Anda di halaman 1dari 4

SOALAN 3A Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Kinabalu, Sabah telah dianugerahkan sebagai Guru Besar Cemerlang.

Kejayaan beliau memimpin sekolah bergantung kepada amalan kepemimpinannya. Huraikan ciri-ciri kepemimpinan yang diamalkan oleh guru besar berkenaan dari aspek kuasa, gaya dan nilai murni kepemimpinan. (25 markah)

JAWAPAN: Pemimpin iaitu Guru Besar merupakan seorang individu dalam sesuatu kumpulan yang diberi tanggungjawab mengarah dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti untuk mencapai matlamat kumpulan. Manakala kepimpinan pula bermaksud proses mempengaruhi kegiatan kumpulan ke arah pencapaian sesuatu hasil yang telah dirancang. Ianya berlaku apabila seseorang(Guru Besar) itu menolong,menunjuk dan mempengaruhi orang lain bercorak peribadi. Berdasarkan situasi di atas, Guru Besar tersebut telah dianugerahkan sebagai Guru Besar Cemerlang disebabkab oleh amalan kepimpinan yang diamalkan oleh beliau iaitu dari aspek kuasa, gaya dan nilai murni kepemimpinan. Dari aspek kuasa, Guru Besar tersebut telah mengamalkan kepimpinan yang melibatkan orang lain atau pihak lain. Ini bermaksud, Guru Besar telah melibatkan orang lain sama ada pekerja bawahan yang dipertanggungjawabkan atau para pengikut. Selain itu, Guru Besar juga mempunyai autoriti untuk memberi arahan yang mana pemimpin mempunyai autoriti berkenaan dengan setengah daripada kegiatan-kegiatan anggota kumpulan, manakala anggota-anggota pula tidak boleh membantah aktiviti-aktiviti pemimpian mereka. Selain itu, Guru Besar tersebut berjaya mempengaruhi pekerja melalui arahan. Misalnya, seorang pemimpin mungkin dapat mengarahkan staffnya untuk melakukan sesuatu tugas, tetapi yang mungkin menentukan sama ada tugas itu benar-benar dikendalikan dengan betul ialah tahap pengaruhnya terhadap pihak yang berkenaan.

Terdapat tiga gaya kepimpinan yang diamalkan oleh Guru Besar Cemerlang. Gaya kepimpinan yang pertama ialah Autokratik. Pemimpin akan memberi perintah dan pengikut mesti patuh kepada arahan yang diberi tanpa banyak soal. Pemimpin autokrat dapat memastikan tugas-tugas yang diberi dilaksanakan dengan sempurna oleh orang bawahannya. Menurut Keith dan Girling (1991), para pemimpin autokrat lazimnya berfungsi secara autonomi, memberi tunjuk ajar tentang apa dan bagaimana tugastugas harus dilakukan, membuat keputusan sendiri dan suka memberi arahan. Orang bawahan diharapkan mengikut dan membuat apa yang mereka diarahkan. Konflik atau masalah diselesaikan dengan pantas dan komunikasi lebih besifat dari atas ke bawah. Pemimpin menggunakan ganjaran dan hukuman, memuji dan memberi penghargaan dan selalunya menggunakan kritikan tidak membina. Kepimpinan ini menunjukan bahawa Guru Besar atau guru ingin berkuasa. Orang lain tiada kebebasan untuk memutuskan sesuatu perkara sebaliknya mereka hanya melaksanakan tugas sahaja. Interaksi sehala dan pasif antara pihak sekolah, guru dan murid. Pemimpin yang autokratik merupakan seorang yang dogmatic dan positif, memerlukan stafnya yang menurut perintah yang diarahkan dan memimpin mengikut kebolehannya untuk memberi atau menarik balik ganjaran kerja serta hukuman. Gaya kepimpinan yang kedua ialah Demokratik. Kepimpinan ini lebih bersifat terbuka di mana Guru Besar berkongsi kuasa dengan guru dan mereka boleh mengambil kepentingan bahagian bersama, bersama bukan membuat kepentingan keputusan. sendiri Pemimpi mementingkan ini dapat

sahaja.

Amalan

meningkatkan iklim persekolahan yang kondusif dan membangkitkan rasa puas hati orang yang dipimpin. Pemimpin yang demokratik akan menggalakkan penglibatan dan penyertaan staf mereka tentang tindakan dan keputusan yang dibuat. Pemimpin demokratik percaya kepada penglibatan semua orang dalam membuat sesuatu keputusan atau tindakan. Beliau juga percaya kepada musyawarah. Pemimpin sering menurunkan kuasanya kepada orang bawahan dan memberi kebebasan kepada mereka untuk membuat sesuatu keputusan berlandaskan kebijaksanaan dan kebolehan masing-masing. Pemimpin demokratik juga berperanan sebagai pembimbing yang baik kepada kumpulannya dengan mengetahui peranannya sebagai penyelaras tugas dan mengutamakan akuantabiliti serta kerjasama baik daripada setiap individu yang

dipimpinnya. Kuasa diagih-agihkan menyebabkan semua orang berasa yakin dan senang hati menunaikan tugas masing-masing. Dengan yang demikian, organisasi sekolah akan terus berjalan lancar dan bergerak maju. Selain itu, pekerja akan menjadi lebih bermotivasi, berkomitmen tinggi dan lebih bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat bersama. Gaya kepimpinan yang ketiga ialah Kontigensi. Kepimpinan ini dilihat apabila Guru Besar menyesuaikan gaya kepimpinannya mengikut keadaan dan keperluan yang wujud. Kepimpinan kontigensi dipengaruhi oleh faktor-faktor perubahan situasi pada masyarakat. Situasi dapat diasingkan kepada perhubungan pemimpin dan ahli, struktur kerja serta kedudukan kuasa. Perhubungan pemimpin dengan ahli bergantung kepada suasana kumpulan dalam konteks keyakinan, kesetiaan dan tarikan yang diberi oleh orang yang dipimpin. Struktur kerja pula bergantung kepada tahap dan syarat bagi sesuatu tugas yang jelas dan dirancang rapi. Pemimpin menggunakan kuasanya untuk memberi ganjaran atau hukuman kepada orang yang dipimpin. Dari aspek nilai murni, Guru Besar tersebut mempunyai nilai dan estetika di dalam organisasi untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi. Beliau sentiasa meningkatkan kemahiran memimpin serta bersiap sedia dengan segala ilmu kepemimpinan sesuai dengan situasi yang mungkin akan dihadapi kelak. Semangat kerjasama dalam pasukan dipupuk dan penerapan nilai-nilai murni, moral dan sikap positif serta membina disiplin diri dalam kalangan kakitangan juga dipupuk untuk membentuk modal insan yang berkualiti. Modal insan yang berkualiti bergantung kepada kejayaan kepemimpinan dalam pendidikan yang memberikan hasil yang berkualiti dan dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh dan berketerampilan. Beliau juga merupakan seorang yang mempunyai mental dan pemikiran yang penuh dengan sifat-sifat iltizam, dedikasi, berakauntabiliti, komited, teun sabar, bertimbang rasa, rajin, ceria, amanah, berpegang kepada janji, tetap tidak akan mengkhianati tugasnya atau murid-murid demi mengatasi segala cabaran yang mendatang. Guru Besar juga memberangsangkan dan memotivasikan guru-guru bagi meningkatkan kecekapan sebagai pemimpin bilik darjah dalam proses pengajaran dan

pembelajaran murid. Ini adalah untuk menggalakkan murid untuk mendapatkan pembelajaran yang optimum. Sebagai kesimpulannya, Guru Besar memainkan peranan yang penting dalam memastikan kejayaan sesebuah sekolah. Oleh itu, terdapat 3 aspek yang perlu diikuti oleh seorang guru besar untuk memimpin sesebuah sekolah iaitu aspek kuasa, gaya dan nilai murni kepimpinan.

Anda mungkin juga menyukai