Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SEKOLAH

KEBANGSAAN TELAGUS/ JEROK SESI 2024

1. PENDAHULUAN

Setiap murid yang berada di Tahun 4, 5 & 6 adalah diwajibkan untuk menyertai dan
mengikuti Perkhemahan Unit Beruniform 2024 yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum
Sekolah. Perkhemahan tersebut melibatkan semua murid Tahap 2. Ianya diadakan
untuk memberikan peluang kepada murid-murid untuk merasai aktiviti berkhemah,
muhasabah diri dan hidup berdikari.

2.RASIONAL

Melalui aktiviti yang dirancang, murid-murid dipupuk dengan sifat mulia seperti
bertoleransi, bertolak ansur, tolong-menolong, berdisiplin dan lebih mengutamakan
kepentingan bersama daripada kepentingan peribadi. Aktiviti perkhemahan juga
mendedahkan murid-murid kepada cabaran-cabaran fizikal dan mental yang secara
tidak langsung memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing-masing.

OBJEKTIF

1) Memberi peluang dan ruang kepada setiap murid Tahap 2 untuk berkhemah
sekali dalam seumur hidup terutamanya pada peringkat sekolah rendah.
2) Memberi peluang kepada para peserta yang terlibat untuk bertukar-tukar
pendapat, menimba pengalaman dan menambahkan pengetahuan dalam
aktiviti-aktiviti perkhemahan.
3) Menanamkan semangat yang tinggi dalam keyakinan diri dan patriotisme serta
mendedahkan kepada para peserta tentang kenyataan hidup dan menghargai
alam sekitar di muka bumi ini.
4) Menjalinkan hubungan muhibbah, interaksi dan merapatkan hubungan
silatulrahim pada setiap peserta.
5) Melahirkan para peserta yang boleh berdikari dan bijak mengurus diri dan
masa, peserta yang berkualiti dalam bidang pembelajaran dan pengajaran.

1
3. TARIKH / MASA PELAKSANAAN

Program ini akan dilaksanakan pada :


Tarikh : 25hb Januari 2024
Hari : Khamis
Masa : 0800 pagi – 2.30 petang
Tempat : Dataran SK Telagus/ Jerok

4. MOTO

“Together We Are, Teamwork Makes Perfect”

5. TENTATIF PROGRAM

Lampiran A

6. AJK PELAKSANA

Lampiran B

7. ANGGARAN PERBELANJAAN

Lampiran C

8. UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERKHEMAHAN

Lampiran D

9. PENUTUP

Adalah diharapkan melalui program dan aktiviti yang dianjurkan oleh SK


Telagus/ Jerok ini, murid-murid dapat mengikuti aktiviti yang diminati bagi menjana
minda dan kreadibiliti mereka dalam menangani permasalahan minda, sosial dan
kerjaya dalam menuju ke era 2024 bagi mewujudkan insan yang seimbang dari segi
emosi, intelek, jasmani dan rohani.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

(CONSTANCE LIPAH ANAK SABENG)


(TANIA ANAK NAGGELAS)
PK Kokurikulum
Penyelaras
Program Perkhemahan Unit Beruniform 2024

Disahkan oleh :

(MAC ALISTER ANAK KUDANG) 2


Guru Besar
SK Telagus/ Jerok
LAMPIRAN A
TENTATIF PROGRAM PERKHEMAHAN
Tarikh : 25hb Januari 2024
Hari : Khamis

MASA PROGRAM
7.30 – 8.00 pagi Ketibaan peserta, pendaftaran dan taklimat
Peserta berkumpul di dewan sekolah
LDK : Slogan Kumpulan
8.15 pagi
: Mendirikan khemah
9.00 pagi Sesi 1 : Belajar jenis-jenis simpulan, ikatan & gajet
1000 pagi REHAT
Sesi 2 : Ikhtiar hidup
1100 pagi
LDK : Membina gajet
1200 tengahari Sesi 3 : Masakan Rimba

Majlis Penangguhan program


 Nyanyian lagu Negaraku & Ibu Pertiwiku
 Nyanyian lagu Fly Kenyalang Fly
 Ucapan penangguhan daripada Guru Besar
2.30 – 3.00 petang  Penyampaian hadiah :
- Penyampaian sijil kepada peserta
- Kumpulan Terbaik
- Peserta Terbaik Kem
 Sesi Bergambar

Bersurai

* Tentatif ini akan berubah mengikut keadaan semasa.

3
LAMPIRAN C
ANGGARAN PERBELANJAAN
PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2024

A. Sumber pendapatan :

Bil. Perkara Jumlah

1 Faedah bank Asrama RM480.00

A. Anggaran perbelanjaan:

Bil. Perkara Jumlah


Hadiah dan Sijil Peserta RM480.00
 Kumpulan Terbaik
(Hamper + Alatulis)
- Pertama (3 buah buku + 3 batang pen) + hamper+ sijil
- Kedua (2 buah buku + 2 batang pen) + hamper + sijil
- Ketiga (1 buah buku + 1 batang pen) + hamper + sijil
- Saguhati x 3 (1 buah buku) + hamper + sijil
1
 Peserta ‘Survival Camp’
(3 buah buku + 3 batang pen) + sijil
 Peserta Terbaik Kem
(Hamper + Alatulis)
(3 buah buku + 3 batang pen) + Piala + sijil

Harga Seunit
Bil. Perkara Kuantiti Jumlah
RM
1. Exercise book 80 pages F5 (1 doz) 15 set 10.00 150.00

2. Faber Castell 07 ball pen (Blue) 1 kotak 45.00 45.00

3. Faber Castell 07 ball pen (Black) 1 kotak 45.00 45.00

4. Faber Castell 07 ball pen (Red) 1 kotak 45.00 45.00

5. Hamper (XL) 1 set 50.00 50.00

6 Hamper (L) 1 set 40.00 40.00

7 Hamper (M) 1 set 30.00 30.00

8 Hamper (S) 3 set 25.00 75.00


JUMLAH RM 480.00

4
LAMPIRAN D
UNDANG – UNDANG DAN PERATURAN PERKHEMAHAN

1) UNDANG – UNDANG UMUM

Semua peserta termasuk Guru-Guru Pemimpin, Guru Penolong Pemimpin dan Jurulatih
adalah tertakluk kepada Undang-Undang dan Peraturan yang terkandung dalam Undang-
Undang Perkhemahan, Unit Kokurikulum iaitu ;

1. Peserta adalah seorang yang boleh dipercayai.

2. Peserta juga adalah seorang yang taat kepada Tuhan, Raja, Negeri, Pemimpin,
Ibubapa dan rakan sebaya.

3. Peserta digalakkan berkawan dengan semua orang tidak kira bangsa, agama dan
keturunannya.

4. Peserta harus sentiasa berbudi bahasa dan mengamalkan pekerti yang baik.

5. Peserta sentiasa menurut perintah Ibubapa, Pemimpin, Ketua Patrol dan


sentiasa berdisiplin.

6. Peserta itu juga mestilah suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.

2) PERJALANAN AKTIVITI PERKHEMAHAN

1. Aktiviti Perkhemahan Unit Beruniform ini adalah tertakluk kepada Undang- Undang
Perkhemahan, Unit Kokurikulum, Sekolah Kebangsaan Telagus/ Jerok.

2. Pelaksanaan aktiviti tersebut lebih berbentuk kepada ketahanan fizikal dan mental
serta membina sahsiah diri dan keyakinan diri melalui aktiviti-aktiviti yang
dijalankan.

3. Semua guru dan peserta diminta memberikan kerjasama sepenuhnya bagi


melancarkan program dan aktiviti yang telah dirancang.

5
6

Anda mungkin juga menyukai