Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA PROGRAM

SK SRI AMAN
JALAN KAMPONG MELAYU
11500 AIR ITAM
PULAU PINANG

KERTAS KERJA PROGRAM

WHEEL OF FITNESS

CHALLENGE

TARIKH :
5 - 26 Oktober 2020

TEMPAT :
Rumah masing-masing

ANJURAN :
KELAB DOKTOR MUDA
SUKU-SUKU SEPARUH CHALLENGE
TAHUN 2020 ANJURAN KELAB DOKTOR MUDA, SK SRI AMAN.
1.0 PENDAHULUAN

Program Wheel of Fitness Challenge ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang cergas dan
sihat dan memupuk murid agar sentiasa bersenam sepanjang minggu dan seterusnya sepanjang
kehidupan mereka. Menerusi aktiviti fizikal dalam Wheel of Fitness Challenge, murid perlu
menghasilkan video pendek aktiviti fizikal (workout) yang dapat menyihatkan tubuh badan
berpandukan nama pendek murid (nickname) dan roda Wheel of Fitness Challenge.

Di samping itu, program ini juga bertujuan membina keyakinan diri murid supaya tidak malu
melibatkan diri dalam aktiviti cergas seperti senaman dan sukan. Selain itu, program yang
melibatkan aktiviti fizikal ini dapat menambah pengetahuan murid tentang pelbagai aktiviti fizikal
dan senaman mudah yang boleh dilakukan di rumah.

2.0 NAMA PROGRAM

Wheel of Fitness Challenge

3.0 OBJEKTIF

Program ini bertujuan untuk:

3.1 memberi peluang kepada murid melakukan aktiviti cergas dan sihat di rumah
3.2 menggalakkan murid untuk mempraktikkan gaya hidup yang sihat dalam kehidupan
3.3 menambah pengetahuan dalam aktiviti fizikal dan senaman mudah
3.4 meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan
3.5 melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial
3.6 mengisi masa terluang murid di rumah

4.0 SASARAN DAN PENYERTAAN

Ahli Kelab Doktor Muda Tahun 4, 5 dan 6

5.0 TARIKH DAN TEMPOH PELAKSANAAN

5.1 Tarikh : 5 Oktober hingga 26 Oktober 2020


5.2 Masa : Fleksibel
5.3 Tempat : Rumah masing-masing

6.0 TENTATIF PROGRAM

No. Tarikh Aktiviti


1 5 Oktober 2020 Penyerahan makluman terma dan syarat pertandingan
serta gambar roda Wheel of Fitness kepada murid
melalui kertas dan atas talian
2 5 Oktober hingga 25 Murid menghasilkan video pendek aktiviti fizikal
Oktober 2020 berdasarkan nama panggilan dan roda Wheel of Fitness
Challenge
3 26 Oktober 2020 Penyerahan hasil video pendek kepada guru

7.0 AHLI JAWATANKUASA

1. Puan Nur Zurainie binti Mohd Fauzi


2. Puan Noraini binti Othman
3. Encik Mohd Safwan bin Ismail

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Kategori Jumlah


1 Tahun 4 Johan RM 20.00 RM 50.00
(1 fail, 1 set pensel warna, pen dan pemadam)
Naib Johan RM 15.00
(1 fail, 1 set geometri, buku nota, pensel dan
pemadam)
Ketiga RM 10.00
(1 fail, buku nota, pen, pensel, pemadam dan
pembaris)
Saguhati RM 5.00
(1 bekas pensel, pensel mekanikal, buku nota)

2 Tahun 5 Johan RM 20.00 RM 50.00


(1 fail, 1 set pensel warna, pen dan pemadam)
Naib Johan RM 15.00
(1 fail, 1 set geometri, buku nota, pensel dan
pemadam)
Ketiga RM 10.00
(1 fail, buku nota, pen, pensel, pemadam dan
pembaris)
Saguhati RM 5.00
(1 bekas pensel, pensel mekanikal, buku nota)

3 Tahun 6 Johan RM 20.00 RM 50.00


(1 fail, 1 set pensel warna, pen dan pemadam)
Naib Johan RM 15.00
(1 fail, 1 set geometri, buku nota, pensel dan
pemadam)
Ketiga RM 10.00
(1 fail, buku nota, pen, pensel, pemadam dan
pembaris)
Saguhati RM 5.00
(1 bekas pensel, pensel mekanikal, buku nota)

JUMLAH KESELURUHAN RM 150.00

9.0 PENUTUP

Program ini akan dapat memberikan manfaat dan pelbagai ilmu baharu kepada murid-murid yang
terlibat terutamanya tentang kepentingan menjaga kesihatan fizikal dan peranan mereka sebagai
doktor muda yang bertanggungjawab menyebarkan pengetahuan tentang kesihatan kepada
masyarakat. Semoga program ini mendapat kelulusan dan sokongan daripada pihak sekolah.

DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH, DISAHKAN OLEH,

…………………………………. ……………………………………….. ……………………………………


(NUR ZURAINIE MOHD FAUZI) ( HAFIDZAH BINTI HAPEEZ ) ( ISMAIL BIN HAMID )
KETUA UNIT PENOLONG KANAN KOKURIKUKULUM GURU BESAR
KELAB DOKTOR MUDA SK SRI AMAN SK SRI AMAN
SK SRI AMAN

Anda mungkin juga menyukai