Anda di halaman 1dari 8

MAJLIS PERPISAHAN EN MUHAMMAD ZULFADLI BIN AHMAD ZAHIDI KOLEJ VOKASIONAL GERIK 2023

HARI : JUMAAT
TARIKH : 29/9/2023
MASA : 11.00 AM – 12.00 PM
TEMPAT : DEWAN MAKAN, KOLEJ VOKASIONAL GERIK

SALUTASI
Yang Berusaha,
 Puan Hajah Noor Azizah bt Musa ( Pengarah Kolej Vokasional Gerik)
 Tn. Hj. Mohamad Ramli bin Salleh ( Timbalan Pengarah Akademik )
 Tn. Hj. Sirusmini bin Sidik ( Timbalan Pengarah Sokongan Akademik)
 Puan Norazfida Hanim binti Hj. Mohamad Arif ( Ketua Jaminan Kualiti )
Yang Diraikan,
 En. Muhammad Zulfadli bin Ahmad Zahidi

Yang Dihormati,
 Ketua-ketua Jabatan
 Ketua-ketua Program
 Jawatankuasa Pelaksana Program
 Barisan Pensyarah
 serta para pelajar yang dikasihi sekalian
TEKS MC MAJLIS PERPISAHAN GURU BERPINDAH KVG 2023
MASA/CUE TEKS CATATAN
General Mohon perhatian.
**pelajar dan
guru Semua hadirin diminta untuk bertenang kerana majlis akan dimulakan sebentar 11.50 am
berkumpul lagi.
dalam dewan
makan Kerjasama hadirin amatlah dihargai. Terima kasih.

Sirih berlipat sirih pinang,


Aluan MC Sirih dari pulau mutiara, 12.00 pm
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Yang Berusaha,
 Puan Hajah Noor Azizah bt Musa ( Pengarah Kolej Vokasional Gerik)
 Tn. Hj. Mohamad Ramli bin Salleh (Tim. Pengarah Akademik )
 Tn. Hj. Sirusmini bin Sidik (Tim. Pengarah Sokongan
Akademik)
 Puan Norazfida Hanim binti Hj. Mohamad Arif ( Ketua Jaminan Kualiti )
Yang Diraikan,
 En. Muhammad Zulfadli bin Ahmad Zahidi
Yang Dihormati,
 Pn. Kamasuriati binti Haji Mohamad Nowawi, Pengerusi Kelab Staf KV
Gerik
 Ketua-ketua Jabatan
 Ketua-ketua Program
 Jawatankuasa Pelaksana Program
 Barisan Pensyarah
 Serta para pelajar yang dikasihi sekalian

Alhamdulillahi robbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaa asyrofil anbiyai wal


mursaliin, wa ‘ala alihi wa sohbihi ajma’iin.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, dan Salam


Malaysia Madani.

Majlis mengucapkan selamat datang kepada semua hadirin ke Majlis Perpisahan


sempena pertukaran Encik Muhammad Zulfadli bin Ahmad Zahidi.
Pakat bersama menunggang kuda,
Biarpun seketika masanya Cuma,
Sisihkan sengketa kiranya ada,
Bertemu berpisah perencanaan-Nya.
Sudah menjadi adat dan lumrah kehidupan, setiap pertemuan pasti mengundang
perpisahan. Hadirin, kita berkumpul pada hari ini adalah untuk meraikan seorang
pensyarah Kolej Vokasional Gerik yang bakal meninggalkan jejak kenangan serta
taburan budi yang tidak terkira di kolej ini.

Sekalung penghargaan diucapkan buat yang diraikan En Muhammad Zulfadli bin


Ahmad Zahidi atas kesudian menghadirkan diri bagi majlis pada hari ini.
Baca doa Hadirin sekalian, 12.05 pm
Tetak buluh kajang sepuluh,
Laksana dititing kias ibarat,
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari ini, marilah kita sama-sama
mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Mohmad
Fadlillah bin Mamat.
Majlis mempersilakan. Falya Tafadhal masyqura’
**bacaan doa

Amin. Amin. Amin. Ya Rabbal Alamin. Terima kasih diucapkan kepada Al-
Fadhil Ustaz Mohmad Fadlillah bin Mamat atas pimpinan bacaan doa sebentar
tadi.

Ucapan oleh Pergi ke kota beli selasih, 12.10 pm


Pengarah Sayang si dara buat halwa,
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Puan Hajah Noor
Azizah binti Musa, Pengarah Kolej Vokasional Gerik. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

*Ucapan Pengarah.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Hajah Noor Azizah binti Musa atas
ucapan sebentar tadi.

Ucapan Yang
Diraikan Hadirin sekalian, 12.25 pm
Sudah biasa kita dengari
Patah tumbuh hilang berganti
Namun tak sama dengan yang ini
Tak mungkin ada galang ganti.

Seterusnya, marilah bersama-sama kita hayati barisan ucapan terakhir yang meniti
yang meniti dari bibir Encik Muhammad Zulfadli bin Ahmad Zahidi pada hari ini
dan ketika ini. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*ucapan En Muhammad Zulfadli bin Ahmad Zahidi.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Muhammad Zulfadli bin
Ahmad Zahidi atas ucapan dan bicara akhir yang disampaikan itu tadi.

Malam hari berlagu unggas


Memecah kesunyian di dalam hutan
Walaupun terpisah tempat dan tugas
Budimu tuan dalam ingatan
Kain songket cantik kilauan
Ditenun oleh orang kemaman
Tak terbalas budimu tuan
Kami merakam setinggi-tinggi penghargaan

Penyampaian Majlis kini akan diteruskan dengan penyampaian cenderamata sebagai tanda 12.40 pm
Hadiah kenang-kenangan buat insan yang diraikan pada hari ini.

Untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput En Muhammad Zulfadli


bin Ahmad Zahidi untuk menerima hadiah dan cenderamata kenang-kenangan
daripada warga Kolej Vokasional Gerik. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis menjemput Pn Hajah Noor Azizah bt Musa untuk menyampaikan


cenderamata peribadi daripada beliau. Dipersilakan.

Seterusnya majlis menjemput Tn. Haji Mohd Ramli bin Salleh untuk
menyampaikan cenderamata mewakili barisan pentadbir. Dipersilakan.

Dijemput __________________________ mewakili _____________________.

Dipersilakan _______________________________________ untuk


menyampaikan cenderamata mewakili _________________________________ .
******************************************************************

Majlis merakamkan sejuta penghargaan dan terima kasih atas tanda ingatan dan
cenderamata yang diberikan dan semoga ianya menjadi memoir yang indah buat
En Muhammad Zulfadli bin Ahmad Zahidi.

Makan Hadirin sekalian, 12.50 am

umpama belayar telah sampai dipelabuhan


umpama berkayuh telah sampai dimuara
umpama berjalan telah sampai didestinasi

Dengan acara penyampaian cenderamata itu tadi maka berakhirlah Majlis


Perpisahan buat pensyarah yang diraikan pada hari ini.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En Muhammad


Zulfadli bin Ahmad Zahidi kerana sudi meluangkan masa bersama-sama kita pada
hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar yang diraikan
bertambah ceria dan bahagia di tempat baharu disamping keluarga tercinta.

Buat insan yang diraikan,

Sapalah kami andai mesra akrab berpadu


Jelinglah kami jika rindu masih bertamu
Selamat bertugas ditempat yang baru
Semoga Allah sentiasa memberkati dirimu

Di kesempatan ini, saya mewakili jawatankuasa pelaksana mengucapkan jutaan


terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung
dalam menjayakan majlis pada hari ini. Saya juga memohon kemaafan atas
kekurangan dan kelemahan kami.

Sebelum memulakan sesi makan, pihak majlis menjemput semua pensyarah yang
diraikan hari ini untuk menyempurnakan sesi bergambar. Dipersilakan barisan G4
untuk naik ke atas pentas bagi sesi bergambar. Seterusnya dijemput barisan G13
untuk naik keatas pentas bagi sesi bergambar. Terima kasih diucapkan kepada
pensyarah yang diraikan, barisan G4 dan G13 kerana telah menyempurnakan sesi
bergambar itu tadi.

Hadirin sekalian,
Sungguh indah bunga kemboja,
Dibawah atap tepi halaman,
Juadah sudah letak di meja,
Sudilah santap tuan budiman.

Hadirin dipersilakan untuk menjamu selera. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai