Anda di halaman 1dari 10

KERTAS CADANGAN

MESYUARAT AGUNG PIBG KE-35 DAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN


SEKOLAH TAHUN 2017

1.0 PENDAHULUAN
Penghargaan atas kecemerlangan pelajar merupakan pengiktirafan atas daya
usaha, kegigihan, dan kesungguhan kepada mereka yang sanggup bekerja keras untuk
kemajuan diri masing-masing. Sebagai modal insan yang telah berjaya membuktikan
peningkatan kualiti diri, kejayaan tersebut wajar diiktiraf. Maka majlis pengiktirafan
kejayaan pelajar diberikan kepada beberapa kategori anugerah iaitu Anugerah Akademik,
Anugerah HEM dan Anugerah Kokurikulum. Sehubungan dengan itu, rahsia
kecemerlangan ini wajar dikongsi bersama dengan ibu bapa lain agar kecemerlangan dan
peningkatan pencapaian akademik berkualiti akan dapat dicapai bersama-sama pada masa
akan datang. Di samping itu, program ini akan dapat meningkatkan motivasi pelajar-
pelajar agar sentiasa bersaing untuk mencapai kecemerlangan. Pengiktirafan juga
diberikan kepada guru-guru yang telah berusaha meningkatkan kecemerlangan mata
pelajaran yang diajar sebagai tanda perhargaan dan terima kasih pihak sekolah.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Memberi pengiktirafan kepada pelajar yang berjaya sama ada dalam akademik,
sahsiah mahupun kokurikulum.
2.2 Memupuk emosi pelajar agar berazam ingin maju, berlumba-lumba menuju kejayaan
dan setanding dengan orang yang telah berjaya.
2.3 Membantu membina budaya sekolah yang cemerlang dengan aktiviti yang bersifat
positif.
2.4 Sebagai tanda terima kasih dan penghargaan pihak sekolah kepada pelajar yang
berjaya terutama dalam peperiksaan awam seperti PT3, SPM dan STPM serta bidang
kokurikulum.
2.5 Mengenang dan menghargai jasa-jasa guru dan kakitangan sekolah dalam membantu
kejayaan pelajar.

3.0 SASARAN
3.1 Pelajar tingkatan 1, 2, 4 dan 6 Bawah tahun 2017
3.2 Calon PT3, SPM dan STPM tahun 2017
3.3 Tokoh-tokoh murid, HEM dan kokurikulum 2017

4.0 TARIKH / MASA / TEMPAT


4.1 Tarikh : 07 April 2018
4.2 Masa : 11.30 pagi
4.3 Tempat : Dewan Sekolah
5.0 ATURCARA PROGRAM

1
Rujuk lampiran 1

6.0 JAWATANKUASA KERJA


Rujuk lampiran 2

7.0 KEWANGAN
Rujuk lampiran 3

8.0 PENUTUPAN

Semoga majlis ini dapat menyuntik semangat kepada pelajar-pelajar yang berjaya
mahupun pelajar lain dalam mencipta kecemerlangan akademik dan kokurikulum demi
masa depan mereka. Diharap juga program yang dirancang ini akan dapat dilaksanakan
dengan jayanya dan seterusnya dapat menjadi pencetus peningkatan motivasi kepada
semua pelajar untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Kecemerlangan pelajar adalah
harapan ibu bapa, kebanggaan guru-guru dan cita-cita murni pihak sekolah.

Disediakan oleh:

………………………………………… …………………………………………….
[SITI NORZANIYAH BT. ABU HASSAN] [NORHARDINA BINTI MOHD IDRIS]

Setiausaha Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah, Setiausaha Mesyuarat Agung PIBG,


SMA Dato Klana Petra Maamor, SMA Dato Klana Petra Maamor,

Disahkan oleh:

……………………………………
[HASNAH BT. MOHD YASIN]
Pengetua,
SMA Dato’ Klana Petra Maamor.

LAMPIRAN 1
2
ATUR CARA PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-35 DAN
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH 2017
07HB. APRIL 2018 (SABTU)

8.30-9.00 PAGI  PENDAFTARAN IBU BAPA, PENJAGA DAN GURU KE


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-35.

9.00-11.30 PAGI  MESYUARAT AGUNG PIBG SMA DATO’ KLANA PETRA


MAAMOR KALI KE-35.

11.30 PAGI  KETIBAAN

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI ABU UBAIDAH BIN


DATO’ HAJI REDZA,
ADUN AMPANGAN,
PENGERUSI JAWATANKUASA BERTINDAK: KEMUDAHAN AWAM
DAN ALAM SEKITAR

 BACAAN ASMAUL HUSNA DAN NYANYIAN LAGU


NEGARAKU

 KATA-KATA ALUAN PENGACARA MAJLIS

 BACAAN DOA

 PERSEMBAHAN MULTIMEDIA

 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG


 UCAPAN PENGETUA
 UCAPAN PERASMIAN OLEH,
YANG BERHORMAT DATO’ HAJI ABU UBAIDAH BIN
DATO’ HAJI REDZA,
ADUN AMPANGAN,
PENGERUSI JAWATANKUASA BERTINDAK: KEMUDAHAN AWAM
DAN ALAM SEKITAR

 PERSEMBAHAN NASYID

 PENYAMPAIAN SIJIL, HADIAH DAN CENDERAMATA


MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH
TAHUN 2017

1.00 PETANG  JAMUAN TENGAH HARI

LAMPIRAN 2

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-35 DAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN


SEKOLAH TAHUN 2017
3
TARIKH : 07 APRIL 2018 (SABTU)
TEMPAT : DEWAN SEKOLAH
MASA : MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-35
-8.30PAGI-11.30 PAGI
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH 2017
-11.30 PAGI HINGGA 1.00 PETANG

JAWATANKUASA INDUK MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-35 DAN MAJLIS


ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH TAHUN 2017

PENGERUSI BERSAMA:

Pn. Hasnah bt. Mohd Yasin (Pengetua)


En. Zainudin bin Zakaria (YDP PIBG)

TIMBALAN PENGERUSI BERSAMA:

En. Zulhisham b. Zakaria (PK Hal Ehwal Murid)


En. Shamsul Azhar bin Yahya (NYDP PIBG)

NAIB PENGERUSI:

Pn. Norazidah bt. Abd. Aziz (PK Pentadbiran)


Pn. Zakiah bt. Ali (PK Kokurikulum)
Pn. Junaidah bt. Tahir (PK Tingkatan 6)

SETIAUSAHA BERSAMA:

Pn. Siti Norzaniyah bt. Abu Hassan


Pn. Norhardina bt. Mohd Idris (Setiausaha Kehormat PIBG)

BENDAHARI:

Pn. Zuraidah bt. Mohd Mat Zelli (Bendahari Kehormat PIBG)

AHLI JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-35 DAN MAJLIS
ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR TAHUN 2017

BI JAWATANKUASA PERINCIAN TUGASAN


L
4
1 SAMBUTAN DAN PROTOKOL Mengadakan raptai penuh sehari
 Pengetua sebelum majlis bermula.
 YDP PIBG Memastikan kelancaran majlis
 Semua Penolong Kanan mengikut aturcara.
 Semua Guru Kanan Mata Pelajaran Mengedarkan buku program.
 Semua AJK PIBG Menyambut ketibaan tetamu jemputan.
Mengalu-alukan kehadiran ibu, bapa
dan penjaga pelajar SMADKLANA.

2 PANEL PEMILIHAN PENERIMA Mendapatkan senarai calon penerima


ANUGERAH daripada semua setiausaha program.
Bermesyuarat untuk menentukan
 Pengetua penerima anugerah yang akan menerima
 Semua Penolong Kanan anugerah sekolah.
 Semua Guru Kanan Mata Pelajaran Membuat penetapan senarai penerima
 Semua Setiausaha Peperiksaan anugerah.

3 PENDAFTARAN MESYUARAT PIBG / IBU Menyediakan meja dan alas meja


BAPA PENERIMA/ PENERIMA untuk pendaftaran.
ANUGERAH Menyediakan borang pendaftaran
untuk ibu, bapa, penjaga dan guru untuk
 PN. NAFIZAH BINTI KASSIM (K) Mesyuarat Agung PIBG.
 PN. RAHIMI BT. SHAARI Menyediakan borang pendaftaran
untuk penerima anugerah dan ibu bapa
penerima anugerah.
Menyediakan label meja pendaftaran.
Melantik beberapa orang murid untuk
mengendalikan pendaftaran.
Menyerahkan borang kehadiran
kepada setiausaha PIBG.
Berurusan dengan AJK Penyelia
penerima anugerah dan juruacara majlis.

4 PENYEDIA TEKS UCAPAN DAN Menyediakan teks ucapan Pengetua,


PENCATAT MINIT YDP PIBG dan PERASMI.
Menyediakan kata-kata aluan pengetua
 PN. SITI NORHAFISAH BT. MOHD dan YDP PIBG dalam buku program majlis.
ISA (K) Memasukkan kata-kata aluan ke dalam
 PN. NORZILA BT. YACUB buku program Majlis Anugerah
Kecemerlangan Sekolah 2017.
Mencatat minit Mesyuarat Agung
PIBG dan menyerahkannya kepada Setiausaha
Kehormat PIBG.

5 EDARAN SURAT PENERIMA ANUGERAH Mendapatkan senarai penerima


anugerah daripada setiausaha program dan
 PN. NOR AZUANA BT.HASHIM (K) mendapatkan maklumat seperti nombor
telefon dan alamat penerima anugerah.
5
 PN. JAMIAH BT. WAHAB Menyediakan surat jemputan kepada
penerima anugerah.
Menguruskan surat jemputan kepada
semua penerima anugerah.
Mendapatkan maklum balas kehadiran
ibu bapa dan penerima melalui telefon.

6 BUKU PROGRAM (MAJLIS ANUGERAH Mendapatkan senarai nama penerima


KECEMERLANGAN SEKOLAH) anugerah dan mendapatkan senarai
 PN. MAZATUL SUZANA BT. MAT jawatankuasa.
SALLEH (K) Mendapatkan kata alu-aluan Pengetua
 CIK NORAASIKIN BT. MOHD dan mendapatkan kata alu-aluan Yang
ALOWEY Berhormat.
Mendapatkan aturcara majlis.
Mendapatkan keputusan peperiksaan
bagi penerima anugerah dan mendapatkan
analisa peperiksaan PT3, SPM dan STPM.
Menyerahkan kepada Pengetua tiga
hari sebelum berlangsungnya program untuk
disemak.
Menyediakan buku program untuk
Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah
2017.
Mencetak buku program dan
mengedarkannya kepada VIP dan ibu bapa
penerima anugerah.

7 BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG Menyediakan laporan aktiviti, minit


 PN. NORHARDINA BT. MOHD Mesyuarat Agung PIBG, dan laporan
IDRIS (K) kewangan serta membukukannya untuk
 PN. ZURAIDAH BT. MOHD MAT edaran ibu bapa.
ZELLI Mengedarkan buku cenderamata
mesyuarat.

8 HADIAH DAN CENDERAMATA Mendapatkan senarai penerima


Penyelaras: anugerah daripada setiausaha program.
PN. ZAINORIAH BT ZAINUDDIN Menguruskan pembelian hadiah dan
 PN. NORAZLINN BT. ZAINAL cenderamata.
ABIDIN (K) Menguruskan hadiah-hadiah, sijil
 PN. ZAINI BT. JAMALUDIN penerima dan cenderamata seperti dalam
 PN. NOR EMILIA IZZATI BT. senarai semak penerima.
ABDULLAH Menguruskan hadiah-hadiah ketika
 CIK NURUL SYAZANA BT. HANUAR majlis penyampaian hadiah dan sijil sedang
 CIK NUR BAZLA' FARISYA BT. MD. berlangsung.
JUNID Menyimpan hadiah penerima yang
tidak dapat hadir.

9 SIJIL PENERIMA ANUGERAH Mengumpul nama murid-murid dan


 PN. NURULHIDAYAH BT. guru cemerlang yang menerima hadiah.
NURUDIN (K) Menyediakan sijil kepada murid-murid
cemerlang yang menerima hadiah.
6
 CIK NADIA HANIM BT. MOKHTAR Menyediakan sijil guru cemerlang dan
menyediakan sijil jawatankuasa.
Memastikan sijil ditandatangani oleh
Pengetua.
Membuat ‘check list’ sijil sebelum
menyerahkan sijil kepada jawatankuasa hadiah
dan cenderamata.
Menyerahkan semua sijil yang telah
ditandatangani oleh pengetua kepada AJK
Hadiah dan Cenderamata sebelum majlis
berlangsung.

Mendapatkan senarai penerima anugerah


10 PENYELIA PENERIMA ANUGERAH daripada setiausaha program.
Penyelaras: Mendapatkan senarai nama penerima
EN. MOHAMAD TAUFIK B. HASSAN yang hadir dan menyusun penerima seperti
dalam buku program.
 EN. MUHD RIDHUAN B. Memastikan semua penerima yang
ABDULLAH SANI (K) hadir berada di lokasi yang telah ditetapkan.
 PN. ROHANI BT. SAAT Menyusun atur kedudukan penerima
 PN.MAHIRATUL NAJLAH BT. anugerah sebelum raptai supaya murid tahu
MUKHTAR kedudukan masing-masing
Memberi taklimat kepada penerima
hadiah tentang disiplin, pakaian dan cara
menerima hadiah.
Menyediakan wakil pelajar bagi murid
cemerlang yang tidak hadir.
Menyusun tempat duduk penerima
hadiah.
Mengawal disiplin semua penerima di
tempat duduk yang disediakan.

11 PERSIAPAN DEWAN Memastikan dewan disapu , dimop dan


Penyelaras : cermin tingkap dilap.
PN. AIDA RAHAYU BINTI AWANG Menyusun atur meja dan kerusi
 PN. NORHAYATI BT. SULAIMAN Mesyuarat Agung PIBG .
(K) Mengemas semula semua kerusi meja
 CIK AINAA FARAH BT. KAYAT yang digunakan dan menyusun semula
 PN. RAHANA BT. HARUN menjadi tempat VIP.
 CIK NUR FITRAH BT. ABD HAMID Menyusun atur kerusi, meja, sofa vip,
 PN. SITI ZUBAIDAH BT. OTHMAN perhiasan tambahan di dalam dewan sekolah
dan menyediakan pelekat tempat duduk VIP.
Mengemas semula semua kerusi meja
yang digunakan dan menyusun semula
menjadi kelas tingkatan 4.
Guru dibantu oleh murid tingkatan 4.

12 PERSIAPAN PENTAS, LATAR PENTAS DAN Membuat cadangan latar pentas dan
‘BANNER’ menyerahkan kepada pengetua untuk disemak
sebelum membuat tempahan.
Menempah latar pentas perasmian
7
 CIK A'INUN JARIYAH BT. NOOR mesyuarat agung dan Majlis Anugerah
SABRI (K) Kecemerlangan Sekolah 2017.
 CIK AMIZA BT. HAMZAH Memastikan latar pentas dipasangkan
 PN. SITI KHAJARU'AIN BT. OSMAN di dewan.
Mempamerkan satu ‘banner’ di pintu
pagar sekolah.
Memastikan latar pentas dipasang
beberapa hari lebih awal sebelum majlis
berlangsung.
Memastikan pentas dihias dan
dilengkapi dengan rostrum.
Mengemas semula pentas yang telah
digunakan.

13 JAMUAN IBU BAPA / VIP DAN TEMPAT Menyediakan cadangan menu untuk
JAMUAN sarapan pagi, makan tengah hari dan anggaran
harga dengan berbincang dengan Pengetua.
Penyelaras: Menempah makanan dan minuman
PN. FATIMAH BT. MOHD NOOR untuk ibu bapa, penerima dan VIP.
Memastikan makanan dan minuman
 PN. NOOR RAIZEETA BT. yang ditempah dapat disediakan seperti dalam
NORDIN (K) jadual.
 PN. HINDON BT. MOHD NOR Menentukan bilangan VIP yang hadir.
 PN. SAADAH BT. DAHALAN Menyediakan tempat jamuan yang
 PN. RUSNAH BT. ZUBIR kondusif untuk VIP.
 PN. SITI SARAH BT. MOHAMAD Memastikan kelengkapan yang
NOOR digunakan sesuai untuk VIP.
Menyediakan tempat jamuan di garaj
dan khemah untuk ibu bapa, penjaga,
jawatankuasa dan penerima anugerah.
Memastikan kebersihan tempat
jamuan.
Berada di tempat jamuan dengan
bantuan beberapa orang murid sehingga
selesai untuk melayan tetamu.
Menyediakan air mineral untuk VIP
dan juruacara.

14 JURUACARA MAJLIS ANUGERAH Mendapatkan senarai nama penerima


KECEMERLANGAN SEKOLAH anugerah daripada Setiausaha Program.
Mendapatkan senarai nama VIP
 EN. MUHAMMAD LUTFI B. daripada Setiausaha Program.
8
ZAINOL (K) Menyediakan teks pengacara majlis
 CIK FATIN FARHANA BT. MASDAN mengikut aturcara majlis yang telah disediakan
oleh Setiausaha Program.
Menyertai raptai penuh Majlis
Anugerah Kecemerlangan Sekolah 2017.
Mengendalikan majlis mengikut
aturcara yang ditetapkan

15 PERSEMBAHAN MULTIMEDIA & Menyediakan dua persembahan


FOTOGRAFI multimedia dalam masa yang ditetapkan.
Menunjukkan persembahan
 EN. MOHAMAD AIZIM B. multimedia kepada pengetua sebelum majlis
BAHARON (K) berlangsung.
 EN. MUHAMMAD WALIFF AZIFAR B. Menyediakan skrin LCD untuk
NORIZAN tayangan.
Mempersembahkan semasa majlis
perasmian.
Mengambil gambar Mesyuarat Agung
PIBG dan perasmian Majlis Anugerah
Kecemerlangan Sekolah untuk tujuan
dokumentasi.

16 PERSEMBAHAN PELAJAR, KOMPANG Memilih para pelajar untuk


DAN SELAWAT persembahan nasyid dan pemuzik untuk Majlis
Anugerah Kecemerlangan Sekolah.
 EN. MUHAMMAD LUQMAN B. Memilih dua lagu nasyid yang
AHMAD bersesuaian untuk persembahan nasyid.
Melatih para pelajar untuk
persembahan nasyid dan pemuzik.
Memilih pelajar untuk iringan
kompang dan selawat semasa kehadiran VIP.
Menyertai raptai penuh Majlis
Anugerah Kecemerlangan Sekolah 2017.

17 BACAAN DOA Menyediakan teks bacaan doa majlis


perasmian.
 EN. AHMAD ZAIDI B.BAHARUDIN Memilih pelajar yang akan mengetuai
bacaan doa.
Melatih pelajar yang akan mengetuai
bacaan doa.
Menyertai raptai penuh Majlis
Anugerah Kecemerlangan Sekolah 2017.

18 SIARAYA Menyediakan siaraya dan memantau


pengurusan siaraya semasa mesyuarat dan
 EN. ABDUL SHUKOR B. MOHD ALI perasmian.
(K)

9
 EN. ABDUL RAZAK B. IBRAHIM Menyediakan dan memperdengarkan
Asma ul Husna dan Negaraku sebelum majlis
bermula dengan bantuan murid.
Menyediakan dan memperdengarkan
lagu selingan semasa penyampaian anugerah.
Menyertai raptai penuh Majlis
Anugerah Kecemerlangan Sekolah.
Menyimpan segala peralatan selepas
majlis selesai.

19 TEMPAT LETAK KERETA DAN DISIPLIN Menyediakan label tempat letak kereta
PELAJAR ibu bapa dan guru.
Menyediakan tempat letak kereta VIP
 EN. ZULNASRI B. MANAN Menyediakan label tempat letak kereta
VIP.
Mengawal disiplin para pelajar.

20 DOKUMENTASI Menyediakan laporan selepas majlis


berlangsung secara ‘softcopy’ dan ‘hardcopy’.
 PN. SITI NORZANIYAH BT. ABU Menyerahkan laporan kepada
HASSAN penyelaras program.

21 QUATERMASTER Menyediakan para pelajar yang akan


bertugas sebagai pembantu sebelum, semasa
 PN. NORHARDINA BT. MOHD dan selepas untuk Mesyuarat Agung PIBG dan
IDRIS Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah
 PN. SITI NORZANIYAH BT. ABU 2017.
HASSAN Menyediakan jadual petugas.
Membahagikan pelajar petugas kepada
setiap bahagian yang memerlukan petugas.
Memastikan petugas melakukan kerja
dalam bahagian masing-masing.
Memastikan petugas memakai baju
sukan sekolah.

Disahkan oleh,

…………………………………..
(HASNAH BT. MOHD YASIN)
Pengetua,
SMA Dato’ Klana Petra Maamor.

10

Anda mungkin juga menyukai