Anda di halaman 1dari 5

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2021

SK JONGOK BATU, DUNGUN TERENGGANU

1. PENDAHULUAN

Hari Anugerah Kecemerlangan merupakan salah satu pengisian program yang


terdapat dalam perancangan tahunan sekolah yang diadakan pada setiap akhir
tahun. Program ini bertujuan memberi penghargaan kepada semua murid yang
menunjukkan potensi yang cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah
sepanjang sesi persekolahan 2021.

Di samping itu, program ini juga diadakan bertujuan memberi penghargaan


kepada murid prasekolah melalui penyampaian sijil tamat prasekolah serta hadiah
kepada mereka yang telah menamatkan sesi persekolahan mereka dengan jayanya.

2. RASIONAL

Modal insan yang berkualiti merupakan aset utama negara kerana


merekalah yang akan menentukan masa depan negara bangsa. Oleh itu, mereka
haruslah sentiasa diberi suntikan semangat yang berterusan untuk meningkatkan
prestasi mereka dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Majlis ini juga
merupakan salah satu langkah untuk memupuk semangat berdaya saing antara
murid dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Majlis anugerah cemerlang yang diadakan ini merupakan saluran yang


terbaik untuk memberi penghargaan kepada murid-murid di samping boleh
memotivasikan diri dan terus bergerak pantas untuk mencapai kecemerlangan
yang tiada batas dan noktahnya.

3. MATLAMAT

Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah


Pendidikan Negara, program ini merupakan sebahagian daripada usaha yang
dirancang untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang telah berjaya
dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Melalui program ini, diharapkan murid-murid dapat memajukan dan


meningkatkan prestasi sekolah dalam bidang akademik dan kokurikulum. Bagi
mencapai matlamat ini, murid-murid haruslah sentiasa bersedia memperbaiki
kelemahan diri serta memanfaatkan ilmu yang diperoleh untuk mencapai
kecemerlangan diri.

4. OBJEKTIF

4.1. Memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang


sebagai satu pengiktirafan atas usaha mereka sepanjang tahun.
4.2 Menggalakkan persaingan yang positif dalam kalangan murid-murid
untuk mencipta kecemerlangan dalam bidang akademik dan
kokurikulum .
4.3 Meningkatkan kesedaran kepada murid-murid agar sentiasa
menitikberatkan keseimbangan dari segi akademik, sahsiah dan kokurikulum
untuk dipilih sebagai “role model” .
4.4 Mengeratkan silaturrahim dan membina kerjasama yang erat antara
guru, kakitangan, murid-murid, ibu bapa dan masyarakat setempat.

5. KUMPULAN SASARAN

Program ini melibatkan semua warga SK Jongok Batu

6. PELAKSANAAN PROGRAM

6.1 Hari dan Tempat

Hari : Selasa

Tarikh : 22 Februari 2022

Tempat : Dewan terbuka SK Jongok Batu

6.2 Ahli Jawatankuasa Hari Anugerah Kecemerlangan Pendidikan 2021

Penaung : Pegawai Pelajaran Daerah Dungun

Penasihat : Cikgu Mohd Sobri bin Yusof (Guru Besar)

Pengerusi : Cikgu Muhammad Ehsan bin Embong (PK Pentadbiran)

Naib Pengerusi : Cikgu Mohamad Fairudin bin Zakaria (PK HEM)

Muhammad Naimuddin bin Mahadi (PK KO)

Setiausaha : Cikgu Elsa Hana binti Muhammad

Bendahari : Cikgu NorHaidayati binti Abdullah


6.3 Ahli Jawatankuasa Kerja

Persiapan Dewan dan Pentas


Cikgu Mohamad Fairudin bin Zakaria
Cikgu Azman Bin Ali

Hadiah, Sijil dan Cenderamata


Cikgu NorHaidayati binti Abdullah
Cikgu Hamizah Binti Abdul Hamid
Ustazah Noorhana Binti Tukiran

Pengacara Majlis
Cikgu Elsa Hana binti Muhammad

Buku Program & Dokumentasi


Cikgu Farid Helmi Bin Mohamad Noor
Cikgu Zaari bin Mohamad

Siaraya dan PA Sistem


Cikgu Zaari bin Mohamad
Cikgu Muhammad Ehsan bin Embong

Persembahan Murid
Cikgu Muhammad Naimuddin bin Mahadi
Cikgu Paezah binti Abd Halim

Jamuan
Cikgu Hamizah Binti Abdul Hamid
Ustazah Noorhana Binti Tukiran

Bacaan doa
Cikgu Azman Bin Ali
7. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL KATEGORI HADIAH BIL HADIAH/ORANG NILAI JUMLAH


HADIAH

1 Anugerah Cakna PdPC 63 orang RM10 RM630

2 Anugerah Program Nilam 2021 1 x 2 = 2 orang RM10 RM20

3 Anugerah Ketua Pengawas & Pen. 1 x 2 = 2 orang RM10 RM20


Ketua Pengawas

4 Anugerah Pengawas(Tahun 6) Sijil Penghargaan RM10 RM40


-Pengawas = 4 orang

5 Anugerah Pengawas Pusat Sumber Sijil Penghargaan RM10 RM30


(Tahun 6) =3 orang

6 Anugerah Cakna PdPR Sijil Penghargaan / RM10 RM100


10 orang
7 Tokoh murid
-Tokoh Kurikulum Sijil dan hadiah 3 orang x RM90
-Tokoh Kokurikulum (3 orang) RM 30
-Tokoh Sahsiah
8 Jamuan 80 orang 80 orang RM400
x RM5
9 Banner majlis 1 RM50 RM50

10 Bahan(kertas pembalut,gam,riben) RM100 RM100

JUMLAH KESELURUHAN RM1480


8. ATURCARA PROGRAM HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN
SK JONGOK BATU 2021

11.00 PAGI Majlis Anugerah Kecemerlangan dimulakan

Ucapan aluan oleh Pengerusi Majlis

 Bacaan doa
 Nyanyian lagu Negaraku
 Ucapan Guru Besar
 Graduasi Murid Prasekolah Annur
 Penyampaian sijil penghargaan untuk
o Pengawas sekolah
o Pengawas pusat sumber
 Persembahan Murid Prasekolah
 Penyampaian Anugerah Akademik Cemerlang
 Anugerah Kecemerlangan Kelas KAFA
o Tahun 5
o Tahun 4
o Tahun 3
 Penyampaian Anugerah Tokoh Nilam 2021
 Anugerah Khas Prasekolah Annur
 Penyampaian Cenderahati Murid Prasekolah
 Penyampaian Anugerah Ketua Pengawas dan Penolong Ketua
Pengawas
 Persembahan Murid Tahap 2
 Penyampaian Anugerah Tokoh Akademik , Kokurikulum dan
Sahsiah

1.00 Bersurai

9. PENUTUP

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua


warga sekolah SK Jongok Batu yang turut terlibat menjayakan program Majlis
Anugerah Kecemerlangan Pendidikan ini. Sesungguhnya warga sekolah amat
berbesar hati dengan kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak.

Pihak sekolah berharap agar kerjasama seperti ini dapat diteruskan untuk
tahun yang akan datang. Pihak sekolah juga mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan semua pihak
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Majlis
Anugerah Kecemerlangan Pendidikan ini.

Anda mungkin juga menyukai