Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

TAHUN 2022/1443H.

1. PENDAHULUAN

Bersempena dengan bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad saw, Panitia
Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Seri Sedohok berusaha untuk mengadakan aktiviti
serta program bagi mengenang dan memuliakan junjungan besar ini.Sambutan maulidur
Rasul di peringkat sekolah ini merupakan kesan daripada perasaan kecintaan terhadap
Rasulullah saw.Begitu juga perasaan taat, ingat, ingin mencontohi baginda dan berbangga
menjadi umat baginda,Sebagaimana Allah bangga terhadap baginda dengan memuji baginda
di dalam Al-Quran: “ Sesungguhnya engkau ( Wahai Muhammad ) mempunyai akhlak yang
mulia”. ( al-Qalam:4 )

Majlis Sambutan maulidur Rasul peringkat sekolah ini merupakan aktiviti tahunan
yang diadakan di peringkat sekolah.Pada tahun ini,beberapa aktiviti telah dirancang, yang
akan melibatkan semua guru dan pelajar sekolah bertepatan dengan tema pada kali ini iaitu “
1 Malaysia,1 Ummah. Pelaksanaan majlis ini bertujuan untuk memperingati hari kelahiran
Nabi Muhammad saw disamping menghayati sirah hidup baginda.Secara tidak langsung ia
memberi peluang kepada murid-murid supaya mencontohi akhlak dan budi pekerti mulia
yang dimiliki oleh Rasulullah saw.Di samping itu perasaan cinta dan kasih akan timbul
terhadap Allah swt dan Rasulullah saw.

2. MATLAMAT

Maulidur Rasul merupakan hari kebesaran umat Islam seluruh dunia yang diraikan
setiap tahun demi memupuk kecintaan terhadap Nabi Muhammad saw dengan mengikuti
agama dan cara hidupnya, mengamalkan sunnahnya , mematuhi perkataan dan perbuatan
baginda dalam segala keadaan, melaksanakan suruhannya dan menjauhi larangannya.

3. OBJEKTIF

3.1 Mengingati dan mengagumi kebesaran Allah swt di samping memperingati perjuangan
suci junjungan besar Nabi Muhammad saw dalam menyebarkan agama Islam.

3.2 Mengasihi dan menyayangi Nabi Muhammad saw dan mengamalkan sunnah yang di
bawa Baginda.

3.3 Murid dapat mengetahui dan menghayati perjalanan sirah Nabi Muhammad saw.

3.4 Menimbulkan semangat , jati diri yang cekal, gigih dan berkeyakinan tinggi di kalangan
murid-murid.

3.5 Mewujudkan kerjasama dan semangat saling bantu membantu di antara sesama murid
dalam pasukan
4 SASARAN

Semua guru dan murid islam Sekolah Kebangsaan Seri Sedohok

5. ANJURAN

Panitia Pendidikan Islam SK Seri Sedohok

6. SUMBER KEEWANGAN

1. RM__________

2. RM__________

JUMLAH RM __________

7. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH

1. Hadiah Pertandingan

1.     Pertandingan Mewarna ( Pra sekolah &


Tahun 1,2 )

Tempat Pertama RM___ X ___ kelas

Tempat Kedua    RM ___X ___ kelas

Tempat Ketiga    RM___ X ___ kelas

2.     Kuiz maulidur-Rasul ( Tahun 3,4,5,dan 6 )

Tempat Pertama RM  X  kelas

Tempat Kedua    RM X kelas

Tempat Ketiga    RM X  kelas

3.     Sepanduk ( Tahap 2 )

Johan sahaja  RM  X tahap 2


2. Ceramah Maulidur Rasul  

3. Bahan

1.     Risalah  

2.     Kain sepanduk

3.     Banner

4.     Lain-lain

JUMLAH

8. PERANCANGAN AKTIVITI

8.1 Hebahan rasmi Maulidur-Rasul

8.2 Solat sunat Dhuha dan solat sunat hajat Mingguan.

8.3 Tazkirah Pagi Khamis ( tema : Sirah Rasulullah )

8.4 Selawat Harian

8.5 Pertandingan mencipta sepanduk.( Tahap 2 )

8.6 Pertandingan Mewarna Pra sekolah dan Tahun 1 serta 2

8.7 Pertandingan Kuiz “ Cinta Rasulullah” Tahun 3/4 dan Tahun 5/6.

8.8 Ceramah Maulidur Rasul

9. JADUAL TINDAK IKUT

Seperti lampiran

10. AHLI JAWATANKUASA


Seperti lampiran

11. PENUTUP

Adalah diharapkan supaya program aktiviti yang dirancang ini dapat dilaksanakan
dengan jayanya serta mendapat sokongan daripada semua pihak serta diberkati oleh Allah
Subhanahu Wa Taala.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

________________________________ ______________________________________

(REDWAN ROSDY BIN MOHAMED JOHARI) (TUAN HAJI SANIB BIN HASYIM)

Penyelaras Majlis Maulidur Rasul, Guru Besar SK Seri Sedohok,

Sk Seri Sk Seri Sedohok,

Anda mungkin juga menyukai