Anda di halaman 1dari 10

TEKS UCAPAN JURU ACARA

MAJLIS PERSARAAN PUAN GINA CHONG YEAN HONG


TARIKH: 20 APRIL 2018 (JUMAAT)
TEMPAT: SK SIMPANG

Bil Cue ANN CATATAN


1 Susun atur murid dan guru. Pengumuman:
Diminta semua hadirin dapat bertenang dan mengambil
tempat masing-masing kerana majlis akan bermula
sebentar sahaja lagi.
2 Mengumumkan ketibaan Tuan-tuan dan puan-puan dan hadirin yang dihormati:
Puan Chong dan dif Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Puan Gina
kehormat Chong Yean Hong bersama ___________________

Diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan.


Dipersilakan mengambil tempat.

3 Salutasi dan kata alu-aluan Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Bismillahirrahmanirrahim…
Yang Diraikan Puan Gina Chong Yean Hong
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sk Simpang
Yang Berusaha En. Fezarudin Bin Mahamudin
Guru Besar SK Simpang
Yang Dihormati Tuan Haji Rahim Bin Ismail,
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sk
Simpang
Yang Dihormati En. Shamsuddin Bin Ismail
Penolong Kanan Pentadbiran Sk Simpang

1
Yang dihormati En Muhammad Suhaimi Bin Idris
Penolong Kanan Kokurikulum Sk Simpang
Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG,
Barisan pendidik,
Tetamu-tetamu jemputan
Murid-murid yang dikasihi sekalian...
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan
selamat pagi.
Selamat datang kami ucapkan ke majlis “Sanjungan
Budi, Lambaian Kasih” sempena persaraan Yang
Diraikan Puan Gina Chong Yean Hong
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sk Simpang
Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti


dan kepimpinan yang dilakukan oleh Yang Diraikan
Puan Gina Chong Yean Hong sepanjang perkhidmatan
beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sk Simpang.
Oleh itu, majlis hari ini diadakan khas bagi menghargai
segala jasa dan bakti Yang Diraikan Puan Gina Chong
Yean Hong sepanjang perkhidmatannya selama
____tahun.
4 Bacaan doa Hadirin sekalian,
Bagi memberkati majlis, marilah kita sama-sama
mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh
Al-Fadhil Ustaz Ahmad Yusri Bin Jalaluddin
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
~Bacaan Doa~

2
Amin Amin Ya Rabbil Alamin
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Al-Fadhil Ustaz Ahmad Yusri Bin Jalaluddin
atas bacaan doa sebentar tadi.

5 Ucapan Ketua Murid Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Untuk itu, majlis mempersilakan adik


______________________ selaku Ketua Murid SK
Simpang bagi mewakili murid-murid untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

~Ucapan Ketua Murid~

Terima kasih diucapkan kepada adik


_______________________________
atas ucapan sebentar tadi.

6 Ucapan GB Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari Yang


berusaha En Fezarudin Bin Mahamudin Guru Besar
Sk Simpang untuk menyampaikan ucapan .
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

~Ucapan Guru Besar~


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang
Berusaha berusaha En Fezarudin Bin Mahamudin.
7 Persembahan Murid Hadirin yang dihormati,
Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah
sama-sama kita saksikan persembahan khas daripada
3
murid-murid_________________________________
yang berjudul ______________________________
Dipersilakan.

~Persembahan Murid~
Semoga kita terhibur dengan persembahan khas
_____________________ cukup istimewa sebentar tadi.
Terima kasih diucapkan.Kumpulan ini dibimbing oleh
________________________________________
8 Ucapan Puan Gina Chong Hadirin yang dimuliakan,

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu


ucapan daripada Yang Diraikan Yang Diraikan Puan
Gina Chong Yean Hong. Majlis dengan segala
hormatnya menjemput dan mempersilakan.

~Ucapan Puan Chong~

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan


terima kasih kepada Yang Diraikan Yang
Diraikan Puan Gina Chong Yean Hong atas ucapan itu
tadi.

9 Persembahan Puan Chong Hadirin sekalian,


Sebagai kenangan terakhir kita bersama Puan Gina
Chong Yean Hong, marilah sama-sama kita saksikan
persembahan khas dari Puan Chong sendiri.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan…


~Persembahan Puan Chong~
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang
diraikan Puan Chong atas persembahan yang begitu

4
istimewa tadi.

10 Persembahan Multimedia Para Hadirin yang kami muliakan,

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan


multimedia sempena persaraan Yang Diraikan Puan
Chong Yean Hong.

~Persembahan Multimedia~

Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan


multimedia sempena persaraan Yang Diraikan Puan
Gina Chong Yean Hong. Terima kasih kepada
______________________ yang menjayakan
persembahan tersebut.
Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi
buat kita semua.

11 Penyampaian cenderamata Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah


dan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat
insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Puan Gina
Chong Yean Hong.

Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya

5
mempersilakan _________________________________
mengiringi Yang Diraikan Puan Gina Chong Yean
Hong untuk menerima cenderamata kenang-kenangan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata


daripada wakil-wakil kelas.

Rujuk senarai hadiah……

6
12 Penutup
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang
Diraikan Puan Gina Chong Yean Hong atas kesudian
menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan
ribuan terima kasih di atas kesudian
_____________________ mengiringi Yang
Diraikan Puan Gina Chong Yean Hong sebentar tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada


semua penyampai cenderamata sebentar tadi.

Umpama memanjat dah sampai ke puncak


Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima

Kita telah pun berada di hujung acara.


Untuk Puan Chong……….

Guru umpama bintang cemerlang


Walau bersara jasa dikenang

Raut wajah damai dan tenang,


Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.

Tuai padi antara masak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

7
Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang


Diraikan Puan Chong Yean Hong kerana sudi untuk
bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan
kami semua mendoakan agar Puan Chong bertambah
ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada


semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa
bersama-sama memeriahkan Majlis “Sanjungan Budi,
Lambaian Kasih” ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan


kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami
mengacarakan Majlis ini.
13 Bersalaman dan sent off Sebelum kita bersurai dan menghantar pulang Puan
Chong , seluruh warga SK Simpang diminta beratur
untuk bersalaman....
Bagi arahan ikut kelas...

8
Sebelum

9
10

Anda mungkin juga menyukai