Anda di halaman 1dari 6

TEKS JURUACARA

MAJLIS PERSARAAN PENGETUA EN. TAY KENG LEE, PPN


19 MAC 2019 (SELASA)
AUDITORIUM

Bil Que Teks

1 Kata Alu-aluan Mengumumkan perarakan dan ketibaan Yang Diraikan, En Tay Keng Lee,
(Syazana) Pengetua SMK Seri Kembangan diiringi oleh para tetamu dan barisan
pentadbir masuk ke auditorium.

Hadirin dipersilakan duduk.

********************************************************************

Bismillaahirrahmaanirrahiim..
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Yang Dikasihi dan Diraikan, En Tay Keng Lee, PPN


Pengetua SMK Seri Kembangan

Yang Dihormati En Yusuf Bin Ibrahim


Penolong Kanan Pentadbiran,

Yang Dihormati Pn Hjh Hindun Bt Mohd Nor


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Yang Dihormati Pn Hjh Norizah Bt Hj Abdullah


Penolong Kanan Kokurikulum,

Yang Dihormati Pn Chieng Lay King


Penolong Kanan Petang,

Setiausaha-setiausaha, barisan Guru Kanan Mata Pelajaran,


rakan-rakan guru, seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Selamat Datang ke:


Majlis Persaraan Tuan Pengetua En. Tay Keng Lee, PPN.

Harum semerbak si bunga melur


Jadi hiasan taman larangan
Sejambak pantun mesra dihulur
Setulus ingatan mengimbau kenangan

Saat pertemuan berawal dengan kebaikan, maka akhirilah sebuah pertemuan


dengan perpisahan yang memiliki kenangan terindah.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya kita dapat berkumpul di
Auditorium PIBG SMK Seri Kembangan pada petang yang indah dan damai ini
untuk meraikan persaraan Pengetua En. Tay Keng Lee dan menghargai segala
sumbangan dan jasa beliau yang tak terhingga demi SMK Seri Kembangan
sehingga hari ini.
2 Nyanyian Lagu Sebagai pembuka tirai majlis kita pada hari ini, dijemput para hadirin, guru-
(Nur Akmar) guru dan semua murid, berdiri untuk bersama-sama menyanyikan lagu
kebangsaan lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah dalam tiga
bahasa dengan iringan muzik.

*****NYANYIAN LAGU****

Terima kasih diucapkan kepada semua atas nyanyian itu tadi.


Hadirin dipersilakan duduk.

3 Bacaan doa Hadirin yang dihormati.


(Nur Akmar)
Melayang tempua di atas permatang
Berkicau merbah di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga majlis bertambah seri

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon rahmat
Moga majlis sentiasa diberkati

Bagi memberkati majlis kita pada petang ini, majlis mempersilakan En.
Muhamad bin Hassan untuk membacakan doa. Dipersilakan.

***BACAAN DOA**

Aamiin yaa rabbal aalamiin..


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Muhamad atas bacaan doa
itu tadi.

4 Gendang 24 Musim Sebelum majlis diteruskan, kita saksikan dahulu persembahan pembuka tirai
(Syazana) dari Kumpulan Gendang 24 Musim SMK Seri Kembangan. Dipersilakan...

***GENDANG 24 MUSIM*****

Demikianlah tadi persembahan yang menggegar jiwa dari Kumpulan


Gendang 24 Musim SMK Seri Kembangan. Terima kasih diucapkan.

5 Ucapan Ketua Hadirin sekalian,


Pengawas Majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil murid sesi petang iaitu Ketua
(Syazana) Pengawas Sesi Petang, Chee Er Vin dari 2 Daisi 2. Dipersilakan.

***UCAPAN KETUA PENGAWAS***

Terima kasih diucapkan kepada Chee Er Vin atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.

Ucapan PK Petang Majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Dihormati Pn. Chieng Lay King,
(Syazana) Penolong Kanan Petang untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

***UCAPAN PK PETANG***

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Chieng Lay King atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.

6 Persembahan (1) Hadirin sekalian,


Koir Sesi Petang
Sudah teradat si anak lelaki
(Nur Akmar) Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Bagi memeriahkan majlis pada petang ini, marilah kita sama-sama saksikan
persembahan nyanyian oleh murid 1 Daisi dan 2 Daisi diselia oleh Pn. Nooraini
Che Yahya, khas untuk Yang Diraikan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

***PERSEMBAHAN NYANYIAN***

Begitulah lontaran suara daripada murid-murid yang sangat berbakat.


Sekalung penghargaan atas persembahan yang sungguh harmoni dan
menghiburkan sebentar tadi.

7 Persembahan (2) Seterusnya, marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan tarian


Tarian Gimrama gimrama oleh Kelab Gimrama Sekolah. Dengan ini, majlis mempersilakan.

(Nur Akmar) ***TARIAN GIMRAMA***

Terima kasih Kelab Gimrama untuk persembahan yang memukau sebentar


tadi.

8 Tayangan Multimedia Raut wajah penuh ketenangan


Tidak terkalam kasih dijunjung
(Syazana) Jasamu tetap dikenang
Budimu tetap disanjung

Hadirin yang dihormati sekalian,

“Tak kenal maka tak cinta”. Tidak lengkap rasanya majlis tanpa mengenal
empunya diri insan yang diraikan En. Tay Keng Lee.
Dengan ini, marilah kita sama-sama menumpukan perhatian di layar skrin
untuk sama-sama menonton tayangan multimedia yang disediakan oleh JK
Multimedia, En. Azme dan krew khas buat Yang Diraikan, En. Tay Keng Lee.

*****TAYANGAN VIDEO*****
Majlis menzahirkan rasa bangga dan kagum dengan segala jasa En. Tay Keng
Lee yang terhingga dalam bidang pendidikan dan dalam mengubah SMK Seri
Kembangan sehingga ke kedudukan sekarang. Beliau juga merupakan ketua
yang sangat memahami yang telah mengetuai dan membimbing kami dengan
penuh dedikasi serta banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami. En. Tay
juga seorang ketua yang sangat bertimbang rasa dan sentiasa ada bila
diperlukan.

Kami pasti akan merindui Tuan Pengetua dan sudah tentunya kehilangan amat
kami rasai. “Tak sungguh tak melata, tak sungguh orang tak kata ”. Benar kata
pepatah, “Patah tumbuh hilang berganti” namun yang hilang tidak akan sama
dengan yang berganti. Walau bagaimanapun, yang hilang akan tetap diingati
kekal abadi dalam hati.

9 Ucapan Persaraan Baiklah hadirin sekalian, tibalah saat yang dinanti-nantikan iaitu ucapan
Pengetua daripada Yang Diraikan En. Tay Keng Lee, Pengetua SMK Seri
Kembangan. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
(Syazana) mempersilakan.

***UCAPAN PENGETUA***

Terima kasih diucapkan kepada En. Tay Keng Lee atas ucapan itu tadi.

10 Penyampaian Baiklah, para hadirin.


Cenderahati Majlis ini diteruskan dengan penyampaian cenderahati sebagai tanda
kenang-kenangan yang abadi, tanda kasih tidak bertepi, agar ingatan tak
(Nur Akmar) luput di hati kepada Yang Diraikan, En. Tay Keng Lee.

Sebelum itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan


Pn. Chieng Lay King untuk mengiringi Yang Diraikan, En. Tay Keng Lee untuk
menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Dengan ini, majlis mempersilakan wakil daripada ..

1. Sinar Harapan, dijemput Pn. Nooraini Che Yahya dan AJK Sinar Harapan
untuk naik ke pentas
2. Persatuan Bahasa Cina, dijemput guru penasihat Persatuan Bahasa
Cina
3. Lembaga SPBT
4. Lembaga Pusat Sumber
5. Lembaga Monitor Sesi Petang
6. Lembaga Pengawas Sesi Petang
7. Unit Kokurikulum Sesi Petang, dijemput semua guru penasihat
kelab/persatuan/sukan/permainan/uniform/lembaga untuk naik ke
pentas
8. Murid-murid Tingkatan 2, dijemput semua monitor Tingkatan 2
9. Murid-murid Tingkatan 1, dijemput semua monitor Tingkatan 1
10. Murid-murid Peralihan, dijemput semua monitor Peralihan
11. Kelas 2 Daisi 2
12. Hadiah peribadi daripada anak Pn. Kwan Poi Ling
Terima kasih semua di atas pemberian cenderahati yang pastinya memberikan
kenangan terindah buat En. Tay Keng Lee. Majlis merakamkan ribuan terima
kasih kepada Yang Diraikan En. Tay Keng Lee atas kesudian menerima
cenderahati sebentar tadi.

11 Penyampaian Bagi meneruskan majlis,


Cenderahati oleh Majlis menjemput dan mempersilakan Tuan Pengetua untuk menyampaikan
Pengetua cenderahati khas buat semua tetamu dan semua guru yang hadir pada majlis
(Nur Akmar) bersejarah petang ini.

***PENYAMPAIAN CENDERAHATI***

Majlis juga merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kalungan


bungan budi atas tanda ingatan, sumbangan dan tanda hati yang diberikan.
Semoga menjadi memori indah buat kita semua.

12 Penutup dan upacara Hadirin sekalian,


“sent off” Last but not least for today’s ceremony. Saya tujukan dua rangkap lagu ini khas
buat En. Tay Keng Lee. Jika ada yang tahu, bolehlah sama-sama
(Syazana) menyanyikannya.

Bertemu & perpisahan adat manusia biasa,


Hilang di mata tapi dihati tidak lupa,
Berdoalah kita agar aman dan sentosa,
Semoga panjang umur kita akan jumpa lagi

Jika salah dan silap harap dimaafkan.


Moga berkat aman dapat diabadikan
Segala kenangan tidak akan dilupakan
Tersimpul erat dalam ingatan berkekalan.

Baiklah, hadirin yang dihormati sekalian,

Selamat berangkat dalam doa berkat


Selamat beristirehat dari segala muslihat
Selamat bersara dengan senyuman mesra
Senyumlah seindah suria
Setelah mencurahkan segala-galanya
Pasti beroleh ketenangan
Bak air yang mengalir
Sampai sini kenangan terindah pasti terukir
Bagi pihak semua, majlis mengucapkan Selamat Bersara
Buat Yang Berusaha En. Tay Keng Lee

Majlis kita sampai ke penghujungnya. Saya bagi pihak seluruh warga kerja
mengucapkan terima kasih kepada semua kerana telah menjayakan majlis yang
penuh bermakna ini dan kami mendoakan agar Yang Diraikan En. Tay Keng Lee
bertambah ceria dan bahagia dalam kehidupan seharian.

Kami juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua tetamu dan
hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan majlis pada
petang ini dan memohon jutaan kemaafan sekiranya terdapat sebarang
kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung.
Dengan ini, berakhirlah sudah majlis kita pada petang ini. Sebelum bersurai,
majlis menjemput semua hadirin, barisan pentadbir bersama para guru dan
murid-murid untuk upacara terakhir “sent off” oleh Yang Dikasihi dan Diraikan
En. Tay Keng Lee.

Sekian sahaja, salam hormat, wa billahi taufiq walhidayah wassalammualaikum


warahmatullaahi wa barakaatuh.

Anda mungkin juga menyukai