Anda di halaman 1dari 6

Teori Kecerdasan Howard Gardner

Howard Gardner

Born

Howard Earl Gardner


July 11, 1943 (age 72)
Scranton, Pennsylvania

Nationality

American

Fields

Psychology, education

Institutions

Harvard University

Alma mater

Harvard College

Known for

theory of multiple intelligences

Influences

Jean Piaget, Jerome Bruner,Nelson


Goodman[1]

Spouse

Ellen Winner

Howard Gardner seorang ahli psikologi perkembangan yang terkenal


mendapat pendidikan di Universiti Harvard. Beliau telah menulis banyak buku
berkenaan dengan psikologi perkembangan yang mengetengahkan kerja-kerjanya
dalam bidang perkembangan kreativiti di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa.
Gardner juga sangat dikenali melalui hubungannya dengan kerja-kerja yang
berkaitan dengan perkembangan artistik. Minatnya dalam kreativiti bermula pada
awal tahun 1970-an semasa beliau mengkaji perhubungan seni dan perkembangan
manusia. Bukunya Artful Scribbles yang dihasilkan dalam tahun 1980 mengkaji
kehebatan kreativiti di kalangan kanak-kanak dan kreativiti ini berkurangan apabila

kanak-kanak itu menjadi semakin matang. Gardner membuat kesimpulan bahawa


pada peringkat akhir permulaan kanak-kanak tersebut, mereka lebih memberi
perhatian kepada kemahiran linguistik mereka yang kian berkembang dan tidak lagi
berminat untuk berkomunikasi dalam bentuk nonverbal seperti melukis.
Sebagai seorang ahli psikologi pendidikan, Gardner adalah lebih dikenali
melalui sumbangannya dalam bidang perkembangan intelektual dengan teorinya
yang diberi nama Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligence). Penyelidikan Gardner
berkisar di sekitar kemahuannya untuk melepaskan diri daripada ujian-ujian dan
kolerasi antara ujian-ujian dan memandang di sebalik sumber informasi semulajadi
tentang bagaimana manusia di dunia memperkembangkan kemahiran-kemahiran
yang penting untuk kehidupan mereka.
Teori ini diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983) yang menjelaskan bahawa
kecerdasan adalah kebolehan untuk menyelesaikan masalah ataupun mencipta
produk yang dihargai oleh sesuatu budaya. Sehingga kini, beliau mengenal pasti
sembilan jenis kecerdasan (Gardner dalam McKenzie, 1996), iaitu:

1. Kecerdasan linguistik
2. Kecerdasan logikal
3. Kecerdasan muzikal
4. Kecerdasan bodily kinesthetic
5. Kecerdasan interpersonal
6. Kecerdasan intrapersonal
7. Kecerdasal visual/spatial
8. Kecerdasan naturalist
9. Kecerdasan existentialist

1. Anggota badan /kinetik(Bodily/Kinesthetic)

Berkebolehan mengawal pergerakan tubuh dan mempunyai kemahiran memegang


objek. Individu ini mengambarkan diri mereka melalui pergerakan. Mempunyai daya
imbangan yang baik dan koordinasi mata dan tangan yang baik. (misalnya bermain
bola, imbang diri atas palang) Berkebolehan salah satu anggota badan untuk
menyelesaikan masalah, mencipta sesuatu. Melalui interaksi dengan rauang
persekitaran,

mereka

mampu

untuk

mengingat

dan

memproses

maklumat.Kemahiran individu ini termasuk menari, koordinasi fizikal, sukan,


menggunakan bahasa tubuh, kraf, berlakon, menggunakan tangan untuk mencipta,
membina dan menunjukkan emosi melalui tubuh.

2. Interpersonal
Kebolehan untuk menghubungkait dan memahami orang lain. Individu yang bersifat
'interpersonal' melihat sesuatu perkara dari sudut pandangan orang lain. Tujuannya
adalah untuk memahami perasaan dan fikiran orang lain. Individu ini bijak menjiwai
perasaan, ingatan dan motivasi. Menggalakkan kerjasama dan mengekalkan
kesejahteraan. Menggunakan bahasa secara lisan dan tidak lisan iaitu bercakap,
hubungan mata (eye contact) danbahasa tubuh (body language) untuk memulakan
saluran komunikasi dengan orang lain
3. Intrapersonal
Kebolehan untuk refleksi diri sendiri dan sedar akan sifat dalaman diri. Individu ini
cuba untuk memahami perasaan dalaman, impian, perhubungan dengan orang lain,
kelemahan dan kekuatan yang ada. Kemahiran yang ada ialah mengenalpasti
kelemahan dan kekuatan sendiri, menganalisis diri sendiri dan menilai cara berfikir.

4. Logical/Mathematical
Berkebolehan memanipulasi nombor, menggunakan sebab akibat, menentukan
jawapan secara logikal, konsep berfikir dalam bentuk logikal dan nombor. Ada
perasaan ingin tahu mengenai perkara yang berlaku disekeliling. Individu ini banyak
menanyakan soalan dan berminat melakkan eksperimen. Kemahirannya meliputi
penyelesaian masalah, mengkategori maklumat, bekerja dengan konsep abstrak
untuk mengurai masalah, bekerja dengan bentuk geometri dan melakukan pengiraan
matematik yang sukar.

5. Musikal/rentak(Musical/Rhythmic)
Kebolehan untuk berfikir dalam bentuk musikal, mendengar dan mengecam paten,
membezakan antara bunyi dan cipta musik. Sensitif dengan bunyi di persekitaran.
Kemahiran individu ini ialah menyanyi, bersiul, mengubah musik, mengingati melodi,
memahami struktur dan rentak musik.

6. Verbal/Linguistic
Kebolehan menggunakan bahasa dengan efektif sama ada secara lisan dan bertulis.
Individu ini mempunyai kemahiran mendengar dan berfikir dalam bentuk perkataan.
Kemahirannya meliputi mendenganra, bercakap, menulis, bercerita, menerangkan,
mengingat maklumat, memahami perkataan.

7. Visual/Spatial
Kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan paten(corak).
Kebolehan untuk membentuk model secara visual dan mengaplikasi model itu
kepada dunia fizikal. Individu ini gemar melihat peta, carta, gambar, video dan filem.
Kebolehan individu ini ternasuk membaca, menulis, memahami carta dan graf.
melakar, melukis dan menterjemah imej secara visual.
http://wawappek3104.blogspot.my/2013/03/teori-kecerdasan-howard-gardner.html

Pengajaran Mikro
PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN MIKRO

1.

Seorang guru pelatih akan menjadi guru dan beberapa orang lagi , antara 5 ke

10 orang menjadi murid.


2.

Melaksanakan satu simulasi pengajaran seperti satu sesi pengajaran sebenar.

3.

Tempoh masa pengajaran berlaku antara 5 ke 15 minit.

4.

Mengaplikasikan kemahiran-kemahiran pengajaran mikro

5.

Aspek penilaian akan me;libatkan pemerhatian, komen dan maklumbalas.

6.

Menjalankan sesi pengajaran, diikuti sesi perbincangan dan akhirnya pengajaran

semula.
KEPENTINGAN PENGAJARAN MIKRO
v Menjalankan satu sesi latihan amali dalam keadaan yang terkawal dan kurang
menekan.
v

Menumpukan perhatian atas latihan untuk mencapai kemahiran-kemahiran

tertentu secara beransur-ansur dan berperingkat-peringkat


v Memberi maklumbalas dengan serta merta tentang prestasi guru pelatih.
v Memerhati kekuatan dan kelemahan guru untuk menjalankan aktiviti susulan yang
sesuai.
v Meningkatkan aras keyakinan diri supaya guru pelatih lebih bersedia menghadapi
situasi sebenar bilik darjah
KEMAHIRAN-KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO
Kemahiran set induksi
Kemahiran penggunaan papan tulis
Kemahiran variasi rangsangan
Kemahiran penyoalan
Kemahiran pengukuhan
Kemahiran penerangan
Kemahiran menggunakan contoh/ilustrasi

Kemahiran menggunakan bahan bantu mengajar.


Kemahiran penutup.

Anda mungkin juga menyukai