Anda di halaman 1dari 6

RELA DIPIMPIN UNTUK MEMIMPIN

SHAMSUL ANUAR BIN AHMAD TERMIZI


SEKOLAH KEBANGSAAN JITRA 3

PENGENALAN

Kepimpinan merupakan suatu keperluan dalam membina kekuatan organisasi terutama


dalam memimpin organisasi ke arah menuju dan mencapai matlamat yang ingin dicapai
bersama. Kepimpinan membawa banyak pengertian bergantung kepada kesesuaian dan
keperluannya. Walaupun kepimpinan adalah sesuatu yang kompleks untuk ditakrifkan
namun ia membawa kepada suatu persamaan dari segi konteksnya iaitu sebagai suatu
proses, pengaruh, kerja sepasukan serta penentuan matlamat. Ini bermaksud bahawa
kepimpinan itu adalah suatu proses di mana seseorang individu itu (pemimpin)
mempengaruhi orang lain bagi mencapai matlamat bersama.

Dalam konteks pengurusan sekolah atau pendidikan amnya, kepimpinan adalah


berhubung rapat dengan keberkesanan sekolah. Sekolah yang berkesan adalah
dihasilkan melalui kepimpinan yang cekap dan berkualiti (Alimuddin, 2006). Kepimpinan
melalui perubahan-perubahan sejajar dengan perubahan masa dan keperluan manusia
sejagat. Konsep kepimpinan transformasional mula diperkenal oleh Burns (1978).
Bermula dari lewat 1980 an dan awal 1990 an organisasi korporat di barat mula
mengamalkan kepimpinan transformasional dalam struktur organisasi perniagaan
mereka. Kepimpinan transformasional dilihat sebagai sangat sesuai bagi mengantikan
amalan kepimpinan transaksional. Ini bermakna mereka mengubah struktur organisasi
mereka dari sistem kawalan berpusat, amalan kuasa hirerki yang mutlak, perbezaan
status yang ketara di antara tahap-tahap autoriti serta proses membuat View metadata,
citation and similar papers at core.ac.uk brought to you by CORE provided by Universiti
Teknologi Malaysia Institutional Repository keputusan yang bersifat `top-down’ di mana
pemimpin mempunyai kuasa mutlak membuat keputusan tanpa penglibatan subordinat.
Anjakan paradigma yang dibawa dalam kepimpinan transformasional ini adalah ke arah
menekankan kepada konsep kerja sepasukan, mewujudkan iklim kerja yang kondusif
serta menggalakkan penglibatan subordinat dalam membuat keputusan bagi kebaikan
organisasi dan mengamalkan cara baru dalam memimpin organisasi. Kajian Button
(2003) menunjukkan bahawa perubahan yang dibawa melalui kepimpinan
transformasional dilihat lebih demokratik, adil serta mampu meningkatkan komitmen
serta penglibatan individu. Organisasi yang melalui perubahan amalan kepimpinan

1
daripada transaksional kepada transformasional berubah bukan hanya kerana aspek-
aspek di atas tetapi mereka berubah kerana amalan kepimpinan transformasional
mampu membawa kepada peningkatan produktiviti (Leithwood, 1992).

Kepimpinan transformasional mencetus perubahan sikap dan pemikiran seseorang


itu terhadap tanggungjawabnya bertitik tolak dari kesedaran yang diwujudkan oleh
pemimpin terhadap subordinat dan bukannya kerana ganjaran mahupun ancaman.
Kepimpinan transformasi memusatkan tumpuan kepada membina matlamat yang
dikongsi bersama, meningkatkan komunikasi serta membuat keputusan secara
kolaboratif. Keperluan terhadap adaptasi gaya kepimpinan yang selari dengan keperluan
dan perubahan semasa dalam pendidikan di sekolah khususnya adalah amat perlu
memandangkan kepada faktor kecemerlangan sekolah adalah berkait rapat dengan
keberkesanan kepimpinan pengetua di sekolah. Uniknya kepimpinan transformasional
adalah pada sumbernya iaitu nilai peribadi dan kepercayaan seseorang pemimpin itu
terhadap perkongsian kepimpinan itu sendiri yang akhirnya boleh melahirkan pemimpin
di kalangan pengikut (Hoy& Miskel, 2005). Dalam erti kata lain seorang pemimpin
transformasional itu adalah juga merupakan agen perubahan yang akan menggerakkan
perubahan pada organisasinya atau sekolah secara khususnya.

Organisasi sekolah amat memerlukan formula kepimpinan seperti ini terutama


dalam aspek pertimbangan serta pembangunan guru sebagai seorang individu. Menurut
Hoy dan Miskel (2005) model kepimpinan transformasional dilihat paling sesuai
diimplementasi oleh pemimpin sekolah ( Marks dan Printy, 2003) yang mengkaji
koloborasi antara kepimpinan pengajaran dan kepimpinan transformasional yang
dilaksanakan di sekolah yang akhirnya membawa kepada kualiti pedagogi dan prestasi
pelajar yang berada pada tahap yang tinggi. Ini adalah hasil dari kepimpinan
transformasi itu sendiri yang berjaya menggerakkan usaha dan kemahuan yang tinggi di
kalangan guru-guru untuk bersama-sama menyumbang kepada kecemerlangan sekolah.

2
PENGALAMAN LEPAS

Pengalaman saya sebagai Guru Prasekolah selama 17 tahun banyak memberi pengalaman
dalam bidang pengurusan tetapi dalam unit yang kecil. Seorang guru prasekolah
bertanggungjawab ke atas semua hal yang berkaitan dengan prasekolah iaitu dari segi
pengurusan hal ehwal murid, pengurusan kewangan, pengurusan fail, pengurusan
pembantu pengurusan murid, pengurusan makan dan minum murid serta pengajaran dan
pembelajaran murid di dalam kelas. Semua ini terletak diatas guru prasekolah tersebut.
Sepanjang saya menguruskan prasekolah, saya tidak nafikan selalu sahaja ada isu yang
timbul dan memerlukan penyelesaian segera seperti contoh pernah kelas prasekolah saya
mengalami isu murid kurang. Hal ini terjadi kerana kewujudan tadika Kemas yang sangat
hampir dengan kelas prasekolah saya. Isu ini agak mencabar kerana saya perlu tarik para
waris untuk hantar anak mereka ke kelas prasekolah ini. Jadi saya menjalankan beberapa
inisiatif seperti memperbanyakkan program seperti contoh melibatkan secara aktif apa
sahaja pertandingan yang dianjurkan oleh pihak PPD, JPN serta komuniti setempat. Selain
itu saya selalu membuat perjumpaan dengan para waris prasekolah, ini bertujuan untuk
memberi ruang dan peluang kepada para waris untuk menyatakan dan meluahkan masalah
serta memberi idea untuk kelas prasekolah saya itu. Alhamdullilah cara yang saya buat
walaupun tidak banyak tetapi hasilnya bilangan murid prasekolah semakin bertambah. Satu
lagi pengalaman saya menjadi ketua unit pengakap kelana di dalam unit Kelana Eagle
Kubang Pasu, Kedah, banyak memberi pengalaman yang berharga iaitu cara kita mengurus
pasukan tersebut dan juga cara mengendalikan ahli-ahli baru dengan pelbagai rintangan
yang ada. Tujuan kami tubuhkan pengakap kelana ini kepada pelajar tingkatan enam kerana
ingin membantu serta memberi pengalaman baru kepada mereka. Ini penting kerana
mereka perlu ada pendedahan seperti ini agar mereka boleh teruskan memajukan diri
mereka hingga ke tahap yang mereka boleh banggakan. Sebelum ini ahli-ahli kelana yang
saya terajui ini ketika di sekolah, kurang mendapat pendedahan kepada aktiviti-aktiviti
kegiatan luar sekolah. Apabila mereka menyertai unit kami ini, saya dapati mereka
bersemangat dan ingin menerokai lagi unit kelana ini.

Namun bukan semua setuju dengan apa yang kita buat, ada pihak cuba
menjatuhkan unit kami ini dengan lemparan pelbagai cara. Sebagai seorang ketua saya
harus bertenang dan cuba selesaikan apa jua masalah yang dihadapi supaya semangat
ahli-ahli yang ada tidak sia-sia. Alhamdullilah unit kami berjaya mengatasi beberapa
masalah yang timbul dan ahli-ahli dapat menyertai pelbagai aktiviti-aktiviti berkaitan dengan
pengakap ini. Saya dapat lihat kepuasan ahli apabila menyertai unit kami ini. Kami pernah

3
mencapai beberapa kejayaan antaranya kami pernah mendapat cuti sehari di Jambori
Pengakap Kedah pada tahun 2017. Unit kami sahaja diberi pelepasan sehari kerana pihak
jawatankuasa pengakap negeri berpuas hati dengan hasil kerja kami yang ketika itu kami
diberi amanah untuk mengendalikan unit kesihatan dan keselamatan.

Pemimpin Yang Diidamkan.

Jika hendak menjadi pemimpin bukannya kita hanya perlu menawarkan diri untuk menjadi
pemimpin. Ianya perkara yang bukan mudah kerana untuk menjadi pemimpin kita perlu
bersedia dengan pemikiran yang hebat serta dalaman diri kita yang kuat. Pendek kata
seorang pemimpin yang baik mempunyai banyak kelebihan tetapi sedikit kekurangan. Ini
penting disebabkan seorang pemimpin akan ada pengikutnya dan pengikutnya sudah tentu
akan mencontohi segala perbuatan dan pemikiran pemimpinnya. Berdasarkan pengetahuan
dan pengalaman dalam bidang yang diketahui. Tiada pengikut yang mahu diarah-arah oleh
seorang pemimpin yang tidak mempunyai keyakinan diri dan penakut. Orang yang cerdik,
dan pandai menilai sikap tidak akan bertahan lama di bawah pemimpin yang tidak
mempunyai ciri ini. Seorang pemimpin perlu berani apabila menghadapi cabaran yang
mendatang. Ini dipanggil maruah dan pemimpin perlu berani untuk menyelesaikan segala
cabaran yang dihadapi sama ada cabaran itu datang dari arah luar mahupun datang ari
dalam. Cabaran paling sukar apabila ianya datang dari dalam dan seorang pemimpin yang
berani sahaja yang boleh menyelesaikan masalah dan cabaran itu. Orang yang tidak dapat
mengawal diri sendiri tidak akan dapat mengawal orang lain. Kebolehan mengawal diri
menjadi contoh berkesan bagi para pengikut di bawah seorang pemimpin. Pengikut yang
bijak dapat menilai ciri itu. Mereka akan cuba mengikut sikap yang terserlah pada pemimpin
mereka.. Banyak kajian menunjukkan bahawa kecerdasan (kemampuan kognitif) adalah
yang benar-benar penting untuk prestasi kerja. Kecerdasan emosi ditakrifkan oleh para
sarjana terkemuka sebagai mempunyai kemampuan untuk “mengenali, memahami, dan
mengurus emosi kita sendiri dan mengenali, memahami, dan mempengaruhi emosi orang
lain.” Ia harus mengurangkan dan menghilangkan persepi dalam barisan kepemimpinan
yang menetapkan keberkesanan kecerdasan otak sahaja. Pemimpin yang cerdas emosi
dapat dibezakan dan mampu lakukan apa yang sukar dilakukan oleh pemimpin yang cerdas
otak Mereka memahami kekuatan dan batasan mereka sendiri dan menyedari situasi dan
peristiwa dalam hidup mereka. Ketika keadaan mengecewakan, mereka dapat menentukan
punca dan penyebab kekecewaan mereka. Ketika berada di bawah tekanan, mereka juga
memiliki kejelasan tentang nilai dan rasa tujuan mereka, yang memungkinkan mereka
4
menjadi lebih tegas ketika menetapkan jalan tindakan. Mengetahui dan menyedari emosi
anda sendiri adalah separuh dari pertempuran. Pemimpin dengan tahap kecerdasan emosi
yang tinggi juga mengenali dan menghormati emosi orang lain. Mereka berhubung dan
berempati dengan ahli pasukan mereka. Mereka memberi perhatian sepenuhnya kepada
orang lain dan meluangkan masa untuk memahami apa yang mereka katakan dan
bagaimana perasaan mereka – meletakkan diri mereka di tempat orang lain dengan cara
yang bermakna.

Pemimpin yang berdolak-dalik dengan keputusan yang dibuat menunjukkkan


keyakinan diri mereka yang rendah. Perhatikan contoh yang banyak daripada pemimpin-
pemimpin parti politik. Mereka yang begini tidak akan kekal lama. Pemimpin yang baik akan
membuat perancangan secara teliti. Seterusnya mereka akan melaksanakan perancangan
yang dibuat. Pemimpin yang hanya meneka-neka secara membabi buta, tidak menyusun
perancangan dengan baik dan teliti, dapat diumpamakan seperti kapal tanpa kemudi.
Lambat laun kumpulan yang dipimpinnya akan tersadai di pantai cetek, tidak boleh
bergerak. Sikap ini seperti sumpahan bagi seorang pemimpin. Mereka harus membuat
sesuatu perkara lebih daripada apa yang diharap oleh pengikut-pengikut mereka. Orang
yang tidak berdisiplin, berperangai buruk dan suka mengambil mudah tidak akan menjadi
pemimpin yang berjaya. Seorang pemimpin memerlukan rasa hormat daripada pengikut-
pengikut mereka. Perasaan itu pula hanya dapat muncul bersama nilai peribadi yang dimiliki
oleh seseorang pemimpin. Suatu lagi sikap yang perlu ada bagi seorang pemimpin adalah
perasaan simpati kepada pengikut-pengikut mereka. Mereka juga harus memahami
keadaan atau masalah yang dihadapi oleh para pengikut. Ini bagi memastikan komunikasi
antara kedua-dua pihak menjadi lebih mudah dan berkesan. Selepas sesuatu perancangan
disusun, pemimpin perlu peka kepada perincian-perincian yang perlu diteliti. Mereka tidak
semestinya melakukan perincian itu sendiri, sebaliknya ia mungkin dilakukan oleh pihak lain.
Mereka sedar akan hal-hal yang perlu dilihat dengan lebih lanjut supaya perlaksanaan tidak
menjadi kucar-kacir. Pemimpin yang dihormati akan mengambil sikap bertanggungjawab
atas kesilapan atau kekurangan yang dimiliki oleh mana-mana pengikut mereka. Sekiranya
ada pengikut yang membuat kesilapan, ia adalah kesalahan pemimpin itu kerana tidak
memastikan mereka melakukan kerja dengan baik. Sekiranya mengelak akan
bertanggungjawab, jangka hayat kepimpinan mereka pasti singkat.  Seorang pemimpin
harus faham akan sikap bekerjasama, serta mudah melaksanakannya pada bila-bila masa
diperlukan. Mereka juga seharusnya menerapkan sikap itu di kalangan para pengikut.
Kepimpinan memerlukan kuasa, manakala kuasa pula memerlukan kerjasama.

5
Di dalam karangan Zainal Ariffin Ahmad (1998), perkataan transform berrnakna
mengubah sifat-sifat sesuatu. Pemimpin transforrnasi adalah seorang yang mampu
mengubah sifat-sifat negatif mereka yang dipimpinnya menjadi sifat-sifat positif. Falsafah di
sebalik teori kepirnpinan transforrnasi ialah dengan mengubah sifat-sifat dan cara berfikir
individu-individu yang dipimpin ia akan menghasilkan perubahan kepada budaya organisasi
yang dipimpin. Pemimpin transforrnasi membantu organisasi dan mereka yang dipirnpinnya
supaya dapat melaksanakan perubahan-perubahan positif ke atas diri mereka sendiri bagi
aktiviti-aktiviti yang mereka usahakan. Pernimipin transformasi mempunyai beberapa ciri
yang diamalkan di dalam gaya kepimpinan mereka. Di antara ciri-ciri tersebut ialah memiliki
karisma. Karisma dapat membantu seorang pemimpin yang memilikinya melaksanakan apa
yang semestinya dilakukan oleh pemimpin. Pernimpin seperti ini selalunya mengamalkan
tingkahlaku yang menggalakkan kakitangan supaya bertindak dengan lebih yakin terhadap
kemampuan diri tanpa seliaan atau araban, ia mampu mempengaruhi subordinat secara
luar biasa. Pernimpin transformasional memotivasikan kakitangannya untuk
melipatgandakan usaha mereka berbanding prestasi biasa.

Anda mungkin juga menyukai