Anda di halaman 1dari 11

FARAH DISKRIPSI CATATAN

CIKGU KETIBAAN VIP


OMAR Mengumumkan ketibaan
Yang berusaha,
Tn. Hj. ISMAIL BIN BAKAR
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sulaiman

Diiringi oleh,
Yang berusaha,
Ustaz Alhisam bin Ahmad
(GPK Kokurikulum, SK Sulaiman)

FARAH PROTOKOL MAJLIS


Assalamualaikum w.b. t. Dan selamat sejahtera.

Adat kita menyambut tetamu


Salam dihulur mesra bertamu
Hamparkan tikar lebarkan pintu
Pemanis bicara aluan didahulu

Yang berusaha,
Tn. Hj. ISMAIL BIN BAKAR
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sulaiman

Yang berusaha,
Ustaz Alhisam bin Ahmad
(GPK Kokurikulum, SK Sulaiman)
Yang berusaha,
En. Zihan bin Mohd Zaki
(GPK Pentadbiran, SK Sulaiman)

Yang berusaha,
Ustaz Junaidi bin Mohamad
Guru Penolong kanan Hal Ehwal Murid

Yang Berusaha
Barisan GPK

Yang berusaha,
______________________________________________
Selaku Penyelaras Majlis Sambutan Hari Guru dan Jamuan
Hari Raya Aidilfitri.

Barisan guru-guru dan Kakitangan Sokongan Sekolah

Seterusnya Murid-murid yang saya kasihi sekalian.

CIKGU KATA ALU – ALUAN


OMAR Indah berbalam si awan petang,
Berarak di pepohon ara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara
FARAH Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan
limpah dan kurnianya dapat kita bersama- bersama
berkumpul bagi menjalankan Majlis Sambutan Hari Guru
dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah 2022
dengan penuh rasa hormat dan takzimnya kami
mengucapkan

SELAMAT DATANG KE MAJLIS SAMBUTAN HARI


GURU DAN JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI
PERINGKAT SEKOLAH 2022
CIKGU BACAAN DOA
OMAR

Tangan ditadah penuh inayah,


Majlis dibuka penuh rahmat;
Mohon keberkatan serta hidayah,
Moga majlis senantiasa mendapat rahmat.

Dijemput Al-Fadhil Ustaz Zainal bin Bidin untuk


memimpin bacaan yasin dan doa pada pagi ini serta.
Dipersilakan.

(Bacaan Doa)

Amin-amin ya robbal a’lamin. Majlis merakamkan ucapan


terima kasih Al-Fadhil Ustaz Zainal bin Bidin atas
pimpinan bacaan doa serta yasin itu tadi.
FARAH UCAPAN GURU BESAR
Pergi ke kota membeli selasih,

Sayang si dara buat halwa,

Berilah kata simpulan kasih,

Salam kan mesra satukan jiwa

Justeru, bagi meneruskan majlis kita pada hari yang


berbahagia ini, majlis dengan penuh takzimnya
mempersilakan

Yang Berusaha,

Tn. Hj. ISMAIL BIN BAKAR


Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Sulaiman

untuk menyampaikan ucapan

(Ucapan)

Majlis merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih


kepada

Tn. Hj. ISMAIL BIN BAKAR


Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Sulaiman

atas ucapan yang disampaikan oleh beliau sebentar tadi.

CIKGU BACAAN PERUTUSAN MENTERI KANAN


OMAR PENDIDIKAN OLEH GURU BESAR
Diminta Tuan Haji Ismail Bin Bakar untuk terus berada di
pentas bagi meneruskan agenda majlis seterusny,
selanjutnya, majlis diteruskan dengan bacaan perutusan
Menteri kanan Pendidikan oleh guru besar sk sulaiman
iaitu Tuan Haji Ismail Bin Bakar. Oleh itu dengan segala
hormatnya dipersilakan.

BACAAN PERUTUSAN MENTERI KANAN


PENDIDIKAN OLEH GURU BESAR
Majlis mengucapkan ribuat terima kasih kepada Tuan Haji
Ismail Bin Bakar atas penyempurnaan Bacaan Perutusan
Menteri Kanan Pendidikan tadi.

FARAH BACAAN PERUTUSAN KETUA PENGARAH


PENDIDIKAN OLEH EN ZIHAN
Seterusnya, majlis diteruskan dengan bacaan perutusan
Ketua Pengarah Pendidikan. Oleh itu dijemput Yang
berusaha, En. Zihan bin Mohd Zaki (GPK Pentadbiran,
SK Sulaiman) untuk membacakan perutusan Ketua
Pengarah Pendidikan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

BACAAN PERUTUSAN KETUA PENGARAH


PENDIDIKAN OLEH EN ZIHAN
Terima kasih diucapkan kepada dijemput Yang berusaha,
En. Zihan bin Mohd Zaki (GPK Pentadbiran, SK
Sulaiman) atas bacaan Perutusan Ketua Pengarah
Pendidikan sebentar tadi.

CIKGU NYANYIAN
OMAR Majlis akan diteruskan dengan nyanyian dua buah lagu
oleh para guru SK Sulaiman iaitu lagu Guru Malaysia dan
Lagu Tema Hari Guru. Diminta semua guru untuk berdiri
dan menyanyikan lagu bersama – sama.

NYANYIAN
Guru – guru dipersilakan duduk. Begitulah tadi nyanyian
yang merdu bak buluh perindu dari barisan guru SK
Sulaiman yang dikasihi sekalian.
FARAH UCAPAN PERTUKARAN OLEH PUAN ROSE
HALEZA BINTI MOHD RIDZA.
Beralih pula kepada agenda yang seterusnya iaitu ucapan
pertukaran oleh Puan Rose Haleza Binti Mohd Ridza.

Emas tempawan buatmu puteri,


Busana indah buat rupawan;
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.

Oleh itu, dijemput Puan Rose Haleza Binti Mohd Ridza


untuk menyampaikan ucapan.

UCAPAN PERTUKARAN OLEH PUAN ROSE


HALEZA BINTI MOHD RIDZA.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Rose Haleza Binti


Mohd Ridza atas ucapan yang diberikan. Saya doakan
semoga segala urusan Puan Rose dipermudahkan di
tempat baharu.
CIKGU ACARA SUKANEKA
OMAR Kini tibalah masa yang ditunggu- tunggu iaitu acara
sukaneka yang akn disertai oleh para guru mengikut rumah
sukan. Oleh itu, diminta guru- guru untuk bersedia di
perkarangan sukaneka untuk memulakan perlawanan.
ACARA SUKANEKA
Begitulah tadi acara sukaneka yang begitu meriah dan
menarik. Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang
terlibat dengan acara sukanneka sebentar tadi.
FARAH JAMUAN HARI RAYA
Baiklah tanpa melengahkan masa kita teruskan dengan satu
lagi agenda majlis yang ramai orang nantikan iaitu Jamuan
Hari Raya. Oleh itu, majlis menjemput semua warga SK
Sulaiman untuk menjamu selera yang telah disediakan di
luar dewan. Walau bagaimanapun, pelajar diminta untuk
kembali di dalam dewan pada jam 11 pagi untuk
menikmati pelbagai persembahan yang menarik. Tanpa
melengahkan masa selamat menjamu selera semua!
_______________________________________________
_______________________________________________

CIKGU BERKUMPUL DI DEWAN


OMAR Perhatian kepada semua murid, anda diminta untuk
kembali ke dalam dewan kerana agenda majlis yang
seterusnya akan berlangsung sebentar sahaja lagi.

FARAH PERSEMBAHAN NYANYIAN WAN DZULHAIQAL


Nampaknya kini mereka semakin tidak sabar untuk
menonton persembahan yang bakal dipersembabkan
sebentar lagi. Baiklah, kita mulakan persembahan pada hari
ini dengan nyanyian lagu Balik Kampung yang akan
dipersembahkan oleh Wan Dzulhaiqal Hakimi B wan
Dzulkarnain dari kelas 3 Al- Ghazali. Dengan segala
hormatnya mempersembahkan.
PERSEMBAHAN
Begitulah tadi nyanyian yang mampu membuat saya
mengimbau kembali saat – saat semua orang sibuk untuk
pulang ke kampung. Terima kasih diucapkan kepada Wan
Dzulhaiqal Hakimi B wan Dzulkarnain atas persembahan
yang menarik sebentar tadi.
CIKGU PERSEMBAHAN NYANYIAN THE FOUR FLOWER
OMAR Seterusnya, jangan risau kita masih ada 3 lagi persembahan
nyanyian yang akan buat semua orang memukau. Oleh itu
kita teruskan lagi dengan persembahan nyanyian oleh The
four Flower dengan tajuk lagu Pejam Celik Hari Raya.
Dengan segala hormatnya mempersembahkan.

PERSEMBAHAN
Wah, persembahan yang begitu memukau oleh The Four
Flower 5 Zahrawi. Tak sangka saya anak – anak Sk
Sulaiman ini sungguh berbakat. Baiklah terima kasih
diucapkan oleh The Four Flower dari kelas 5 Zahrawi atas
persemabahan sebentar tadi.
FARAH PERSEMBAHAN NYANYIAN THREE BOYS
Haa, persembahan nyanyian kita tidak terhenti disitu
sahaja. Kini mempersembahkan persembahan nyanyian
dengan lagunya Selamat Hari Raya oleh Three Boys!
Mempersembahkan!

PERSEMBAHAN
Persembahan yang sangat mantap oleh rakan- rakan anda
iaitu Three Boys! Terima kasih diucapkan kepada Three
Boys atas permbahan yang sangat – sangat menarik.
CIKGU PERSEMBAHAN NYANYIAN DUET
OMAR Persembahan kali ini merupakan persembahan terakhir
pada hari ini! Oleh itu mari sama – sama kita saksikan
persembahan oleh Muhammad Akif Aiman B Zainal dan
Nur Syamila Zulaikha Bt Iqbal Hakim yang akan
menyanyikan lagu yang bertajuk Suasana Hari Raya.

PERSEMBAHAN
Berikan tepukan gemuruh kepada Muhammad Akif Aiman
B Zainal dan Nur Syamila Zulaikha Bt Iqbal Hakim atas
persmebahan yang begitu memukau sebentar tadi !
FARAH PERTANDINGAN BAJU RAYA SEDONDON
Agenda majlis kita pada hari ini diteruskan lagi dengan
pertandingan Baju raya Sedondon. Oleh itu diminta peserta
Baju Raya Sedondon untuk bangun dan meragakan baju
raya tersebut di hadapan. Sementara itu, pihak hakim akan
membuat pilihan pemenang pertandingan Baju Raya
Sedondon.
CIKGU PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN
OMAR Majlis kemudiannya akan diteruskan dengan penyampaian
hadiah pertandingan. Oleh itu dijemput Yang Berusaha,
Tn. Hj. ISMAIL BIN BAKAR. Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Sulaiman diiringi oleh Yang berusaha,Ustaz
Alhisam bin Ahmad. (GPK Kokurikulum, SK Sulaiman).
Untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha, Tn. Hj.


ISMAIL BIN BAKAR. Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Sulaiman diiringi oleh Yang berusaha,Ustaz Alhisam bin
Ahmad. (GPK Kokurikulum, SK Sulaiman) atas
penyampaian hadiah sebentar tadi.
FARAH PENYAMPAIAN HADIAH PERTUKARAN PUAN
ROSE
Majlis juga tidak terlupa untuk mengadakan sesi
penyampaian hadiah kepada Puan Rose Haleza Binti Mohd
Ridza sebagai tanda ingatan dan kenang- kenangan. Oleh
itu dijemput Yang Berusaha, Tn. Hj. ISMAIL BIN
BAKAR. Guru Besar Sekolah Kebangsaan untuk
menyampaikan hadiah kepada Puan Rose Haleza Binti
Mohd Ridza. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

PENYAMPAIAN HADIAH PERTUKARAN PUAN


ROSE

Terima kasih diucapkan kepada Tn. Hj. ISMAIL BIN


BAKAR. Atas kesudian menyampaikan hadiah kenang –
kenangan kepada Puan Rose Haleza Binti Mohd Ridza
tadi.
CIKGU MAJLIS BERAKHIR
OMAR Kini, kita telahpun berada di penghujung majlis.
Madah diungkap santun bitara,
Pantun dilantun mengusik hati,
Salah dan silap tutur bicara,
Pohon diampun seikhlas hati.

Andai ada terkasar bahasa tersilap bicara, Saya menyusun


sepuluh jari,kemaafan jua yang saya pinta. Sekian,
wabillahitaufik wal hidayah, wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai