Anda di halaman 1dari 5

BIL DISKRIPSI CATATAN

FARAH KETIBAAN VIP


Mengumumkan ketibaan
Yang berusaha,
Tn. Hj. ISMAIL BIN BAKAR
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sulaiman

Diiringi oleh,
Yang berusaha,
Ustaz Junaidi bin Mohamad
Guru Penolong kanan Hal Ehwal Murid

Yang berusaha,
Ustaz Muhammad Heiqal Attar bin Mukhtar
Selaku Penyelaras Program Majlis Khatam Al-Quran &
Bicara Ramadan Peringkat Sekolah 2022
FARAH PROTOKOL MAJLIS
Assalamualaikum w.b. t. Dan selamat sejahtera.

Adat kita menyambut tetamu


Salam dihulur mesra bertamu
Hamparkan tikar lebarkan pintu
Pemanis bicara aluan didahulu

Yang berusaha,
Tn. Hj. ISMAIL BIN BAKAR
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sulaiman

Yang berusaha,
Ustaz Junaidi bin Mohamad
Guru Penolong kanan Hal Ehwal Murid

Yang Berusaha
Barisan GPK

Yang berusaha,
Ustaz Muhammad Heiqal Attar bin Mukhtar
Selaku Penyelaras Majlis Khatam Al-Quran & Bicara
Ramadan Peringkat Sekolah 2022

Barisan guru-guru dan Kakitangan Sokongan Sekolah

Seterusnya Murid-murid yang saya kasihi sekalian.

FARAH KATA ALU – ALUAN


Indah berbalam si awan petang,
Berarak di pepohon ara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan
limpah dan kurnianya dapat kita bersama- bersama
berkumpul bagi menjalankan Majlis Khatam Al-Quran &
Bicara Ramadan Peringkat Sekolah 2022 dengan penuh
rasa hormat dan takzimnya kami mengucapkan

SELAMAT DATANG KE MAJLIS KHATAM AL-


QURAN & BICARA RAMADAN PERINGKAT
SEKOLAH 2022
FARAH BACAAN DOA
Tangan ditadah penuh inayah,
Majlis dibuka penuh rahmat;
Mohon keberkatan serta hidayah,
Moga majlis senantiasa mendapat rahmat.

Dijemput Al-Fadhil Ustaz Zainal bin Bidin untuk


memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

(Bacaan Doa)

Amin-amin ya robbal a’lamin. Majlis merakamkan ucapan


terima kasih Al-Fadhil Ustaz Zainal bin Bidin atas
pimpinan bacaan doa itu tadi.

FARAH UCAPAN GURU BESAR


Pergi ke kota membeli selasih,

Sayang si dara buat halwa,

Berilah kata simpulan kasih,

Salam kan mesra satukan jiwa

Justeru, bagi meneruskan majlis kita pada hari yang


berbahagia ini, majlis dengan penuh takzimnya
mempersilakan

Yang Berusaha,

Tn. Hj. ISMAIL BIN BAKAR


Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Sulaiman

untuk menyampaikan ucapan

(Ucapan)

Majlis merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih


kepada

Tn. Hj. ISMAIL BIN BAKAR


Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Sulaiman

atas ucapan yang disampaikan oleh beliau sebentar tadi.

FARAH MAJLIS KHATAM AL-QURAN


Kini, tibalah saat yang dinanti-nantikan iaitu Majlis
Khatam Al-Quran. Oleh itu tanpa melengahkan masa, saya
menjemput Al- Fadhil Ustaz Roszaidi bin Mohamed
Rashid dibantu oleh Ustaz Norazaludin Azrin bin Razaly
untuk mengetuai Majlis Khatam Al-Quran pada pagi ini.

MAJLIS KHATAM AL- QURAN


Majlis mengucapkan ribuat terima kasih kepada Al- Fadhil
Ustaz Roszaidi bin Mohamed Rashid dan Ustaz
Norazaludin Azrin bin Razaly atas pimpinan majlis khatam
al – quran sebentar tadi.

FARAH BICARA RAMADAN


Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan Bicara Ramadan
yang bertajuk “Hikmah Ramadan” Oleh Ustaz Muhammad
Fariq Ikhwan Bin Radzali, Izzat Amiruddin Bin Abdullah
Zawawi, Dan Muhammad Syanil Afzan Bin Azizan. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan

BICARA RAMADAN
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Muhammad Fariq
Ikhwan Bin Radzali, Ustaz Izzat Amiruddin Bin Abdullah
Zawawi, Dan Ustaz Muhammad Syanil Afzan Bin Azizan
atas Perkongsian Ilmu Bicara Ramadan “Hikmah
Ramadan”. Diharapkan agar ilmu serta nasihat yang
disampaikan dapat kita sematkan dan aplikasikan suatu
hari nanti. In syaa allah.

MAJLIS BERAKHIR
FARAH
Kini, kita telahpun berada di penghujung majlis.
Madah diungkap santun bitara,
Pantun dilantun mengusik hati,
Salah dan silap tutur bicara,
Pohon diampun seikhlas hati.

Andai ada terkasar bahasa tersilap bicara, Saya menyusun


sepuluh jari,kemaafan jua yang saya pinta. Sekian,
wabillahitaufik wal hidayah, wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai