Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS SEMPENA MAJLIS PENANDA ARASAN KOLEJ KEDIAMAN

BESTARI.

TEMPAT : DEWAN KULIAH C

PERKARA TEKS
Terima kasih diucapkan kepada para hadirin yang sudi hadir
ke Majlis Penanda Arasan Kolej Kediaman Bestari pada
tahun 2015.

Mohon agar para hadirin dapat menukar mod telefon bimbit


kepada mod senyap agar majlis dapat berjalan lancar.
Hadirin juga diminta untuk berdiri semasa ketibaan tetamu
kehormat dan terus berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku
dan lagu Negeri Pulau Pinang. Hadirin hadirat, tidak
dibenarkan untuk keluar daripada majlis sebelum majlis
bersurai.

Kerjasama para hadirin amat kami hargai. Terima kasih.


Kata-kata aluan
Melayang serindit di atas permatang,
Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal basmallah pembuka bicara.

Assalamualaikum W.BT dan selamat sejahtera.


Yang Berusaha, Encik Ahmad Syukri Bin Ghazali, Ketua
Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Tuanku Bainun,

Yang Berusaha, Encik Hasyim Bin Muhammad, pensyarah


penasihat Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan
Guru Kampus Sultan Mizan,
pensyarah-pensyarah, Yang Di Pertua-Yang Di Pertua, serta
barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Tuanku
Bainun dan IPG Kampus Sultan Mizan bagi Sesi 2015/2016.
Pendahuluan Selamat datang diucapkan kepada dif-dif terhormat, para
pensyarah serta barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi
2015/2016
ke Majlis Penanda Arasan Kolej Kediaman Bestari pada
tahun 2015.

Bacaan doa Pasrah memohon semoga majlis diberkati Ilahi,


Doa dipohon tangan ditadah,
Semoga majlis indah jalannya dipermudah.

Bagi memakmurkan lagi majlis kita pada pagi ini,


majlis menjemput
saudara Muhammad Fahmi Bin Badrul Hisham
bagi mengetuai bacaan doa.
Dipersilakan.
(BACAAN DOA)
Amin amin ya Rabbal Alamin.

Terima kasih diucapkan


kepada saudara Muhammad Fahmi Bin Badrul Hisham
atas bacaan doa sebentar tadi.
Ucapan Yang Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Dipertua JPP IPGKTB Sudilah tuan jalan berlapan,
dan IPGMIZAN Jalan berlapan dimalam kelam,
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam

Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian,


Majlis menjemput
Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,
saudara Mohd Noh bin Mohd Hassan untuk memberikan
ucapan aluan.
Majlis mempersilakan.
***
Terima kasih diucapkan kepada saudara Mohd Noh bin
Mohd Hassan atas ucapan aluan sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Pengerusi Biro
Kolej Kediaman Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut
Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Nur Syakirah Binti
Mohd Roslan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
***

Terima kasih diucapkan kepada saudari Nur Syakirah Binti


Mohd Roslan di atas ucapan sebentar tadi.

Seterusnya, majlis menjemput Encik Ahmad Shukri Bin


Ucapan pensyarah Ghazali, pensyarah penasihat Jawatankuasa Perwakilan
penasihat IPGKTB dan Pelajar IPG Kampus Tuanku Bainun untuk menyampaikan
IPGMIZAN ucapan beliau.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Terima kasih di atas ucapan sebentar tadi.

Majlis kita diteruskan dengan ucapan daripada Encik


Hasyim Bin Muhammad, pensyarah penasihat
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Sultan Mizan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Hasyim Bin


Muhammad di atas ucapan sebentar tadi.

Video Montaj JPP Kini, kita akan menyaksikan tayangan video montaj Barisan
IPGKTB dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Tuanku Bainun
IPGKMIZAN dan IPG Kampus Tuanku Bainun Kampus Sultan Mizan.
Bila mana induk berbesan
Toleh dulu mana yang rupawan
Wahai nona dan pria cantik rupawan
Bolehkah kita berkenalan

Sesi Perkenalan JPP Seterusnya, majlis diteruskan dengan sesi perkenalan JPP IPG
Kampus Tuanku Bainun dan JPP IPG Kampus Sultan Mizan.
Majlis dengan sukacitanya menjemput saudara Noh Bin Md
Hassan, Yang Di Pertua IPG Kampus Tuanku Bainun dan
Nur Syakirah Binti Mohd Roslan, Pengerusi Biro Kolej
Kediaman IPG Kampus Sultan Mizan bagi sama-sama
memperkenalkan barisan ahli Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar masing-masing.

Terima kasih diucapkan.

Pembentangan Kini, kita akan mendengar Pembentangan Perancangan


Perancangan Kediaman yang telah disediakan oleh IPGKTB dan juga IPGK
Kediaman IPG Sultan Mizan.
Kampus Tuanku
Bainun dan IPG Majlis menjemput Nurul Syuhada Binti Mohd Noh, Ketua
Kampus Sultan Mizan Exco Kediaman bagi membentangkan perancangan kediaman
IPG Kampus Tuanku Bainun.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Nurul Syuhada Binti Mohd


Noh bagi bentangannya yang sebentar tadi.

Seterusnya, majlis menjemput Shah Ryzan Bin Abdullah,


Penolong Ketua Exco Kediaman, untuk membentangkan
perancangan kediaman bagi Institut Pendidikan Guru Kampus
Sultan Mizan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada saudara Shah Ryzan Bin


Abdullah atas pembentangannya sebentar tadi.

Sesi Diskusi Sesama Majlis kita diteruskan lagi dengan sesi diskusi.
IPG Dengan ini, majlis menyerahkan sesi ini kepada saudara
Mohd Noh Bin Mohd Hassan, Yang Di Pertua Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar IPG Kampus Tuanku Bainun.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Penyampaian Hadirin dan hadirat yang dihormati,


Cenderamata Majlis kita diteruskan dengan penyampaian cenderamata.

Dengan ini, majlis menjemput Encik Hasyim Bin


Muhammad bagi menyampaikan cenderahati kepada Encik
Ahmad Syukri Bin Ghazali, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
IPG Kampus Tuanku Bainun.

Seterusnya, majlis menjemput Nur Syakirah Binti Mohd


Roslan Pengerusi Biro Kediaman IPG Kampus Sultan Mizan
bagi menyampaikan cenderahati kepada Yang Di Pertua
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGKTB, saudara Mohd Noh
Bin Mohd Hassan.
Lawatan ke HEP, Bilik Seterusnya, dijemput pensyarah-pensyarah penasihat dan
JPP, Kolej Kediaman. Barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Sultan
Mizan untuk melawat ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Bilik
Gerakan JPP dan seterusnya bergerak ke Kolej Kediaman IPG
Kampus Tuanku Bainun.
Dipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai