Anda di halaman 1dari 5

1.

0 JENIS-JENIS KEPEMIMPINAN SEKOLAH


Menurut Kamus Dewan (2002), kepemimpinan bermaksud keupayaan untuk
memimpin. Dengan kata lain, ia merupakan proses interaksi antara pemimpin dengan
ahli untuk mempengaruhi ahli-ahli bertindak mencapai matlamat organisasi. Dalam
konteks sekolah, unsur kepemimpinan amat penting kerana ia akan mempengaruhi
organisasi sekolah dan pencapaiannya secara langsung. Terdapat beberapa jenis
kepemimpinan yang biasa diguna dalam sekolah, iaitu kepemimpinan semulajadi,
kepemimpinan berkarisma, kepemimpinan birokratik dan kepimpinan teragih.
Kepemimpinan semulajadi merujuk kepada individu yang berpengaruh, tetapi
bukan dilantik secara formal untuk mengetuai kumpulannya (Noriati, Boon, & Wong,
2010, ms90). Biasanya, ahli yang tertua, berpengalaman dan berkemahiran
interpersonal tinggi akan diterima oleh ahli-ahli secara semula jadi sebagai ketua.
Bagi kepemimpinan berkarisma, pemimpinnya mampu mempamerkan
kemampuannya untuk menyelesaikan masalah dengan berjaya (House & Howell,1992).
Umumnya, pemimpin berkarisma mempunyai tret-tret personaliti yang berupaya
mengekalkan kesetiaan ahli terhadapnya. Maka, mereka merupakan orang yang
berkualiti istimewa (Max Weber,1947).
Seterusnya ialah kepemimpinan birokratik di mana pemimpinnya memimpin ahli-
ahlinya melalui kecekapan dalam pengurusan dan pentadbiran dengan pendekatan
rasional (Weber, 1989). Mereka merupakan individu yang berstruktur dan berfungsi
mengikut prosedur yang ditetapkan. Maka, pemimpinnya akan menggunakan kuasa
dalam jawatan untuk menerajui organisasinya. Namun, pemimpin jenis ini hanya
berorientasikan tugas dan kurang fokus terhadap keperluan individu.
Kepemimpinan teragih pula merupakan kuasa kepemimpinan yang diagihkan
dalam suatu jaringan interaktif antara pemimpin dengan ahli-ahlinya yang mewujudkan
semangat kerjasama dan keakraban antara rakan sekerja. Pemimpinnya bersikap
terbuka terhadap pandangan orang lain setiap masa, manakala kebanyakan ahlinya
adalah golongan profesional yang berautoriti dalam bidang masing-masing.

.0 TEORI- TEORI KEPEMIMPINAN GURU BESAR SEKOLAH


Teori-teori kepemimpinan sekolah terbahagi kepada dua, iaitu teori tradisional
dan teori semasa. Teori tradisional merangkumi teori tret, teori tingkah laku dan teori
situasi yang fokus "apa ciri pemimpin berkesan, manakala teori semasa pula terdiri
daripada teori transformasi dan teori moral yang menumpu "bagaimana memimpin
secara berkesan.
Bagi teori tret, hanya individu yang mempunyai tret-tret tertentu sahaja seperti
kecerdasan tinggi dan berkeyakinan sesuai menjadi pemimpin yang berkesan. Namun,
Yukl (1989) memperkemaskan teori ini dengan menghuraikan bahawa pemimpin harus
mempunyai kemahiran khusus iaitu interpersonal, kognitif dan teknikal serta tret di
mana ia dikolerasikan dengan keberkesanan kepemimpinan.
Selain itu, teori X dan teori Y dalam teori tingkah laku menerangkan cara
pemimpin beranggapan terhadap staf akan menentukan tingkah lakunya terhadap
organisasi. Pemimpin dalam teori X berkelakuan autokratik kerana menganggap
stafnya akan berkelakuan negatif, manakala pemimpin dalam teori Y akan
mengurangkan kawalan dan mengupayakan stafnya dalam pelaksanaan tugas (Mohd
Yazid Yusoff, 2008). Kemudian, Grid Pengurusan oleh Blake dan Mouton (1964, 1978)
yang dihasil pula menjelaskan dua dimensi yang berbeza iaitu keprihatinan terhadap
penghasilan dan manusia. Tindakan kepemimpinan yang diutarakan ialah kelab
rekreasi, papa, berpasukan, berorientasikan tugas dan di pertengahan tugas.
Teori situasi menekankan bahawa keadaan yang berbeza memerlukan corak
kepemimpinan yang berlainan berdasarkan faktor pengikut, pemimpin dan situasi.
Salah satu contoh teori situasi ialah Teori Kontinjensi Fiedler (1967) yang menyatakan
tiada satu cara terbaik untuk mengendali organisasi. Manakala,Teori Situasi Hersey dan
Blancard (1977) pula menekankan keberkesanan kepemimpinan bergantung kepada
keadaan terutamanya tahap kematangan ahli.
Bagi teori transformasi dalam teori semasa, pemimpinnya bukan sahaja tumpu
kepada keperluan pengikut, malah beliau cuba meningkatkan keperluan itu kepada aras
motivasi dan kematangan yang lebih tinggi dalam usaha mencapai matlamat tertentu.

Manakala teori kepemimpinan moral pula fokus kepada nilai dan etika pemimpin
dimana penggunaan kuasa adalah atas pertimbangan rasional. a merupakan
bimbingan yang memotivasikan orang lain melalui pegangan nilai yang terpuji. Secara
pendek, ia mampu mengembangkan potensi ahli-ahli secara positif.

.0 SITUASI DAN PENYELESAIAN MASALAH
" Anda seorang guru besar yang baru bertukar ke sebuah sekolah terkenal
dengan masalah disiplin murid dan guru serta mempunyai tahap pencapaian
peperiksaan yang rendah. Bagaimanakah anda selaku guru besar sekolah tersebut
boleh menggunakan hubungan pemimpin-ahli, struktur tugasan dan kedudukan kuasa
untuk mengubah kedudukan sekolah anda.

.1 Cadangan PenyeIesaian MasaIah
Kepemimpinan dalam sekolah merupakan perkara yang rumit dimana ia
memerlukan kebijaksanaan guru besar dalam menggunakan hubungan pemimpin-ahli,
struktur tugasan dan kedudukan kuasa untuk mengukuhkan kedudukannya di samping
membawa semua warga sekolahnya ke arah yang cemerlang.
Sebagai guru besar di sekolah tersebut, perkara pertama yang saya
pertimbangkan ialah gaya kepemimpinan yang diterima oleh semua warga sekolah.
Penerimaan kepemimpinan ini amat penting kerana ia melambangkan sokongan yang
diberi oleh semua warga sekolah. Jika kepimpinan saya disokong, saya akan berasa
diri dihormati dan lebih bermotivasi untuk mengatasi kelemahan-kelemahan dalam
sekolah, dan seterusnya memimpin sekolah ke tahap yang lebih cemerlang. Pendek
kata, hubungan pemimpin-ahli adalah amat penting jiakalau saya ingin melakukan
sebarang pembaharuan di sekolah.
Maka, saya akan membentuk hubungan pemimpin-ahli yang baik supaya saya
dapat mengenali dan memahami semua warga sekolah dari aspek personaliti dan cara
bekerja. Contohnya, aktiviti-aktiviti seperti kursus dalaman dan perbincangan individu
boleh dianjurkan untuk menjalin hubungan mesra dengan guru-guru. Dengan ini, saya

dapat mengetahui masalah yang dihadapi dan keperluan yang biasa tidak dinyatakan.
Selain itu, saya akan memimpin guru-guru mengikut kebolehan dan sifat berdasarkan
Teori Situasi Hersey dan Blanchard (1977). Contohnya, guru bersifat positif akan
digolongkan dalam Kumpulan Kematangan Tinggi, dimana saya akan memberi
kebebasan dan motivasi agar mereka rasa dihargai. Bagi guru lemah yang digolongkan
dalam Kumpulan Kematangan Rendah, saya akan memujuk dan melibatkan mereka
dengan tugasan yang selaras dengan kebolehannya di bawah teknik pujukan dan
pemantauan. Kesannya, ia dapat menanam kepercayaan pada guru-guru bahawa pihak
sekolah memang mengambil berat dan ingin membantu mereka setiap masa.
Teori transformasi akan diaplikasikan di mana saya akan memaparkan
penampilan peribadi positif seperti bertimbang rasa untuk meningkatkan keyakinan guru
dalam melaksanakan tugasan. Bagi pandangan saya, masalah disiplin dan pencapaian
lemah berlaku disebabkan pihak atasan yang bersikap autokratik suka mengarah guru-
guru bertindak tanpa melibatkan mereka dalam perbincangan. Guru-guru yang tidak
diendah oleh pihak atasan akan kehilangan motivasi untuk menjalankan tanggungjawab
mereka. Dengan menggunakan teori transformasi, saya akan meningkatkan semangat
positif mereka dengan melibatkan mereka dalam proses perbincangan atau membuat
keputusan supaya mereka yakin terhadap diri sendiri dan merasa kegunaan diri kepada
sekolah. Justeru, saya yakin kepemimpinan jenis ini dapat mengatasi masalah yang
timbul di sekolah.
Sebagai ketua di sebuah organisasi sekolah, saya akan memastikan setiap ahli
mempunyai bidang tugas yang tersendiri dan setiap ahli akan menjalankan
tanggungjawabnya dengan baik. Namun, sekiranya terdapat ahli yang keliru mengenai
bidang tugasnya, kelancaran sistem operasi sekolah akan terganggu dan seterusnya
menjejaskan pencapaian sekolah. Untuk mengatasi masalah ini, saya akan
memperkenalkan sistem untuk menjelaskan struktur tugasan setiap ahli melalui risalah,
dokumen rasmi serta paparan poster semasa perhimpunan dan mesyuarat supaya
mereka dapat memahaminya dengan jelas. Guru-guru hendaklah mengetahui
tanggungjawab, visi, misi, matlamat, peraturan dan rutin setiap bidang tugas supaya
mereka boleh mengaplikasinya dalam pelaksanaan tugas harian. Tambahan pula, saya
akan memastikan proses pengajaran-pembelajaran, pengurusan kelas serta

pengendalian aktiviti kurikulum dan kokurikulum adalah jelas dari segi tugas yang perlu
dilakukan serta bagaimana tugas itu dilakukan.
Sehubungan ini, saya akan menggunakan kepemimpinan transaksi yang
berasaskan ganjaran untuk memotivasikan guru-guru di sekolah. Bagi guru-guru yang
berupaya mengurangkan masalah disiplin atau meningkatkan prestasi akademik, maka
mereka akan diberi ganjaran seperti naik gaji. Selain itu, saya akan mengenalpasti
kekuatan dan kelemahan guru dalam usaha mencapai matlamat yang ditetapkan.
Program latihan diadakan untuk membantu guru lemah untuk memperbaiki kemahiran
asas supaya mereka dapat berusaha bersama-sama ke arah matlamat yang sama.
Dengan ini, saya pasti sekolah ini dapat mengatasi kelemahan-kelemahan yang wujud.
Selaku guru besar, saya juga boleh menggunakan kedudukan kuasa saya untuk
mendisiplinkan guru-guru dan murid-murid melalui gaya kepemimpinan yang lebih
kepada sifat autokratik. Sekiranya didapati warga sekolah yang bermasalah telah
menjejaskan perkembangan sekolah, saya akan menggunakan kuasa untuk mendisiplin
atau menukarkan individu yang berkenaan. Dari segi aspek murid, saya mempunyai
kedudukan kuasa yang nyata untuk mendisiplin, menggantung, mengarah dan melantik
murid mengikut situasi yang sesuai dan segala tindakan yang diambil adalah demi
kepentingan sekolah. Namun, tindakan tegas hanya akan dikenakan selepas
perbincangan individu dan amaran yang diberi diingkari oleh individu berkenaan. Saya
boleh menyelia prestasi guru dan murid melalui pemantauan kelas untuk meningkatkan
prestasi akademik. Saya juga boleh memberi pujian dan cadangan kenaikan pangkat
kepada guru yang berdisiplin dan telah meningkatkan pencapaian kelasnya. Selain itu,
saya akan menetapkan peraturan sekolah yang wajib dipatuhi oleh semua warga
sekolah untuk mengatasi masalah disiplin. Namun, saya akan bersikap demokratik
dengan mengadakan perbincangan dengan wakil murid dan guru sebelum
menguatkuasakan peraturan tersebut.
Kesimpulannya, pemimpin haruslah bijak menyesuaikan kemahiran
kepemimpinan yang berlainan mengikut situasi dan perubahan terkini. Hanya gaya
kepemimpinan yang sesuai dapat mewujudkan peluang dan suasana kondusif untuk
semua warga sekolah belajar dan bekerja bersama-sama menyumbang kepada
perkembangan pendidikan ke arah mencapai matlamat sekolah dan pendidikan Negara.

Anda mungkin juga menyukai