Anda di halaman 1dari 2

JURNAL REFLEKTIF 2

PROGRAM SEJARAH

Secara umumnya, semua murid Sekolah Rendah Tahap 2 iaitu Tahun 4 sehingga 6
telah mewajibkan untuk belajar Subjek Sejarah. Apabila matapelajaran Sejarah
diperkenalkan di peringkat sekolah rendah subjek-subjek lain seperti Kajian Tempatan
dan juga Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan telah dihapuskan. Hal ini, kerana
kebanyakkan unsur yang terdapat dalam subjek Kajian Tempatan dan juga
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan juga terkandung secara implisit dan eksplisit
dalam matapelajaran Sejarah.

MASALAH
Saya dapat mengenalpasti masalah ini apabila saya mula mengajar matapelajaran
Sejarah untuk kelas Tahun 5. Masalahnya para murid cetek pengetahuan mengenai
Sejarah. Maka, apabila, guru mengajar para murid menghadapi kesukaran untuk
memberi respons secara spontan berbanding dengan subjek teras seperti Bahasa,
Matematik dan lain-lain. Selain tu, murid-murid megambil masa yang panjang untuk
memahami dan bertindak balas kepada proses pengajaran dan pengajaran
khususnya subjek Pendidikan Sejarah. Contohnya, murid-murid tidak dapat menyebut
nama-nama Perdana Menteri yang telah menmerintah sebelum ini. Kesannya, guru
harus memilih tajuk ataupun Standard Pembelajaran yang minimum untuk proses
Pengajaran dan Pe,belajaran harian.

ANALISIS MASALAH

Berdasarkan hasil pengalaman mengajar subjek Sejarah untuk kelas Tahun 5 , saya
telah menganalisis masalah tersebut. Antaranya:

cetek pengetahuan asas Sejarah dalam kalangan murid Tahun 5.


masalah penggunaan bahasa dalam mempelajari subjek Sejarah
murid cepat berasa bosan
muid tidak mengambil berat tentang kepentingan mempelajaran Sejarah.
para murid tidak berusaha untuk mengembangkan pengetahuan Sejarah
CADANGAN

Bagi mengurangkan serta mengatasi isu-isu ini saya telah berfkir dan merancang
beberapa cara penyelesaian yang agak memberangsangkan. Antaranya:

Menjalankan program 10 minit Sejarah sekali seminggu


Menggalakkan muid-murid untuk membuat persembahan yang berkaitan
subjek sejarah.
Mewujudkan sudut Sejarah di setiap kelas murid tahap 2
Guru mengadakan aktiviti yang menarik dalam P&P subjek Sejarah.
Guru menekankan kepentingan mempelajari Sejarah setiap kali masuk ke
kelas.

TEMPOH PENYELESAIAN

Setelah meneliti masalah-masalah tersebut saya beryakin supaya dapat mengatasi


isu tersebut dalam tempoh seminggu.

TINDAKAN SUSULAN

Dalam tempoh semingg saya telah bmengaplikasi beberapa cadangan yang tertera di
atas. Pertamanya, saya telah mengagihkan tajuk untuk Program 10 minit kepada para
murid Tahun 5. Saya telah memillih seramai 18 orang tokoh di dalam negara kita dan
menyuruh murid-murid mengumpulkan makumat seperti biodata dan sumbangan
tokoh-tokoh tersebut terhadap pembangunan negara kita dalam pelbagai bidang.
Selain itu, saya telah menjalankan aktiviti-aktiviti pemngajaran dan pembelajaran yang
menarik seperti simulasi ataupun drama berkaitan kemerdekaan negara kita.

KESIMPULAN

Kesimpulannya saya dapat tindak balas positif dalam kalangan murid terutamanya
murid Tahun 5. Saya berharap agar perubahan ini kekal dan berterus selama-
selamanya. Hal ini kerana pengatahuan Sejarah amat peniting khususnya sejarah
tanah air kita supaya kesalahan masa lalu tidak akan diulang generasi masa ini.

Anda mungkin juga menyukai