Anda di halaman 1dari 7

PERTANDINGAN DIKIR BARAT DAN LAGU ASLI 2013

UNDANG-UNDANG, PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

DIKIR BARAT :
1.

PENYERTAAN
1.1

Terbuka kepada semua pasukan Dikir Barat Politeknik diseluruh Malaysia


yang mendaftar sebagai pelajar semasa sahaja.

1.2

Peserta boleh terdiri daripada lelaki dan perempuan dan hanya boleh
menyertai satu pasukan sahaja.

1.3

Setiap pasukan hendaklah mengandungi tidak lebih dari 20 orang ahli


termasuk seorang (1) Jora, seorang (1) Tukang Karut, lima (5) orang
pemuzik dan tiga belas (13) orang awak-awak.

1.4

Jora, Tukang Karut dan Pemain Muzik boleh diganti dari mana-mana
peserta yang didaftarkan.

1.5

Sebelum peserta menaiki pentas untuk membuat persembahan, pihak


urusetia akan menyemak borang pendaftaran peserta untuk memastikan
hanya pelajar Politeknik yang berdaftar sahaja dibenarkan untuk membuat
persembahan.

2.

PERALATAN
2.1

Setiap pasukan hendaklah menggunakan tidak lebih dari lima (5) jenis alat
muzik yang terdiri daripada senarai berikut :

a)

Rebana Ibu

b)

Rebana anak

c)

Gong/Tetawak

d)

Buah Romba

e)

Canang/Mong

2.2

Pasukan yang menggunakan lebih daripada (5) jenis alat tersebut akan
dikenakan penalti.

3.

FORMAT PERSEMBAHAN
3.1

Setiap ahli pasukan diwajibkan mempersembahkan secara berbaris di


dalam 2 pusingan pada setiap peringkat.

3.2

3.3

3.4

Peringkat awal :
Pusingan pertama

- selama 10 minit (berdikir)

Pusingan kedua

- selama 15 minit (karut & melodi wau bulan)

Peringkat akhir :
Pusingan pertama

- selama 10 minit (berdikir)

Pusingan kedua

- selama 15 minit (karut & melodi wau bulan)

Setiap pasukan diwajibkan mempersembahkan 1 lagu Jora dan sekurangkurangnya 5 jenis lagu karut termasuk :
a) Karut Yenki :
i)

Perlahan

ii)

Cepat

b) Karut Kelantan
c) Karut Petani
d) Karut Matang
e) Melodi Wau Bulan
3.5

Pertandingan peringkat awal akan dibuat secara perolehan markah


tertinggi.

3.6

Empat (4) pasukan yang memperolehi markah tertinggi pada peringkat


awal akan layak ke saingan akhir.

3.7

Pasukan yang memperolehi markah tertinggi yang pertama dan kedua


akan berentap untuk mendapatkan gelaran Johan dan Naib Johan.

3.8

Pasukan yang memperoleh markah ketiga dan keempat tertinggi akan


bersaing untuk merebut tempat ke-3 dan tempat ke-4.

4.

PENGHAKIMAN DAN PEMARKAHAN


4.1

Penghakiman dibuat oleh satu panel hakim yang bertauliah terdiri


daripada :
a) Seorang (1) Pengerusi
b) Dua (2) orang Pakar Rujuk
c) Dua (2) orang Hakim
Dan dibantu oleh :

a) Seorang (1) Penjaga Masa


b) Seorang (1) Juruacara
4.2

Pengadilan akan dibuat berdasarkan isi dan pantun, suara dan lagu,
keserasian muzik, paduan suara, gaya persembahan dan pakaian.

4.3

Keputusan hakim adalah muktamad. Sebaran bantahan bertulis boleh


dibuat kepada panel rayuan dalam masa 20 minit selepas keputusan
diumumkan dengan disertakan wang pertaruhan sebanyak RM100.00
tunai. Wang tersebut akan hangus jika keputusan panel rayuan tidak
memihak kepada perayu. Dan jika sebaliknya akan dipulangkan
sepenuhnya. Keputusan panel rayuan adalah muktamad dan ianya tidak
boleh diangkat atau dipanjangkan kemana-mana mahkamah.

4.4

Mana-mana kumpulan atau pasukan yang tidak hadir pada waktu yang
telah ditetapkan atau lewat 15 minit dari jadual persembahan,
penyertaannya akan dibatalkan.

5.

PENGGUNAAN BAHASA
5.1

Persembahan berdikir digalakkan menggunakan dialek Kelantan.

5.2

Peserta dilarang menggunakan perkataan-perkataan lucah atau dianggap


lucah.

5.3

Peserta dilarang sama sekali daripada menggunakan kata-kata yang


sensitif yang boleh menyinggung perasaan, menyentuh peribadi orang lain
atau pasukan lawan.

5.4

Kata-kata yang menyentuh peribadi seperti gelar-meggelar dan sindiran


tajam adalah dilarang.

6.

TAJUK/TEMA
6.1

Tajuk dan tema ditentukan oleh Jawatankuasa Teknik pertandingan


sebagaimana di lampiran.

6.2

Setiap pasukan yang layak untuk pertandingan merebut tempat pertama


dan kedua serta ketiga dan keempat tidak boleh membawa tajuk atau tema
yang sama dengan pertandingan peringkat awal bagi kedua-dua pusingan.

6.3

Peserta dilarang sama sekali menyentuh soal-soal politik, perkauman,


dasar kerajaan (kecuali untuk menerangkan kebaikan dan faedah kepada
rakyat), hal-hal agama (kecuali yang bermaksud mengajak berbuat baik)
dan hal-hal lain yang sensitif.

6.4

Jika menggambarkan hal-hal antarabangsa, peserta dilarang menyentuh


maruah mana-mana Negara.

6.5

Peserta sama sekali dilarang menyentuh perkara-perkara yang berkaitan


dengan Institusi Raja-Raja, keluarga DiRaja dan hak-hak keistimewaan
Raja-Raja (kecuali untuk menerangkan kebaikan kepada rakyat).

6.6

Peserta dilarang menghina atau memburuk-burukkan mana-mana


pemimpin negeri atau Negara.

6.7

Peserta-peserta juga dilarang menyentuh perkara-perkara yang menjadi


rahsia Negara seperti soal pertahanan, keselamatan dan seumpamanya.

7.

PAKAIAN
7.1

Peserta-peserta hendaklah memakai pakaian tradisional (seragam)


mengikut pilihan pasukan masing-masing yang bersesuaian dengan
pertandingan Dikir Barat.

7.2
8.

Pakaian hendaklah sesuai dan tidak menjolok mata.

PERLAKUAN
8.1

Peserta dilarang daripada menunjukkan perlakuan-perlakuan yang kurang


sopan, gerak geri yang melampau yang boleh menimbulkan kemarahan
mana-mana pihak atau yang boleh ditakrif sebagai perlakuan seks atau
seumpamanya.

8.2

Peserta juga dilarang menunjukkan gerak laku yang melambangkan


simbol-simbol unsur-unsur negatif.

8.3

Unsur-unsur penyembahan dan pemujaan atau seumpamanya tidak


dibenarkan.

9.

HADIAH/PIALA
9.1

BIL
1
2
3
1
2
3
4
5
6
10.0

Hadiah-hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut :

BUTIRAN
JOHAN
NAIB JOHAN
KETIGA
BAHAGIAN KATEGORI :
JORA TERBAIK
TUKANG KARUT TERBAIK
BUSANA TERBAIK
AWAK-AWAK TERBAIK
PERSEMBAHAN TERBAIK
ANUGERAH JURI

WANG TUNAI
RM700.00
RM500.00
RM300.00

CATATAN
MEDAL
MEDAL
MEDAL

RM50.00
RM50.00

PLAK
PLAK
PLAK
PLAK
PLAK
PLAK

HAL-HAL LAIN
10.1

Setiap pasukan yang akan mengambil bahagian hendaklah menggunakan


Borang Penyertaan yang telah disediakan.

10.2

Perkara-perkara lain yang tidak disebut dalam Undang-undang dan


peraturan pertandingan ini adalah tertakluk kepada peraturan am
Pertandingan Dikir Barat dan Jawatankuasa Pengelola.

10.3

Sebarang pertanyaan, sila ajukan kepada :


Pengarah Program
Pertandingan Dikir Barat dan Lagu Asli (DIAS) 2013
Politeknik Merlimau
Jalan Jasin
77300 Merlimau
Melaka.
(Safhiful Rabbi 013-2292208)

TEMA

PERTANDINGAN DIKIR BARAT DAN LAGU ASLI (DIAS) 2013


PUSINGAN AWAL :

AKU ANAK MALAYSIA

PUSINGAN AKHIR :

KEMERDEKAAN

Anda mungkin juga menyukai