Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PERPISAHAN GURU BESAR, AKP DAN MERAIKAN KEDATANGAN GURU BESAR BARU

TAHUN 2022

ATURCARA TEKS
Jamuan Makan

Ucapan Kata Aluan Pengacara Adat ikan bermain lumpur,


Majlis Memang bunga idaman si dara,
(FIZA) Adat makan sireh sekapur,
Kata disusun awal bicara.

Yang Berusaha, Pn Fadzilah Binti Kipli, Guru Besar SK Kota Klias.

Yang Diraikan, En Borhan Bin Hj Abu Bakar.

Yang Diraikan, Pn Jaidah Binti Juhar.

Yang Dihormati, En. Junaili Bin Hj Mudin, Penolong Kanan Pentadbiran.

Yang Dihormati, Tn Hj Mahidi Bin Shahzinan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Yang Dihormati, En Rohaidi Bin Hj Dullah, Penolong Kanan Kokurikulum.

Ustaz-Ustazah, rakan-rakan guru serta AKP yang dikasihi Sekalian.

Assalamualaikum WBT.

Hadirin Sekalian,
Bersyukur kita kerana pada petang ini kita dapat bersama-sama berkumpul di dalam
dewan ini dengan tujuan 2 dalam 1 , iaitu menyambut dan meraikan Guru Besar kita
yang baru, Pn Fadzilah Binti Kipli, serta majis jasamu dikenang untuk mantan guru
besar En Borhan Bin Hj Abu Bakar yang telah berpindah tugas ke tempat yang baru
serta Pn Jaidah Binti Juhar yang telah berpencen.

Bacaan Doa Tanam pisang bersama ciku,


(ANA) Tanam biar dekat-dekat,
Marilah kita memohon restu,
Agar majlis mendapat berkat.

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah
kita sama-sama menadah tangan mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz
Mohd Syakir Iman Bin Sabri.

Dengan hormatnya dipersilakan.


Ucapan Guru Besar Amin Amin Ya Rabbal Alamin
(FIZA)
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ustaz atas
bacaan doa itu tadi.
Hadirin Sekalian,

Kata Peribahasa, tak kenal maka tak cinta.

Maka, dalam usaha mengenali guru besar kita dengan lebih dekat, marilah kita sama-
sama mendengar ucapan Guru Besar SK Kota Klias yang baru. Dengan itu, majlis
dengan hormatnya mempersilakan Pn Fadzilah Binti Kipli untuk menyampaikan
ucapan.

Dengan hormatnya dipersilakan.

Ucapan Mantan Guru Besar Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan itu tadi. Sesungguhnya warga SK Kota
(ANA) Klias dengan sukacitanya sangat mengalu-alukan kedatangan Puan Guru Besar.

Sudah biasa kita dengari,


Patah tumbuh hilang berganti,
Namun tak sama dengan yang ini,
Tak mungkin ada galang ganti.

Seterusnya, majlis dengan berbesar hati menjemput Yang Diraikan, En Borhan Bin Hj
Abu Bakar untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya menjemput
dan mempersilakan.

Ucapan Pn. Jaidah Majlis merakampkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En Borhan
(FIZA) atas ucapan itu tadi.

Hadirin sekalian,

Banyak duri perkara duri,


Tidak sama duri mengkuang,
Banyak budi perkara budi,
Tidak sama budimu seorang.

Majlis seterusnya menjemput Yang Diraikan Pn Jaidah Binti Juhar untuk


menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan.

Penyampaian hadiah Majlis merakampkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pn Jaidah
(ANA) atas ucapan itu tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata penghargaan kepada tetamu


yang kita raikan pada hari ini. Dengan itu majlis mempersilakan Pn Fadzilah, diiringi
oleh En Junaili.

Majlis menjemput En Borhan Bin Hj Abu Bakar untuk menerima cenderamata,


dipersilakan..

Majlis menjemput Pn Jaidah Binti Juhar untuk menerima cenderamata, dipersilakan..

Terima kasih diucapkan kepada Pn Guru Besar di atas kesudian menyampaikan hadiah
sebentar tadi.

Hadirin sekalian,
Majlis kita teruskan lagi dengan menyampaikan hadiah cabutan bertuah…

Majlis Bersurai Tiba waktunya untuk menyusun jemari membuang segala kerikil bersalut di hati.
(FIZA)
Maaf andai ada salah silpa tanpa disedari agar saat perpisahan indah berbuanga mesra
dalam jambangan ingatan.

Anda mungkin juga menyukai