Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

PROGRAM KELAS TAMBAHAN UNTUK SUBJEK MATEMATIK

TINGKATAN 5 TAHUN 2017

1.0 PENGENALAN

Mata pelajaran Matematik adalah merupakan mata pelajaran teras yang wajib diambil oleh
semua calon SPM. Ia merupakan suatu mata pelajaran yang penting untuk lulus dengan
markah yang baik untuk memberi peluang kepada murid untuk melanjutkan pelajaran ke
pringkat yang lebih tinggi.

Berdasarkan analisis peperiksaan dalaman sekolah pada tahun 2016, didapati bahawa
terdapat murid yang lulus dan yang berpotensi untuk lulus. Murid yang berpotensi untuk
lulus ini perlulah dibantu untuk mempertingkatkan penguasaan dan pencapaian mereka
untuk mendapat keputusan yang lebih baik. Oleh sebab itu, pihak sekolah secara amnya dan
pihak panitia Matematik secara khasnya, mengambil inisiatif untuk mengadakan Program
Kelas Tambahan Matematik. Secara dasarnya, program ini bertujuan untuk membantu
mempertingkatkan peratusan lulus murid-murid tersebut.

Program ini juga dikhaskan untuk murid-murid tingkatan 5 dengan harapan kualiti dan
kuantiti keputusan SPM 2017 yang bakal menjelang adalah lebih cemerlang berbanding
tahun-tahun sebelumnya.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Meningkatkan peratusan lulus Matematik dalam SPM 2017

2.2 Murid-murid dapat menguasai kemahiran asas Matematik, pemahaman dan seterusnya
menjawab soalan peperiksaan dengan tepat dan betul.

3.0 MATLAMAT

3.1 Peratusan lulus Matematik meningkat dari SPM 2016

3.2 Bilangan pelajar yang memperolehi A+, A, A- dan B+ meningkat mengikut ETR yang
telah dirancang.
4.0 TARIKH KELAS TAMBAHAN

Kelas tambahan ini akan diadakan pada hari Jumaat seperti yang terdapat dalam Lampiran1.
Setiap kelas akan bermula dari jam 1.00 petang dan berakhir pada jam 2.30 petang.

5.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERBELANJAAN JUMLAH


1
2

6.0 LOKASI

Kelas tambahan akan diadakan di kelas 5A8, 5A7 dan 5A6

7.0 AJK PELAKSANA

Penasihat :

Penasihat Akademik :

Penasihat HEM :

Ketua Program :

Setiausaha :

AJK : 1.

2.

3.

8.0 KUMPULAN SASARAN

Pemilihan murid berdasarkan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2016, terdapat seram 94
orang murid yang berada dalam lingkungan murid yang perlu dibantu.

Senarai nama murid seperti dalam Lampiran 2.


9.0 GURU YANG TERLIBAT

Seramai 5 orang guru pembimbing terlibat dalam program ini. Guru-guru terlibat seperti
yang tercatat dalam Lampiran 1.

10.0 PENUTUP

Diharapkan program ini dapat mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Program ini amat
besar maknanya kepada semua murid kerana ini melibatkan kejayaan setiap individu murid
itu sendiri. Akhir kata, semoga program ini dapat membantu murid-murid untuk mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan SPM yang bakal menjelang dan seterusnya mebawa
kejayaan dalam kehidupan masing-masing.

Disediakan oleh, Diluluskan oleh,

Anda mungkin juga menyukai