Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN PEI HWA,

84400 SUNGAI MATI, TANGKAK JOHOR.

KERTAS KERJA
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
PERINGKAT SEKOLAH
TAHUN 2022/1444H.
1.         PENDAHULUAN

            Bersempena dengan bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad saw, Panitia Pendidikan
Islam Sekolah Kebangsaan Tasek Gelugor berusaha untuk mengadakan aktiviti serta program bagi
mengenang dan memuliakan junjungan besar ini.Sambutan maulidur Rasul di peringkat sekolah ini
merupakan kesan daripada perasaan kecintaan terhadap Rasulullah saw.Begitu juga perasaan taat,
ingat, ingin mencontohi baginda dan berbangga menjadi umat baginda,Sebagaimana Allah bangga
terhadap baginda dengan memuji baginda didalam Al-Quran: “ Sesungguhnya engkau ( Wahai
Muhammad ) mempunyai akhlak yang mulia”. ( al-Qalam:4 )

            Majlis Sambutan maulidur Rasul peringkat sekolah ini merupakan aktiviti tahunan yang diadakan
di peringkat sekolah.Pada tahun ini,beberapa aktiviti sederhana telah dirancang, yang akan melibatkan
semua guru dan pelajar sekolah bertepatan dengan tema pada kali ini iaitu “ 1 Malaysia,1 Ummah.
Pelaksanaan majlis ini bertujuan untuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad saw disamping
menghayati sirah hidup baginda.Secara tidak langsung ia memberi peluang kepada murid-murid supaya
mencontohi akhlak dan budi pekerti mulia yang dimiliki oleh Rasulullah saw.Di samping itu perasaan cinta
dan kasih akan timbul terhadap Allah swt dan Rasulullah saw.

            
2.         MATLAMAT

            Maulidur Rasul merupakan hari kebesaran umat Islam seluruh dunia yang diraikan setiap tahun
demi memupuk kecintaan terhadap Nabi Muhammad saw dengan mengikuti agama dan cara hidupnya,
mengamalkan sunnahnya , mematuhi perkataan dan perbuatan baginda dalam segala keadaan,
melaksanakan suruhannya dan menjauhi larangannya.

3.         OBJEKTIF

3.1  Mengingati dan mengagumi kebesaran Allah swt di samping memperingati perjuangan suci junjungan
besar Nabi Muhammad saw dalam menyebarkan agama Islam.
3.2  Mengasihi dan menyayangi Nabi Muhammad saw dan mengamalkan sunnah yang di bawa Baginda.
3.3  Murid dapat mengetahui dan menghayati perjalanan sirah Nabi Muhammad saw.
3.4  Menimbulkan semangat , jati diri yang cekal, gigih dan berkeyakinan tinggi di kalangan murid-murid.
3.5  Mewujudkan kerjasama dan semangat saling bantu membantu di antara sesama murid dalam pasukan.

4      SASARAN
Semua guru dan murid Sekolah Kebangsaan Tasek Gelugor.

5.         ANJURAN

Panitia Pendidikan Islam SK Tasek Gelugor.


6.         SUMBER KEEWANGAN

            1.                                                                      RM__________           
             2.                                                                     RM__________
            JUMLAH                                                             RM __________

                       
7.         ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH


1. Hadiah Pertandingan
1.     Pertandingan Mewarna ( Pra sekolah & Tahun 1,2 )
Tempat Pertama RM___ X ___ kelas
Tempat Kedua    RM ___X ___ kelas
Tempat Ketiga    RM___ X ___ kelas

2.     Kuiz maulidur-Rasul ( Tahun 3,4,5,dan 6 )


Tempat Pertama RM  X  kelas
Tempat Kedua    RM Xkelas
Tempat Ketiga    RM X  kelas

3.     Sepanduk ( Tahap 2 )
Johan sahaja  RM  X tahap 2
2. Ceramah Maulidur Rasul
3. Bahan
1.     Risalah
2.     Kain sepanduk
3.     Banner
4.     Lain-lain

JUMLAH
             
8.         PERANCANGAN AKTIVITI

8.1  Edaran Risalah Maulidur-Rasul


8.2  Bacaan Yassin Mingguan.
8.3  Tazkirah Pagi Isnin ( tema : Sirah Rasulullah )
8.4  Selawat Harian
8.5  Pertandingan mencipta sepanduk.( Tahap 2 )
8.6  Pertandingan Mewarna Pra sekolah Dan Tahun 1 dan 2
8.7  Pertandingan Kuiz “ Cinta Rasulullah” Tahun 3/4 dan Tahun 5/6.
8.8  Perarakan Maulidur Rasul
8.9  Ceramah Maulidur Rasul

9.         JADUAL TINDAK IKUT

            Seperti lampiran

10.        AHLI JAWATANKUASA
           
            Seperti lampiran

11.        PENUTUP 
            Adalah diharapkan supaya program aktiviti yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan
jayanya serta mendapat sokongan daripada semua pihak serta diberkati oleh Allah Subhanahu Wa
Taala.

Anda mungkin juga menyukai