Anda di halaman 1dari 6

BIL DISKRIPSI CATATAN

IMRAN KETIBAAN VIP

Mengumumkan ketibaan

Yang Berusaha,

Pn. Indrani a/p Letchumanan

Guru Besar

SK Convent (1) Bukit Nanas

Diiringi oleh,

Yang dihormati,

Pn. Zaliza Binti Bakhri

Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Ke dewan SKCBN.

FARAH PROTOKOL MAJLIS


Assalamualaikum w.b. t. Dan selamat sejahtera.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Yang berusaha,
Pn. Indrani a/p Letchumanan

Guru Besar SK Convent


1 Bukit Nanas

En._________________________________,

Yang Dipertua PIBG

SK Convent (1) Bukit Nanas,

Yang Dihormati, barisan Guru Penolong Kanan SKCBN 1


:

Pn. Zaliza Binti Bakhri – Guru Penolong Kanan


Pentadbiran

Puan Siew Mei Sin – Guru Penolong Kanan Hal Ehwal


Murid

Pn Siti Nor Hamizah Binti Hashim – Guru Penolong


Kanan Kokurikulum

Barisan AJK PIBG,

Barisan guru-guru penjana modal insan gemilang,

para ibu bapa pendukung generasi berwawasan,

dan seterusnya murid-murid yang disayangi.

IMRAN KATA ALU – ALUAN


Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana


dengan limpah dan kurnianya dapat kita bersama-
bersama berkumpul bagi menjalankan majlis pada hari ini.
Oleh itu, dengan penuh rasa hormat dan takzimnya kami
mengucapkan
FARAH SELAMAT DATANG KE MAJLIS PRA-APRESIASI
DAN PERMATA GEMILANG 2022/ 2023 SK CONVENT
IMRAN (1) BUKIT NANAS!

FARAH BACAAN DOA

Bunga mawar cantik tersemat,

Dipetik gadis di tepi titi;

Doa dibaca memohon rahmat,

Moga majlis sentiasa diberkati.

Hadirin dihormati.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita


sama-sama mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin
oleh Ustaz Nur Arif bin Md. Radzuan, dipersilakan.

BACAAN DOA

Amin, amin ya Rabbal aalamin. Terima kasih diucapkan


kepada Ustaz Nur Arif bin Md. Radzuan, atas pimpinan
bacaan doa sebentar tadi, Diharapkan majlis kita sentiasa
di dalam reda-Nya, Insyaallah.

IMRAN PENYAMPAIAN HADIAH I


Kini, tibalah saat yang dinanti-nantikan iaitu Sesi
Penyampaian Hadiah. Antara anugerah yang akan
disampaikan ialah
1. Anugerah NILAM

2. Anugerah Pencapaian Bintang Tertinggi (Setiap


aliran)

3. Anugerah Permata Harapan (Pemulihan)

4. Anugerah Terbaik Kehadiran

5. Anugerah Kelas Terbersih Terbanyak (Khas daripada


Guru Besar).

Oleh itu kami menjemput Yang Berusaha, Pn. Indrani


a/p Letchumanan Guru Besar SK Convent (1) Bukit
Nanas. Diiringi oleh, Yang dihormati, Pn. Zaliza Binti
Bakhri, Guru Penolong Kanan Pentadbiran untuk
menyampaikan anugerah. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

PENYAMPAIAN HADIAH

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang


berusaha, Pn. Indrani a/p Letchumanan dan Pn. Zaliza
Binti Bakhri atas kesudian menyampaikan anugerah
Kedudukan Terbaik Dalam Kelas sebentar tadi.
FARAH Penyampaian Hadiah II

Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Hadiah yang


kedua.Pusingan kedua ini mempunyai 7 Anugerah yang
turut hebat malah merupakan anugerah yang paling
dinantikan. Oleh itu majlis menjemput, Yang Berusaha,
Pn. Indrani a/p Letchumanan Guru Besar SK Convent
(1) Bukit Nanas. Diiringi oleh, Puan Siew Mei Sin, Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk menyampaikan
anugerah. Dipersilakan.

PENYAMPAIAN HADIAH

Majlis mengucapkan ribuat terima kasih kepada Yang


berusaha, Pn. Indrani a/p Letchumanan dan Pn. Siew
Mei Sin atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar
tadi.
IMRAN PENYAMPAIAN HADIAH III
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Hadiah bagi
kategori yang ketiga iaitu Penyampaian Anugerah Murid
Dinamik Penyampaian Anugerah Murid Proaktif
Penyampaian Anugerah Murid Aktif. Majlis dengan
segala hormatnya menjemput Yang Berusaha, Pn.
Indrani a/p Letchumanan Guru Besar SK Convent (1)
Bukit Nanas. Diiringi oleh, Yang dihormati, Pn. Zaliza
Binti Bakhri, Guru Penolong Kanan Pentadbiran untuk
menyampaikan anugerah. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

PENYAMPAIAN HADIAH

Majlis mengucapkan ribuat terima kasih kepada Yang


berusaha, Pn. Indrani a/p Letchumanan dan Pn. Zaliza
Binti Bakhri atas kesudian menyampaikan anugerah
sebentar tadi.
IMRAN PENUTUP
Ladies and gentlemen,
This marks the end of the ceremony. Congratulations to
all pupils whom have made it on the list. This recognition
is surely well deserved and we hope that all of you will
continue to excel in the years to come.

FARAH PENUTUP / SESI FOTOGRAFI


Hadirin dan hadirat sekalian,

Tuan puteri berhati resah,


Gundah gulana luka dihati;
Kita bertemu akhirnya berpisah,
Diizinkan tuhan bertemu lagi.

Andai ada terkasar bahasa tersilap bicara, kami menyusun


sepuluh jari,kemaafan jua yang kami pinta. Sekian,
wabillahitaufik wal hidayah, wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh. Sebelum bersurai, para
penerima hadiah dijemput naik ke pentas untuk sesi
bergambar.
SEKIAN TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai