Anda di halaman 1dari 2

TEKS MC SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1439H/2017

Terima kasih diucapkan kepada Brother Hafiz atas


pimpinan selawat sebentar tadi.

Ta'awuz.
Basmalah.

Alhamdulillahi robbil ‘alamin


Wassolatu wassalamu ‘ala asyrafil anbiyaiwal mursalin
Wa’ala alihi wasohbihi ajmain

Yang berusaha,
En. Mahmud bin Hasan
GPK Pentadbiran SMJKPH

Yang dihormati
Al-fadhil Ustaz Hashemi Rafjansani bin Kassim
Imam Masjid Jamek Al-Ghaffar Jasin

Ketua bidang, guru-guru, rakan-rakan pelajar serta


hadirin yang dirahmati Allah sekalian.

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan


syukur ke hadrat Ilahi Tuhan yang Maha Agung kerana
dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan
luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan
kesihatan dan kewarasan akal, didorong dan digerakkan
minda dan deria rasa, untuk kita sama-sama berkumpul
pada pagi ini bagi satu lagi majlis ilmu, meraikan
Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah tahun
2017 bersamaan dengan 1439 Hijrah.

Buat pengetahuan hadirin-hadirat sekelian, Sambutan


Maulidur Rasul ini bertujuan menyuburkan rasa cinta
dan kasih kita kepada Junjungan Rasulullah S.a.w dan
menzahirkan syiar Islam, di samping menguatkan
semangat perpaduan dan silaturrahim sesama warga
sekolah, selaras dengan tema sambutan Maulidur Rasul
tahun 1439 Hijrah; Kesatuan Ummah Kesejahteraan
Negara.

Selamat datang diucapkan dan setinggi-tinggi terima


kasih kepada semua jemputan kerana sudi meluangkan
masa untuk hadir dalam majlis ini.

Bagi memulakan dan memuliakan majlis, marilah kita


bersama-sama menadah tangan bermunajat, memohon
keberkatan agar segala urusan mendapat rahmat.
Jesteru, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan En. Azman bin Ab. Hamid, Kaunselor
SMJKPH untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan

Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima


kasih kepada En. Azman di atas pimpinan bacaan doa
itu tadi.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Sekarang dijemput En. Mahmud bin Hassan, GPK

Anda mungkin juga menyukai