Anda di halaman 1dari 5

SMK TAMBUNAN,

TAMBUNAN SABAH

KERTAS KERJA
AKTIVITI PANITIA BIOLOGI BULAN
MATSA
1.0. PENDAHULUAN

Pertandingan ini bertujuan untuk memberi inspirasi terhadap pelajar agar


berusaha mencapai kecemerlangan dan berani dalam memperkembangan ilmu
pengetahuan sedia ada. Pertandingan ini juga memberi pendedahan kepada
pelajar untuk menambah keyakinan dalam menjawab soalan.

2.0. OBJEKTIF
2.1 Menggalakkan murid aliran sains melibatkan diri dalam aktiviti Panitia
Biologi.
2.2 Menghasilkan lukisan sistem peredaran darah yang lengkap.
2.3 Menerangkan proses peredaran darah dalam organisma.
2.4 Menghasilkan lukisan menunjukkan sel haiwan dan sel tumbuhan.
2.5 Menerangkan struktur dan fungsi sel haiwan dan sel tumbuhan.

3.0. KRITERIA KEJAYAAN

3.1 Semua kelas aliran sains menghantar minimum 1 penyertaan bagi


setiap aktiviti yang dilaksanakan panitia Biologi.
3.2 Semua murid terlibat menghasilkan 1 lukisan kreatif yang menunjukkan
sistem peredaran darah manusia merangkumi jantung, salur darah
dan organ.
3.3 Semua murid terlibat boleh menghuraikan konsep peredaran darah
manusia dengan tepat.
3.4 Semua murid terlibat menghasilkan 1 lukisan kreatif yang menunjukkan
setiap organel dalam sel haiwan dan sel tumbuhan.
3.5 Semua murid terlibat boleh menerangkan jenis organel dan fungsinya
dengan tepat.

4.0. KUMPULAN SASARAN


Terbuka kepada pelajar Tingkatan 4KRK, 4A, 4B, dan Tingkatan 5KRK, 5A dan 5B.

5.0. MAKLUMAT PROGRAM


5.1 TINGKATAN 5

PANITIA Biologi
AKTIVITI Melukis sistem peredaran darah manusia
OBJEKTIF 1. Menghasilkan satu lukisan atas kain putih atau baju t putih
yang merangkumi
 jantung
 sistem peredaran darah
 label

2. Dapat menghuraikan peredaran darah manusia


menggunakan bahan yang dihasilkan

PESERTA 1. Penyertaan dari kelas yang mengambil subjek biologi


 5KRK
 5A
 5B

2. Berkumpulan atau solo

AKTIVITI Melukis sistem peredaran darah manusia

BAHAN 1. Kain putih / baju t putih


KEPERLUAN 2. Karna
(panitia hanya menyediakan kain putih 1 meter untuk setiap
kelas)
bajet: rm5 x 3 meter = rm15

KRITERIA 1. Lukisan kemas dan tepat (50 M)


PENILAIAN 2. Lukisan kreatif (30 M)
3. Penerangan lancar dan betul (20 M)

HADIAH Johan : RM40


Naib : RM30
Ketiga : RM20

JUMLAH 1. Mounting Board = RM15


BAJET 2. Hadiah = RM90

JUMLAH = RM105

5.2 TINGKATAN 4

PANITIA Biologi
AKTIVITI Melukis Sel Haiwan Dan Sel Tumbuhan
OBJEKTIF 1. Menghasilkan satu lukisan yang dilukis di atas mounting board
 Sel haiwan dan sel tumbuhan (8 organel)

2. Dapat menyatakan 8 organel dalam sel haiwan atau sel


tumbuhan.
3. Dapat membanding beza sel haiwan dan sel tumbuhan
4. Dapat menyatakan fungsi organel-organel dalam sel tumbuhan
dan sel haiwan.

PESERTA 1. Penyertaan dari kelas yang mengambil subjek biologi


 4KRK
 4A
 4B

2. Berkumpulan atau solo

AKTIVITI Melukis sel haiwan dan sel tumbuhan dalam satu medium

BAHAN 1. Mounting Board


KEPERLUAN 2. Warna
(Panitia hanya menyediakan 1 mounting board untuk setiap kelas)

RM5 X 3 Mounting Board = RM15

KRITERIA 1. Lukisan kemas dan tepat (50 markah)


PENILAIAN 2. Hasil kreatif (30 markah)
2. Penerangan lancar dan betul (20 markah)

HADIAH Johan : RM40


Naib : RM30
Ketiga : RM20

JUMLAH 1. Mounting Board = RM15


BAJET 2. Hadiah = RM90

JUMLAH = RM105

6.0. AHLI JAWATABKUASA PELAKSANA


Dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran.

7.0 ANGGARAN BELANJAWAN


ANGGARAN
BIL PERKARA PERINCIAN
PERBELANJAAN
Hadiah Tempat Pertama
1. Baucer Tunai RM80.00
(2 Pemenang x RM40.00)
Hadiah Tempat Kedua
2. Baucer Tunai RM60.00
(2 Pemenang X RM30.00)
Hadiah Tempat Ketiga
3. Baucer Tunai RM40.00
(2 Pemenang X RM20.00)
Kain Putih RM20.00
4. Bahan keperluan
Mounting Board RM15.00
Jumlah Anggaran Keseluruhan RM215.00
8.0 SUMBER KOS
Sumber kos diperolehi daripada PCG Panitia Biologi 2019.

9.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya diharapkan pertandingan ini melahirkan pelajar yang
mampu menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

---------------------------------------- ------------------------------
Ketua Panitia Biologi Ketua Bidang MATSA
SMK Tambunan SMK Tambunan

Disahkan oleh :

--------------------------------------------------
Pengetua
SMK Tambunan

Anda mungkin juga menyukai