Anda di halaman 1dari 3

1.

0 Laporan Persembahan Ensembel Instrumental

Persembahan ensembel instrumental diadakan sempena Majlis Perasmian


Kursus Ciptaan Muzik dan Ensembel pada 3 April 2019 (Rabu) di Dewan Seri
Tanjung, IPG Kampus Ipoh. Persembahan ensembel instrumental yang kami
mainkan adalah gamelan melayu. Gamelan dimainkan dengan menggunakan 9 jenis
instrumen yang terdiri daripada 7 jenis alat muzik utama iaitu bonang, gambang,
saron demung, kenong, gong kecil, gong besar dan 2 jenis alat muzik dari kumpulan
saron iaitu saron barung dan saron peking.

Sebelum hari kejadian untuk membuat persembahan, kami hendaklah


menentukan lagu-lagu yang akan dimainkan nanti. Lagu yang terpilih adalah lagu
timang burung dan lambang sari. Selain itu, kami juga perlu menentukan siapa main
apa alatan gamelan dan kami perlu mengambil masa untuk membuat latihan supaya
dapat memainkan dengan lancar dan bagi menjayakan persembahan ensembel
kami. Susun atur tempat persembahan juga diambil kira bagi memudahkan keluar
masuk tetamu.

1
Senarai Nama (Gamelan Melayu)

Bonang Wan Nadzureen Bt Nordin

Gambang Wong Wei Yuk

Kenong Tay Jing Ying

Gong Besar dan Gong Kecil Nur Husnina Bt Mohd Asri

Saron Demung Chew Chia Shin

Saron Barung Lim Jia Hui

Saron Peking Siti Nur Aqidah Bt Ahmad

Gendang Muhammad Luqman Hakim Bin Mohd Rosli , Tee


Yong Fatt

MC Zainab Bt Nordin

Semasa persembahan dijalankan, kami sebagai ahli gamelan, kami semua


memakai pakaian yang seragam dan sopan sebagai tanda hormat kepada majlis
tersebut dan juga sebagai seorang pemuzik. Pakaian yang kami pakai pada hari itu
adalah baju batik, pemakaian yang seragam membuatkan keseluruhan
persembahan melihat lebih sopan dan profesional. Apabila membuat persembahan,
kami merupakan seorang professional dan bukannya seorang pelajar.

Semua ahli gamelan yang terdiri daripada 10 orang telah bersedia pada
tempat masing-masing sebelum tetamu untuk hari itu tiba. Hal ini demikian kerana
gamelan perlu dimainkan untuk perarakan pengarah dan timbalan pengarah serta
tetamu dari pelbagai sekolah masuk ke dewan. Antara lagu yang dimainkan pada
hari itu adalah Timang Burung dan Lambang Sari. Bagi majlis pembukaan, kami
memainkan lagu yang bertajuk Timang Burung. Selepas sahaja majlis pembukaan
selesai, maka kami memainkan lagu yang bertajuk Lambang Sari sebagai tamatnya
majlis pembukaan sebelum program pada hari itu bermula.

2
Bagi bahagian muzik iringan pula, ia dimainkan dengan baik sekali.
Penggunaan rentak dan bunyi yang sesuai telah memnyebabkan persembahan
ensembel gamelan kami ini lebih sedap didengari. Secara keseluruhannya
persembahan ensembel gamealan ini menarik dan sesuai dengan majlis tersebut.

Selepas persembahan telah dilakukan, kami telah tunduk hormat pada
kelajuan yang sesuai dan bersenyum tanpa mengira persembahan tadi yang dibuat
baik atau tidak. Semasa keluar dari pentas, kami telah keluar dengan teratur. Akhir
sekali, semua orang memberi kerjasama untuk memastikan penyelarasan, alat muzik
disimpan dalam keadaan yang baik.

Sebagai intiha, aktiviti persembahan ensembel ini telah membuatkan semua


orang yang mengambil bahagian pandai untuk bermain alat muzik gamelan masing-
masing. Kami juga telah belajar cara untuk mengurus persembahan ensembel
gamelan dengan teratur dan baik. Tidak dapat dinafikan bahawa kami dapat belajar
menghormati dan memupuk nilai bekerjasama antara satu sama lain.

Anda mungkin juga menyukai