Anda di halaman 1dari 4

PERATURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

1. 2. 3. 4. Pelajar-pelajar mesti senyap dan berdisiplin di dalam PSS Pelajar-pelajar mesti berpakaian seragam sekolah di dalam PSS Pelajar-pelajar mesti menjaga kebersihan PSS Setiap pelajar yang ingin meminjam buku mesti menggunakan kad pinjaman. Kad itu mesti berfoto dan dilengkapkan dengan butirbutir tertentu. 5. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menggunakan kad Pusat sumber pelajar lain untuk meminjam buku. 6. Pinjaman buku mesti dilakukan oleh diri sendiri dan melalui Pengawas PSS yang bertugas / Pembantu PSS. 7. 8. Pelajar-pelajar dilarang menconteng bahan-bahan bacaan PSS. Buku-buku yang dipinjam perlu diperiksa oleh Pengawas PSS/Pembantu PSS yang bertugas sebelum dibawa keluar. 9. Pengguna PSS harus bertanggungjawab atas buku-buku yang dipinjam . Sekiranya buku yang dipinjam itu hilang atau rosak, dia dikehendaki membayar harga buku itu. 10. Semua buku fiksyen, buku rujukan, majalah, suratkhabar dan bahan lain hendaklah dikembalikan semula ke tempat asal selepas dibaca. 11. Sebelum meninggalkan PSS, pelajar-pelajar dikehendaki meletakkan kerusi dalam keadaan yang tersusun. 12. Beg-beh dan buku-buku bukan hak milik PSS adalah dilarang membawa masuk ke dalam PSS. 13. Dilarang membawa masuk sebarang makanan dan minuman ke dalam PSS. 14. Suratkhabar tidak boleh dibawa keluar dari PSS. Sebarang kes yang melanggar peraturan-peraturan akan didenda dengan wang atau lain-lain hukuman yang dirasakan bersesuaian.

15.

PERATURAN KHUSUS PUSAT SUMBER SEKOLAH


1. Sila beratur dahulu di luar Pusat Sumber dalam keadaan senyap sebelum memasuki pusat sumber. 2. Tinggalkan beg, buku dan alat tulis di rak yang telah disediakan di luar pusat sumber. 3. Pelajar mesti berpakaian lengkap beserta dengan tali leher. 4. Pelajar dibenarkan memakai t.shirt sekolah (putih) dan seluar track sahaja. Pelajar tidak dibenarkan memakai seluar jeans. 5. Tidak dibenarkan memakai selipar, capal dan stokin di dalam pusat sumber. 6. Pelajar yang masuk secara kumpulan, mesti bersama dengan guru pengiring masing-masing. (Guru berkenaan hendaklah mencatatkan di dalam buku Penggunaan Pusat Sumber. 7. Tidak dibenarkan lebih dari 10 minit untuk memilih buku yang dikehendaki.

8. Pelajar mesti duduk dalam keadaan Senyap dan sentiasa berdisiplin dalam Pusat Sumber. 9. Setiapkali masuk atau kelkuar dari Pusat Sumber mesti tunjukkan sebarang buku ( jika ada) pada pembantu pusat sumber atau pengawas yang bertugas. 10.Tidak dibenarkan menconteng, menggunting, mengoyak atau melipat setiap lembaran buku. 11.Tidak dibenarkan makan dan minum di dalam Pusat Sumber. 12.Pelajar boleh meminjam sebanyak 2 buah buku. Buku fiksyen untuk tempoh seminggu dan buku rujukan untuk tempoh 3 hari sahaja. 13.Buku Red Spot boleh dipinjam selama 1 hari sahaja dengan kebenaran guru penyelaras pusat sumber. 14.Buku-buku yang bercop TIDAK BOLEH DIPINJAM adalah tidak boleh dipinjam sama sekali.

15.Bayaran denda akan dikenakan pada pelajar yang lewat memulangkan buku yang dipinjam. 10 sen sehari bagi buku-buku fiksyen. 20 sen sehari sebuah buku bagi buku-buku rujukan. 16.Kad keahlian pusat sumber boleh dibeli dari pembantu Pusat Sumber dengan harga RM1.00. Pelajar dikehendaki melekatkan gambar pada kad tersebut. 17.Sebelum meninggalkan Pusat Sumber pastikan kerusi, buku, majalah atau suratkhabar yang telah digunakan disusun semula di tempatnya dengan baik. 18.Tindakan akan diambil pada pelajar-pelajar yang telah melanggar peraturan yang telah disediakan. 19.Sebarang masalah atau kesulitan yang timbul sila rujuk kepada guru penyelaras pusat sumber.

Anda mungkin juga menyukai