Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

MINGGU PENYESUAIAN DIRI


MAKTAB RENDAH SAINS MARA ARAU 2018

1.0 PENDAHULUAN

Pelajar tingkatan satu dan empat merupakan warga baru di dalam sistem MRSM. Pelajar yang
mendaftar adalah terdiri dari berbagai sekolah dan tentulah banyak perubahan suasana dan
budaya baru yang mereka perlu tempuhi. Oleh itu, amatlah penting program ini dijalankan
kepada setiap pelajar agar dapat membantu pelajar menyesuaikan diri dalam suasana
persekitaran sekolah menengah.

Situasi persekitaran yang berbeza menuntut pelajar agar dapat berdikari, bertanggungjawab,
sedia menghadapi cabaran, berdaya kepimpinan, bersikap bekerjasama, aktif dan kreativiti.
Maka, Program Minggu Penyesuaian ini diadakan supaya tidak berlaku kejutan budaya di
kalangan pelajar-pelajar baru dan sebagai persediaan untuk mengharungi kehidupan sebagai
pelajar Maktab Rendah Sains MARA.

2.0 OBJEKTIF

a. Mendedahkan pelajar kepada suasana persekitaran serta sistem pengajaran dan


pembelajaran.

b. Mengenali guru-guru, staf dan pelajar-pelajar dan dapat mengeratkan hubungan


sesama pelajar ke arah semangat kekeluargaan.

c. Memastikan pelajar baru mengamalkan peraturan dan undang-undang yang telah


ditetapkan di sekolah ini untuk membentuk pelajar yang berdisiplin.

d. Lebih bersedia untuk menempuh alam persekolahan dan memahami peranan yang
perlu mereka mainkan sebagai pelajar maktab ini.

2.0 TARIKH DAN TEMPAT

Tarikh : 5 hingga 10 Februari 2018 (Isnin –Sabtu)


Tempat : Dewan Sri Kayangan, MRSM Arau
3.0 SASARAN

Semua pelajar Tingkatan 1 dan 4

4.0 AHLI JAWATANKUASA

1. Hj. Abdul Rahim Bin Abdul Wahab - Pengerusi


2. En Idi Mohd Shahr Bin Ab Talib - TimbalanPengerusi 1
3. En Zulkifli Bin Hasan - TimbalanPengerusi 2
4. En. Norul Huda Bt Mohamad Hassan - TimbalanPengerusi 3
5. Pn. Nur Syarima Binti Shafiee - Penyelaras
6. Cik Nur Sakinah Bt Amir Hakim - Setiausaha
7. En. Mohamad Sofian Bin Hj Hussain - Penyelaras BWP
8. En. Shafizi Bin Mohamad Zahari - Penyelaras LDP
9. En. Mohd Syahmi Bin Md Isa - Penyelaras BADAR
10. Pn Mazuian Bin Derahim - Penyelaras Homeroom
11. Pn. Siti Marliah Bt Mohd Haris - Ketua UPPM
12. Cik Ferwina Bt Peling - AJK Sukan & Riadah
13. Cik Siti Musfirah Bt Mustafa - AJK Hadiah & Cenderhati
14. Cik Maryam Bt Ruslan - AJK Majlis Penutup
15. Ahmad Faizol Bin Roseli

5.0 JADUAL DAN MASA PROGRAM


Seperti lampiran

6.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Bil Perkara Butiran Jumlah


1. Pakej orientasi RM 20 x 250 pcs RM 5000.00

2. Hamper aktiviti RM 50 x 6 = 300 RM 420.00


RM 30 x 4 = 120
3. Peralatan RM 200.00 RM 200.00

JUMLAH BESAR RM 5620.00


7.0 PENUTUP

Semoga Minggu Penyesuaian Diri MRSM Arau 2018 yang dijalankan ini dapat memberi kesan
positif terhadap pelajar-pelajar baru dan membantu mereka menyesuaikan diri dengan
pembelajaran di sekolah menengah. Selain itu, Peningkatan pencapaian sekolah akan dapat
dipertingkatkan dan melahirkan pelajar yang berdisiplin dan berpengetahuan.

Disediakan oleh;

......................................
(NUR SYARIMA BINTI SHAFIEE)
Kaunselor
Maktab Rendah Sains MARA
Arau

Disemak oleh;

..........................................
(IDI MOHD SHAR BIN AB TALIB)
Timb. Pengetua Pembangunan Pelajar,
Maktab Rendah Sains MARA
Arau Tarikh:_______________

Diluluskan Oleh :

........................................................
(ABDUL RAHIM BIN ABDUL WAHAB)
Pengetua
Maktab Rendah Sains MARA
Arau
Tarikh :_______________

Ulasan:

Anda mungkin juga menyukai