Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG (AKADEMIK)

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Yang Berhormat Encik Azman bin Osman, Ahli Dewan
Undangan Negeri Kawasan Pulau Ketam diiringi oleh dif-dif kehormat. Majlis dimulakan
dengannyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah. Hadirin diminta berdiri.
Pakaian dipakai cantik berseri,
Majlis keraian kita semua,
Majlis kita takkan berseri,
Tanpa persembahan muri semua

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah

Hadirin yang dihormati, Marilah sama-sama kita saksikan persembahan murid daripada tahun 1
dan murid tahun 2. Untuk makluman semua, persembahan murid tahun 1 dan 2 sebentar tadi,
merupakan persembahan menarik dibawah bimbingan Puan Lee Mei Peng.

Melayang serindit di atas permatang


Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang,
Salam sejahtera pembuka bicara.

Yang Berhormat Encik Azman bin Osman,


Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pulau Ketam

Yang Berusaha Encik Lim Wei Jian,


Yang Dipertua PIBG SJK(C) Keng Chee,

Yang Berusaha Encik Tan Kok Wee,


Guru Besar SJK(C) Keng Chee,
Dif-dif kehormat, AJK PIBG, para ibu bapa, guru-guru seterusnya anak-anak pelajar yang dikasihi
sekalian. Bersyukur kita dapat berkumpul di dewan sekolah yang bersejarah ini bagi menjayakan
Majlis Anugerah Cemerlang SJK(C) Keng Chee bagi tahun 2022. Majlis merakamkan setingggi-
tinggi ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat kita pada hari ini Yang Berhormat Encik
Azman bin Osman, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pulau Ketam kerana sudi hadir dalam
majlis Hari Anugerah Cemerlang SJK(C) Keng Chee pada tahun ini. Selamat datang juga
diucapkan kepada semua tetamu, ibu bapa serta hadirin-hadirat sekalian.

Semoga dengan kehadiran semua, maka majlis ini lebih bermakna dan berseri.
Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita memberikan tepukan semangat
kepada para hadirin.
Tak molek, jika ada alu tida lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara
Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan daripada YDP PIBG SJK(C) Keng Chee.
Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Encik Lim Wei Jian
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Majlis merakamkan dan ucapan terima kasih kepada
Yang Berusaha Encik Lim Wei Jian, atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,


Buah langsat di tepi busut,
Mari dimuat di atas peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Guru Besar SJK(C) Keng Chee. Untuk itu, Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Encik Tan Kok Wee, untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Majlis merakamkan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Tan Kok Wee, atas
kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.
Kini tibalah kita kepada acara yang dinantikan iaitu ucapan daripada tetamu kehormat.
Bertonggak adat, “yang datang disambut, yang pergi diringi”, maka majlis mempersilakan Yang
Berhormat Encik Azman bin Osman, Ahli Dewan undangan Negeri Kawasan Pulau Ketam untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Hari Anugerah
Cemerlang SJK(C) Keng Chee bagi tahun 2022. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Majlis
merakamkan ucapan terima kasih kepada mempersilakan Yang Berhormat Encik Azman bin
Osman,, Ahli Dewan undangan Negeri Kawasan Pulau Manis sebentar tadi.
Seterusnya majlis mempersilakan tetamu kehormat kita diiringi oleh tuan pengetua untuk
memukul gong sebagai simbolik perasmian Hari Anugerah Cemerlang 2022.
Dipersilakan.
Kini, tibalah kita ke acara penyampaian anugerah kepada para pelajar dan guru-guru yang
telahpun menyumbang kepada kecemerlangan bidang akademik SJK(C) Keng Chee.
Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
Berusaha Encik Lim Wei Jian Yang Dipertua PIBG diiringi oleh Penolong
Kanan HEM untuk menyampaikan anugerah kepada pelajar-pelajar dan guru-guru Majlis
merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Yong Ming Long atas kesudian
menyampaikan anugerah sebentar tadi.

Penyampaian anugerah diteruskan lagi dengan sesi yang kedua. Untuk itu majlis mempersilakan
Encik Tan Kok Wee diiringi oleh Penolong Kanan Pentadbiran untuk menyempurnakan upacara
penyampaian anugerah. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Encik Tan Kok Wee
atas kesudian menyempurnakan upacara oenyampaian anugerah sebentar tadi.
Adat tuan adat berserah
Mari datang membawa puan
Adat bersirih adat sejarah
Untuk tuan kami sembahkan

Majlis penyampaian anugerah berhenti rehat seketika bagi memberi laluan kepada persembahan
pelajar. Persembahan pertama merupakan persembahan Choral Speaking para pelajar Tahun 6.
Mankala persembahan kedua merupakan persembahan tarian traditional cina.
Hadirin sekalian, sama-sama kita saksikan persembahan dari para pelajar sekolah SJK(C) Keng
Chee.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada kumpulan choral speaking dan persembahan
tarian traditional cina sebentar tadi. Untuk makluman semua, persembahan –persembahan tadi
dibimbing oleh Puan Lee Mei Ling, Cik Lim Yi Mei dan Cik Tan Mei Yi.
Majlis pada pagi ini diteruskan dengan upacara penyampaian anugerah bagi sesi ketiga. Untuk
itu, majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan Nizam bin Azim, Pengarah PPD diiringi oleh Tuan
Pengetua, Encik Tan Kok Wee menyampaikan anugerah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Seterusnya, majlis mempersilakan Pengetua Cemerlang SJK(C) Keng Chee, Encik Tan Kok Wee
untuk menyampaikan cenderamata daripada pihak sekolah kepada Yang Berusaha Tuan Nizam
bin Azim.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Nizam bin
Azim atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar dan panitia yang menerima anugerah pada
hari ini. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk anda terus cemerlang dalam bidang
masing-masing.
Hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung acara
Gugur menguning buah kuini,
Menghijau pohon subur dibaja,
Majlis kita berakhir di sini,
Salah dan silap lupakan saja

Sebarang kelemahan harap dimaafi


Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati

Semoga kita berjumpa lagi.


Kami bagi pihak ahli jawatankuasa Hari Anugerah Cemerlang kali ke-55 merakamkan ucapan
terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis pada
hari ini. Mengumumkan Tetamu Kehormat meninggalkan majlis untuk Majlis Perasmian Rumah
Tetamu

Sekian,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai