Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH RENDAH INTEGRASI TERAS ISLAM RANTAU

PANJANG, KAPAR.

_____________________________________

KERTAS KERJA BULAN SAINS & MATEMATIK


_____________________________________

TARIKH :
SEPANJANG BULAN NOVEMBER

TEMA :

“Menerokai rahsia STEM (Science, Technology,


Engineering, & Math)”

1
KERTAS CADANGAN
PROGRAM BULAN SAINS DAN MATEMATIK SESI 2022/2023
SEKOLAH RENDAH INTEGRASI TERAS ISLAM RANTAU PANJANG

1.0 PENDAHULUAN

Program ini adalah satu program yang dianjurkan oleh Panitia Sains dan Matematik
Sriti Rantau Panjang Kapar. Ia merupakan satu program tahunan Panitia Sains dan Matematik.
Program ini bertujuan untuk menarik minat pelajar SRITI Kapar terhadap mata pelajaran Sains
dan Matematik. Program-program yang telah dirancang mampu memberi perangsang kepada
Rogan supaya minat terhadap mata pelajaran sains dan teknologi serta matematik dan dapat
melahirkan pelajar yang berketerampilan, kreatif dan inovatif di samping meningkatkan
motivasi murid untuk melibatkan diri dalam bidang Sains pada masa akan datang.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Menarik minat para pelajar terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik dan
melahirkan pelajar yang bermotivasi tinggi.
2.2 Mengisi waktu lapang dengan aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah.
2.3 Untuk meningkatkan pencapaian akademik dan seterusnya mencapai target yang
telah ditetapkan.
2.4 Untuk melahirkan pelajar yang kompeten dalam bidang sains dan teknologi,
inovatif dan kreatif selaras dengan hasrat PIPP, teras kedua iaitu melahirkan modal
insan yang berdaya saing tinggi.
2.5 Untuk melahirkan murid yang bersatu padu melalui pertandingan atau permainan
secara berkumpulan

3.0 BUTIRAN PROGRAM

Program ini akan diadakan pada :

Tarikh : Sepanjang Bulan November


Tempat : Kelas & Laman Hijau
Masa : Waktu Kelas & Waktu Halaqah
2
4.0 CADANGAN PROGRAM DAN AKTIVITI

4.1 UNIT PANITIA SAINS


1. Uniknya ciptaan Allah (Microscope & Projektor)
2. Pertandingan Aeroplane (Guru & Murid)-Kumpulan Usrah
3. Galeri Sains (The Hidden Truth)
4. Tayangan Sains & Al-Quran
5. Pop Kuiz

4.2 UNIT PANITIA MATEMATIK


1. Membuat jam berasaskan bahan terpakai mengikut kreativiti murid (Darjah 1)
2. Gambar pemandangan bentuk 2D (Darjah 2)
3. Buku skrap sifir (Darjah 1)

5.0 KEWANGAN
5.1 UNIT PANITIA SAINS

Perkara Kuantiti Harga (RM)


Belon Helikopter RM 6.48 X 1 6.48
Hadiah Pop Kuiz RM 1.73 X 10 17.30
Hadiah Pertandingan RM 1.73 X 10 17.30
Aeroplane
(Kategori Kumpulan Usrah Mata tertinggi)
RM 7.32 X 3
21.70
(Kategori Guru & Staf Kreatif)
HDMI Adapter RM 30.88 X1 30.88
Set Microscope RM 40.85 X 1 40.85

Holography Projector RM 14.80 X 1 14.80


Globe Bumi RM 10.40 X 1 10.40
3D Moon RM 7.00 X 1 7.00
Stem Sains dalam Al- RM 45.00 X 1 45.00
Quran
Jumlah A 211.71

3
5.1 UNIT PANITIA MATEMATIK

Perkara Kuantiti Harga (RM)


Banner RM 15.00 X 1 RM 15.00
Hadiah Pertandingan
1)Kategori Murid RM 15.00 X 3 (Johan) RM 45.00
(mengikut darjah)
RM 8.00 X 3 (Naib Johan) RM 24.00
RM 4.00 X 3 (Tempat Ketiga) RM 12.00
2)Kategori Guru RM 10.00 X 1 (Johan) RM 10.00
RM 7.00 X 1 (Naib Johan) RM 7.00
RM 2.00 X 1 (Tempat Ketiga) RM 2.00
Paperbag RM 2.20 X 2 RM 4.40
Jumlah B RM 119.40
Jumlah Keseluruhan ( A + B ) = RM 211.71 + RM 119.40 RM 331.11

6.0 JAWATAN INDUK


6.1 Jawatankuasa Induk
Penasihat : Muallim Muhammad ‘Azamuddin Bin Analis
Pengerusi : Muallimah Nur Athirah Amirah Binti Md Adrus
Setiausaha : Muallimah Wan Nurul Hanani Binti W Md Yusof
(Penolong Ketua Panitia Sains)

Bendahari : Muallimah Nurul Hadifah Binti Mohd Rokman


(Ketua Panitia Matematik)
AJK : Semua Guru Sains & Matematik

7.0 PENUTUP
Adalah diharapkan program yang dirancang dan akan dilaksanakan ini, dapat melahirkan
murid yang berkeyakinan serta mampu meningkatkan pencapaian dalam subjek Sains dan
Matematik pada masa akan datang.

4
Disediakan oleh,

…………………………………………………
(Wan Nurul Hanani Binti W Md Yusof)
Setiausaha Program Bulan Sains dan Matematik,
SRITI Rantau Panjang,
Kapar.

Disahkan oleh,

………………………………………………
(MUHAMMAD AZAMUDDIN BIN ANALIS)
Mudir SRITI Rantau Panjang,
Kapar

Anda mungkin juga menyukai