Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGERUSI MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR

Tarikh : 22 Mei 2023


Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Saujana, SK Orangkaya Ali

PERKARA/ BUTIRAN CATATAN


PEMBACA
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Ketibaan
Tetamu Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis
kita akan bermula sebentar lagi.

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Puan Hjh Siti


Mowlina bt Mashadi dan pasangannya Tuan Hj Sairozi bin
Subahir dengan diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam
dewan. Dipersilakan mengambil tempat.

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Pagi yang indah penuh ceria


Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis “Sejambak Budi,
Seharum Kasih” sempena persaraan Pn Hjh Siti Mowlina
bt Mashadi , Guru Besar SK Orangkaya Ali.

Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.

Bacaan Doa Untuk makluman semua, persembahan silat sebentar tadi


adalah di bawah bimbingan Ckgu Haron bin Othman. Terima
kasih dan yyabas diucapkan.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, & selamat


pagi diucapkan.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh


bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al Fadil
Ustaz ____________. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

*********** (Doa)
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Ucapan Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
Alu-aluan kasih kepada Al Fadil _______________ atas bacaan doa

1
itu tadi.

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Dihormati
________________________________

Yang Diraikan
Pn Hjh Siti Mowlina bt Mashadi
Guru Besar SK Orangkaya Ali,

Yang Berusaha En. Mohd Fadzlillah bin Rozali


Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Orangkaya Ali,

Yang Berusaha Pn. Sidroh Asur bin Ismail


Guru Penolong Kanan Hal-ehwal Murid

Yang Berusaha Tn Hj Khairol Anuar bin Ibrahim


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Yang Dihormati En. Samion bin Sarmithy


Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SK
Orangkaya Ali,

Yang dihormati_____________________________

Dif-dif jemputan,
Seterusnya,barisan pendidik, serta murid-murid yang di
rahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke :
Majlis “Sejambak Budi, Seharum Kasih” sempena persaraan
Yang Diraikan Pn Hjh Siti Mowlina bt Mashadi,Guru Besar
SK Orangkaya Ali.

Terlebih dahulu ,marilah kita memanjatkan syukur ke


hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaNya
maka kita dapat bersama-sama,berhimpun pada pagi ini
untuk meraikan Pn Hjh Siti Mowlina bt Mashadi, Guru Besar

2
SK Orangkaya Ali dalam Majlis “Sejambak Budi, Seharum
Kasih”

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan


kepimpinan yang dilakukan oleh Yang Diraikan Pn Hjh Siti
Mowlina sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia
pendidikan yang berakhir sebagai Guru Besar di SK
Orangkaya Ali.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


Ucapan GPK 1
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha


En.Mohd fadzlillah bin Rozali, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran, SK Orangkaya Ali. Dipersilakan.

****ucapan****

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha En.Mohd


fadzlillah bin Rozali, Guru Penolong Kanan Pentadbiran atas
ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Hadirin yang dimuliakan,


Persembahan
Bicara Sudah teradat si anak lelaki
Berirama Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, marilah


sama-sama kita saksikan persembahan Bicara Berirama
daripada murid-murid tahun 6 yang. Dipersilakan.

**** persembahan****

Semoga kita terhibur dengan persembahan Bicara


Berirama yang cukup istimewa sebentar tadi. Terima kasih
diucapkan.Persembahan ini dibimbing oleh Cikgu Ros Maiza
bt Zakaria.

3
Ucapan Hadirin yang dirahmati sekalian,

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang


Dihormati En. Samion bin Sarmithy, Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SK Orangkaya Ali untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

****ucapan***

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati En. Samion


bin Sarmithy atas ucapan yang telah disampaikan sebentar
tadi.

Persembahan Para hadirin yang kami muliakan,


Multimedia
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan


multimedia sempena persaraan Yang Diraikan Pn Hjh Siti
Mowlina bt Mashadi, Guru Besar SK Orangkaya Ali.

*** Persembahan multimedia

Demikianlah persembahan multimedia sempena persaraan


Yang Diraikan Pn Hjh Siti Mowlina bt Mashadi . Terima
kasih kepada AJK Montaj iaitu Ustazah Nuraini bt Salim
dan Cikgu Mohd Fahmi bin Jahuri serta individu yang
terlibat menjayakan persembahan montaj tersebut.
Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat
kita semua.

Ucapan Hadirin yang dimuliakan,


Yang Dirai
GB Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu
Pn Mowlina ucapan daripada Yang Diraikan Pn Hjh Siti Mowlina bt
Mashadi, Guru Besar SK Orangkaya Ali. Majlis dengan
segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

***………Ucapan GB

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada Yang Diraikan Pn Hjh Siti Mowlina bt Mashadi
atas ucapan itu tadi.

4
Upacara Hadirin yang dimuliakan,
memotong
pulut kuning. Bagi meraikan yang dirai pada majlis hari ini, majlis
berbesar hati menjemput Puan Hjh Siti Mowlina bt Mashadi
dengan diiringi oleh suami tampil ke tengah pentas untuk
memotong pulut kuning sebagai simbolik persaraan beliau.
Dipersilakan.

Alhamdulillah, terima kasih Puan Hjh Siti Mowlina & suami


atas penyempurnaan upacara memotong pulut kuning
sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan


cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan
Salam & yang kita raikan pada hari ini iaitu Puan Hjh Siti Mowlina bt
penyampaian Mashadi.
cenderamata.
Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan En. Md Fadzlillah bin Rozali, Guru Penolong
Kanan Pentadbiran, SK Orangkaya Ali serat En Samion bin
Sarmithy , YDP PIBG SK Orangkaya Ali mengiringi Yang
Diraikan Puan Hjh Siti Mowlina bt Mashadi untuk menerima
cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata


daripada …...

Rujuk senarai hadiah……

Salam & Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
penyampaian mempersilakan Pn Hjh Siti Mowlina bt Mashadi untuk turun
cenderamata bagi sesi bersalaman bersama murid dan menerima
(murid) cenderamata daripada mereka.

Penutup Demikianlah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang


kenangan khusus untuk Yang Diraikan Pn Hjh Siti Mowlina
Hariff bt Mashadi
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang
Diraikan Pn Hjh Siti Mowlina bt Mashadi atas kesudian
menerima cenderamata itu tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua


penyampai cenderamata sebentar tadi.

5
Umpama memanjat dah sampai ke puncak
Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima

Kita telah pun berada di hujung acara.


Untuk cikgu Mowlina……….

Guru umpama bintang cemerlang


Walau bersara jasa dikenang

Raut wajah damai dan tenang,


Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.

Tuai padi antara masak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.

Penutup Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang


Diraikan Pn Hjh Siti Mowlina bt Mashadi kerana sudi untuk
bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami
semua mendoakan agar Yang Diraikan Pn Hjh Siti Mowlina
bt Mashadi bertambah ceria dan bahagia di dalam
kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua


tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-
sama memeriahkan Majlis “Sejambak Budi, Seharum Kasih”
ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan


kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami
mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq


walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa
Barakatuh

6
Dipersilakan semua guru dan AKP ke hadapan utl sesi
fotografi bersama yang dirai, Pn Hjh Siti Mowlina bt
Mashadi.

Anda mungkin juga menyukai