Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA HARI ANUGERAH

KECEMERLANGAN DAN HARI


GRADUASI TAHUN 6 2021/22
KAFA ASY SYAKIRIN TAMAN TENAGA

HARI: ISNIN
MASA: 8.00-11.00 PAGI
TARIKH: 21 FEBRUARI 2022
TEMPAT: KAFA ASY SYAKIRIN
PENDAHULUAN

Penghargaan kendiri adalah di antara satu keperluan asas manusia selain,


makan, minum dan rehat yang mencukupi. Tindakan suka menghargai dan
meraikan kejayaan akan membawa kepada kesejahteraan jasmani, emosi,
rohani dan intelek murid. Hari Anugerah Kecemerlangan dan Hari Graduasi
Tahun 6 adalah sebagai manifestasi pihak sekolah untuk meraikan pencapaian
dan kejayaan murid-murid dalam peperiksaan besar khususnya iaitu UPKK,
ujian bulanan dan penglibatan murid dalam PdPr amnya.
Pahit getir pembelajaran secara PdPr yang dijalani oleh warga KAFAI Asy
Syakirin dan ibubapa sekitar Ogos 2020 sehingga November 2021 amat wajar
dihargai dan diraikan kesungguhannya. Disiplin masa, kejujuran dalam
melaksanakan tugas, kesabaran dalam menghadapi ujian musibah kesemuanya
memerlukan komitmen tinggi daripada pelbagai pihak. Justeru, Hari Anugerah
Kecemerlangan kali ini menyaksikan penerima anugerah daripada semua
tahap, Tahun 1 hingga 6.
Majlis rasmi tahunan sebegini juga diharapkan dapat mendedahkan kepada
murid protokol majlis, adab di dalam majlis, cara berperilaku dalam
masyarakat, dan seterusnya melahirkan generasi yang bukan sahaja punya
intelektualiti tetapi juga sahsiah yang mulia.
Semoga usaha murni ini dapat meningkatkan motivasi murid untuk
meneruskan kecemerlangan diri, keluarga, masyarakat seterusnya dapat
menyumbang semula kepada negara.

OBJEKTIF

 Menyampaikan penghargaan kepada murid yang telah mencapai


kecemerlangan dalam pelajaran sesi 2021/22
 Menghargai kesungguhan murid dalam menjalani PdPr sesi 2021/22
 Meraikan pelajar Tahun 6 yang akan meninggalkan sekolah dan
berpindah masuk ke Tingkatan 1.
SASARAN KEHADIRAN

Semua murid Tahun 1-6.


Guru-guru kafa.

JAWATANKUASA PELAKSANA

Penaung/Bendahari: Pn. Siti Rohayu Bt Nasir


Pengarah/Setiausaha: Nur Nabihah Bt Shaharudin
Sijil/Cenderahati: Nor Fadzlina Bt Mohd Idris
Protokol/MC: Siti Khadijah Bt Abdul Jabar
Makanan/Persiapan: Nor Fahizah Bt Md Yunos
Pendaftaran/Keselamatan: Nur Ishmah Bt Zainal Abidin

TENTATIF

MASA ATUR CARA


2.00 PM Kehadiran Murid
2.30 PM Majlis Dimulakan
Bacaan Doa
3.00 PM Ucapan Ketua Guru
3.15 PM Ucapan Perasmian
3.30 PM Penyampaian Anugerah
4.30 PM Jamuan Ringan
5.30 PM Bersurai

KATEGORI ANUGERAH

1. Anugerah PDPR Terbaik 2021


 Tahun 1 – 18 orang
 Tahun 2 – 10 orang
 Tahun 3 – 20 orang
 Tahun 4 – 10 orang
 Tahun 5 – 10 orang
2. Anugerah MPKAFA TERBAIK
 8A – 4 orang
 7A 1B – 5 orang
3. Cenderahati perpisahan Tahun 6
 21 orang
4. Anugerah Tokoh Pelajar
 Lelaki
 Perempuan

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH


1 Hadiah PDPR terbaik RM5.50 X 68 RM 374
2 Hadiah MPKAFA terbaik RM 10.00 X 10 RM 100
3 Cenderahati Tahun 6 RM 10.00 X 21 RM210
4 Cenderahati Tokoh Pelajar RM 30.00 X 2 RM60
5 Cenderahati VIP
6 Sumbangan AJK
7 Reben RM 2.90 RM2.90
8 Sijil RM 31.05 RM31.05
9 Kos Pengangkutan RM 30 x 2 RM60

ANGGARAN KOS
PENUTUP
Dengan pelaksanaan majlis ini diharapkan agar semua pihak dapat
memberikan sokongan seterusnya objektif yang telah digariskan dapat dicapai
dengan jayanya.

Kertas kerja disediakan oleh, Disahkan oleh, Diluluskan oleh,

……………………………………………. ……………………………………….. …………………………………………….


(NUR NABIHAH BT SHAHARUDIN) (SITI ROHAYU BT NASIR) (HJ ZULAZMI BIN RAZALI)
Setiausaha Program Pengarah Program Pengerusi KAFA

Anda mungkin juga menyukai