Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA PENAMBAHBAIKAN TAMAN BOTANI

SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 27(1)


40000 SHAH ALAM SELANGOR

1.0

PENDAHULUAN
Taman Botani yang diwujudkan adalah satu inisiatif guru sains Sk sek.27(1) bagi
menyediakan satu instrument bahan bantu mengajar bagi guru untuk topik yang berkaitan
seperti tumbuhan, tanah, haiwan dan kelestarian alam.Kertas kerja ini dibentangkan
untuk mencadangkan beberapa penambahbaikan untuk Taman Botani ini.

2.0

TAJUK
PROJEK PENAMBAHBAIKAN TAMAN BOTANI

3.0

TARIKH
Oktober-November 2014

4.0

MISI
Penubuhan taman herba ini tujuan utamanya untuk menyediakan medium bantu mengajar
yang alami kepada murid-murid agar dapat lebih memahami pelajaran yang
dipelajari.Pengenalan alam tumbuhan bukan sahaja dari buku tetapi dari alam
sekitar.Kewujudan Taman Botani ini juga dapat menambah pengetahuan generasi muda
tentang tanaman herba dan kegunaannya.

5.0

VISI
Menjadikan Taman Botani ini sebagai sumber rujukan kepada pelajar dan warga SK
Seksyen 27(1). Sentiasa menambah baik dan koleksi herba dan tanaman yang mempunyai
nilai perubatan.

6.0

OBJEKTIF
6.1
Menyediakan tapak baja kompos untuk tujuan memulihara tanah secara
semulajadi dan menjadi baja kepada tanaman.
6.2
Menambah koleksi tanaman.
6.3
Mewujudkan Taman Botani yang lebih informatif dan kemas dari segi landskap
dan susun atur.

7.0

AHLI JAWATAN KUASA TAMAN BOTANI


Penasihat 1

: En Imam Maskor bin Sahuji (Guru Besar)

Penasihat 2

: En. Mohd Zahid (GPK Kokurikulum)

Ketua Projek : Puan Nor Haliza bt Hamid (Ketua Panatia Sains)


Setiausaha

: Cik Hanani Jamaluddin

AJK

: Puan Marshidah
Puan Prema A/L Kandasamy

8.0

PELAJAR YANG TERLIBAT


Semua ahli Persatuan Sains dan Matematik

9.0

CADANGAN
9.1
Menyediakan satu tapak baja kompos yang dihasilkan oleh pelajar sendiri.
Menjadi pusat pengumpulan sisa buangan organik(sisa makanan seperti kulit
buah,kulit telur,nasi,roti dan sebagainya), ranting kayu,rumput dan daun-daun
kering.Kompos yang dihasilkan boleh digunakan sebagai baja untuk
menyuburkan kembali tanah dan secara tidak langsung dapat menjimatkan
pengunaan bahan baja kimia.
9.2
Mendokumentasikan aktiviti dan meletakkan label tanaman kepada pokok yang
sedia ada.
9.3
Penanaman semula pokok yang telah mati dan kurang subur selain itu
menambahkan lagi koleksi tanaman yang sedia ada.

10.0

ANGGARAN KOS

BIL
1.
2.
3.

PERKARA
Menyediakan tapak mulching
Menyediakan papan tanda dan label pokok
Kos penyelengaraan (peralatan,kawalan rumpai,serangga
perosak)

Jumlah
Sekian, Terima Kasih

DISEDIAKAN OLEH,

.
Puan Nor Haliza bt Hamid
Ketua Projek
Taman Botani Sk seksyen 27(1)
40000 Shah Alam
Selangor.

DISAHKAN OLEH,

En. Imam Maskor bin Sahuji


Guru Besar
SK seksyen 27(1)
40000 Shah Alam
Selangor.

JUMLAH KOS
50.00
250.00
200.00
500.00

Anda mungkin juga menyukai