Anda di halaman 1dari 8

PENGENALAN

Setiap Pusat Sumber Sekolah seharusnya mempunyai peraturan yang


tersendiri. Ianya dibuat berdasarkan polisi sesebuah sekolah.

Berikut adalah peraturan- peraturan yang dilaksanakan di Pusat Sumber


SMK Bukit Gading

1.1 Peraturan Am Pusat Sumber Sekolah


1.2 Peraturan Bilik Perpustakaan
1.3 Peraturan Bilik Tayangan
1.4 Peraturan Bilik Bahan Bantu Mengajar
1.5 Peraturan Penggunaan Komputer
1.6 Peraturan Peminjaman dan Pemulangan Buku
1.7 Peraturan Kecemasan atau Kebakaran

Peraturan-peraturan di atas diadakan adalah untuk membantu pengurusan Pusat


Sumber Sekolah agar dilaksanakan dengan sistematik dan memudahkan pengguna
mendapatkan maklumat dan bahan.
1.1 PERATURAN AM PUSAT SUMBER
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT GADING

1. Pusat Sumber dibuka pada setiap hari persekolahan iaitu Isnin hingga
Jumaat pada pukul 8.00 pagi hingga 3.30 petang.

2. Bahan-bahan dan alatan yang dipinjam hendaklah dicatatkan dalam buku


REKOD PINJAMAN/PENGGUNAAN

3. Pengguna mestilah patuh kepada peraturan/penggunaan sedia ada dan


yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

4. Tempoh pinjaman boleh dilanjutkan dengan memperbaharui tarikh


pinjaman.

5. Bahan yang dipinjam hendaklah dijaga dengan baik.

6. Bahan-bahan yang dikembalikan hendaklah diletakkan di tempat asalnya.

7. Laporkan sebarang kerosakan dengan kadar segera kepada Penyelaras


bilik yang berkenaan atau Guru Perpustakaan & Media.

8. Penggunaan alatan yang memerlukan kemahiran mestilah terlebih dahulu


mempelajarinya dari penyelaras berkenaan.

9. Guru hendaklah memastikan suis dan punca elektrik, kipas, lampu dan
penghawa dingin ditutup sebelum keluar dari bilik-bilik berkenaan.

10 Murid tidak dibenarkan membuat bising ketika berada di


dalam Pusat Sumber.

11 DILARANG duduk berdua-duaan (lelaki dan perempuan) di


dalam Pusat Sumber

12 Beg, fail, makan dan minuman TIDAK DIBENARKAN dibawa masuk


kecuali buku nota dan alat tulis. Keselamatan barang berharga adalah di
bawah tanggungjawab sendiri.

13 Kebersihan bilik adalah tanggungjawab semua pengguna.

PUSAT SUMBER GEDUNG ILMU


1.2 PERATURAN BILIK PERPUSTAKAAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT GADING

1. Perpustakaan dibuka pada setiap hari persekolahan iaitu Isnin hingga


Jumaat pada pukul 8.00 pagi hingga 3.30 petang.

2. Murid tidak dibenarkan membuat bising ketika berada di dalam


Perpustakaan

3. Beg, fail, makan dan minuman TIDAK DIBENARKAN dibawa masuk


kecuali buku nota dan alat tulis.

4. Setiap pelajar dibenarkan meminjam 2 buah buku pada satu masa untuk
selama tempoh 7 hari.

5. Semua pinjaman hendaklah dibuat di KAUNTER PINJAMAN.

6. Pemulangan yang lewat akan didenda (sila rujuk peraturan pinjaman dan
pemulangan buku).

7. Guru dan kakitangan dibenarkan meminjam 5 buah buku setiap kali


pinjaman.

8. Sekiranya berlaku kerosakan pada buku yang dipinjam, pengguna


hendaklah melaporkan kepada Guru Perpustakaan untuk tindakan
seterusnya.

9. Buku yang dirosakkan perlu diganti.

10.Segala pinjaman atau penggunaan bilik dan peralatan hendaklah


direkodkan di dalam buku yang ditetapkan.

11.Guru-guru kelas dan guru-guru matapelajaran boleh membuat pinjaman


buku secara pukal (berkelompok). Pinjaman dan pemulangan mestilah
dilaporkan kepada Guru Perpustakaan.

MEMBACA JAMBATAN ILMU

NADI ILMU AMALAN MENBACA


1.3 PERATURAN PINJAMAN DAN PEMULANGAN BUKU
PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT
GADING

1. Peminjaman dan pemulangan buku boleh dibuat mengikut waktu operasi

2. Setiap murid yang mempunyai kad keahlian boleh meminjam sebanyak 2


buah buku sahaja. TIDAK DIBENARKAN menggunakan kad keahlian
orang lain.

3. Pinjaman hanya boleh dibuat melalui Pengawas PSS, guru(pinjaman


pukal) dan guru Perpustakaan yang bertugas.

4. Pinjaman buku hanyalah melalui sistem automasi kecuali jika berlaku


gangguan sistem (system breakdown).

5. Pemulangan hendaklah dibuat pada tarikh yang dicatatkan kecuali cuti


am.

6. Kelewatan memulangkan buku akan dikenakan denda 20 sen(buku biasa)


dan 50 sen (buku terhad) sehari.

7. Peminjam perlu meninggalkan kad keahlian pada pengawas bertugas


bagi urusan fotostat buku rujukan terhad. Bahan yang dipinjam untuk
difotostat hendaklah dipulangkan semula dalam masa tidak lebih dari 1
jam.

8. Peminjam yang menghilangkan atau merosakkan buku akan dikenakan


denda dengan membayar mengikut harga buku tersebut.

MELIHAT SEJENAK LEBIH BAIK DARIPADA


MENDENGAR SERIBU PERKATAAN
1.4 PERATURAN BILIK TAYANGAN (BT)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT GADING

1. Bilik Tayang boleh digunakan setiap hari kecuali hari cuti umum dan hari
Ahad.

2. Penggunaan Bilik Tayang hendaklah dengan membuat tempahan di


kaunter perpustakaan sekurang-kurangnya sehari sebelum penggunaan.

3. Guru boleh mendapatkan kunci di pejabat.

4. Murid hanya dibenarkan masuk ke Bilik Tayang dengan kehadiran guru.

5. Murid tidak dibenarkan membuat bising, makan dan minum, atau


bermain-main semasa menggunakan bilik ini.

6. Murid tidak boleh membawa masuk beg sekolah kecuali alatan menulis
dan buku latihan sahaja.

7. Murid-murid tidak dibenarkan mengambil, merosakkan atau


mengalihkan barang-barang dari bilik ini.

8. Setiap penggunaan alatan yang memerlukan kemahiran hendaklah


terlebih dahulu mempelajarinya daripada Guru Bilik Media

9. Setiap penggunaan alatan dari bilik ini hendaklah direkodkan dalam buku
penggunaan.

10. Guru hendaklah meletakkan alatan yang digunakan di tempat asalnya.

11. Pastikan kerusi-kerusi tersusun dengan kemas dan bilik bersih sebelum
meninggalkannya.

12. Pastikan suis dan punca elektrik lain seperti kipas, lampu dan penghawa
dingin ditutup sebelum keluar dari bilik ini.

13. Guru hendaklah memastikan pintu bilik ditutup, dikunci rapi dan
memulangkan kunci ke pejabat .
MELIHAT SEJENAK LEBIH BAIK DARIPADA
MENDENGAR SERIBU PERKATAAN

1.5 PERATURAN BILIK BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT GADING

1. Sila tanggalkan kasut sebelum memasuki bilik BBM.

2. Bahan-bahan yang dipinjam hendaklah direkodkan dalam buku REKOD


PINJAMAN.

3. Bahan-bahan yang dipinjam hendaklah diambil dan dipulangkan oleh


GURU sendiri. Tempoh pinjaman selama 2 hari.

4. Murid-murid TIDAK DIBENARKAN meminjam, memulang atau


mengambil keluar bahan dari bilik ini.

5. Tempoh pinjaman boleh dilanjutkan dengan memperbaharui tarikh


pinjaman.

6. Bahan-bahan yang diambil hendaklah diletakkan di tempat asalnya.

7. Tidak boleh makan atau minum dalam bilik ini.

8. Kebersihan bilik adalah tanggungjawab semua pengguna.

9. Jika berlaku sebarang kerosakkan atau kehilangan barang atau alatan,


guru yang berkenaan perlu melaporkan dengan kadar segera kepada
Penyelaras BBM.

10. Untuk alatan ko-kurikulum (permainan dalaman), pastikan setiap set


adalah lengkap ketika dipulangkan.

BAHAN BERMUTU MURID BERILMU

GURU PENYUNTIK MINDA MURID


1.6 PERATURAN DAN KESELAMATAN PENGGUNAAN KOMPUTER
PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT
GADING

1. Pengguna hanya dibenar menggunakan komputer dengan kebenaran


sahaja.

2. Penggunaan terhad kepada 1 jam sahaja bagi setiap pelajar. Satu


komputer satu pengguna sahaja.

3. Pengguna mesti menyerahkan kad keahlian sebelum menggunakan


komputer.

4. Pengguna dilarang membawa disket, pen-drive atau cakera padat dari luar
masuk ke dalam makmal computer kecuali dengan keizinan guru.

5. Pengguna dilarang mengusik sebarang sambungan wayar dan setting


pada komputer.

6. Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil, bau benda terbakar, bahagian
komputer yang terlalu panas atau sebarang keadaan yang disyaki tidak
normal, sila laporkan segera kepada guru.

7. Jika terdapat sebarang masalah sila dapatkan bantuan guru yang


bertugas. Pengguna dilarang membuat perubahan sendiri.

8. Sentiasa scan disket, pen-drive atau CD anda untuk mengesan virus.

9. Jangan membuat bising dan menganggu pengguna yang lain.

10. Pengguna dilarang menyalin perisisan di dalam bilik ini.


Cetak rompak adalah salah di sisi undang-undang.

11. Pengguna yang melanggar peraturan tersebut akan dikenakan tindakan


gantung penggunaan komputer di bilik inii.

KEMAHIRAN MAKLUMAT MENUJU ERA


PENDIDIKAN BERKUALITI
1.7 PERATURAN KECEMASAN ATAU KEBAKARAN
PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT
GADING

Tindakan murid:

a. Pengawas PSS memberitahu guru dengan segera.


b. Tinggalkan buku atau sebarang alatan di atas meja.
c. Segera keluar mengikut pintu yang berhampiran.
d. Elakkan daripada membuat bising atau berebut-rebut
e. Berkumpul dan beratur di tempat yang telah ditetapkan.

Tindakan guru:

a. Pastikan murid meninggalkan bangunan dengan teratur dan


selamat.
b. Tutup suis utama bangunan.
c. Gunakan pemadam api yang disediakan.
d. Pastikan bilangan murid seperti dalam jadual kedatangan pada
hari berkenaan.

Tindakan guru bertugas harian:

a. Ambil langkah segera bagi memastikan murid bergerak dengan


selamat.
b. Telefon bomba.
c. Laporkan kepada Pengetua

Anda mungkin juga menyukai