Anda di halaman 1dari 6

KERTAS CADANGAN

MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN


KELAB GURU DAN STAFF

SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS


VOKASIONAL MERBOK

TAHUN 2017

1.0 TUJUAN
Majlis Jamuan Akhir Tahun merupakan salah satu daripada aktiviti tradisi kelab guru
dan staf. Kertas cadangan ini dikemukakan bertujuan menghargai sumbangan dan
pengorbanan guru-guru yang sentiasa meningkatkan prestasi sekolah. Disamping itu
majlis sebegini boleh dijadikan medan untuk membina budaya kekitaan antara
semua kakitangan sekolah tanpa mengira pangkat dan kedudukan.

2.0 RASIONAL

Sebagai menghargai jasa dan pengorbanan semua kakitangan sekolah dalam


menjayakan semua agenda yang telah dirancang dan dilaksanakan. Selain itu,
majlis ini juga bertujuan mewujudkan semangat kekitaan dan suasana yang mesra
antara semua kakitangan sekolah.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Menghargai sumbangan dan pengorbanan semua kakitangan sekolah


yang sentiasa berusaha meningkatkan prestasi sekolah.
3.2 Menyemai budaya kekitaan di kalangan semua kakitangan sekolah.
3.3 Menyuntik semangat bekerja dalam satu pasukan dan saling lengkap
melengkapi dalam organisasi yang dipimpin.
4.0 ASAS PERTIMBANGAN
Program ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada semua kakitangan
sekolah atas sumbangan dan pergorbanan semua kakitangan sekolah yang
berusaha meningkatkan prestasi sekolah. Bukan itu sahaja, dengan adanya program
ini ia secara tidak langsung mampu menyuntik semangat bekerja dalam diri setiap
kakitangan seterusnya dapat melahirkan organisasi yang cemerlang sekaligus
mampu melahirkan modal insan yang berkualiti.

5.0 CADANGAN PELAKSANAAN


Pelaksanaan majlis akhir tahun ini adalah mengikut ketetapan berikut :
i. Bilangan Kakitangan : 88 Orang
ii. Tarikh : 15 November 2017 (Rabu)
iii. Tempat : SP Inn Hotel
iv. Tema : Smart Kasual (Putih dan Coklat)

6.0 JAWATANKUASA PROGRAM


Seperti di lampiran A

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Program ini melibatkan perbelanjaan sebanyak RM4700.00.Perbelanjaan ini


merangkumi:
7.1 Cenderahati
7.2 Jamuan penghargaan
7.3 Hadiah bayi

*Perincian perbelanjaan adalah seperti di lampiran B


8.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI
3.00 Ptg - Ketibaan guru dan pentadbir
3. 30 Ptg - Ucapan alu-aluan pengerusi majlis
- Bacaan Doa
- Ucapan daripada Pengerusi Kelab Guru SMPKV
- Ucapan YDP PIBG SMPKV MERBOK
- Ucapan oleh Pengetua SMPKV MERBOK
- Persembahan
- Penyampaian Sijil
- Penyampaian hadiah dan cabutan bertuah
- Sesi bergambar
6. 00 Ptg - Bersurai

9.0 KESIMPULAN
Majlis Jamuan Akhir Tahun sekolah merupakan salah satu acara tradisi sekolah.
Diharapkan melalui majlis seperti ini dapat mengeratkan lagi jalinan mesra dan
kerjasama antara sesama kakitangan sekolah. Melalui pengisian yang telah
dirancang disasarkan secara tidak langsung dapat menerapkan rasa kasih sayang
antara sesama komuniti sekolah.

10.0 SYOR

Diharapkan majlis ini berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama daripada
semua pihak.
DISEDIAKAN OLEH

NAIMAH BINTI MOHAMAD ADENAN


NAIB SETIAUSAHA,
KELAB GURU DAN STAF VOMER,

DI SOKONG OLEH

WAN MOHD HAIDIR BIN WAN AHMAD


PENGERUSI,
KELAB GURU DAN STAF VOMER

DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN

SUHAINI BIN SHAARI


PENGETUA
SM PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL MERBOK
Lampiran A

6.0 AHLI JAWATANKUASA

6.1 JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI: EN. SUHAINI BIN SHAARI

NAIB PENGERUSI I : EN. MOHD FUZI B. MD SAAD


NAIB PENGERUSI II : EN. NIK AHMAD ZAKIL BIN NIK HAMID
NAIB PENGERUSI III: EN. ZURAIDI BIN AHMAD
PENGARAH PROGRAM: EN.FAIZ HANAFI BIN MOHD KHAIJOHARI
SETIAUSAHA PROGRAM: PN. NAIMAH BINTI MOHAMAD ADENAN
PENYELARAS: GKMP SAINS & MATEMATIK
GKMP TEKNIK & VOKASIONAL
GKMP KEMANUSIAAN
GKMP BAHASA
PENGACARA MAJLIS: KAMARUL RADZUAN B. KAMARUDIN
DAN ROSITA BT MOHD SAID
BACAAN DOA: FAIZ HANAFI BIN MOHD KHAIJOHARI
AJK JEMPUTAN: MAI ZARINA BT ADNAN
AJK PENAJAAN/ WAN MOHD HAIDIR BIN WAN AHMAD
SUMBANGAN: PEI SIANG A/L EH CHAN
AHMAD KHUSHAIRI MOHAMAD YAMIN
MUHAMAD SOBRI B. HASSAN
AJK MAKANAN: NURUL HUSNA BT ABDULLAH
AJK AJK HADIAH/: NURUL SYAZREEN BINTI YAAKOB
CENDERAHATI NUR FARAH ERNIE BINTI ABDUL RAHIM
NAIMAH BINTI MOHAMAD ADENAN
SITI KHODIJAH
AJK FOTOGRAFI: MOHAMAD AZAM B. MD. ZAIN
AJK PENDAFTARAN/ SIJIL: SABARIYAH BT AWANG KECHIK
NOOR ATIKAH BINTI ROSLI
AJK PERSEMBAHAN: NOR ZURAINI BT. ZAINODIN
Lampiran B

ANGGARAN BELANJA

RM RM
Jamuan Akhir Tahun RM45 X 88 3960
Cenderahati Guru dan Staf RM 5 X 88 440
Hadiah bayi RM20 X 15 300

Jumlah 4700

SUMBER KEWANGAN

- Guru - guru / Staf dan koperasi SMPK(V) Merbok.

Anda mungkin juga menyukai