Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARA MAJLIS PERPISAHAN DAN MAJLIS MENGALUKAN

KEDATANGAN SJK (C) CHI SHENG (2) TAHUN 2019

TARIKH : 19 JULAI 2019


MASA : 8.00 PETANG
TEMPAT: SJK (C) CHI SHENG (2)
PERKARA BUTIRAN CATATAN
Ketibaan Tetamu Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis kita


akan bermula sebentar lagi.

Mohon para hadirin berdiri untuk menyambut ketibaan Yang


Diraikan ke dalam dewan.

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Cikgu Lee Wen Mei,


Ustazah Aslizaini Binti Awang serta Ustazah Maziana Binti
Berahi dengan diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan.

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Petang yang indah penuh ceria


Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis Perpisahan dan Majlis
Mengalukan Kedatangan SJK (C) Chi Sheng (2) Tahun 2019.

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu


Negeri Perak dan Lagu Sekolah. Dipersilakan hadirin untuk
berdiri dan bersama-sama menyanyikan lagu.

...................................(Lagu Negaraku)
….…………………..(Lagu Negeri Perak)
...................................(Lagu Sekolah)

Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.

Ucapan Salam Sejahtera dan Selamat Petang.


Alu-aluan
Melayang serindit di atas permatang,
Merbah berkicau di hujung muara,

1
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Diraikan:-
Cikgu Lee Wen Mei

Ustazah Aslizaini dan Suami

Ustazah Maziana dan Suami

Yang Berusaha Ustaz Razali


Penyelaras DUN Selama

Yang Dihormati Encik Mokhtar Said


Ketua Kampung Bukit Torak

Yang Dihormati Encik Yahya Ishak


Ketua Kampung Rantau Panjang

Yang Dihormati Encik Sarip


Ketua Kampung Sungai Kuning

Yang Dihormati Pn. ___________________


Pengerusi Lembaga Pengerusi Sekolah
SJKC Chi Sheng 2

Yang Dihormati En. Ng Sey Chin


Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SJKC Chi
Sheng 2

Yang Dihormati En. Saiful Effendi


Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru,
SJKC Chi Sheng 2

Yang Berusaha Puan Lee Lim Cheng


Guru Besar SJKC Chi Sheng 2

Ahli Lembaga Pengurus


Ahli PIBG
Dif-dif Jemputan
Barisan guru, para pelajar, hadirin dan hadirat yang dihormati
sekalian.

2
Selamat datang ke :
Majlis Perpisahan Cikgu Lee Wen Mei dan Ustazah Aslizaini
serta Majlis Mengalukan Kedatangan Ustazah Maziana.

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan terima kasih dan


bersyukur kerana dengan rezeki Tuhan maka kita dapat bersama-
sama berhimpun pada petang ini untuk meraikan Cikgu Lee,
Ustazah Aslizaini dan Ustazah Maziana dalam majlis yang
bermakna ini.

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan


kepimpinan yang dilakukan oleh Yang Diraikan sepanjang
perkhidmatan mereka di SJK (C) Chi Sheng (2).

Persembahan Marilah kita bersama-sama menyaksikan persembahan Cikgu Chai


Multimedia multimedia yang disediakan khas untuk mereka. XL
Ucapan Wakil Hadirin yang dihormati sekalian,
Murid
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Dengan itu, majlis menjemput Yang Berusaha Ustaz Razali,


Penyelaras DUN Selama untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

***************(Ucapan Ustaz)

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Ustaz Razali atas


ucapan sebentar tadi.

Ucapan Timb. Sidang hadirin sekalian,


YDP PIBG
Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang
Dihormati En. Saiful Effendi, Timbalan Yang Dipertua Persatuan
Ibu Bapa dan Guru-guru, SJK(C) Chi Sheng (2) untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

3
******************(Ucapan Timb. YDP PIBG)

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati En. Saiful


Effendi atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Ucapan Guru Hadirin sekalian,


Besar
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Puan
Puan Lee Lim Lee Lim Cheng, Guru Besar SJKC Chi Sheng 2.
Cheng
****************(Ucapan Guru Besar)

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Puan Lee Lim


Cheng, Guru Besar SJKC Chi Sheng 2 atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.

Para Hadirin yang kami muliakan,

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Ucapan Yang Hadirin yang dimuliakan,


Diraikan (Cik
Lee Wen Mei) Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan
daripada Yang Diraikan Cik Lee Wen Mei.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

********(Ucapan Cikgu Lee Wen Mei)

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada Yang Diraikan Cik Lee Wen Mei atas ucapan itu tadi.

Ucapan Yang Sudah teradat si anak lelaki


Diraikan Mati berjuang, berundur jangan
(Ustazah Berani kami menjunjung adat
Aslizaini) Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

4
Seterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput dan
mempersilakan Yang Diraikan Ustazah Aslizaini Binti Awang
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
*******************(Ucapan Ustazah Aslizaini)

Majlis merakamkan sekalung penghargaan terima kasih kepada


Ustazah Aslizaini Binti Awang atas ucapan itu tadi.

Persembahan 1 - Hadirin sekalian,


Murid
Majlis diteruskan dengan kami tampilkan persembahan daripada
Nasyid - Tajuk murid SJKC Chi Sheng 2.
“Sesungguhnya” Dipersilakan……

Sekalung penghargaan atas persembahan itu tadi. Untuk


makluman hadirin, persembahan tersebut dibimbing oleh Puan
Basirah dan Ustazah Maziana.

Persembahan 2 - Majlis diteruskan dengan persembahan, “You’re Beautiful When


Murid You Smile”. Dipersilakan…

You’re Beautiful Sekalung penghargaan atas persembahan itu tadi. Untuk


When You Smile makluman hadirin, persembahan tersebut dibimbing oleh Cikgu
Chai Xiao Ling dan Puan Thian.
Persembahan 3 - Seterusnya, dipersilakan Kumpulan The Boys dengan
Murid persembahan mereka…

Nyanyian Lagu ***********

Wow!! Persembahan mereka memang hot!! Terima kasih atas


persembahan itu tadi.

************

Majlis diteruskan dengan satu persembahan lagi, dipersilakan


Kumpulan The GeGirls dengan persembahan mereka….

Terima kasih atas persembahan tadi.


Penyampaian Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Cenderahati
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di
Puan Lee Lim pelabuhan
Cheng Umpama berkayuh telah sampai di muara

5
Umpama pelari telah sampai ke garisan penamat,

Majlis seterusnya ialah penyampaian cenderahati yang akan


disempurnakan oleh ________________ kepada Cik Lee Wen
Mei dan Ustazah Aslizaini bt Awang.

Untuk itu, majlis mempersilakan __________________


mengiringi ___________________________ naik ke pentas
untuk menyempunakan penyampaian cenderahati tersebut.
Dipersilakan.

Majlis menjemput dan mempersilakan Cikgu Lee Wen Mei untuk


menerima cenderahati daripada ___________________.

Seterusnya, dipersilakan Cikgu Lee Wen Mei untuk menerima


cenderahati daripada __________________.

Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas


kesudian ______________________ menyampaikan cenderahati
sebentar tadi.

*********************************************

Untuk itu, majlis mempersilakan __________________


mengiringi ___________________________ naik ke pentas
untuk menyempunakan penyampaian cenderahati tersebut.
Dipersilakan.

Majlis menjemput dan mempersilakan Ustazah Aslizaini Binti


Awang untuk menerima cenderahati daripada
___________________.

Seterusnya, dipersilakan Ustazah Aslizaini Binti Awang untuk


menerima cenderahati daripada __________________.

Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas


kesudian ______________________ menyampaikan cenderahati
sebentar tadi.

Penutup Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua


penyampai cenderahati sebentar tadi.

Umpama memanjat dah sampai ke puncak

6
Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima

Kita telah pun berada di hujung acara.


Untuk Cikgu Lee Wen Mei and Ustazah Aslizaini Binti Awang.

Guru umpama bintang cemerlang


Walau bersara jasa dikenang

Untuk Ustazah Maziana….

Selamat Datang

Raut wajah damai dan tenang,


Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.

Tuai padi antara masak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan


Cikgu Lee Wen Mei, Ustazah Aslizaini Binti Awang dan Ustazah
Maziana kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh
bermakna ini.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua


tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama
memeriahkan Majlis Perpisahan dan Majlis Mengalukan
Kedatangan ini.
Pada kesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan
andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis
ini.

Sekian sahaja, salam hormat. Terima Kasih

7
****Sesi bergambar (Rasmi) dengan VIP

Tetamu Jemputan diminta bersedia untuk sesi bergambar bersama dengan

Yang Diraikan.

Anda mungkin juga menyukai