Anda di halaman 1dari 10

KERTAS KERJA

PROGRAM SERLAHAN

DAN INSPIRASI SENI

SEKOLAH KEBANGSAAN

TELOK KEMANG 2017

Anjuran :

Panitia Pendidikan Seni Visual


1. Pendahuluan

Aktiviti ini secara amnya bertujuan untuk mencungkil bakat seni dan mendedahkan
tentang hasil karya seni kepada murid – murid, guru – guru dan juga warga sekolah.
Seni mungkin seringkali dipandang sepi terutamanya di sekolah rendah. Hal ini
mungkin berlaku disebabkan kurangnya pendedahan tentangnya. Dengan adanya
aktiviti sebegini ia menjadi satu platform bagi menaikkan lagi martabat mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah seterusnya dapat memupuk minat terhadap
mata pelajaran Pendidikan Seni Visual khasnya dalam kalangan murid – murid.
Manakala melalui projek pameran pula kreativiti murid – murid dapat ditingkatkan
melalui pelbagai garapan idea penghasilan seni daripada karya yang dipamerkan. Ia
secara langsung akan mendorong minat murid untuk menghasilkan karya seni dengan
lebih baik pada masa akan datang seterusnya dapat menonjolkan bakat yang
terpendam dalam kalangan murid – murid.

2. Rasional

Penganjuran program Serlahan dan Inspirasi Seni ini merupakan satu wadah bagi
semua warga Sekolah Kebangsaan Telok Kemang ( SKTK ) khasnya murid – murid
dalam meningkatkan kreativiti dan juga minat terhadap Pendidikan Seni Visual. Karya -
karya yang dihasilkan dan dipamerkan buat tontonan warga SKTK. Karya –karya ini
adalah dari pelbagai sumber termasuklah hasil karya murid, guru dan warga sekolah.
Oleh itu, dengan melihat pameran ini, minat murid terhadap Pendidikan Seni Visual
dapat ditingkatkan. Murid – murid juga akan memperoleh idea baru dalam penghasilan
karya seni melalui karya – karya yang dipamerkan. Oleh itu, ia secara langsung akan
dapat meningkatkan daya kreativiti dalam kalangan murid dan juga warga SKTK serta
dapat menjadi satu lonjakan bagi mencungkil bakat seni yang terpendam dalam
kalangan murid.
3. Matlamat
3.1 menerapkan minat dan kecintaan dalam mempelajari subjek Pendidikan
Seni Visual.
3.2 melahirkan generasi yang kritis, kreatif dan berkemahiran dalam
menghasilkan karya seni.
3.3 Mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan guru dan murid di
samping menambah pengetahuan tentang seni visual.

4. Objektif
4.1 Meningkatkan minat terhadap mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual melalui
karya yang dipamerkan.
4.2 Mempertingkatkan dan meluaskan pengetahuan dalam pelbagai jenis karya
seni dalam empat bidang mengikut sukatan pelajaran.
4.3 Meningkatkan daya kreativiti melalui idea – idea yang diperoleh daripada
karya yang dipamerkan.
4.4 Memperkembangkan bakat seni dan juga mencungkil bakat yang terpendam
melalui pameran dan aktiviti pertandingan yang dijalankan.
4.5 Memberi peluang murid meneroka pengalaman baru melalui aktiviti pameran
yang dilaksanakan.
4.6 Memupuk semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid.

5. Tarikh Pelaksanaan
28 September 2017 ( Jumaat )

6. Tempat
Dewan Sri Bayu, Sk Telok Kemang.

7. Anjuran
Panitia Pendidikan Seni Visual

8. Tema
‘SERLAHAN DAN INSPIRASI SENI ‘
Tema ini dipilih bertepatan dengan objektif aktiviti ini iaitu untuk meningkatkan
minat dan juga kreativiti murid dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
Serlahan bermaksud menonjolkan bakat yang terpendam selama ini, manakala
Inspirasi secara amnya bermaksud contoh, idola, ikutan dan sebagainya. Oleh
itu, tema ini dipilih bertepatan dengan tujuan aktiviti ini dilaksanakan iaitu
bertujuan untuk memupuk minat, meningkatkan kreativiti melalui idea daripada
karya – karya yang dipamerkan serta mencungkil serta menonjolkan bakat seni
yang terpendam dalam kalangan murid dan guru.

9. Kumpulan Sasaran
Semua warga Sekolah Kebangsaan Telok Kemang

10. Ahli Jawatankuasa Pelaksana pameran Inspirasi Seni.

PENAUNG
Pn. Fuziah binti Md Nor
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Telok Kemang.

PENASIHAT
Pn.Haizy Binti Mustafar ( GPK 1 )
En. Azmi Bin ( GPK HEM )
En. Ayub Bin Mat Dahan ( GPK KOKURIKULUM)

PENGERUSI
Pn. Junainah binti Jupri
SETIAUSAHA
Pn.Salsiah Btgb

NAIB SETIAUSAHA
Cik Siti Noor Afiqah binti Mohd Ghawi

BENDAHARI
Pn. Aminah@Rosnida binti Mohd. Noor

AHLI JAWATANKUASA KECIL

1. KURATOR PAMERAN
Cik Noraini binti Yaakob
Cik Siti Noor Afiqah binti Mohd Ghawi

2. JAWATANKUASA HADIAH
Pn. Siti Hajar binti Ismail@Ahmad
Pn. Hjh. Marinah binti Bajuri

3. URUSETIA
Semua guru Pendidikan Seni Visual dan guru pelatih.

11. Belanjawan
Rujuk lampiran 1

12. Tentatif program


Rujuk lampiran 2

13. Penutup
Jawatankuasa penganjur berharap agar pihak pentadbir Sekolah
Kebangsaan Pedas menyokong penuh pelaksanaan pameran ini. hal ini penting
bagi memberi peluang kepada warga SKP terutamanya murid – murid dalam
meneroka pengalaman baru melalui pameran ini. semoga dengan penganjuran
pameran ini akan memberikan satu pengalaman baru kepada warga SKP dan
juga dapat meningkatkan minat dan kreativiti dalam kalangan murid seterusnya
dapat mencungkil bakat – bakat yang terpendam dalam kalangan murid dan
warga SKP.
Kerjasama dan penglibatan yang aktif daripada semua pihak amat
diperlukan bagi memastikan program ini berjalan dengan jayanya. Atas
kerjasama dan perhatian daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan
terima kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………… ………………………….
( NORAINI BINTI YAAKOB )
(HAJI MOHAMMAD ANUAR BIN IDRIS)
Setiausaha,
Guru Besar
Program Inspirasi Seni 2013
Sekolah Kebangsaan Pedas
Sekolah Kebangsaan Pedas

Lampiran 1
ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM PAMERAN INSPIRASI SENI

HARGA HARGA
BIL PERKARA KUANTITI SEUNIT ( RM X UNIT ) JUMLAH
( RM )
1. Hadiah
Pertandingan menganyam
ketupat
 Tempat pertama 1 12.00 12.00 X 1 RM 12.00
 Tempat kedua 1 10.00 10.00 X 1 RM 10.00
 Tempat ketiga 1 8.00 8.00 X 1 RM 8.00
Pertandingan membentuk
pasu kreatif
 Tempat pertama 1 12.00 12.00 X 1 RM 12.00
 Tempat kedua 1 10.00 10.00 X 1 RM 10.00
 Tempat ketiga 1 8.00 8.00 X 1 RM 8.00
Pertandingan membuat
boneka
 Tempat pertama 3 7.00 7.00 X 3 RM 21.00
 Tempat kedua 3 5.00 5.00 X 3 RM 15.00
 Tempat ketiga 3 3.00 3.00 X 3 RM 9.00
Pertandingan membuat
penanda buku
 Tempat pertama 3 7.00 7.00 X 3 RM 21.00
 Tempat kedua 3 5.00 5.00 X 3 RM 15.00
 Tempat ketiga 3 3.00 3.00 X 3 RM 9.00
Pertandingan membentuk
doh ( kuih )
 Tempat pertama 3 6.00 6.00 x 3 RM 18.00
sahaja.
JUMLAH RM 168.00
2. Modelling clay 50 1.30 1.30 x 50 RM 65.00
3. Board 2 - - -
4. Meja 10 - - -
5. Kertas crepe 10 0.50 0.50 x 10 RM 5.00
6. Stapler gun 2 32.00 32.00 x 2 RM 64.00
7. Dawai kokot ( saiz besar ) 2 kotak 10.00 10.00 x 2 RM 20.00
8. Tali 1 gulung 2.50 2.50 x 1 RM 2.50
9. Span 10 1.00 1.00 x 10 RM 10.00
JUMLAH RM 166.50
JUMLAH KESELURUHAN RM 334.50

PANJAR WANG RUNCIT

BIL. PERKARA KUANTITI HARGA HARGA JUMLAH


SEUNIT ( RM X UNIT )
( RM )
1. Kain ( scallop ) 20.5 meter 2.80 2.80 x 20.5 m RM 57.40
2. Dawai bunga 3 1.50 1.50 x 3 RM 4.50
3. Tepung 3 1.35 1.35 x 3 RM 4.05
4. Pewarna makanan 4 0.50 0.50 x 4 RM 2.00
5. Garam 3 1.00 1.00 x 3 RM 3.00
6. Pensil ( 12’s ) 6 3.50 3.50 x 6 RM 21.00
7. Buku nota kecil 10 0.63 0.63 x 10 RM 6.30
8. Pen ( fancy ) 1 1.75 1.75 x 1 RM 1.75
JUMLAH RM 100.00

* sumber kewangan adalah daripada yuran khas- SENI

Lampiran 2

TENTATIF PROGRAM PAMERAN INSPIRASI SENI


Tarikh : 19 Julai 2913 (Jumaat)

Tempat : Dataran Bestari Sekolah Kebangsaan Pedas.

Masa Aktiviti
8.00 a.m Pameran bermula
8.00 – 9.00 a.m Pertandingan murid ( tahun 1 & 4 )
 Membuat boneka
 Membuat penanda buku
Demonstrasi
 Teknik pualaman
 Teknik garam
9.00 a.m. – 10.00 a.m. Pertandingan murid ( tahun 5 & 6 )
 Membuat boneka
 Membuat penanda buku
Demonstrasi
 Teknik pualaman
8.00 a.m. – 10.00 a.m Pertandingan guru *

 Anyaman ketupat
 Membentuk pasu
10.10 a.m – 10.50 a.m. Rehat
10.50 a.m. – 12.10 p.m. Pameran
12.10 p.m. – 2.30 p.m. Rehat
2.45 p.m. – 3.15 p.m. Demonstrasi
 Teknik pualaman
3.15 p. m. – 4.00 p.m. Pameran
4.00 p.m. Pameran selesai
*pertandingan dilaksanakan dalam tempoh masa yang ditetapkan mengikut
kesesuaian masa guru – guru.

Anda mungkin juga menyukai