Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA SAMBUTAN BULAN

KEMERDEKAAN & MAAL HIJRAH


PERINGKAT SEKOLAH

SRA JAIM BUKIT BARU / PIATU


TAHUN 2022

ANJURAN :UNIT KOKURIKULUM


( BULAN MASIHI & BULAN HIJRI ) &
PANITIA SIRAH

1. Pendahuluan
Sambutan bulan kemerdekaan kali ke-65 sedikit berbeza kali ini berbeza dengan tahun 2021 kerana
ketika 2021 negara sedang dilanda wabak Covid19, namun, pandemik berkenaan tidak dapat
melunturkan rasa kasih dan sayang terhadap negara tercinta. Sejarah negara perlu difahami dan
diterap dalam kehidupan sehari-hari selain dimanfaatkan demi mengekalkan perpaduan negara. Jasa
dan pengorbanan para pemimpin & pejuang tanah air terdahulu harus dijadikan contoh kepada
generasi muda masa kini. Tema Hari Kebangsaan pada tahun ini adalah “Keluarga Malaysia Teguh
Bersama”. Pemilihan tema adalah selari dengan keadaan semasa negara yang memerangi pandemik
Covid19.
Tema bagi maal hijrah pada tahun ini adalah “ Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran”. Tema
ini dipersetujui oleh kerajaan bagi sambutan Maal Hijrah 1444 hijri yang merupakan satu tema yang
sangat signifikan khususnya buat umat Islam di Malaysia bersempena kemakmuran rakyat dan
Keluarga Malaysia. Aspirasi sebuah keluarga yang besar dalam masyarakat berbilang kaum dan
agama menepati konsep yang diterapkan dalam konsep hijrah yang pernah dibawa pada zaman
Rasulullah S.A.W. Tema ini juga merangkumi tiga teras utama Keluarga Malaysia iaitu
Keterangkuman (inclusivity), Kebersamaan (common ground) dan Kesyukuran (contentment).

2. Matlamat

Matlamat utama penganjuran sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah adalah bertujuan
untuk menyemai rasa cintakan bangsa dan negara. Selain itu, sambutan ini juga bertujuan untuk
memperingati sejarah negara dan tokoh-tokoh gemilang yang berusaha mempertahankan tanah air
di samping menanam semangat patriotik dikalangan murid-murid dan guru-guru.

Matlamat utama penganjuran sambutan maal hijrah peringkat sekolah ini bertujuan untuk menerapkan
dikalangan pelajar untuk menghayati perjuangan Rasullah SAW dalam peristiwa Hijratul Rasul, Pelbagai
motovasi kehidupan dapat diambil untuk dijadikan panduan dalam kehidupan. Ianya menjadi aspirasi
dalam menuntut ilmu dan perubahan akhlak supya kehidupan menjadi selaras dengan nilai - nilai yang
bahagia.

3. Objektif

3.1 – Menyemai rasa sayang dan cintakan negara dikalangan murid-murid dan guru-guru.

3.2 – Mengenali dan menghargai jasa tokoh-tokoh kemerdekaan.

3.3 – Memupuk semangat dan rasa tanggungjawab terhadap negara.

3.4 – Menerapkan semangat kekitaan dan perpaduan bangsa, kaum, etnik dan budaya.

3.5 - Murid dapat memahami maksud hijrah yang sebenar

3.6 Murid dapat mengetahui plot penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat.

3.7 Murid dapat mengambil iktibar dari peristiwa hijrah.

4. Rasional
Rasional program Sambutan Bulan Kemerdekaan ini dijalankan adalah seiring dengan aspirasi negara
dalam memupuk semangat patriotik dan cintakan negara dikalangan rakyat Malaysia. Selain itu,
program seperti ini mampu membantu murid-murid menambah pengetahuan tentang sejarah
negara dan warisan yang perlu dipelihara melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang
sepanjang sambutan bulan kemerdekaan.

Dari segi bahasa Maal hijrah bermaksud sama - sama berpindah. Dari segi istilah bermaksud
berpindah dari perkara yang negatif kepada perkara positif dan dari perkara yang positif kepada
perkara yang afdal. Justeru penghayatan perlu ada dalam rangka membina satu misi perjuangan
hidup islam yang lebih jitu dalam jiwa muslimin dan muslimat warga SRAB

6. Tarikh Pelaksanaan & Sasaran

RABU, 10 Ogos 2022 Bersamaan 12 Muharram 1444 H

Semua pelajar tahap 1 dan 2 .

9. Anjuran

ANJURAN :UNIT KOKURIKULUM ( BULAN MASIHI & BULAN HIJRI ) & PANITIA SIRAH

11. Jawatankuasa Aktiviti Sambutan Kemerdekaan & Maal Hijrah

Rujuk Lampiran 1
13. Anggaran Perbelanjaan

Bil Perkara Harga Jumlah


1 Hadiah pertandingan mewarna tahap 1 27 x RM 2.40 RM 64.80
2 Hadiah Kuiz 10 x rm 2.40 RM 24.00
Hadiah pertandingan melukis dan
mewarna logo kebangsaan tahap 2

Tempat Pertama 3 x rm 10.00 RM 30.00


Tempat Kedua 3 x rm 7.00 RM 21.00
Tempat ketiga 3 x RM 7.00 RM 21.00
JUMLAH RM160.00

14. Penutup

Penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan & Maal Hijrah diharapkan dapat memberi manfaat
kepada murid-murid dan guru-guru khususnya dalam meningkatkan semangat patriotism dan
melahirkan rasa kecintaan terhadap Raulullah SAW. Mudah-mudahan usaha murni ini mencapai
objektif yang dirancang, mendapat sokongan dari semua pihak dan diberkati Allah SWT. Semoga
semuanya berjalan lancar dan murid serta guru mendapat faedah yang diharapkan beserta ganjaran
pahala di akhirat kelak.

Disediakan oleh :- Disahkan oleh :-

…………………………………………………….. …………………………………………..
(NURUL HANIM BINTI OTHMAN) (MOHD YUNUS BIN MINHAT)

GURU PANITIA BULAN MASIHI GPK KOKURIKULUM


GURU PANITIA SIRAH

DISEMAK OLEH :

____________________________________

(PN KHAIRUNNISA BINTI BUDIN )


GURU BESAR SRA JAIM BUKIT BARU / PIATU
LAMPIRAN 1 – Jawatankuasa Aktiviti Bulan Kemerdekaan

JAWATANKUASA SAMBUTAN KEMERDEKAAN DAN MAAL HIJRAH PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2022

PENGERUSI : PN KHAIRUNNISA BINTI BUDIN

PEN PENGERUSI : PN MARDIANA BINTI OMAR

GPK KOKU : EN MOHD YUNUS BIN MINHAT

GPK HEM : PN NORAIN BINTI IDRIS

KETUA PROGRAM : EN MOHD YUNUS BIN MINHAT

AJK MAJLIS :

AJK RENCAM : PN FADZLIATUN NAZIHAH BINTI NORKHIRIN

PN RABIATUL ADAWIYAH BINTI YUSOF

CIK NOR AIN BINTI ZAKARIA

PN. NOR HAKIDAH BINTI

PN . NURUL HANIM BINTI OTHMAN

CIK NOR HANANIE BINTI

AJK BACAAN DOA : USTAZ MOHD HAFIZ BIN MD NOOR

AJK KAWALAN MURID : PN. MARDIANA BINTI OMAR


TAHAP 1
2.30 PTG - 4.00 PTG PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

TAHAP 2
4.30 PTG - 4.45 PTG KETIBAAN PARA PELAJAR

4.45 PTG -5.15 PTG UCAPAN ALU- ALUAN


PENERANGAN TENTANG BULAN KEMERDEKAAN
TAZKIRAH PENDEK MAAL HIJRAH OLEH USTAZ MOHD YUNUS BIN
MINHAT
5.15 PTG - 5.30 PTG NYANYIAN LAGU BULAN KEMERDEKAAN

5.30 PTG - 6.00 PTG PERTANDINGAN MELUKIS LOGO BULAN KEMERDEKAAN


& KUIZ BULAN KEMERDEKAAN
6.00 PTG2- 6.10
LAMPIRAN PTG
– ATURCARA PENYAMPAIAN HADIAH
MAJLIS

6.15 PTG BERSURAI

Anda mungkin juga menyukai