Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

MAJLIS ANUGERAH PELAJAR GEMILANG DAN MESYUARAT AGUNG PIBG


KALI KE-44 TAHUN 2018

1.0 PENGENALAN
1.1 Majlis Anugerah Pelajar Gemilang merupakan hari pengiktirafan dan penghargaan kepada
semua pelajar yang berjaya mencapai kecemerlangan pada tahap tertinggi dalam peperiksaan-
peperiksaan awam (PT3, SPM, STPM dan MUET).
1.2 Penganugerahan ini sekaligus meningkatkan motivasi pelajar dari tahun demi tahun.
1.3 Mesyuarat PIBG diadakan untuk membincangkan isu-isu bagi membantu sekolah mencapai
kecemerlangan yang optimum.

2.0 RASIONAL
2.1 Pelajar cemerlang yang mendapat ‘perfect score’ amat perlu diberi pengiktirafan oleh seluruh
warga sekolah.
2.2 Murid di sekolah kluster kecemerlangan seharusnya dapat mencapai kejayaan yang cemerlang,
gemilang dan terbilang.
2.3 Pengiktirafan kepada murid merupakan satu cara melonjakkan motivasi pelajar ke tahap yang
lebih unggul.
2.4 PIBG membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat
pendidikan.

3.0 MATLAMAT
3.1 Meningkatkan prestasi sekolah dalam bidang kurikulum ke arah menggapai prestasi yang lebih
tinggi.
3.2 Untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama
lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Meningkatkan Gred Purata Sekolah (GPS) dan mencapai Expected Targeted Result (ETR) bagi
peperiksaan PT3, SPM dan STPM.
4.2 Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pelajar yang cemerlang pada tahap tertinggi
dalam Peperiksaan Awam.
4.3 Menjadi pemangkin dan pencetus motivasi kepada para pelajar pada setiap tahun ke arah
pencapian gemilang dalam bidang akademik, khususnya dalam Peperiksaan Awam.
4.4 Mendapat sokongan 100% dari PIBG dari segi kewangan, tenaga dan sokongan dalam
menjalankan program-program yang melibatkan murid.
4.5 Membuat pelantikan baru di kalangan ibu bapa menjadi Ahli Jawatankuasa PIBG.

5.0 TENTATIF PROGRAM


Tarikh : 28 Mac 2018 (Rabu)
Lokasi :
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

6.0 RANCANGAN PELAKSANAAN PROGAM


6.1 Mesyuarat AJK Kali Pertama
- Pembentangan kertas konsep
- Semua AJK berbincang bagi menambah baik kertas konsep bagi melancarkan perjalanan
program.
6.2 Taklimat kepada AJK Pelajar
- Pelajar diberikan taklimat tentang pelaksanaan dan perjalanan program serta tugas-tugas
secara spesifik oleh penyelaras program.

7.0 TENTATIF PROGRAM


MAJLIS ANUGERAH PELAJAR GEMILANG
7.30 pagi : Pendaftaran
8.15 pagi : Ketibaan VIP/ VVIP
: Jamuan VVIP/ VIP/ AJK PIBG/ Ibu Bapa/ Guru
9.00 pagi : Lagu Bangsa Johor
: Lagu Negaraku
: Bacaan Doa
: Ucapan Alu Aluan Pengetua
: Ucapan Perasmian
: Penghargaan AJK PIBG 2017/ 2018
: Anugerah Pelajar Gemilang PT3, SPM, STPM & MUET
: Penghargaan Panitia Cemerlang Peperiksaan Awam 2017
: Anugerah Khas YDP PIBG
: Penyampaian Cenderamata

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-44


10.30 pagi : Ucapan Yang Dipertua PIBG
: Ucapan Penasihat
: Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung yang lalu
: Membentang dan Menerima Laporan Tahunan 2017
Membentang, Mengesahkan dan Meluluskan Penyata Kewangan
:
Berakhir 31 Disember 2017

: Membahaskan usul jika ada

: Membubarkan Jawatankuasa PIBG 2017/2018


: Melantik Pengerusi Sementara
: Melantik Jawatankuasa PIBG Tahun 2018/2019
: Ucapan Penangguhan
: Cabutan Bertuah
: Bersurai

8.0 STRATEGI PELAKSANAAN

8.1 Pembentangan Kertas konsep dalam mesyuarat Jawatankuasa Majlis Anugerah Pelajar
Terbilang.
8.2 Mengadakan mesyuarat ketua/ wakil jawatankuasa bagi merancang program
8.3 Mesyuarat/ perbincangan kecil bersama ahli jawatankuasa setiap bahagian
8.4 Mengenal pasti masalah dan penyelesaiannya
8.5 Persediaan majlis
8.6 Raptai majlis
8.7 Majlis dilaksanakan
8.8 Dokumentasi
8.9 Penilaian Program

9.0 KOS PELAKSANAAN

Jumlah Kos
Bil Butiran Jumlah (RM)
(Bilangan) (Seunit)
1 Sijil
2 Plak Kecemerlangan
2.1 Pentaksiran Tingkatan 3
2.2 Sijil Pelajaran Malaysia
2.3 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
2.4 Saguhati Pelajar Gemilang
Pentaksiran Tingkatan 3
Sijil Pelajaran Malaysia
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
3 Buku program
- VIP
- Lain-lain
4 Cenderamata Perasmi
5 Cenderamata AJK PIBG
6 Hiasan Dewan
7 Kain rentang 12 x 8
8 Jamuan VIP
9 Jamuan ibu bapa/ guru
10 Rosset
11 Dokumentasi
12 Stiker Goodies
13 Cabutan Bertuah
14 Fotostat Surat Panggilan Mesyuarat
Jumlah

10.0 Sumber Kos

Anda mungkin juga menyukai