Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGERUSI MAJLIS SEKALUNG BUDI, SETULUS HATI

Tarikh                    : 21 November 2018


Masa                     : 10.30 pagi
Tempat                 : Dewan Gemilang, SK.Seri Berang

PERKARA/ BUTIRAN CATA


PEMBACA TAN
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Ketibaan
Tetamu Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis kita akan bermula
sebentar lagi.

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Pn. Hajjah NUrani bt Lebai Abdul dengan diiringi
dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan. Dipersilakan mengambil tempat.

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Pagi yang indah penuh ceria


Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis “SEKALUNG BUDI, SETULUS HATI”
sempena persaraan Pn. Hajjah Nurani Bt Lebai Abdul , Guru Besar SK Seri Berang,
Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Dihormati Tn Haji Jalaluddin Bin Ismail


Penolong Pegawai Pedidikan Daerah Perak Hulu Terengganu

Yang Diraikan
Pn. Hajjah Nurani bt Lebai Abdul
Guru Besar SK  Seri Berang

Yang Berusaha En. Azmi bin Musa


Penolong Kanan Pentadbiran SK Seri Berang

Yang Berusaha Pn. Hasnani bt Ismail


Penolong Kanan Hal-ehwal Murid
Yang Berusaha En. Jamaluddinbin Embong
Penolong Kanan Kokurikulum

Yang Dihormati Tn Haji Syafri Husnaini


bin .................................................................
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SK Seri Berang

Yang Dihormati En .maziliani bin....................................................


YDP Majlis Guru Besar, Daerah Hulu Terengganu

Yang Dihormati
Barisan Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah HULU TERENGGANU

Yang Dihormati
Pegawai-pegawai di PPD Hulu Terengganu

Dif-dif jemputan,
Seterusnya
Barisan guru, ajk pibg, murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke :
Majlis “SEKALUNG BUDI , SETULUS HATI” sempena persaraan Yang Diraikan  Pn.
Hajjah Nurani bt Lebai Abdul,Guru Besar SK  Seri Berang.

Bacaan Doa
Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz
Zakaria bin Ngah. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Ucapan Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz
Alu-aluan Zakaria bin Ngah atas bacaan doa itu tadi.

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan
kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan Pn.
Hajjah Nurani bt Lebai Abdul dalam Majlis “SEKALUNG BUDI , SETULUS HATI”

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang dilakukan
oleh Yang Diraikan Pn. Hajjah Nurani bt Lebai Abdul sepanjang perkhidmatan beliau
di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai Guru Besar di SK Seri Berang.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


Ucapan
Pengerusi Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Kelab Guru Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
dan Staf Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Majlis menjemput En. Zamri bin Yusof, Pengerusi Kelab Guru dan Staf untuk
memberikan ucapan bagi mewakili guru-guru dan staf Sk.Seri Berang untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Ucapan PPD Terima kasih diucapkan kepada En. Zamri bin Yusof atas ucapan sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Dihormati TN HAJI JALALUDDIN


BIN ISMAIL , Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu untuk memberikan ucapan.
Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada Yang Di hormati TN HAJI JALALUDDIN BIN


Ucapan ISMAIL , Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu
G>B atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Seterusnya , Tibalah masa yang dinanti-nantikan…iaitu ucapan daripada yang


diraikan..Pn. Hajjah Nurani bt Lebai Abdul untuk menyampaikan ucapan buat semua
terutama warga Sk.Seri Berang kerana sudah pastinya selepas ini, semua akan merindui
butir bicaranya. Mempersilakan…
Terima kasih diucapkan kepada  Yang Diraikan Pn. Hajjah Nurani bt Lebai Abdul
Persembahan atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Multimedia
Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Para Hadirin yang kami muliakan,

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia sempena


persaraan Yang Diraikan Pn. Hajjah Nurani Bt Lebai Abdul.

Sebelum itu, majlis mempersilakan Yang Dirai Pn. Nurani bt Lebai Abdul untuk naik
ke pentas yang dihiasi indah bab raja sehari. Dipersilakan.

*** Persembahan multimedia dan pembacaan Biodata….

Ucapan
Yang Dirai Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan
GB Yang Diraikan Pn. Hajjah Nurani bt Lebai Abdul . Terima kasih kepada team unit ict
SKSB dan individu yang menjayakan persembahan tersebut.
Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua.

Hadirin yang dihormati,


Majlis seterusnya adalah Persembahan yang akan dipersembahkan oleh Kumpulan Koir
Sekolah. Dengan itu menjemput Kumpulan koir untuk membuat persembahan..

****Persembahan*******

Terima kasih kpd kumpulan koir sekolah. Untuk pengetahuan semua Kumpulan Koir ini
telah dibimbing oleh En Malik bin ……………………………. cikgu Zuriati dan Cikgu Nor Atifah.
Penyampaian Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
Watikah
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama pelari telah sampai ke garisan penamat,

Majlis seterusnya ialah penyampaikan Watikah Persaraan yang akan disampaikan oleh
Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu kepada Pn. Hajjah Nurani BtLebai Abdul.

Untuk itu, majlis mempersilakan  Yang Dihormati Tn Haji Jalaluddin bin Ismail


  Pegawai Pedidikan Daerah Hulu Terengganu naik ke pentas utama untuk
menyempunakan penyampaian watikah tersebut. Dipersilakan.

Majlis menjemput dan mempersilakan Pn. Hajjah Nurani bt Lebai Abdul untuk menerima
watikah daripada Pegawai Pwndidikan Daerah Hulu Terengganu. Dipersilakan.
.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Dihormati En Jalaluddin bin
Ismail diatas Penyampaian Watikah Persaraan Kepada yang di raikan.

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan cenderamata sebagai tanda
Penyampaian kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu
Hadiah & Pn. Hajjah Nurani bt Lebai Abdul.
cenderamata
Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan En. Azmi bin
Musa, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SK Seri Berang mengiringi Yang
Diraikan  Pn.Hajjah Nurani Bt Lebai Abdul untuk menerima cenderamata kenang-
kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil murid

Rujuk senarai hadiah……

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang kenangan khusus untuk Yang
Penutup Diraikan Pn. Hajjah Nurani t Lebai Abdul

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn. Hajjah Nurani bt
Lebai Abdul atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan
ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha  En. Azmi bin Musa mengiringi Yang
Diraikan  Pn. Hajjah Nurani bt Lebai Abdul sebentar tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata
sebentar tadi.

Umpama memanjat dah sampai ke puncak


Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima

Kita telah pun berada di hujung acara.


Untuk Cikgu Hajjah NUrani…..

Guru umpama bintang cemerlang


Walau bersara jasa dikenang

Raut wajah damai dan tenang,


Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.

Tuai padi antara masak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.

Penutup Majlis  mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn. Hajjah Nurani bt
Lebai Abdul kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan
kami semua mendoakan agar Yang Diraikan Pn. Hajjah Nurani bt Lebai Abdul
bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang
sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis “Sanjungan Budi, Lambaian
Kasih” ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap
sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Majlis menjemput Yang Diraikan Pn. Hajjah Nurani Bt Lebai Abdul, Dif-dif Jemputan
serta semua tetamu, hadirin dan hadirat untuk menjamu selera di kantin sekolah.
Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa
Rahmatullahi Wa Barakatuh

Anda mungkin juga menyukai