Anda di halaman 1dari 6

 

MESYUARAT PIBG 2022


SLOT SATU…ZAINIZAM

Bismillahirahmanirahim
Assalamualikum w.b.t dan salam sejahtera

Awal Bismillah Pembuka bicara


Alhamdulillah Pada Yang Esa
Insya Allah Terkabul Hasrat
Sejahtera roh, Sejahtera Jasad
.
 Yang Berusaha Ustaz Nazli bin Mahmud, Pengetua SMK Dato` Mahmud
Mat dan Yang Berbahagia En. Mohd Zamri Bin Wahab, Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Dato Mahmud Mat.

 Barisan Guru Penolong Kanan

 Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG

 Barisan pendidik,

 Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin sekalian

Kasihnya ibu membawa ke syurga


Kasihnya ayah berkorban nyawa
Kasihnya guru mencurah ilmu
Pemacu segala pelita dan lampu
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Menjalankan tugas dengan amanah
Untuk mendapat redha illahi dan keberkatan
Seribu tahun menjadi hikmat

Majlis mengalu-alukan kehadiran dan mengucapkan jutaan terima Kasih kepada,


tetamu-tetamu jemputan, tuan-tuan, puan-puan ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agong
PIBG Kali ke-48

1. Bacaan  Doa

Untuk itu, Majlis dengan segala  hormatnya mempersilakan Yang dimuliakan  


Ustaz Wan Misnadi Bin Wan Hassan untuk memimpin Bacaan Doa,  dipersilakan.
[ Bacaan Doa ]
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Wan Misnadi Bin Wan
Hassan atas pimpinan doa itu tadi. Mudah-mudahan majlis kita ini sentiasa dalam
perkenannya jua.

2. Ucapan PENGETUA SMK Dato` mahmud Mat


Hadirin yang dikasihi sekalian
Kepimpinan diteladani,
Program dirancang dan direalisasi,
Muafakat kata menjadi paksi
Kejayaan pasti menjelma bukan umpama mimpi dalam mimpi.

Majlis pada pagi ini dimulakan dengan dengan mempersilakan Yang Berusaha
Ustaz Nazli Bin Mahmud, Pengetua SMK Dato` mahmud Mat, merangkap
Penasihat PIBG SMK Dato` Mahmud Mat untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Denagan Segala Hormat dipersilakan.

______________  ucapan Pengetua ____________________

Demikian tadi ucapan alu-aluan oleh Yang Berusaha Tuan Pengetua. Majlis
mengucapkan ribuan terima kasih.

3.  Ucapan YDP PIBG SMK DATO` MAHMUD MAT

 Seterusnya, majlis dengan berbesar hati menjemput Yang DiPertua PIBG Yang
Berbahagia  En. Mohd Zamri Bin Wahab untuk menyampaian ucapan. Majlis
dengan segala hormatnya  mempersilakan.

[ Ucapan YDP PIBG]

Demikian tadi ucapan yang telah disampaikan oleh Yang Berbahagia En. Mohd
Zamri Bin Wahab, Yang Dipertua PIBG SMK Dato` Mahmud Mat.  Terima
kasih diucapkan.

Mesyuarat PIBG ini tidak lain menjadi medan pertemuan dan pertambahan idea,
maklum balas dan pandangan bagi meningkatkan segala macam bentuk kemajuan
untuk sekolah ini menjadi lebih terkehadapan di masa yang akan datang.

 Untuk Pengetahuan hadirin sekalian, Jumlah kehadiran Ahli PIBG pada


tahun ini sehingga jam ______ adalah berjumlah________ orang.
( bagi meneruskan agenda seterusnya saya serahkan majlis kepada En. Mohd
Zamri Bin Wahab, selaku Yang Dipertua PIBG SMK Dato` Mahmud
Mat.Dipersilakan)
SLOT KEDUA….KAK ILA

• Mengumumkan ketibaan Yang berbahagia Tn Haji Mohamad Razali Bin


Mustafar diiringi oleh Tn pengetua dan YDP pibg SMK Dato Mahmud Mat.
• Hadirin diminta berdiri untuk memberi hormat.

Jika ada pancing di tangan,

Mari mengail dihari sabtu,

Kami menunggu datangmu tuan,

Majlis berseri bertambah mutu.

Yang Berusaha,
Tn Hj. Mohamad Razali bin Mustafar,
Pegawai Pendidikan Daerah Pekan.

Yang dihormati,
En. Mohd Zamri Bin Wahab,
Yang dipertua PIBG
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mahmud Mat

Yang Berusaha,
Ustaz Nazli Bin Mahmud,
Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mahmud Mat

Yang Dihormati lagi dikasihi, Saf Kepimpinan Penolong Kanan,


Pn. Hajah Faridah Bt Mohamad Ali,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
Tn Hj. Baharuddin Bin Abdul Rahim,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Tn Hj Zainal Abidin Bin Abu Bakar,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Pn. Hajah Kanisah Bt Salim,
Pemangku Guru Penolong Kanan T6,

guru-guru, para ibu bapa, dan hadirin sekalian


Sekalung penghargaan dan terima kasih sekali lagi kepada ibu bapa dan para
tetamu yang sudi hadir dalam majlis pada pagi ini.
4. Ucapan Tuan Pengetua

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

Kalau hendak ke Pekan Dengkil,


Belikan saya kain belacu,
Silakan tuan segera tampil,
Menyampaikan sesuatu bingkisan di kalbu.

Majlis dengan segala hormatnya sekali lagi mempersilakan Ustaz Nazli bin
Mahmud selaku pengetua Sekolah untuk menyampaikan ucapan. Majlis
mempersilakan.

-Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan itu tadi.

5. Ucapan Perasmian 

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,


Asalnya tuan kami tuankan
Asalnya terpimpin kami dipimpin
Kami sudah menyimpul niat
Kami sedia memasang dengar
Kami sedia mengosong minda
Buat mengisi kata keramat

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi,
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Sekarang sampailah masa dan ketikanya, Majlis dengan hormat mesranya


memohon kesudian Tn Haji Mohamad Razali Bin Mustafa untuk menyampaikan
Ucapan seterusnya Merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-48.
Majlis dengan penuh hormatnya mempersilakan.

[ Ucapan Perasmian]

Dengan Ucapan dan perasmian itu tadi maka mesyuarat Agung PIBG SMK Dato`
Mahmud Mat Kali ke-48 telah disempurnakan dengan rasminya.  Majlis
merakamkan  jutaan terima  kasih di atas ucapan itu tadi.

Dah Habis ucap dengan Cakap


Dah muktamad bicara dengan kata
Dah Selesai segala runding
Dah Putus segala Muafakat

6. Cenderamata kepada Tn Haji Mohamad Razali bin Mustafa

Hadirin yang dihormati sekalian, 

Bagi menyatakan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada 


Tn Haji Mohamad Razali bin Mustafa diatas kesudian meluangkan masa dan
hadir merasmikan   Mesyuarat Agung PIBG kali ke -48 SMK Dato`
Mahmud Mat, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha
Ustaz Nazli Bin Mahmud Pengetua SMK Dato mahmud Mat untuk
menyampaikan cenderahati kepada Tn Haji Mohamad Razali Bin Mustafar
Dipersilakan.
___________ penyampaian hadiah kepada THR _________

6. Tayangan Montaj dan Persembahan Pelajar


Hadirin yang dihormati sekalian, Majlis diteruskan dengan acara yang
seterusnya. Sebelum itu, ayuh kita sama-sama saksikan sebuah tayangan montaj
perasmian yang telah disediakan oleh pihak urusetia. Jom kita Saksikan…

Tayangan montaj PERASMIAN ini telah disediakan oleh CiK Nur Ilyani bt
Kamaruddin dan pn. Norhafiza bt Mohamad Tahir.
Seterusnya, marilah kita sama2 menghayati persembahan dari pelajar smk
Dato Mahmud Mat. Dipersilakan….
Terima kasih diucapkan kepada SHARIFAH NUR AMALINA BINTI SYED
MOHD LUTFI dan NURUL UMMAIRAH BINTI MOHD ZAHARI. Untuk
makluman semua mereka merupakan peserta AQMA E`MAHABBAH Daerah
Pekan. Manakala Nurul Umairah merupakan pemenang tempat ketiga bagi acara
Nyanyian Solo Kerohanian. Pelajar ini di bimbing oleh Pn, Norzilah Bt Abdul Aziz.

7. sesi cabutan bertuah- ZAINIZAM

Hadirin yang dihormati sekalian, Majlis diteruskan dengan sesi cabutan


bertuah. Dengan ini dijemput, En Suhaimi bin Mohd Aris untuk mengiringi
untuk naik kepentas bagi membuat
cabutan seterusnya menyampaikan hadiah cabutan tersebut, dipersilakan.
_______________ Penyampaian cabutan bertuah
Majlis merakamkan penghargaan  kepada En suhaimi…………………………………………
Terima kasih
( bergantung kepada emcee jemput…..)
8. Penutup
Acara kita sampai ke penghujung. Saya bagi pihak majlis mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada semua tetamu. Ibu bapa, dan guru-guru
yang menghadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ini. Sekalung
budi, Segunung Penghargaan juga ditujukan kepada AJK Pelaksana yang telah
bertungkus lumus membuat persiapan untuk memastikan majlis kita berjalan
lancar. Seandainya, terdapat kekhilafan dan kesalahan dari segi tuturkata,
lengok bicara atau renungan mata – sepuluh jari disusun, seribu kemaafan
dipohon.
Marilah kita sama-sama mengakhiri majlis dengan membaca tasbih kafarah
dan surah wal asr…. SUB HAA NA KALLAH HUM MA WABI HAM DI KA
ASY HA DU AN LA ILA HA ILLA ANTA ASTAGH FI RU KA WA ATU BU
ILAIK... Wal Asr…

Sekian, wabillahitaufiq walhidayah, Assalamualaikum warahmatullahi


wabarokatuh.

Anda mungkin juga menyukai