Anda di halaman 1dari 2

BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM...

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat pagi.

Yang berusaha,

Encik Ismadi bin Haji Johari, penceramah jemputan kita pada pagi ini, Cik Saadiah
binti Dandan, Penolong Kanan 1 SK Nangar, Encik Mohamad Musa bin Morshidi,
Penolong Kanan Kokurikulum SK Nangar, guru-guru, barisan exco PIBG SK Nangar,
para ibu bapa dan murid-mruid yang dikasihi sekalian.

Saya selaku pengacara program hari ini, mengalu-alukan kehadiran Encik Ismadi bin
Haji Johari dan hadirin sekalian ke PROGRAM MOTIVASI PELAJAR TAHUN 6 SK
Nangar Daro 2019.

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi memberkati program kita pada pagi ini, dijemput Encik Mohamad Musa bin
Morshidi untuk bacaan doa.

Dipersilakan...

Amin,amin ya robal’alamin

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Mohamad Musa bin Morshidi
atas bacaan doa sebentar tadi.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadratnya kerana masih diberi peluang untuk


bersama-sama di sini bersempena dengan Program Motivasi Pelajar Tahun 6.
Sebelum tirai ceramah dibuka, izinkan saya untuk membacakan sedikit latar belakang
penceramah kita pada hari ini.

Nama diberi Ismadi bin Haji Johari. Berumur 56 tahun. Berasal dari Kampung Bruit.
Sudah berkahwin dan mempunyai 7 orang cahaya mata. Memulakan perkhidmatan
beliau di SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Normah, Daro pada tahun 1982 dan
pada tahun 1986, beliau telah berpindah ke SMK Matu. Kemudian beliau menyambung
perkhidmatan di SMK Kampung Nangka pada tahun 1991 sehingga kini.

Tanpa melengahkan masa, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


penceramah jemputan untuk menyampaikan ceramahnya.

Dipersilakan....
Terima kasih diucapkan kepada Tuan penceramah di atas ceramah yang disampaikan
sebentar tadi. Semoga segala ilmu yang disampaikan dapat memberikan manfaat
kepada kita semua. Insyaallah.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Kini, majlis diteruskan lagi dengan sesi soal jawab.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Ismadi bin Haji Johari atas perkongsian ilmu
sebentar tadi.

Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Mohamad Musa


bin Morshidi untuk menyampaikan sedikit cenderahati kepada pihak penceramah
dengan diiringi oleh Cik Saadiah binti Dandan. Terima kasih diucapkan kepada Encik
Mohamad Musa bin Morshidi dan Cik Saadiah binti Dandan bagi penyampaian
cenderahati itu tadi.

Dewa sakti melayang ke Daik


Hendak mencari Dewa Jaruga
Kalau ada budi yang baik
Sampai ke mati orang tak lupa

Jawatankuasa pengelola mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak di dalam menjayakan
majlis ini.

Saya sebagai pengacara program pada hari ini ingin memohon ampun dan maaf
seandainya terdapat sebarang kekurangan sepanjang program ini berlangsung.

Sehingga kita bertemu lagi di lain kesempatan.

Silalah, hadirin dan hadirat sekalian menjamu selera apa yang ada selepas ini.

Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

Anda mungkin juga menyukai