Anda di halaman 1dari 7

PERKARA TEKS UCAPAN CATATAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis


kita akan bermula sebentar lagi.(sebelum paluan
kompang)

(sebaik sahaja mendengar paluan kompang)


Mengumumkan perarakan masuk insan yang diraikan
Ketibaan Tetamu Encik Wong Cheng Kong ke dewan. Semua hadirin
diminta berdiri sebagai tanda hormat kepada insan yang
diraikan.

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Encik Wong


Cheng Kong, GPK Hal Ehwal Murid (HEM) diiringi dif-
dif kehormat
masuk ke dalam dewan. Dipersilakan untuk mengambil
tempat.

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Pagi yang indah penuh ceria


Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis
“____________________________________” sempena
persaraan

Encik Wong Cheng Kong, Guru Penolong Kanan HEM


SMJK Pei Hwa.

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara.
Pemanis kata selamat datang,
UCAPAN ALU-ALUAN Awal Bismillah pembuka bicara

Yang Diraikan Encik Wong Cheng Kong, GPK


HEM.
Yang Berusaha Tuan Pengetua, Puan Lua Bee Yueh,
Yang Berusaha En.Mahmud Bin Hasaan, GPK
Pentadbiran, Yang Dihormati En Tan Tuan Cheng,
Yang Dipertua PIBG, Yang Dihormati En.Gan Eng
Hui, Lembaga Pengurusan Sekolah,
Seterusnya
Barisan ahli jawatankuasa PIBG SMJK Pei Hwa,
barisan guru, staf-staf SMJK Pei Hwa, para pelajar,
hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.
Selamat datang ke :
Majlis “__________________________________”
sempena persaraan Yang Diraikan, Encik Wong
Cheng Kong, GPK HEM SMJK Pei Hwa.

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur


Alhamdulillah kerana dengan limpah dan
kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun
pada pagi ini untuk meraikan Cik Eng Soo Mei dalam
majlis “____________________________________”

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala


dedikasi, bakti dan kepimpinan yang dilakukan
oleh Yang Diraikan Encik Wong Cheng Kong
sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia
pendidikan yang berakhir sebagai Guru Penolong
Kanan HEM di SMJK Pei Hwa.

Persembahan Pelajar Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

1. Gong 24 Musim Majlis kita pada hari ini akan dimulakan dengan
persembahan pelajar-pelajar daripada kumpulan Gong 24
2. Persembahan Pentas Musim SMJK Pei Hwa. Marilah sama-sama kita saksikan.

Terima kasih diucapkan kepada kumpulan Gong 24


Musim. Majlis kita diteruskan lagi dengan persembahan
daripada
______________________________________________

Bacaan Doa Hadirin sekalian,

Bagi memberkati majlis yang sedang berlangsung ini,


marilah kita sama-sama menadah tangan dan
mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh En. Shahrul
Hafiz bin Ab Mokta. Majlis dengan segala hormatnya
menjemput dan mempersilakan.

Ucapan Wakil Pelajar Amin ya robbal alamiin……Terima kasih En Shahrul


Hafiz atas bacaan doa itu tadi..Semoga kita semua
mendapat keberkatan dariNya .

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Dengan itu, pihak majlis menjemput wakil Pelajar SMJK


Pei Hwa, adik ___________________dari kelas ______
untuk memberikan ucapan.

Terima kasih diucapkan kepada adik ________________


atas ucapan beliau sebentar tadi.
Ucapan pengetua Seterusnya, pihak majlis dengan rasa berbesar hatinya
ingin menjemput dan mempersilakan Tuan Pengetua yang
kita sayangi, Pn Lua Bee Yueh untuk menyampaikan
sepatah dua kata.

Terima aksih diucapkan kepada Pn Lua Bee Yueh atas


ucapan beliau sebentar tadi.

Ucapan YDP PIBG Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang Dipertua
PIBG SMJK Pei Hwa, En Tan Tuan Cheng untuk
menyampaikan ucapan beliau. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En Tan Tuan Cheng atas


ucapan beliau itu.

Ucapan wakil LPS Majlis diteruskan lagi dengan ucapan wakil daripada
Lembaga Pengurus Sekolah. Dengan itu, pihak majlis
menjemput En Gan Eng Hui untk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

Terima aksih diucapkan kepada En Gan Eng Hui atas


ucapan yang diberikan oleh beliau.
Persembahan Multimedia Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan
Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan
persembahan multimedia sempena persaraan Yang
Diraikan Encik Wong Cheng Kong.

(Bacaan biodata)
Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan
multimedia sempena persaraan Yang
Diraikan Encik Wong Cheng Kong .
.

Ucapan Tetamu yang Para hadirin sekalian,


Diraikan
Tibalah masa dan saat-saat yang ditunggu-tunggu oleh
kita semua. Majlis dengan segala hormatnya menjemput
Encik Wong Cheng Kong naik ke pentas untuk
menyampaikan ucapan beliau.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Wong Cheng Kong


atas amanat terakhir beliau sebelum meninggalkan SMJK
Pei Hwa.

Potong Kek Bagi acara seterusnya, pihak majlis dengan segala


hormatnya menjemput barisan VIP untuk mengiringi
Encik Wong Cheng Kong bagi menyempurnakan acara
pemotongan kek. Untuk pengetahuan semua, kek ini
merupakan sumbangan daripada
a)___________________________
b)__________________________
c) __________________________
d)____________________________

terima kasih sekali lagi diucapkan kepada barisan VIP atas


kesudian menyempurnakan acara pemotongan kek ini.

Penyampaian Watikah Hadiah Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,


Persaraan dan
cenderamata Inilah yang dikatakan,
Umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama pelari telah sampai ke garisan penamat,

Majlis seterusnya adalah acara penyampaian Watikah


Persaraan dan cenderamata kenang-kenangan buat insan
yang kita raikan pada hari ini iaitu En. Wong Cheng
Kong.

Oleh itu, majlis menjemput dan mempersilakan insan yang


diraikan pada hari ini, En. Wong Cheng Kong diiringi
__________________ untuk menerima watikah persaraan
dan cenderamata kenang-kenangan.
1. Majlis dimulakan dengan penyampaian Watikah
Persaraan dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor
(JPNJ). Dipersilakan Puan Lua Bee Yueh untuk
menyampaikan watikah persaraan

2. Seterusnya, penyampaian watikah persaraan dari


Pejabat Pendidikan Daerah Tangkak (PPD
Tangkak). Dipersilakan Encik Mahmud bin
Hassan untuk menyampaikan watikah persaraan.

3. Seterusnya, penyampaian watikah persaraan dari


SMJK Pei Hwa. Dipersilakan Puan Ho Siew Fang
untuk menyampaikan watikah persaraan.

Hadirin sekalian,
Seterusnya adalah upacara penyampaian cenderamata
kenang-kenangan. Kita akan mulakan dengan
penyampaian cenderamata daripada:

(a) Wakil Pihak Sekolah


(b) Wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
(c) Wakil Lembaga Pengelola Sekolah
(d) Wakil Kelab Guru dan Staf (KGDS)
(e) Unit Panitia/Kelab/persatuan dan Badan Uniform
-Wakil Panitia Bahasa
-Wakil Panitia Geografi
-Wakil Panitia Pendidikan Islam, Persatuan
Agama Islam dan Pergerakan Puteri Islam
-Wakil Panitia Kemahiran Hidup
-Wakil Kelab Pencinta Alam
-Wakil Kaunselor
-______________________
-______________________
-______________________
-______________________
-______________________
-______________________
-______________________
-______________________
(f) Kakitangan Sokongan
-______________________
-______________________
(g) Cenderamata Perseorangan dan \Murid.
-______________________
-______________________
-______________________
-______________________
-______________________
-______________________
-______________________
-______________________
-______________________
-______________________
-______________________
Salam-bersalaman & Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada
penutup semua penyampai cenderamata sebentar tadi.

Umpama memanjat sudah sampai ke puncak


Yang ruas sudah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima

Kita telah pun berada di hujung acara.


Untuk Encik Wong Cheng Kong,
Guru umpama bintang cemerlang
Walau bersara jasa dikenang
Raut wajah damai dan tenang,
Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.

Tuai padi antara masak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah majlis kita pada hari


ini. Pihak Majlis mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Yang Diraikan Encik Wong Cheng Kong
kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh
bermakna ini dan kami semua mendoakan agar beliau
bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan
seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada


semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan
masa bersama-sama memeriahkan majlis ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan


kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami
mengacarakan majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Majlis menjemput semua guru dan barisan VIP naik


ke pentas untuk bersalam-salaman dengan insan yang
kita raikan pada hari ini.

Sekian sahaja daripada kami


Wabillahitaufikwalhidayah…wassalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai