Anda di halaman 1dari 3

KERTAS CADANGAN

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS

1. TAJUK KERTAS CADANGAN: KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS

2. PENGENALAN/LATAR BELAKANG PROGRAM


Pengawas merupakan satu badan yang membantu pihak pengurusan menjalankan tugas mengawal
disiplin murid-murid dan mengendalikan majlis-majlis rasmi sekolah. Sebagai pemimpin murid,
adalah wajar mereka menunjukan sahsiah dan keterampilan diri yang positif agar dapat dijadikan
contoh dan teladan kepada murid-murid lain.
Justeru, Kursus Kepimpinan ini perlu diadakan sebagai wadah untuk membentuk dan melahirkan
pemimpin pelajar yang mempunyai karisma kepimpinan khususnya dalam menjalankan tugas harian.
Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberikan penekanan khusus terhadap semangat
bekerjasama pemimpin dan memupuk rasa tanggungjawab di kalangan pengawas sekolah.
Selain itu kursus ini juga bertujuan untuk memastikan semua pengawas mempunyai sahsiah dan
disiplin yang tinggi.
Melalui kursus ini juga pengawas akan diberi pendedahan berkaitan protokol dan pengurusan majlis
rasmi sekolah.
Keterampilan pemimpin pelajar ini mencerminkan personaliti dan ketokohan kepimpinan murid-
murid. Maka diharapkan kursus ini mendapat kerjasama daripada semua pihak dan berjalan seperti
yang dirancang.

3. OBJEKTIF PROGRAM
3.1. Tujuan:
a. Membentuk sahsiah dan ketrampilan pemimpin pelajar
b. Memurnikan dan menjelaskan peranan dan tanggungjawab pengawas sebagai
pemimpin murid.
c. Memupuk nilai-nilai kreatif dan semangat berkumpulan dalam proses melengkapkan
latihan dalam kumpulan (LDK) yang pelbagai.
d. Menunjukkan kaedah-kaedah berkomunikasi yang berkesan.

3.2. Outcome:
a. Menghasilkan pengawas yang akan saling bantu dan bekerjasama antara satu sama
lain.
b. Menghasilkan pengawas yang berdisiplin dan bersahsiah tinggi.
c. Meningkatkan kualiti tugas pengawas.
4. KUMPULAN SASAR
Murid: 152 orang pengawas sekolah sesi pagi dan sesi petang

5. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM


Tarikh : 2 November 2022
Masa : 8.00 pagi – 2.30 petang
Tempat :

6. JAWATANKUASA
7. IMPLIKASI KEWANGAN
7.1. Sumber kewangan – Sumbangan PIBG
7.2. Anggaran perbelanjaan:

PERKARA KUANTITI ANGGARAN JUMLAH RM SUMBER KEWANGAN


RM

Cenderahati 1

Keraian 10

Minum Pagi (Peserta) 162

Air Mineral (Peserta) 162

Alat tulis: 10 Set

(Tag nama peserta, fail,


kertas mahjong, marker,
selofan tape dan bahan
aktiviti-aktiviti bengkel

Makan Tengah Hari 162

Saguhati peserta (Air 162


Kotak dan Roti)

Hadiah (Hamper) Kumpulan :

Kumpulan : Tempat pertama


= RM 50x 1
Individu :
Tempat kedua =
Pengawas Terbaik
RM 30x 1
Fasilitator Terbaik
Tempat ketiga =
RM 20x 1

Individu = RM 10
x5

Bunting = 1
Bunting dan Banner
Banner = 1

JUMLAH

8. ULASAN JPN/PPD (sekiranya perlu)

Tiada
9. BUTIRAN PERLAKSANAAN PROGRAM (JADUAL PERLAKSANAAN DAN SENARAI AJK
PELAKSANA)
Sila rujuk Lampiran 1

10. PENUTUP
Diharapkan agar Kursus Kepimpinan ini akan berjalan dengan lancarnya dengan kerjasama semua
pihak dan memberikan impak yang positif kepada pengawas sekolah khususnya dan seluruh warga
sekolah amnya.

Anda mungkin juga menyukai