Anda di halaman 1dari 35

1.0 Pendahuluan 1.1 Pengenalan Esah Sulaiman (2003) menyatakan bahawa kemahiran penting bagi seseorang pemimpin.

Melalui kemahiran berkomunikasi yang berkesan, seseorang pemimpin boleh menyampaikan mesej dengan jelas dan mudah bagi mewujudkan interaksi dengan orang lain. Pemimpin tersebut juga mampu mewujudkan kemesraan, menyampaikan mesej dengan jelas dan bertolak ansur dengan orang sekelilingnya.

Sikap profesionalisme seorang guru perlu jelas dan unggul untuk diaplikasikan di sekolah. Kini pelbagai kes yang mampu mengganggu gugat kredibiliti seorang guru. Masyarakat hanya menilai seorang guru berdasarkan apa yang didengar. Bak kata pepatah, Ibarat nila setitik, rosak susu sebelanga. Pelbagai pihak perlu mengambil tahu isu-isu semasa agar tidak hanya berpaksikan kepada media samata-mata.

Guru sering menjadi bualan masyarakat. Oleh itu, guru sebagai pemimpin perlu sentiasa bersedia fizikal dan mental untuk mengharungi segala cabaran dan dugaan yang boleh melunturkan semangat seorang guru. Cabaran semakin mencabar dan bakal mencabar lagi pada masa akan datang. Jika guru berasa seperti sudah berada di zon selamat, guru tersebut silap dan memerlukan kekuatan dan kesungguhan yang tinggi dalam menggapai matlamat itu.

1.2 Objektif Kajian

Pada akhir tugasan ini, pengkaji dapat :-

i.

Menjelaskan konsep asas kepemimpinan berdasarkan contoh-contoh yang sesuai.

ii.

Membincangkan kepemimpinan sekolah mewujudkan situasi kepimpinan yang menyenangkan.

iii.

Membuat refleksi program internship dan memberi cadangan perubahan dalam organisasi sekolah.

1.3 Batasan Kajian

Tugasan kerja kursus projek Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional, EDU 3108 ini memberi penumpuan berkenaan konsep kepemimpinan. Tugasan ini juga memerlukan pengkaji mengenal pasti ciri-ciri guru yang profesional.Selanjutnya, pengkaji perlu manganalisis peringkat perkembangan kerjaya dari guru permulaan ke peringkat yang lebih tinggi.Berikutnya, pengkaji perlu merancang perkembangan diri sebagai profesional. Akhir sekali, pengkaji perlu melaksanakan peranan dan tugas guru dalam pelbagai aspek pengurusan di sekolah.

1.4 Kaedah Kajian

Kaedah yang digunakan dalam kajian secara keseluruhannya ialah kaedah ke perpustakaan dan kaedah tinjauan. Kolaborasi dengan pensyarah dilakukan secara berkala agar tugasan dapat dilaksanakan berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan dan dikehendaki. Di samping itu, pusat sumber dijadikan sebagai punca utama sumber rujukan untuk mencari buku-buku rujukan yang berkaitan dengan kajian. Selain itu, rujukan daripada buku yang dibeli juga adalah salah satu cara untuk mendapatkan maklumat tambahan dan juga input yang jelas. Penggunaan Internet juga diaplikasikan dalam pencarian bahan tambahan berkaitan dengan EDU

3108.Perbincangan bersama-sama rakan-rakan sekelas juga merupakan salah satu kaedah yang telah digunakan sebagai penambahan ilmu.

2.0

Kepimpinan Guru

Konsep Asas

Kepimpinan Berkesan Teoriteori

KEPIMPINAN GURU
Perspektif Islam Kepentingan kemahiran

Rajah 2.0 Kepimpinan berasal daripada kata dasar pimpin. Berdasarkan kamus Dewan Edisi Keempat pimpin bermaksud bimbing, pandu dan tunjuk. Kepimpinan pula bermaksud keupayaan memimpin. Secara umumnya, kepimpinan lebih sinonim

dengan pekerjaan guru. Kepimpinan guru ialah sifat pemimpin seorang guru dalam menguruskan kelas dan memimpin hal berkaitan dengan murid. Sebagai contoh, kepimpinan di dalam kelas melibatkan ketegasan, sifat kepimpinan guru yang demokratik dan kawalan guru bagi memberikan keberkesanan dalam bilik darjah. Semua guru perlu ada sifat kepimpinan dalam menguruskan murid-murid untuk menjadikan murid lebih berdisiplin.
4

Walaupun sifat kepimpinan guru sinonim dengan guru disiplin, namun peranan guru-guru lain juga penting dalam memastikan murid-murid sentiasa menjaga disiplin mereka khususnya semasa di dalam bilik darjah. Dalam tugasan ini, kepimpinan guru akan dijelaskan berdasarkan subtopik seperti dalam Rajah 2.0.

2.1 Konsep Asas Kepimpinan Cara seseorang yang dikatakan pemimpin menjalankan peranannya sebagai pemimpin. Cara pemimpin tersebut menjalankan tugasnya mungkin secara lembut dan banyak mengamalkan pujukan serta toleransi. Adakalanya dalam situasi tertentu, pemimpin terbabit menggunakan arahan sahaja dan ahli diminta mematuhi arahan tersebut. Apa yang penting ialah tindakan pemimpin ini adalah untuk kepentingan ahli dalam organisasi dan bukannya untuk diri sendiri. (Esah Sulaiman:2003)

Menurut Stodgill (1974), kepimpinan adalah satu konsep yang sukar dan kompleks. Beliau mentafsir kepimpinan sebagai satu fenomena manusia yang universal dan sukar difahami. Seseorang pemimpin mempunyai personaliti yang berbeza-beza. Oleh yang demikian, strategi dan kaedah yang diterapkan dalam sesebuah organisasi tersebut mengikut kehendak seseorang pemimpin itu sendiri. Kehendak pemimpin dalam sesebuah organisasi berdasarkan matlamat dan dasar yang ingin dicapai oleh pemimpin tersebut.

Menurut Koonzt dan ODonnel, kepimpinan bermakna penga ruh dan seni atau proses mempengaruhi orang supaya mereka dapat berusaha secara sukarela ke arah pencapaian matlamat bersama.

Fulmer pula menyatakan bahawa kepimpinan melibatkan keupayaan atau kekuatan untuk menyeliakan orang lain supaya bekerja keras ke arah sesuatu matlamat dan kemahiran.

Menurut Hollancler, kepimpinan ialah satu proses pengaruh-mempengaruhi antara pemimpin dengan pengikutnya. Walaupun pemimpin mempunyai kuasa tetapi kekuatan pengaruh lebih bergantung kepada pujukan daripada paksaan.

Proses kepimpinan selalunya melibatkan pertalian pengurusan yang bersifat dua arah, dengan tujuan utamanya adalah untuk mencapai matlamat bersama. Oleh itu, kepimpinan bukan sahaja tanggungjawab pemimpin tetapi memerlukan kerjasama daripada pengikutnya. (Razali, 1996)

Boles (1979) dalam Razali Mat Zin (1996) , kepimpinan tidak semestinya bersifat demokratik. Terdapat beberapa cara lain diaplikasi untuk mempengaruhi individu atau kumpulan. Antaranya adalah dengan memuji, memujuk, menipu dan memaksa. Asalkan matlamat dalam organisasi tercapai, maka proses kepimpinan telah berlaku. Elemen asa proses kepimpinan ialah pengikut. Proses ini memerlukan lebih daripada dua orang iaitu seorang pemimpin dan seorang pengikut. (Ramaiah, 1999)

Kesimpulannya, kepimpinan ialah satu proses yang memerlukan pemimpin menggunakan pelbagai cara supaya orang yang dipimpinnya bergerak ke arah menjayakan matlamat bersama bagi kumpulan atau organisasi mereka. Di samping itu, jika matlamat organisasi atau kumpulan dapat dicapai dengan jayanya, maka kepimpinan tersebut dikatakan berkesan.

Kepemimpinan merupakan suatu usaha daripada seorang pemimpin dalam merealisasikan matlamat dan tujuan organisasi melalui orang dibawahnya dengan cara memberikan motivasi agar mereka dapat melaksanakannya dengan baik. Sebagai contoh, seorang guru besar digalakkan memberikan kata-kata rangsangan seperti Jika pencapaian UPSR meningkat, pihak sekolah bercadang memberikan pengiktirafan kepada guru-guru sekolah., ataupun Jika kerja tersebut dapat disiapkan pada hari ini juga, kita akan adakan jamuan makan pada hari esok.

Situasi tersebut secara tidak langsung akan mewujudkan kepimpinan yang efektif di sekolah. Cara pertama ialah melalui kuasa pemimpin memberikan motivasi. Wujudnya kuasa guru besar memberikan semangat ataupun dorongan kepada guru dapat mewujudkan sokongan guru-guru kepada guru besar dalam pentadbirannya.

Pandangan tersebut disokong Gordon (1955) dengan menyatakan bahawa kepimpinan ialah satu proses interaksi di antara individu dengan kumpulan atau khususnya di antara individu dengan keseluruhan ahli-ahli yang menganggotai kumpulan. Setiap yang terlibat dengan proses interaksi ini boleh dianggap memegang peranan yang tertentu yang membezakan antara satu sama lain. Asas yang membezakan antara satu dengan lain ini ialah pengaruh iaitu pemimpin mempengaruhi dan pengikut mematuhi.

Faktor penilaian tentang stail kepimpinan guru besar mengenal pasti aspek motivasi atau dorongannya dan faktor-faktor seperti struktur tugas, suasana kumpulan dan kuasa kedudukan guru besar serta menghuraikan keselesaan situasi guru besar. Faktor ini cuba memberi penekanan kepada stail kepimpinan yang diharusnya digunakan atau dipilih oleh guru besar bagi menjadi pemimpin yang berkesan dan berkarisma.

Oleh yang demikian, jelaslah dari segi keupayaan guru besar dalam memberikan semangat ataupun dorongan kepada komuniti guru akan memberikan keselesaan untuk terus berkhidmat di sekolah. Hal tersebut wujud apabila guru-guru mempunyai keyakinan diri setelah mendapat bantuan daripada guru besar. Keadaan ini akan meningkatkan keyakinan yang tinggi terhadap guru-guru dalam melaksanakan arahan tugasan. Maka guru-guru di sekolah akan bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh bagi meningkatkan prestasi kerja.

Dalam situasi persekitaran sekolah, guru-guru akan bekerja dengan bersungguhsungguh dan seronok dengan persekitaran kerja yang telah diwujudkan oleh persekitaran itu sendiri. Sehubungan dengan itu, seorang pemimpin iaitu guru besar perlulah bijak untuk membahagikan tugas dan kemahuan orang bawahannya. Kemahuan setiap individu dan usaha yang diperlukan perlulah seimbang bagi memastikan sesebuah organisasi itu berjaya dan berkesan.

Alwater dan Bass (1994) menyatakan bahawa motivasi perangsang iaitu inspirational motivation sebenarnya datang daripada kelakuan pemimpin yang memberi cabaran dan mampu menukar persepsi staf bawahan bahawa masalah-masalah organisasi boleh diselesaikan. Ditambah pula dengan dorongan supaya staf lebih kreatif dan inovatif, menilai semula pendekatan yang dibuat dan mendekati situasi lama dengan cara-cara baru.

Dalam model kepimpinan situasi Fiedler, keberkesanan seseorang pemimpin untuk mendapatkan prestasi yang tinggi daripada kumpulannya tertakluk kepada

struktur keperluan pemimpin itu dan sejauh manakah ia memperoleh kuasa mengawal dan mempengaruh satu-satu situasi tertentu. Kepimpinan dapat ditinjau dari segi perhubungan yang berasaskan kuasa dan pengaruh. Sebagai contoh, di sekolah guru besar mempunyai kuasa dalam memberikan arahan kepada komuniti guru untuk
8

menjalankan tugas bagi mendidik murid-murid. Arahan tersebut bertujuan untuk memberikan kebaikan kepada murid-murid di sekolah dan bukannya bersifat peribadi.

Hasil daripada arahan tersebut, akan wujud dua situasi yang akan berlaku iaitu sejauh mana situasi membenarkan dan menyediakan guru besar dengan kuasa dan pengaruh yang diperlukan untuk menjadi berkesan dan bagaimana selesa faktor-faktor situasi tersebut. Di samping itu, sejauh mana guru besar dapat meramal kesan stailnya ke atas kelakuan dan prestasi komuniti guru di bawah kelolaannya.

Gaya kepimpinan merupakan cara seseorang pemimpin menggunakan kuasa yang dimiliki sebagai alat untuk mempengaruhi pekerja bawahan supaya bekerja kuat bagi mencapai objektif yang perlu dicapai dalam sesebuah organisasi. Terdapat empat jenis gaya kepimpinan yang sering dipraktikkan oleh pemimpin dalam sesebuah organisasi selaras dengan peribadi seseorang pemimpin.

Gaya pemimpin yang berkepemimpinan autokratik dalam organisasi sangat mementingkan pelaksaan tugas. Pemimpin tersebut akan memimpin dengan

menggunakan sumber kuasa formal. Pemimpin yang mengamalkan stail ini akan membuat keputusan yang berkaitan dengan tugas, mengeluarkan arahan dan memastikan arahan yang dikeluarkan dipatuhi oleh semua pekerja bawahannya.

Gara kepimpinan berperikemanusiaan pula menunjukkan minat yang lebih terhadap kakitangannya. Pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan ini akan lebih mementingkan suasana kerja yang baik, dipupuk melalui jalinan persahabatan yang mesra dalam kalangan semua kakitangan. Segala konflik dan masalah kerja akan cuba dihindarkan dengan menganjurkan permuafakatan.

Stail kepimpinan demokrasi juga dikenali juga sebagai pemimpin yang menggalakkan kesemua kakitangannya melibatkan diri dalam organisasinya. Peluang diberikan kepada setiap ahli organisasi untuk memberikan pendapat atau pandangan sebelum sesuatu keputusan diambil dan dimuktamadkan.

Gaya kepimpinan yang seterusny ialah Laissez-Faire atau kebebasan. Pemimpin yang mengamalkan stail kepimpinan Laissez-Faire tidak begitu berminat dengan urusan yang diamanahkan kepadanya. Pada kebiasaannya, pemimpin tersebut tidak peduli mengenai kerja mahupun keputusan sesuatu kerja tersebut. Kuasa yang ada padanya tidak digunakan sepenuhnya. Pemimpin jenis ini akan membiarkan semua keputusan dibuat oleh orang bawahannya sahaja.

10

2.2 Kepimpinan yang berkesan

Dinamik

Komunikasi

Kepimpinan Berkesan

Berpengetahuan

Proaktif

Rajah 2.2.1

Bernis (1985) dalam Esah Sulaiman telah memberikan ciri pemimpin yang berkesan. Menurut beliau, seorang pemimpin yang berkesan perlu mempunyai ciri-ciri seperti Rajah 2.2.1. iMelalui kepimpinan, seseorang pemimpin itu dapat mengubah organisasinya menjadi lebih dinamik. Setelah dilantik menjadi pemimpin, didapati

organisasinya mencapai beberapa kejayaan ataupun nilai baru berjaya diterapkan dalam menjalankan tugas sehinggalah menjadi teladan bagi orang lain.

11

ii-

Mempunyai kebolehan melaksanakan sesuatu tindakan dengan betul berasaskan kemahiran dan pengetahuan yang cukup. Pemimpin yang mempunyai kualiti ini biasanya banyak membaca, menghadiri seminar dan mengadakan lawatan untuk mencari idea dan input baru bagi memajukan organisasi yang dipimpinnya.

iii-

Seseorang pemimpin yang berkesan perlu bersifat proaktif. Pemimpin hendaklah menggunakan kreativiti dan kebolehannya dalam menyelesaikan masalah. Pemimpin perlu memikirkan dan meramalkan perkara yang boleh memajukan organisasi dan melaksanakan sesuatu program dan projek dengan jayanya.

iv-

Pemimpin juga hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran tertentu. Jika pemimpin mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik, tentunya dapat menyampaikan hasrat dan matlamat organisasi yang dipimpinnya dengan jelas kepada ahli dalam organisasi. Perkara ini dapat mengelakkan prasangka terhadapnya oleh sesetengah ahli tertentu.

12

2.3 Kepentingan Kemahiran kepada Pemimpin

Komunikasi

Membuat keputusan

Kemahiran Pemimpin

Teknologi maklumat

Rundingan

Rajah 2.3.1

Seorang pemimpin yang baik dan berkesan, beberapa kemahiran perlu ada dalam diri pemimpin itu sendiri. Melalui beberapa kemahiran tersebut, pemimpin tersebut akan dilihat lebih berkaliber dan berkelayakan untuk menjadi seorang pemimpin dan digelar ketua dalam sesebuah organisasi. Terdapat beberapa kemahiran penting yang perlu ada dalam diri pemimpin seperti Rajah 2.3.1.

13

Pandangan Esah Sulaiman menyatakan bahawa kemahiran penting bagi seseorang pemimpin. Melalui kemahiran berkomunikasi yang berkesan, seseorang pemimpin boleh menyampaikan mesej dengan jelas dan mudah bagi mewujudkan interaksi dengan orang lain. Pemimpin tersebut juga mampu mewujudkan kemesraan, menyampaikan mesej dengan jelas dan bertolak ansur dengan orang sekelilingnya.

Kemahiran pemimpin dalam bidang ICT (Information and Communication Technology) penting dalam dunia yang semakin mencabar sekarang. Dalam dunia kini, seseorang pemimpin perlu cekap dalam mendapatkan maklumat dengan segera, bijak berkomunikasi dan berkebolehan menggunakan teknologi. Kebolehan menggunakan komputer dan internet mempercepatkan pemimpin mengikuti perkembangan semasa dan memperoleh maklumat yang relevan dengan situasi yang dihadapinya. Dengan kebolehan ini, pemimpin dapat menyelesaikan banyak masalah seterusnya meneraju organisasinya mencapai kejayaan.

Sebagai pemimpin yang baik, kemahiran bagi mengadakan sesuatu rundingan sangat penting bagi mendapatkan suatu keputusan yang positif. Kemahiran ini bagi membolehkan kedua-dua pihak sama-sama menang atau sama-sama untung. Kemahiran ini memerlukan ketajaman fikiran, kesabaran, bertolak ansur dan keikhlasan. Kebolehan pemimpin mengambil kesempatan dan memutarbelitkan keadaan dan maklumat tidak akan membawa faedah dalam jangka panjang. Pemimpin tidak akan bertahan lama dan akan dicemuh oleh organisasi.

Di samping itu, kemahiran membuat keputusan merupakan kemahiran yang paling penting bagi seseorang pemimpin. Suatu keputusan yang diambil bukan sahaja berdasarkan pengetahuan tetapi turut juga memerlukan pengalaman seseorang pemimpin. Pemimpin perlu membuat pertimbangan yang wajar dalam membuat sesuatu keputusan. Keputusan yang dibuat perlu mempunyai fokus dan matlamat yang
14

selaras dengan kepentingan organisasi bukannya kepentingan peribadi. Keputusan yang dibuat hendaklah mengutamakan kebaikan ahli dalam organisasi. Dalam konteks Islam pula, membuat keputusan banyak menggunakan musyawarah dan juga syura. Mereka yang pakar dalam sesuatu bidang dibawa berbincang dan bersepakat dalam mencapai keputusan.

2.4 Kepimpinan Menurut Perspektif Islam Jika dilihat dari sudut Islam, ternyata adanya perbezaan tentang kepimpinan amalan memilih pemimpin dan proses kepimpinan yang dilaksanakan oleh barat. Ciri yang lebih fundamental dalam kepimpinan dari sudut Islam ialah ketaqwaan kepada Allah S.W.T. Pemimpin Islam hendaklah menjalankan tanggungjawabnya selaras dengan hukum Islam. Kepimpinan tidak dapat dilihat sebagai usaha mempengaruhi tetapi sebagai suatu amanah. Dalam Islam, kepimpinan seseorang pemimpin meliputi peranan yang lebih menyeluruh.

Ismail (2006) dalam Esah Sulaiman dalam bukunya bertajuk Kepimpinan Nabi Muhammad, menjelaskan bahawa Rasulullah S.A.W. seorang pemimpin yang baik. Baginda selalu mendorong para pengikutnya supaya berbakti kepada orang lain sekiranya mereka ingin dan terus maju dalam kehidupan. untuk Seorang pemimpin keadilan,

bertanggungjawab

dipertanggungjawabkan

melaksanakan

kesaksamaan dan penyesuaian dalam segala aspek kehidupan. Mereka yang termasuk dalam senarai pemimpin ialah bapa, guru, imam, pentadbir, pengurus, penyelia dan pekerja yang berpengaruh.

15

Dalam konteks Islam, gaya yang paling hebat dan agung yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W yang diakui oleh seluruh umat sama ada Islam mahupun bukan Islam. Seorang ahli sejarah dan astronomi bernama Michael Hart telah menulis bahawa orang yang sangat berpengaruh di antara jutaan orang yang lahir ialah Muhammad iaitu pemimpin Islam. Hujahnya ialah baginda merupakan satu-satunya manusia dalam sejarah yang berjaya gilang-gemilang dalam dua bidang sekali gus iaitu kehidupan agama dan melaksanakan pengurusan umat di dunia.

Menurut beliau, Rasulullah telah bersabda:

Setiap orang di antara kamu adalah pengembala dan kamu akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kamu gembalai (Sahih Bukhari dan Muslim)

Dalam konteks Islam, pemimpin merupakan seorang yang berilmu, adil, sabar, menjaga masa, bertanggungjawab, memberi teladan yang baik, berdisiplin, patuh, bersyukur dan ikhlas.

16

3.0

Peranan Guru Besar atau Pengetua dalam Institusi Pelajaran.

Sekolah merupakan sebuah institusi pelajaran yang mempunyai komuniti yang melibatkan pentadbir sekolah, guru-guru dan juga murid. Komuniti di sekolah ini

mempunyai hubungan yang aktif dan saling melengkapi antara satu sama lain. Penggerak adalah pentadbir yang akan memberikan corak kepada murid-murid dan juga bakal generasi akan datang. Mampukah sebuah sekolah tanpa ketua? Hal ini jelas dapat dirungkaikan dengan analogi iaitu sebuah kereta tanpa pemandu. Pemandu sebagai generator yang memandu arah yang ingin dituju. Jika tanpa pemandu,

mungkin penumpang tidak dapat menuju ke destinasi yang ingin dituju, dan mungkin juga kereta tidak akan bergerak. pemimpin dalam sesebuah organisasi. Hal ini jelas menunjukkan betapa pentingnya

Organisasi sebuah sekolah ditadbir oleh seorang individu yang digelar guru besar ataupun pengetua. Individu ini dibaratkan sebagai kepala sekolah yang menjadi nakhoda dalam mengemudi kelancaran dan juga kebolehtadbiran dalam menyediakan landasan sesebuah sekolah dalam melahirkan murid yang cemerlang dan menjadi

agen modal insan pada masa akan datang. Guru Besar adalah sebagai membentuk acuan yang berkualiti, guru-guru sebagai pelaksana dan pengadun dan melahirkan acuan yang berkualiti iaitu murid-murid.

Sebelum kata terus dilontarkan, konsep guru besar dan pengetua seharusny difahami agar sepanjang penulisan ini lebih jelas dan mudah difahami.Guru Besar ditakrifkan sebagai ketua pemimpin sekolah yang menjadi tulang belakang dan menjalankan tugas meliputi pelbagai bidang dan aspek.Berdasarkan konsep tersebut jelas menunjukkan tugas dan peranan pengetua sebagai seorang pemimpin yang bukan sahaja menjadi ketua di sekolah namun meliputi pelbagai aspek bidang kerja dalam struktur organisasi di sekolah.Peranan Guru Besar memberikan impak yang
17

besar dalam kelancaran sesuatu perjalanan tidak kira melalui aspek pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah mahupun pentadbiran. Oleh itu, berdasarkan konsep dan juga analogi yang diberikan jelas menunjukkan seorang guru besar mahupun pengetua perlulah mempunyai semangat kepimpinan yang tinggi dalam menjadi agen kepada komuniti sekolah dalam meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Seringkali dipersoalkan apakah peranan guru?

Secara umumnya, menurut

Gaynor dalam Esah Sulaiman (2003:35) peranan ditakrifkan sebagai satu set pengharapan. Pengharapan ini termasuklah pengharapan guru besar itu sendiri

terhadap diri sendiri dan juga pengharapan orang lain, termasuk significant other terhadap guru besar itu.

Berdasarkan organisasi sekolah, kedudukan guru besar dilihat sebagai orang yang paling penting, maka beliau mempunyai pengaruh disekolah

keseluruhannya.Manakala dalam bidang pendidikan pula, peranan pengetua sering diperkatakan, lebih-lebih lagi apabila timbul masalah kemerosotan disiplin atau akademik pelajar.Hal ini berdasarkan tanggapan umum dan juga beberapa kajian yang mendapati bahawa peranan guru besar amat penting dalam memastikan keberkesanan sekolah dan juga kecekapan sekolah.A National At Risb dalam Esah Sulaiman (2003:35).

Blumberg dan Greenfield dalam Esah Sulaiman (2003:35) menyatakan bahawa kajian mengenai sekolah yang efektif misalnya, banyak membicarakan peranan dan tugas para guru besar dalam mengendalikan sekolah masing-masing.Berdasarkan hasil dapatan kajian dan saranan penyelidik tentang sekolah efektif ini, pihak guru besar sekolah menghadapi dilema antara dua peranan yang berasingan iaitu sebagai pemimpin pengajaran dan pentadbiran atau pengurus sekolah.Secara umumnya, guru
18

besar harus menjalankan pelbagai peranan.Peranan ini begitu kompleks dan (ambiguous). Berdasarkan beberapa kajian di atas dapatlah dijelaskan bahawa terdapat beberapa peranan guru besar dalam komuniti sekolah.Menurut Willis dalam Esah Sulaiman (2003:35) menyatakan bahawa peranan guru besar ini didapati pelbagai dan ditakrifkan berbagai-bagai juga. Hal ini bermaksud peranan guru besar bukan sahaja dilihat sebagai satu aspek iaitu mentadbir sahaja, malah ia adalah sesuatu yang universal dan mempunyai pelbagai skop dan juga cabang. Hal ini disokong

berdasarkan penjelasan Lipham dan Hueh dalam Esah Sulaiman(2003:36), yang menyatakan seseorang guru besar sekolah itu perlu berfungsi dalam lima bidang. Lima bidang tersebut dapat dilihat berdasarkan peta minda 3.0 di bawah.

Kemajuan Pengajaran

Perhubungan Sekolah dengan Komuniti

Perkhidmatan Staf Lima Bidang Tugas Guru Besar

Kewangan

Perkhidmatan Pelajar

Peta Minda3.0 : Lima Bidang Tugas Guru Besar


19

Berdasarkan peta minda lima bidang tugas guru besar di sekolah dapat dilihat spektrum tugas yang tidak terarah kepada satu fokus malah melibatkan beberapa fokus dan bidang tugas. Bidang pertama ialah penglibatan guru besar dalam kemajuan

pengajaran.Peranan ini termasuklah mentafsir dan merancang program-program yang relevan serta melaksanakan perubahan sesuatu program di sekolah supaya sekolah itu lebih maju.Contohnya, merancang dan melaksanakan program meningkatkan prestasi murid dengan seminar dan program motivasi seperti Seminar Tips Menjawab Soalan UPSR, Program Jati Diri dan Kem Bina Diri.Program -program ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan presatsi murid seterusnya meningkatkan kemajuan prestasi sekolah di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Bidang kedua pula ialah penglibatan guru besar dalam bidang perkhidmatan staf.Peranan ini termasuklah mengenal pasti staf baharu, mengadakan orientasi, mengagihkan tugas staf serta melaksanakan program kemajuan dan penilaian staf.Hal ini bukan sahaja dapat melicinkan urusan pentadbiran malah dengan agihan tugas dan aturan tugas yang sistematik dapat meningkatkan kualiti dan hasil tugasan seterusnya dapat menjalankan tugas dengan perhubungan yang sangat harmoni dan positif.

Seterusnya, bidang yang ketiga ialah guru besar juga perlu melibatkan diri dalam perkhidmatan pelajar.Penglibatan ini melibatkan hal-hal yang berkaitan dengan kebajikan pelajar, bimbingan dan kerjaya serta penglibatan pelajar dalam aktiviti di sekolah. Hal ini juga termasuk dengan keprihatinan individu yang bergelar guru besar dalam melaksanakan tugasnya terhadap apa jua masalah terhadap anak murid. Perkara ini diibaratkan sebagai guru besar adalah ibu bapa kedua murid apabila di sekolah.Peranannya sebagai pendidik dan juga menjadi agen motivator kepada muridnya di sekolah.Justeru, tidak bermaksud apabila kita menjadi seorang ketua, kita harus melupakan murid yang seharusnya diberikan perhatian seratus peratus dalam hal keperluan dan kebajikan mereka.
20

Bidang yang keempat ialah kewangan dan kemudahan sekolah.Dalam konteks ini, guru besar perlu membuat perancangan tentang anggaran belanjawan, mentadbir kewangan dan kemudahan-kemudahan yang ada di sekolah.Hal ini meliputi peruntukan kewangan panitia, keperluan sumber pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan beberapa asek kemudahan yang sangat-sangat diperlukan.

Seterusnya, penglibatan guru besar dalam bidang perhubungan sekolah dan komuniti.Berdasarkan bidang ini, guru besar harus peka tentang komuniti

sekolah.Perhubungan dengan komuniti juga perlu dijalinkan dengan ukhwah yang berkesan dan menggunakan sumber yang terdapat dalam komuniti itu dengan berkesan. Guru besar perlu menjaga hubungan baik dengan komuniti agar mendapat kerjasama yang baik dalam melaksanakan aktiviti yang melibatkan komuniti setempat. Wajar untuk seorang guru besar mengetahui latar belakang dan juga asal-usul penduduk setempat kawasan premis sekolahnya.

Terdapat beberapa kajian yang dapat dilihat berdasarkan tugas dan peranan sebagai guru besar ataupun pengetua sebagai pemimpin di sesebuah sekolah.Kajian yang dijalankan bertujuan untuk melihat dan juga menganalisis tugas dan juga skop pelaksanaan kerja yang jelas mengenai guru besar.Selain itu, kajian juga menyatakan dengan jelas mengenai konsep kepimpinan guru besar.

Bity Salwana (2009) dalam kajian Dr Shariffah Sebran Jamila Bt Syed Imam, Dr Mohammed Sani Ibrahaim dan Prof Madya Dr Mohd Izham Mohd Hamzah menyatakan kredibiliti pengetua atau guru besar dalam mengurus dan memimpin sekolah merupakan isu yang sering dibangkitkan. Pengetua dan guru besar novis yang merupakan pemimpin sekolah yang baru dilantik masih keliru dengan peranan dan tanggungjawab yang begitu berat menyebabkan mereka memerlukan sokongan untuk menyesuaikan diri dengan suasana yang baru (Peter 2008).
21

Menurut Rahimah (2002) jawatan pengetua atau guru besar merupakan satu jawatanyang amat berat tuntutannya.Pengetua dan guru besar novis menghadapi tekanan yang tinggi berikutan terlalu banyak harapan dan tuntutan masyarakat (Zaiton 2001).Manakala Mossman (2007) pula mendapati kebanyakan pengetua baru tidak mempunyai arah dan hala tuju yang jelas dan sering dilihat terkial-kial

bersendirian.Mereka memerlukan pelbagai sokongan untuk terus berjaya dengan cemerlang.

Pengetua dan guru besar novis perlu mempunyai pelbagai kemahiran untuk berhadapan dengan pelbagai tuntutan semasa.Daresh dan Arrowsmith (2003) menyatakan guru besar yang baru dilantik perlu memikul pelbagai tanggungjawab dalam mengurus sekolah walaupun pada hari pertama mereka dilantik.Menurut Daresh (2002) pula, tugas seorang guru besar novis semakin berat berikutan perubahan dalam komuniti dan taraf hidup masyarakat yang mempunyai pelbagai tuntutan dan permintaan.Azlin Norhaini (2006) berpendapat bahawa tugas seorang pengetua atau guru besar sangat rencam dan pelbagai.Maka Hobson et al. (2003) mencadangkan agar kajian yang mendalamperlu dijalankan bagi melihat secara holistik program sokongan kepada guru besar yang baru memandangkan isu terhadap sistem sokongan kurang diketengahkan. Secara kesimpulannya, tugas seorang guru besar adalah sesuatu yang komplek bersifat menyeluruh.Pelbagai tugas yang dipikul menjadi amanah untuk dilaksanakan dengan landasan yang betul tanpa mendiskriminasi mana-mana pihak dalam komuniti sekolah. Penghuraian lanjut akan terus dihuraikan dalam subtajuk mengenai guru

besar yang berperanan sebagai pemimpin ahli.

22

3.1

Guru Besar menggunakan hubungan pemimpin ahli, struktur tugasan dan

kedudukan kuasa untuk mewujudkan situasi kepimpinan yang menyenangkan.

Guru besar ataupun pengetua adalah pegawai dalam Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh Ketua Pengarah Pendidikan atau seorang yang dilantik oleh Lembaga Pengelola Sekolah swasta dan yang bertanggungjawab mentadbir atau mengurus satu sekolah. (Perenggan dua Peraturan-Peraturan Pendidikan Kurikulum Kebangsaan, 1997)

3.1.1 Guru Besar Sebagai Pemimpin Ahli Pada era ini, setiap sekolah akan diketuai oleh seorang ketua yang digelar guru besar atau pengetua yang terlatih dan diberikan kursus yang selaras dengan bidang tugas mereka. Hal ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan tentang bidang tugas

seorang pentadbir sekolah.Pada masa kini pelbagai masalah yang melibatkan guru besar sebagai pemimpin ahli.Pemimpin ahli secara konseptualnya dijelaskan sebagai koordinator yang menjadi panduan dalam melaksanakan sesuatu perkara dalam sesuatu komuniti.Memberikan arahan dan juga menjadi landasan dalam melaksanakan sesuatu perkara untuk mencapai sesuatu matlamat yang dirangka.

Masalah yang timbul dalam kalangan ketua sekolah biasanya melibatkan hal-hal berkaitan dengan hubungan dan juga komunikasi yang kurang berkesan. Antara masalah yang menjadi buah mulut warga sekolah seperti guru besar yang terlalu dingin dengan staf yang lain, sikap guru-guru yang tidak senang dengan guru besar dan ada juga yang melibatkan masalah komunikasi yang tidak mendapat kata sepakat. Bagaimanakah hal ini boleh terjadi?Siapakah yang perlu dipersalahkan?

23

Hal ini tidak melibatkan kekhilafan mana-mana pihak, namun secara jelasnya perkara ini adalah berkenaan dengan kesedaran diri setiap individu dalam komuniti dan juga pengetahuan tentang peranan tugas masing-masing dalam hubungan dengan ahli komuniti.

Sebelum meneruskan lembaran kata mengenai guru besar sebagai pemimpin ahli, konsep kepimpinan perlu difahami terlebih dahulu untuk menjadi panduan dalam huraian berikutnya. Menurut Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin dan Muhamad

Kushairi Jusoh (2012), menyatakan kepimpinan sebagai satu proses apabila seorang eksekutif boleh mengarahkan, membimbing dan mempengaruhi tingkah laku serta kerja-kerja orang lain ke arah pencapaian matlamat spesifik dalam satu-satu keadaan yang telah ditetapkan. Kepimpinan juga merupakan keupayaan pengurus untuk

menggalakkan orang bawahan agar bekerja dengan penuh yakin dan semangat.

Berdasarkan penyataan konsep di atas, guru besar mempunyai ruang untuk membantu satu kumpulan manusia ke arah merealisasikan matlamat.Matlamat yang dibentuk berteraskan kepada visi dan misi dalam memberikan motivasi kepada ahli dalam organisasi dalam mencapai matlamat tersebut. Apabila seseorang itu dilantik sebagai guru besar ataupun pengetua, bagi mengurus dan mentadbir sekolah seperti yang dikehendaki Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan 1997), ini bererti seorang guru besar terikat dengan rol sebagai pengurus dan pentadbir sekolah. Hal ini bermaksud dalam segala hal yang melibatkan urusan guru besar ataupun pengetua perlulah berteraskan kepada peraturan yang telah ditetapkan.Hal ini bertujuan untuk menjadikan satu garis panduan dan juga memudahkan segala permasalahan yang timbul.Apabila berbicara megenai masalah, adakah masalah yang melibatkan guru besar?Apakah masalah yang melibatkan guru besar mahupun pengetua? Bagaimanakah cara menyelesaikannya? Persoalan ini perlu dijawab untuk melihat sejauh manakah kredibiliti seorang guru besar sebagai seorang ahli pemimpin.

24

Sejak akhir-akhir ini, timbul beberapa kes yang melibatkan guru besar.Hal ini sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti guru besar yang menjadi pemimpin ahli dalam komunitinya.Salah satu kes yang melibatkan guru besar pernah disiarkan ialah berkenaan berita yang dipetik daripada sumber internet Berita Jenayah yang bertarikh 17 Februari 2012. Berdasarkan berita ini, seorang bapa telah didenda RM2,000 atau empat bulan penjara di Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan mencederakan seorang guru besar gara-gara marah anaknya tidak terpilih mengikuti tarian sempena Hari Kemerdekaan. Bapa murid berkenaan menumbuk pipi guru besar tersebut

sehingga menyebabkan guru besar berkenaan tidak ke sekolah selama sepuluh hari akibat kecederaan.Berdasarkan kes ini, dapat dilihat bahawa guru besar tersebut tidak melawan dan juga membuat aduan kepada pihak yang sewajarnya.Seharusnya, sebagai pemimpin ahli, wajar untuk kita menjalakan tugas secara adil dan telus serta tidak bertindak sewenang-wenangnya.Selari dengan nilai yang perlu ada dalam diri guru besar seharusnya menjadi pemimpin yang adil dan juga berintegriti.

Kes yang seterusnya pula di Pulau Pinang yang bertarikh 28 Februari 2012, yang melibatkan seorang guru besar dan seorang guru lelaki.Hal ini bermula apabila guru lelaki berkenaan tidak senang denga guru besar yang merakam gambar guru lelaki tersebut yang sedang mengajar dan kelas dalam keadaan yang bising.Hal ini menyebabkan kemarahan guru lelaki tersebut dan berlaku pertengkaran dan melibatkan kecederaan guru besar di tagan dan di bahagian belakang kepala.(Bacaan lanjut rujuk pada lampiran).Bagaimanakah ini boleh berlaku?Adakah wajar tindakan seorang guru besar merakam gambar guru berkenaan? Pada pendapat saya, tidak salah jika guru besar tersebut ingin membetulkan dan juga membuat teguran, namun jika sesuatu perkara itu dilakukan hanyalah bersifat peribadi hanya akan menjatuhkan reputasi guru tersebut. Sudah tentu guru-guru yang lain akan hilang rasa hormat

terhadap guru besar tersebut dan menyebabkan peranan guru besar sebagai pemimpin ahli akan terjejas ekoran kes tersebut.

25

Namun, bagi guru tersebut pula, tidak wajar untuk menggunakan kekerasan terhadap guru besar tersebut. Jika hubungan yang dipupuk antara guru besar dan guru tersebut sudah disemai dengan komunikasi yang baik, sudah tentu hal ini tidak akan berlaku.

Oleh itu, jelas berdasarkan kes-kes ini menunjukkan seorang guru besar atau pengetua seharusnya bersikap dan berpewatakan pemimpin ahli yang baik.Tidak bererti tidak perlu tegas, namun sikap kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah dan memahami tugas ketua dalam komuniti menjadi aset penting dalam membentuk hubungan yang baik dalam kalangan komuniti.

Hubungan dan komunikasi yang baik guru besar perlu ada agar suasana yang menyenangkan dapat diwujudkan, selain dapat melenyapkan kewujudan masalahmasalah negatif yang melibatkan kredibiliti seorang guru besar. Melalui artikel yang dipetik daripada laman sesawang bertajuk Teachers menyatakan in India

(http://teachersity.org/resource.php?cat_id=8&content_id=82)

beberapa

langkah dan cara untuk menjadi seorang guru yang mengagumkan.

Antara

perkara

tersebut

ialahguru

besar

ataupun

pengetuaperlulah

berkomunikasi dengan dengan kakitangan dan ibu bapa secara berkesan.Walaupun ibu bapa mahupun kakitangan bukanlah matlamat utama dalam mencapai matlamat sesebuah sekolah, namun sebagai seorang guru besar, komunikasi yang baik dan juga dedikasi perlu ada agar hubungan yang baik dapat dibentuk. Impaknya akan

memberikan kesan yang positif contohnya kepercayaan ibu bapa akan meningkat terhadap kewibawaan guru besar tersebut. Hubungan sebagai pemimpin ahli terhadap kakitangan juga perlu agar kerja dan perkara yang dijalankan dalam keadaa yang lancar serta dalam keadaan seronok dalam bekerja. Impaknya, kualiti sesuatu kerja akan meningkat dan membantu dalam melicinkan sesuatu perkara.

26

Seterusnya ialahGreat Headmasters are visible.Menurut Elain K. McEwan dalam Teachers in India, seorang guru besar yang senang untuk berurusan ialah "Pintu-Nya sentiasa terbuka, tetapi dia jarang duduk di pejabat beliau, beliau seolah-olah berada di mana-mana tidak kira di bilik darjah, taman permainan, perhentian bas dan kantin.Perkara ini dipetik berdasarkan artikel beliau iaitu 10 sifat Sekolah Amat Berjaya.Secara kesimpulannya, guru besar yang hebat akan menjadi pemimpin ahli yang hebat seterusnya akan memastikan beliau ada di saat ahli komunitinya memerlukannya.

3.1.2 Struktur Tugasan Guru Besar Senarai tugas pengetua sebenarnya melebihi apa yang tercatat. Drake dan

Rose(1986) menggariskan tentang rol guru besar dan pengetua yang menyatakan peranan guru besar bersifat duailistik iaitu sebagai pentadbir dan pengurus serta peranan sebagai pemimpin iaitu pemimpin pendidikan dan pelajaran. Dua dimensi

skop tugas yang berbeza dan memberikan perluasan spektrum bidang kerja guru besar. Tugas guru besar di Malaysia tidak jauh beza dengan tugas guru besar di Amerika Syarikat.Anderson dan Van Dyke (1963) telah menyenaraikan beberapa tugas guru besar sekolah sejak lebih tiga puluh tahun dahulu.Antara tugas tersebut berdasarkan rajah 3.1 di bawah.

27

Memimpin perancangan kurikulum di sekolah Mengkaji dan membincangkan teori pendidikan dan perkembangan pendidikan semasa dengan guru. Mengurus dan mengelola rancangan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan keperluan pelajar. Menyediakan perkhidmatan kemudahan pengajaran perpusatakaan dan

Membantu guru bagi meningkatkan taraf pengajaran.

Mengadakan program kokurikulum

Mengurus Kewangan

Menggalakkan iklim kerja yang berkualiti

Rajah 3.1: Tugas Guru Besar dan Pengetua

Berdasarkan tugas guru besar dalam rajah di atas menunjukkan bahawa komitmen guru besar melebihi tugasan yang sebenar. Kajian yang telah dijalankan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan (BPPP) pada tahun 1987 telah melaporkan kerja yang telah dijalankan oleh guru besar dan pengetua daripada eam buah sekolah. Kajian mendapati bahawa guru besar banyak menghabiskan masa dalam pentadbiran, khususnya hal-hal yang berkaitan dengan surat menyurat dan perkhidmatan. Pihak sekolah menerima antara 15 sehingga 30 pucuk surat sehari dan pihak pengetua telah menghabiskan tidak kurang daripada dua jam sehari untuk urusan surat menyurat atau antara 5.8 jam sehingga 8 jam seminggu (BPPP, 1992). Masa yang selebihnya juga ditumpukan kepada kewangan dan juga penyeliaan.
28

Oleh itu, guru besar atau pengetua haruslah bijak dalam menjadikan situasi ini seolah-olah tidak disedari oleh guru-guru yang lain dengan melontarkan komunikasi yang mesra dan juga sangat menyenangkan. Hal ini seterusnya tidak akan

menimbulkan keraguan dan juga tidak akan wujud batasan pergaulan dan komunikasi antara guru besar dan guru. Namun, jika guru besar terlalu melihat dan fokus kepada kerja akan menyebabkan kurang masa bersama guru-guru lain. Kesimpulannya,

seorang guru besar itu, perlu bijak dalam koordinasi tugasnya dan juga mendalami peranannya dalam komuniti sekolah. 3.1.3 Kedudukan Kuasa Guru Besar The head teacher shall have control of the organisation of the school and shall ensure discipline and for these purposes shall have authority over other teachers, pupils and employees of the school. (Assisted Schools(management) Rules 1962) Guru besar mempunyai kuasa di sekolah sebagai pemimpin sekolah dan tidak bermaksud berperanan sebagai pemimpin yang sewenang-wenangnya dalam

memberikan arahan. Guru besar ataupun pengetua harus mengetahui tugas dan juga undang-undang dalam pelaksanaan tugas di sekolah. Hal ini berkaitan dengan kuasa dan tugas seorang guru besar. Bukan bermaksud apabila seseorang guru besar itu diberikan kuasa, bermakna apa sahaja hukuman boleh diberikan kepada guru mahupun murid. Pengetahuan yang jelas perlu dalam dalam mengetahui bidang kuasa dan juga aspek yang boleh dilakukan ataupun tidak.Legal Literacy digunakan bagi menerangkan sejauh manakah seseorang itu memahami undang-undang persekolahan.Perkara ini termasuk juga langkah-langkah yang perlu diambil oleh pengetua berkaitan dengan undang-undang persekolahan. Rossow L.F, 1990 dalam kajian yang dijalankan mendapati ramai para pendidik dan pentadbir sekolah tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi mengenai keputusan yang diambil oleh Mahkamah yangbersabit dengan kes-kes dalam pendidikan.

29

Antara undang-undang yang perlu diketahui oleh guru besar dalam menerajui sekolah dengan kelancaran pentadbiran ialah : 1. Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Pra Sekolah) 1997 2. Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 3. Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 4. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 5. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) (Pindaan) 1998

Sebagai seorang pengetua, seharusnya sedar dengan masyarakat kini yang lebih kompleks.Jika dahulu, masyarakat masih di bawah pemikiran yang maju, namun kini masyarakat lebih peka dan arif terhadap hal semasa yang terjadi dalam komuniti sekolah, lebih-lebih lagi yang melibatkan hal-hal anak mereka.

Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan yang telah saya kenal pasti semasa kursus ini berjalan. Kelemahan tersebut ialah saya tidak dapat mengenal seluruh warga Sekolah Kebangsaan Toh Tandewa Sakti dengan lebih mendalam. Hal sedemikian kerana tempoh empat minggu yang diperuntukkan adalah jangka masa yang terlalu singkat bagi saya untuk mengenal semua warga sekolah. Terdapat segelintir nama staf-staf sekolah yang tidak dapat mengenali dan mengingati nama mereka. Murid-murid juga saya tidak dapat mengingat nama mereka secara keseluruhannya melainkan murid-murid yang saya mengajar mereka sendiri.

Bagi penambahbaikkan, pada masa akan datang saya cuba untuk menggunakan kesempatan masa yang diberikan dengan sebaik-baiknya. Saya perlulah

membahagikan masa dengan lebih baik terhadap kerja dan tugasan yang perlu dilaksanakan tanpa mengetepikan soal komunikasi dan hubungan baik secara dua hala antara pihak sekolah secara khasnya dan guru-guru serta murid-murid secara amnya. Ini bagi memastikan kedatangan saya ke sekolah tersebut kekal menjadi ingatan
30

mereka sepanjang hayat dan kebaikan yang dilakukan sentiasa disebut dalam kalangan warga sekolah dari semasa ke semasa.

5.0

Rumusan

Secara keseluruhannya tugasan kerja kursus ini memberikan pelbagai impak dalam memupuk nilai yang baik dalam diri. Sebagai seorang guru pelatih wajib

mengetahui nilai dan juga ciri seorang guru yang profesional.

Berdasarkan daripada tugasan yang dilaksanakan, kebaikan yang diperoleh ialah melalui pemerolehan ilmu yang sangat berkesan. Pemerolehan ilmu adalah berteraskan kepada sikap profesional guru dan juga skop pentadbiran. sangat signifikan apabila di sekolah kelak. Hal ini

Ilmu yang diperoleh akan dijadikan

bekalan untuk alam pekerjaan pada masa akan datang.

Seterusnya, melalui kolaborasi bersama pensyarah dan rakan yang banyak memberikan maklumat dalam menghasilkan tugasan ini. Kolaborasi signifikan

dalam mengumpul pelbagai maklumat dan perkongsian idea yang pelbagai dan bervariasi.

Secara keseluuhannya, pelaksanaan tugasan ini banyak memberikan kesan yang positif untuk diserapkan dalam diri pelatih. Keyakinan diri mampu dipupuk dengan penguasaan ilmu dan juga sebagai wadah untuk memperbaiki kelemahan diri ke arah yang lebih baik dan juga berterusan.

31

5.0

Penulisan Reflektif 5.1 Penulisan Reflektif

Sekolah Internship : Sekolah Kebangsaan Toh Tandewa Sakti

Guru pelatih untuk Kursus PISMP ambilan Januari 2010 telah melaksanakan Internship antara tarikh 1 Julai 2013 hingga 25 Julai 2013. Saya salah seorang guru pelatih yang menjalani kursus ini telah melaksanakan Internship di Sekolah Kebangsaan Toh Tandewa Sakti. Sekolah berkenaan terletak di daerah Tapah Perak. Sepanjang pelaksanaan Internship ini berjalan, saya dan rakan-rakan perlu

menyelesaikan beberapa tugasan umum dan khusus yang telah dirancangkan dengan cemerlang dan berjaya.

Semasa menjalani Internship ini, saya terlibat secara langsung dalam semua aktiviti sekolah seperti guru-guru yang lain. Antara aktiviti rutin yang dilakukan ialah melibatkan dalam program rasmi sekolah, mesyuarat-mesyuarat, membuat sistem fail sekolah, pengurusan murid-murid dan menceraikan kawasan sekolah serta

mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh yang demikian, saya perlu belajar dalam menguruskan masa terhadap kerja projek yang perlu dilaksanakan dan pengajaran dan pembelajaran yang wajid dilaksanakan dalam masa yang sama. Melalui aktiviti yang dilaksanakan, saya secara langsung dapat mengetahui prosedur-prosedur yang perlu ada untuk melakukan sesuatu aktiviti yang melibatkan pentadbiran sekolah.

32

Sepanjang Internship ini berlangsung, saya telah mengenal pasti beberapa kebaikan dalam pelaksanaannya. Salah satu kebaikan yang dikenal pasti ialah saya dapat menyumbangkan sesuatu yang bermanfaat kepada pihak sekolah walaupun masa yang peruntukkan terlalu singkat. Antara sumbangan yang telah dilakukan ialah mengelola majlis penghayatan di bulan Ramadhan bersempena ketibaan bulan Ramadhan. Majlis tersebut telah mendapat impak yang besar daripada pihak sekolah memandangkan majlis tersebut julung-julung kali diadakan di sekolah berkenaan. Objektif utama program tersebut dijalankan adalah bagi membolehkan murid-murid khususnya menghayati bulan tersebut dan menggunakan kelebihan bulan yang

tersebut dengan sebaik-baiknya. Program tersebut mendapat perhatian daripada pihak pentadbiran sekolah yang beranggapan bahawa program tersebut perlu dilaksanakan pada setiap tahun dan dimasukkan ke dalam takwin tahunan sekolah.

Di samping itu, saya telah mendapat beberapa kelebihan melalui kursus Internship ini. Antara kelebihan tersebut ialah saya telah dapat mempelajari dengan lebih baik lagi cara-cara melaksanakan kertas kerja program. Saya juga dapat

mengetahui prosedur-prosedur yang perlu dilakukan sepanjang program tersebut dilaksanakan. Langkah-langkah sebelum, semasa dan selepas program dijalankan dengan lebih berkesan. Selain itu, hubungan antara saya dengan pihak pentadbiran sekolah dan komuniti guru juga penting bagi memastikan pengendalian program yang telah dirancang dapat dijalankan dengan lancar. Komunikasi yang berkesan antara saya dan pihak sekolah melicinkan pengendalian program berkenaan.

33

Setelah mendapat kepercayaan daripada pihak sekolah serta hubungan baik yang sedia ada, saya telah diberikan beberapa tugasan tambahan daripada pihak sekolah iaitu saya telah menyumbangkan tenaga dalam acara senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Sekolah yang mana saya telah menjadi instruktor senamrobik tersebut. Saya juga telah diminta oleh Guru Besar sekolah untuk mengendalikan satu sesi perhimpunan pagi serta menyediakan kumpulan murid yang akan berkawad pada setiap pagi sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Melalui tugasan dan aktiviti yang telah dilaksanakan, saya memahami bahawa tugas sebegai seorang guru bukan sahaja mengajar di dalam kelas malahan mempunyai tugas sebagai pendidik kepada murid-murid.

Komunikasi saya bersama dengan guru-guru sekolah juga menjadi kekuatan kepada saya. Ini adalah kerana telah wujudnya komunikasi yang baik antara kami dari semasa ke semasa tidak mengira guru-guru, murid-murid mahupun golongan pentadbiran termasuklah Guru Besar itu sendiri. Hubungan kami umpama sebuah keluarga yang erat dan utuh ikatan tali persaudaraannya. Sepanjang empat minggu ini sahaja terdapat dua jamuan besar telah diadakan yang mana salah satu sebabnya ialah menghargai kedatangan kami dan pemergian kami setelah selesai empat minggu kami di sekolah tersebut.

Sepanjang Internship ini berjalan, terdapat cabaran yang paling rumit yang terpaksa saya tempuhi iaitu dalam melaksanakan sistem pemfailan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi murid-murid tahun 2. Hal sedemikian kerana saya perlu mengesan dengan lebih mendalam tahap murid seorang demi seorang dalam mata pelajaran yang saya ajarkan. Namun begitu, hasil bantuan daripada guru kelas yang berpengalaman di sekolah berkenaan, saya dapat menyiapkan fail-fail tersebut dengan teratur dan baik.

34

Bibliografi Akhiar Pardi, Shamsna Shamsudin dan Muhamad Khushairi Jusoh (2012). Asas Kepimpinan dan Perkebangan Profesionalisme Guru. Kuala Lumpur: Freemind Horizon Esah Sulaiman (2003). Amalan Profesionalisme Perguruan. Johor Baharu: UTM Hussein Mahmood (2008). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Razali Mat Zin (1996). Kepimpinan dalam Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Dist Sdn. Bhd

In Loco Parentis http://azman2020.blogspot.com/2008/06/sekolah-sebagai-in-loco-parentis.html legal literacy http://books.google.com.my/books?id=_fpt79EduW4C&pg=PA19&lpg=PA19&dq =pengertian+legal+literacy&source=bl&ots=ejmi09iBRw&sig=vHbDuWWNkcgqj4qib4aJMVGYk&hl=en#v=onepage&q=pengertian%20legal%20literacy&f=false Pentadbiran Undang-Undang Dalam Pendidikan (3 September 2004) http://pts.com.my/index.php/berita/pentadbiran-undang-undang-dalampendidikan Kawalan polis utk pengetua supaya duit selamat (9 NOVEMBER 2011) http://busuk.org/ping/view/42753 Guru besar rakam gambar kelas bising kena gomol (28 FEBRUARI 2012) http://busuk.org/ping/view/42753 Headmaster's Welcome http://england.tasis.com/page.cfm?p=757 Kes tumbuk guru besar di Sabah | Bapa didenda RM2, 0000 17Februari 2012 http://www.nancypoh.com/2012/02/kes-tumbuk-guru-besar-di-sabah-bapa.html Teachers In India http://teachersity.org/resource.php?cat_id=8&content_id=82

35

Anda mungkin juga menyukai