Anda di halaman 1dari 4

SK SERI PERLING 2

KERTAS KERJA PROGRAM PENGAMALAN NILAI MURNI

TARIKH :
19 NOVEMBER 2019

TEMPAT :
BILIK MORAL
SK SERI PERLING 2

ANJURAN:
PANITIA PENDIDIKAN MORAL
SK SERI PERLING 2
1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan kelulusan program dan kebenaran untuk
menggunakan dana Panitia Pendidikan Moral untuk membeli beberapa perlatan keperluan Program
Moral.

2.0 PENGENALAN

Program ini adalah berdasarkan keperihatinan pihak sekolah terhadap perkara-perkara berikut:

2.1 Pendidikan Moral merupakan mata pelajaran yang lebih mementingkan amali daripada PdPc
dalam kelas. Atas sebab murid-murid Moral telahpun membelajari semua nilai murni yang
terkandung dalam DSKP, Panitia Pendidikan Moral bercadang untuk mengadakan Program
Pengamalan Nilai Murni yang bertujuan para murid Moral untuk mengimbas kembali serta
mengamalkan nilai murni yang telah dipelajari melalui aktiviti.

2.2 Program ini memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan kasih sayang terhadap sekolah,
rakan dan guru. Ia juga memberi peluang kepada guru untuk mendidik murid tentang cara-cara
pengamalan nilai murni dalam kehidupan seharian. Dengan program ini, hubungan antara murid,
dan guru dapat dieratkan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mengamalkan nilai-nilai murni yang telah dipelajari dalam kehidupan seharian

3.2 Memupuk sifat murid yang memahami dan bersyukur dengan kehidupan ini.

4.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM

Tarikh : 19 November 2019

Hari : Selasa

Tempat : Bilik Moral, Sk Seri Perling 2

5.0 KUMPULAN SASARAN / PESERTA

5.1 Para murid Moral Tahun 1 sehingga Tahun 6 dan guru SK Seri Perling 2.

5.2 Bilangan peserta: murid –50 orang dan guru-9 orang


6.0 TENTATIF PROGRAM

Masa Perkara

7.30am/1.15pm Para murid Moral akan masuk ke perpustakaan / Bilik Moral.

Sebelum REHAT Mewarnakan Poster

Selepas REHAT Kuiz-Kumpulan & Individu

1.10pm/6.00pm Bersurai

7.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS

Senarai Ahli Jawatankuasa Pelaksana

Penasihat : Puan Roziah Binti Johar

Pengerusi Penyelaras : Cik Santhiah A/P Sunthararaju

Setiausaha : Cik Parkavee A/P Rajamanickam

Senarai Tugas

Jawatan Tugas

Setiausaha · menyediakan kertas kerja Program Amalan Nilai Murni

Bendahari · menguruskan tuntutan perbelanjaan

· menyediakan penyata kewangan

Juruacara · mempengerusikan majlis

Jurugambar · menangkap gambar perjalanan program

AJK Dewan · menyediakan dewan, tempat duduk (murid, ibu bapa, tetamu khas
dan guru)

AJK Backdrop · menyediakan backdrop pentas

AJK Siaraya · menyedia dan mengendalikan alat siaraya – amplifier,


mikrofon, laptop, projektor dan lain-lain

AJK Pendaftaran · menyediakan kaunter pendaftaran

· menyediakan borang tandatangan kehadiran

AJK Disiplin Murid · mengawal disiplin dan mengarahkan tindakan murid

AJK Persembahan · melatih persembahan murid – isyarat tangan


8.0 ANGGARAN KEWANGAN

BIL PERALATAN HARGA KOS


1 WARNA KRAYON RM 5 x 5 unit RM25
2 WARNA PENSEL RM 5 x 5 unit RM25
JUMLAH RM 50.00

9.0 KEPERLUAN PERALATAN

10.0 PENUTUP

Semoga Program Pengamalan Nilai Murni ini dapat mencapai objektif iaitu mengimbas kembali
kesemua nilai yang telah dipelajari serta mendidik murid-murid untuk mengamalkan nilai murni
dalam kehidupan seharian. Diharapkan program ini dapat dijalankan dengan kerjasama yang padu
dari semua pihak.

Disediakan oleh, Disemak dan Diperakukan oleh, Diluluskan oleh,

___________________ ______________________ ___________________

(Cik Parkavee A/P Rajamanickam) (Cik. Santhiah A/P Sunthararaju) (Pn.Roziah Binti Johar)

Setiausaha, Pengerusi, Guru Besar

Panitia Pend. Moral, Panitia Pend. Moral, SK Seri Perling 2

SK Seri Perling 2 SK Seri Perling 2

Anda mungkin juga menyukai