Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS

“Majlis Perpindahan Puan Sukmarita Binti Omar”

PERKARA BUTIRAN CATATAN

Ketibaan
Tetamu
Mohon para hadirin terus berada di dewan kerana
majlis kita akan diteruskan lagi dengan majlis
perpisahan Puan Sukmarita Binti Omar.

Untuk makluman hadirin, Puan Sukmarita binti Omar


adalah guru penolong kanan Hal Ehwal Murid di
sekolah kita.

Belian akan berpindah kerana dinaikkan pangkat


sebagai ____________________________ di
______________________________________ .

Ucapan Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t dan


Alu-aluan salam sejahtera.

Yang Diraikan,
Pn Sukmarita binti Haji Omar
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal murid Sekolah
Kebangsaan Taman Klang Jaya.

Yang Berusaha,
En. Mohd Jazid bin Iman,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Klang Jaya,

Yang Dihormati,
Pn. Rosmawati binti Mior Adlan,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

Yang Dihormati,
En. Zaihan bin Amat Naim,

1
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

Yang Dihormati,
En . Fazly Bin Aizam
Guru Penolong Kanan Petang,

Yang Dihormati,
Pn. Sazaliza binti Mohd Razali,
Guru Penolong Kanan PPKI,

Dif-dif jemputan, para guru dan hadirin yang


dimuliakan.

Alhamdulillah, dapat kita bertemu dalam majlis yang


cukup bermakna.

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan. Itu adat , itu


lumrah kehidupan. Begitulah rentetan perjalanan
walau sukar untuk ditelan tapi kaki tetap mengorak
jalan selagi hayat dikandung badan.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Ucapan wakil Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
murid Tak lengkaplah majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan dengan ucapan wakil murid sesi


petang ________________________________ .
Dipersilakan.

Terima kasih diatas ucapan yang telah disampaikan


sebentar tadi.

2
Ucapan wakil Hadirin yang dikasihi sekalian
guru
Majlis seterusnya ingin menjemput dan
mempersilakan wakil guru sesi petang
______________________________________ untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diatas ucapan yang telah disampaikan


sebentar tadi.

Ucapan guru Hadirin sekalian,


besar
Majlis seterusnya ingin menjemput dan
mempersilakan kepada yang berusaha En. Mohd
Jazid bin Iman , guru besar Sekolah Kebangsaan
Taman Klang Jaya untuk menyampaikan ucapan.
Majlis mempersilakan.

Demikian tadi ucapan daripada Tuan Guru Besar


Sekolah Kebangsaan Taman Klang Jaya.

Ucapan Hadirin yang dikasihi sekalian,


Penolong
Kanan HEM Seterusnya tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu
ucapan daripada Yang Diraikan, Puan Sukmarita Binti
Omar. Majlis segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan Puan Sukmarita untuk memberikan
ucapan.

Itulah tadi ucapan perpisahan dari insan yang kita


raikan.

Penyampaian Hadirin yang dihormati,


Hadiah
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian
cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat

3
insan Yang Diraikan Puan Sukmarita binti Omar.

Sebelum itu, majlis dengan segala hormatnya ingin


menjemput Yang Berusaha En. Mohd Jazid bin Iman
dan barisan pentadbir untuk mengiringi Yang Diraikan
Puan Sukmarita binti Omar untuk menerima
cenderamata.

Majlis menjemput dan mempersilakan :


___________________________________________ Hadiah
mewakili guru _______________________________. daripada :

- guru petang
Seterusnya, majlis menjemput dan mempersilakan -BKGK
_______________________________ mewakili
_________________________________________

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada semua


penyampai cenderamata sebentar tadi.

bersalam Hadirin sekalian,

Kita telah pun berada dihujung acara.

Kuning emas masaknya padi,


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi puan jadi kenangan

Tuai padi antara Nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara Nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini.


Sebelum bersurai kita akan sama-sama beratur
Panjang untuk bersalaman dengan Puan Sukmarita
binti Omar.

Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih


kepada Yang Diraikan Puan Sukmarita Binti Omar
kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh

4
bermakna ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan


kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami
mengacarakan majlis ini.

Sekian Sahaja, salam hormat, wa billahit Taufiq


walhidayah wassalamualaikum wa rahmatullah hi wa
barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai