Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA KHIDMAT MASYARAKAT

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3


SMK BENUT 2017
PROGRAM KECERIAAN DAN LANDSKAP KOLAM IKAN HIASAN

Prasarana yang lengkap dengan kawasan landskap yang ceria lagi cantik
merupakan daya tarikan bagi sesebuah sekolah.

Tajuk: PROGRAM KECERIAAN DAN LANDSKAP KOLAM IKAN HIASAN


Nama Projek: KOLAM IKAN HIASAN

Tarikh : November 2017

Tempat : KOLAM IKAN DEPAN PINTU MASUK SMK BENUT

1. Pengenalan
Prasarana yang lengkap dengan kawasan landskap yang ceria lagi cantik merupakan daya tarikan bagi sesebuah
sekolah. Keindahan dan daya tarikan yang cantik ini akan membantu warga sekolah berada dalam keadaan sihat,
selesa dan selamat. Kerja-kerja keceriaan membuat kolam hiasan ini diketuai oleh pekerja sekolah. Pengurusan
penjagaannya akan diketuai oleh semua guru Panitia Pendidikan Sivik dan semua guru Pendidikan Sivik.

2. Rasional
Semua yang terlibat dalam program ini akan mendapat pendedahan sedikit sebanyak cara dan teknik
membuat kolam ikan hiasan. Kolam ikan hiasan ini apabila siap nanti akan ditanam dengan tumbuhan akuatik
dan pemeliharaan beberapa spesies ikan hiasan tropika.

3. Objektif
- Mengeratkan silaturahim dan kerjasama antara guru, murid dan pekerja sekolah setempat.
- Berkongsi ilmu dan idea dari aspek penyediaan bahan pembinaan dan cara membuat kolam tersebut.
- Sebagai penanda aras bagi sekolah dan melengkapkan p&p untuk tajuk ikan hiasan.
- Memupuk rasa tanggungjawab murid terhadap prasarana yang dibina oleh pihak sekolah.

4. KUMPULAN SASARAN
- Pelajar tingkatan 1,2 dan 3
- Guru- guru Pendidikan Sivik
- Pekerja sekolah
5. KOS PEMBINAAN KOLAM HIASAN & AKSESORI
-Anggaran perbelanjaan projek kolam ikan hiasan adalah seperti berikut:

Bil Bahan Kuantiti Harga


1 Simen 3 pkt @ RM 18.00 Rm 54.00
2 Pasir lori @ RM 30.00 Rm 30.00
3 Kepingan tiles 200 keping x RM 4.00 Rm800.00
4 Cat 2 tin x RM60.00 Rm 120
5 Motor 2 set @ RM 60.00 Rm 120.00
6 Tumbuhan akuatik RM 30.00 Rm 30.00
7 Ikan hiasan RM 100.00 Rm 100.00
8 Makanan ikan RM 100.00 Rm 100.00
9 Tangguk 1 unit x RM 9.50 Rm 9.50
10 Pelbagai aksesori RM 300.00 Rm 300.00

Jumlah Rm 1663.50

Makan dan minum untuk makan pagi

a) Minuman = Mineral water ( 1 x RM1.00)

b) Roti = Gardenia ( 1 x RM1.00)

Jumlah = RM2.00

Keseluruhan :180 x RM2.00 = RM360

Makan dan minum untuk makan tengahari

a) Makan = Nasi Ayam ( 1 orang = RM3.50)

b) Minum = Sirap ( 1 x RM1.00)

Jumlah = RM4.50

Keseluruhan : 180 x RM4.50 = RM810.00

JUMLAH BESAR UNTUK MAKANAN = RM360.00RM810.00

= RM1170

JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN

(Makanan + Peralatan)

RM1170 + 1663.50 = RM2833.50

6. Sumber Kewangan
- Akaun kerajaan / Panitia PSK
7. Penutup
Semoga projek yang dirancang ini dapat membantu mencantikkan lagi sudut sekolah ke arah sekolah
cemerlang di daerah Pontian.

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :

________________________ __________________________ ________________________

( SITI IRANA BINTI ALI ) (PN. ROSLIZA BINTI SELAMAT) (PN. HJH. ROHANI BINTI A. MANAF )
Ketua Panitia Ketua Bidang Sains Pengetua Smk Benut
Pend Sivik & Kewarganegaraan Kemasyarakatan

Anda mungkin juga menyukai