Dinamika Pengurusan Seorang Pengetua Sebagai pengetua, keupayaan untuk menilai dan mengenalpasti kecondongan nilai dan kebolehan guru-guru dan stafnya amat diperlukan. Pengetua perlu bertindak sebagai pembahagi tugas kepada guru dan stafnya dengan tepat berdasarkan kecondongan nilai masing-masing. masing-masing. Hal ini kerana pengetua mempunyai pengetahuan (kognitif) untuk Dalam hal ini pengetua perlu bersikap afektif iaitu telus dalam menentukan guru dan staf mengajar dan bekerja mengikut opsyen, minat dan kebolehan mengagihkan tugas kepada guru dan staf. Pengetua perlu memberikan peluang kepada guru dan stafnya untuk melaksanakan tugasan masing-masing mengikut Standard Kualiti Pencapaian (KPI) yang telah ditetapkan. Contohnya, pengetua perlu melihat latar belakang dan kecondongan nilai guru-guru dan staf sebelum mengambil keputusan untuk memberikan tanggungjawab kepada mereka dalam menguruskan sesuatu program yang mahu dilaksanakan di sekolah. Pengagihan tugas dan tanggungjawab yang tepat akan menyebabkan keseronokan bekerja dan menghasilkan mutu kerja yang tinggi. Pengetua saya juga masih tidak berjaya untuk membina satu pasukan yang sepadu dan kukuh (team work building) di bawah pengurusannya. Pengetua masih perlu untuk merapatkan hubungan antara guru-guru penolong kanannya. Kadang-kadang saya melihat ketiga-tiga penolong kanan ini bekerja secara sendirian. Masing-masing berlumba-lumba untuk menjalankan aktiviti-aktiviti di bawah pentadbiran mereka. Contohnya GPK Pentadbiran sibuk dengan kelas tambahan, GPK HEM tidak puas-puas melancarkan aktiviti berkaitan disiplin pelajar manakala GPK Kokurikulum pula sentiasa mengadakan pelbagai pertandingan di sekolah. Mereka bertiga ini seperti tidak pernah diselia dan dipantau oleh pengetua. Lebih memburukkan keadaan, di bawah mereka bertiga ini pula ada sekumpulan guru dan staf yang bersama-sama terlibat dalam situasi ini. Hal ini bermakna, apabila ada aktiviti yang dijalankan, ianya hanya akan melibatkan kelompok-kelompok tertentu sahaja sebagai pelaksananya. Bagi saya, sebagai pengetua yang berkesan beliau sangat perlu untuk meneliti dan seterusnya menyelesaikan permasalahan ini. Di dalam situasi inilah seseorang pengetua perlu menguruskan gelagat yang berlaku dalam organisasinya secara dinamik, inovatif dan berupaya menangani pelbagai masalah dalaman yang berlaku di dalam sekolah.

Saya juga melihat pengetua saya kurang memberi peluang kepada guru-guru dan stafnya untuk memberikan maklum balas mengenai prestasi pengurusannya. Guru-guru dan staf dilihat begitu sukar untuk memberikan pandangan dan komen mengenai pengurusan dan pentadbiran pengetua di sekolah. Walaupun pengetua memberikan peluang secara terbuka kepada semua guru dan staf untuk menilai beliau setiap kali mesyuarat diadakan namun tidak ramai yang berani untuk bersuara. Hal ini kerana setiap kali ada yang mengeluarkan pandangan, mereka akan dianggap sebagai golongan anti pengetua dan akibatnya akan disenaraihitamkan oleh pengetua. Seharusnya sebagai seorang pengetua yang berkesan, beliau semestinya mengamalkan sikap terbuka menerima kritikan orang bawahannya. Beliau sepatutnya menggunakan pendekatan yang lebih sistematik. Contohnya guru-guru dan staf boleh menilai gaya pengurusan dan pentadbiran pengetua melalui borang soal selidik, temu bual tertutup dan borang penilaian prestasi pengetua. Cara ini dilihat lebih selamat dan menyakinkan. Ianya membolehkan guru-guru dan staf melakukan refleksi terhadap pengurusan pengetuanya dengan jujur dan ikhlas. Hasil dapatan daripada soal selidik ini sangat berguna untuk pengetua menambahbaik amalan kepemimpinannya ke arah yang lebih berkesan. Saya juga dapat melihat pengetua saya kurang mendapat kerjasama daripada rakan sejawatnya apabila diperlukan. Pengetua-pengetua dari sekolah berhampiran Mereka kurang memberi kerjasama dalam hubungan permuafakatan antara sekolah.

jarang untuk hadir ke majlis-majlis yang diadakan di sekolah saya walaupun dijemput secara rasmi. Adalah amat sukar untuk mengadakan program bersama walaupun dengan sekolah yang berdekatan. Pengetua sekolah berhampiran juga sukar untuk memberikan kemudahan yang ada di sekolah mereka. Contohnya, pengetua sekolah berhampiran tidak meluluskan permohonan penggunaan dewan untuk Pertandingan Paluan Kompang dan Formasi Peringkat Daerah walaupun menyedari pengetua saya amat memerlukan kemudahan dewan tersebut. Saya berpendapat bahawa pengetua saya sukar untuk mendapatkan kerjasama daripada rakan sejawatnya kerana beliau juga kurang menghadiri majlis-majlis rasmi yang disertai oleh pengetua-pengetua. Dalam hal ini, saya yakin pengetua perlu mempunyai hubungan yang erat di antara mereka. Mereka perlu sentiasa berhubung antara satu sama lain. Bukannya apabila ada masalah baharulah hendak bertanya khabar dan memohon pertolongan. Oleh itu, selaku pengetua yang cemerlang, mereka perlu mempunyai kompetensi dalam hubungan manusia dan mempunyai keupayaan untuk menganalisis situasi di persekitaran. 4

Di samping itu , dalam aspek pengurusan mesyuarat juga, pengetua saya perlu melakukan penambahbaikan. Bagi saya, banyak agenda mesyuarat yang tidak jelas terutama melibatkan pelaksanaan keputusan dasar tidak dipatuhi. Satu sifat pengetua saya ialah beliau sangat lemah lembut dan sentiasa memberi peluang kepada guru dan kakitangan. Contohnya keputusan mesyuarat jelas menyatakan bahawa semua guru mesti menyediakan tugasan untuk murid-murid apabila mereka berkursus. Tetapi ramai guru yang ingkar dengan keputusan mesyuarat. Hal ini berlaku kerana guru-guru tahu mereka tidak akan diambil sebarang tindakan oleh pengetua. Adalah jelas kepada kita bahawa kadang-kadang sikap tolak ansur (laissez faire) oleh pengetua menyebabkan guru tidak menghormati pengetua dan sudah tentu melanggar segala perkara yang diputuskan dalam mesyuarat. Bagi saya, pengetua mestilah bersikap tegas, segala kesalahan guru mesti direkodkan agar mereka tidak mengulangi kesalahan di samping dalam masa yang sama dapat mengikut arahan yang telah ditetapkan. Saya juga melihat pengetua saya kurang mendapatkan pandangan orang lain apabila hendak membuat keputusan. Sebagai pengetua, beliau patut melibatkan semua guru dan staf sokongan dalam menyelesaikan masalah penting di sekolah. perhatian oleh seorang pengetua. Amalan demokrasi dan bertindak secara terbuka dalam menguruskan organisasi perlu diberikan Pengetua perlu mendapatkan idea dan meminta pandangan daripada semua guru dan staf apabila ingin mengambil keputusan yang penting di sekolah. Bagi saya setiap masalah perlulah dikongsi bersama dan diselesaikan bersama-sama. Keadaan ini akan mewujudkan satu suasana yang harmoni dalam organisasi. Apa yang penting setiap masalah di sekolah akan menjadi tanggungjawab bersama setiap individu dalam organisasi. Pengetua saya juga mempunyai masalah apabila mahu mendapatkan sumber kewangan dari luar untuk membiayai program-program sekolah. Beliau tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan komuniti setempat seperti Yang berhormat Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Pegawai Jabatan Belia dan Sukan dan sebagainya. Sebagai pengetua, beliau perlu sedar tentang kepentingan menjalinkan hubungan kerjasama dengan individu-individu tertentu, tokoh-tokoh korporat, komuniti setempat, institusi kerajaan dan institusi pengajian tinggi (IPT) dalam usaha mendapatkan bantuan yang sewajarnya. Pihak sekolah juga boleh mengadakan program bersama 5

dengan institusi kerajaan dan juga IPT awam mahupun swasta. Oleh itu, pengetua perlu mempunyai kemahiran interpersonal yang tinggi untuk menjalinkan hubungan kemanusiaan yang erat dengan individu, organisasi dan masyarakat di luar sekolah. Akhir sekali saya juga melihat pengetua saya gagal melakukan pencerapan pengajaran dan pembelajaran (P & P) dengan berkesan. Walaupun secara bertulis jelas menunjukkan bahawa pengetua telah menyusun jadual pencerapan tahunan namun secara praktikalnya, proses pencerapan tersebut tidak berjalan dengan lancar. Kebanyakan guru yang telah ditugaskan untuk mencerap seperti Ketua Bidang dan Ketua Panitia tidak menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Namun begitu pengetua tidak menyedari perkara ini. Tetapi bagi saya, sebagai pengetua, beliau perlu lebih peka memantau dan seboleh-bolehnya memastikan pencerapan dilakukan dengan sebaik mungkin. Dalam hal ini, pengetua perlu sentiasa meronda di samping menyerap guru di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Langkah ini akan membolehkan pengetua mendapat maklumat awal tentang proses P & P di bilik darjah, dapat melihat prasarana fizikal yang perlu dibaiki dan juga berpeluang untuk mendapatkan maklumat terus daripada para pelajar berkaitan masalah mereka di dalam bilik darjah. Maklumat yang tepat dan terkini penting bagi membolehkan pengetua mengesan perubahan yang berlaku dan kewujudan keperluan baharu di dalam dan di luar sekolah, mengenal pasti masalah yang dihadapi, mencari peluang untuk meningkatkan prestasi sekolah, seterusnya melakukan perancangan untuk masa depan sekolah. Kesimpulan Sebagai seorang pengetua yang berkesan, beliau mestilah tahu dan memahami peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Seseorang pengetua amat perlu menguasai domain kognitif, afektif dan psikomotor dalam menguruskan sumber manusia dalam organisasi. Di samping itu, pengetua juga perlu menguasai kemahiran peranan fungsional seorang pengurus sebagai seorang perancang (planning), pengelola tugasan (organizer), pembahagi tugasan (delegator) penyelaras tugasan (organizer) dan penilai tugasan (evaluator). Pengusaan ilmu dan kemahiran ini sudah tentu akan menjadikan pengetua itu serba boleh dan yang pasti organiasasi dan sekolahnya akan menjadi sebuah institusi pendidikan yang berkesan.

Anda mungkin juga menyukai